BAHAYA UBAT YANG MENGANDUNGI STEROID

Sharing Is Caring.. petang ni teman saja mencari cari artikel berkaitan ubat-ubatan dan krim-krim yang mengandungi Steroid.. kemudian terserempak pulak dengan Blog yang satu ni.. 

Apabila membaca tentang Kesan sampingan ubat yang mengandungi Steroid tu, teman jadi takut.. sedangkan teman dah bertahun-tahun guna ubat sapu (krim) untuk kulit teman yang alergik ni.. (Ekzema atau Psoriasis teman pun tak pasti, sebab doktor pun tak pasti.. ) 

Gambar : Doktor suruh pantang makan benda gatal.. 
Baru-baru ni badan teman ditumbuhi bintik-bintik merah seperti Denggi.. dah gi Klinik buat checkup.. Doktor kata sebab alahan kucen.. hama dan kutu kucen.. tapi pelik nape teman sorang je yang kena.. rupa-rupanya baru teman faham.. maybe sebab teman ni kulit jenis alergik.. so, teman la dapat dulu apa2 penyakit pun... sistem imun dah lemah le katakan.. dah tuooo.. opsss..

Sampai sekarang tak baik lagi ni ha.. dah sapu ber tiub-tiub krim dah.. dah taktau berapa banyak steroid masuk dalam badan.. sedihnya.. baru tau rupanya krim2 tu ada steroid.. patutlah bila sapu cepat LEGA.. apa-apa pun.. moh baca info bawah ni ha.. moga bermanfaat buat semua.. ilmu tu kan..

Bahaya Ubat Yang Mengandungi Steroid
Rampasan ubat atau suplemen berkaitan kesihatan oleh pihak berkuasa bukan perkara baru. Biasanya ia melibatkan ubat tiruan atau yang mengandungi steroid berbahaya termasuk untuk rawatan sendi tulang.


Biar pun rampasan demi rampasan dilakukan, masih ramai pengusaha yang tidak mengambil iktibar demi keuntungan semata-mata. Mereka selalu selalunya berselindung dan mendakwa produk yang dijual mengandungi herba semula jadi untuk melegakan kesakitan.

Terbaru rampasan melibatkan satu jenama produk tempatan yang kononnya dicipta oleh seorang kanak-kanak genius.
Pakar Perunding Rheumatologi, Hospital KPJ Pakar Pulau Pinang, Dr. Anwar Samhari Mat Arshad menjelaskan lebih lanjut mengenai penggunaan steroid dalam ubat rawatan sendi.

Apakah kesan sampingan pengambilan ubat sendi yang mengandungi steroid?
Paling biasa dialami adalah bengkak anggota badan dan peningkatan berat badan secara tiba-tiba. Pengambilan tiga hingga lima hari berturut-turut sahaja sudah mencukupi untuk melihat kesan ini. Bukan sahaja penyakit sendi yang dialami semakin parah, malah ginjal mereka turut menjadi korban serta mengalami pendarahan usus (peptic ulcer). Selain itu, pesakit juga mengalami peningkatan gula dalam darah yang mengundang penyakit kencing manis serta tekanan darah meningkat (darah tinggi).

Kesan jangka panjang pengambilan ubat yang mengandungi steroid?
Ia boleh menyebabkan tulang rapuh seterusnya mengundang osteoporosis. Sebenarnya, pengambilan steroid berlebihan boleh memberi kesan kepada seluruh tubuh badan termasuk gangguan sistem saraf.

Adakah kanak-kanak juga mendapat kesan daripada pengambilan bahan ini?
Kanak-kanak di bawah usia 14 tahun yang mengambil ubat mengandungi steroid akan terbantut tumbesaran. Sesetengah penyakit yang menyerang kanak-kanak seperti artritis memaksa kanak-kanak terbabit mengambil steroid untuk melegakan kesakitan kerana ia menjejaskan kualiti hidup mereka. Tetapi dos yang diberi adalah kecil.

Pesakit yang biasa diberi steroid?
Penyakit berkaitan rheumatologi seperti rheumatik, asma dan sebagainya. Steroid penting dalam ubatan atau bahasa paling mudah, semua jenis ubat mengandungi steroid yang dibenarkan tetapi dalam kuantiti yang kecil.

Adakah herba yang terkandung dalam ubat atau suplemen boleh membantu melegakan sakit sendi?

Sehingga kini ia belum terbukti secara saintifik. Cuma ia sekadar suplemen yang boleh membantu mengelak atau mengawal sedikit masalah sendi seperti pengambilan minyak ikan kod, halia dan minyak evening primrose.

Namakan antara jenis steroid berbahaya dalam ubat sendi?
Prednisolone - hanya dibenarkan pengambilan sebanyak 15 miligram setiap hari. Sekurang-kurangnya hanya dua minggu pengambilan dibenarkan kerana ia boleh menyebabkan kesan sampingan lain.
Dexamethazone - paling kuat. Berpotensi menyebabkan kesan sampingan dalam masa yang cukup singkat. Selalunya digunakan untuk mengecutkan tumor dalam otak, mengecutkan ketumbuhan tulang belakang dan sebagainya.

Bagaimana untuk mendapatkan kelegaan segera?
* Tuaman panas (menggunakan botol mengandungi air panas) atau rendam tempat bermasalah dalam air suam untuk kesakitan ringan. Ia berfungsi dengan memperbanyakkan pengaliran sekali gus melancarkan darah ke kawasan bermasalah.* Tuaman sejuk. Meletakkan ais di tempat bermasalah. Paling efektif kerana kulit memberhentikan penghantaran isyarat ke otak dan pesakit tidak terasa kesakitan.* Para doktor juga biasanya menggalakkan pesakit mengambil paracetamol kerana ia memberi kelegaan segera. Namun, kebanyakan pesakit enggan kerana menganggap tidak berkesan.

* Cahaya matahari pun dapat digunakan untuk memanaskan anggota persendian yang sakit terutamanya sakit belakang. Untuk menggunakan cara ini, diperlukan alas tidur yang dapat menyerap kepanasan dan haba. Jemur alas ini di bawah sinar cahaya matahari sampai beberapa lama, kemudian berbaring di atas alas tersebut.


Vitamin Shaklee boleh.. hehehehehehe.. 
Gambar :
Extract from Google



3 Ulasan

  1. Balasan
    1. Berhati2 Dan jauhkan Dari budak2 ITU penting . Jangan ingat bahaya dengan kita, dengan org lain jgak

      Padam
  2. bila dah tua nnti byk laaa sakit sana sakit sini kan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama