Nuff

02 Mac 2019

DELICIOUSBOX.MY - FOOD DELIVERY YANG MENYEDIAKAN MAKANAN YANG MENYELERAKAN!



DELICIOUSBOX.MY - FOOD DELIVERY YANG MENYEDIAKAN MAKANAN YANG MENYELERAKAN!


Wahhh.. TB minta maaf ye kawan-kawan semua.. if TB dah ter UP gambar-gambar makanan yang sedap-sedap ni.. TB pun dah terliur tengok ni tau.. Nak pulak petang-petang gini perut berbunyi trang tang tang.. hahahaha.. 

Ok lah, TB sebenarnya nak share tentang Servis Penghantaran Makanan / Food Delivery yang semakin viral sekarang ni iaitu Deliciousbox .. Haaa.. pernah dengar tak? Bagi yang baru first time dengar tentang Deliciousbox ni, meh TB terangkan serba sedikit apa dia Deliciousbox ni, dan apa fungsi dan kelebihannya.. 

DeliciousBox.my adalah antara servis penghantaran makanan yang paling murah di KL yang juga memberikan air PERCUMA.


Dan paling best bila ada Delivery PERCUMA untuk set istimewa 2 orang dan 4 orang. Hanya RM10 seorang, sangat berbaloi untuk mereka yang terlalu busy di Office dan tidak suka hadap traffic jam tu.. Sekarang ni mudah je nak isi perut kosong kan! Agak rasa malas nak keluar, just order online je dekat Deliciousbox ni kan.. Hehe.. Untuk Surirumah yang dah bosan makan masakan sendiri.. boleh lah try tukar selera pulak, pilih bento yang korang suka dan klik.. senang saja kan!

Yang penting, apa-apa pun.. daftar dulu.. percuma je daftar.. nanti dah daftar butir-butir semua senang la nak order menu apa-apa yang korang suka.. Lepas tu, just tunggu depan pintu je .. makanan sampai


Tengok.. TB pun daftar dah! korang bila lagi..

Haa.. Jom tengok apa yang best dalam pakej-pakej yang ada kat bawah ni.. TB selitkan juga info-info tentang kelebihan Deliciousbox ye..   

FREE DELIVERY SET (4 pax termasuk 4 air percuma)
- Chicken Bento (nasi + ayam + sayur) x 2 set
- Seafood Bento (nasi + seafood + sayur) x 2 set

  1. home cooked meal
  2. Setiap bento dimasak segar menggunakan bahan yang fresh dan bersih
  3. Murah! Meal lengkap hanya dari RM7.50 sahaja (3 lauk + nasi)
  4. Diet yang seimbang, ada nasi, sayur dan ayam/seafood ( menu sihat dan berkualiti )
  5. Air PERCUMA
  6. Delivery PERCUMA untuk Special Delivery Set (2 atau 4 org)
  7. Service ditawarkan antara 11.00am dan 8.00 pm Setiap Hari.
  8. Pilihan Western seperti Chicken Chop dan pasta
  9. Tiada order minima
  10. Lebih 100 pilihan makanan, menu berubah setiap minggu gerenti tak bosan!
  11. 1 jam delivery ke rumah/office
  12. Sesuai untuk orang yang sibuk atau malas nak keluar makan
  13. ada pakej mini buffet atau catering 
  14. delivery sampai depan pintu, tiada minimum order
  15. pelbagai menu dan pilihan bento (ayam, seafood, tauhu veggie) 

Haa.. korang yang busy dan tak suka hadap jam tu kena try order kat sini sebab ia sangat cepat dan mudah, senang pulak tu.. boleh order melalui handphone.. dan korang boleh order bila-bila je, makanan akan sampai 60 - 90 minit selepas order. Haa.. waktu delivery ialah dari 11:00am hingga 8.00pm Setiap Hari.. Apa nak lagi? just nganga mulut, makan! hahaha..

Oh ya.. lupa nak bagi tahu lokasi penghantaran, Servis penghantaran deliciousbox ni meliputi kawasan Cheras, Bangsar, KL Sentral, KLCC, Kuchai Lama, Sri Petaling, Mid Valley, Old Klang Road, Seputeh dan Ampang ..

Ok yang bawah ni full list.. boleh tengok yea..

Deliciousbox my: Kl city Centre area
Ampang
Cheras
Bukit jalil
Sri petaling
Oug
Old klang road
Bangsar
Bangsar south
Kl sentral
Brickfields
Certain pj area
Mont kiara
Sri hartamas
Seputeh
Taman desa
Mid Valley
Balakong
Kuchai lama
Sg besi
Taman tun Hussein onn
Bukit Damansara
Segambut
Setapak
Wangsa maju




Haa.. Meh la TB tayang gambar-gambar hidangan/menu/bento yang korang boleh order nanti.. waduh-waduh.. my mouth is watering you know! hahaha.. Dugaan betul.. 









Haaa.. macam mana? tergoda tak tengok? Nampak lazat kan? mestilah sebab dimasak menggunakan bahan-bahan yang bersih dan segar.. home cooked meal dan halal gitu.. Yang bestnya.. bento ni turut disediakan mengikut Diet yang seimbang, ada nasi, sayur dan ayam/seafood, lengkap semuanya dalam satu hidnagan kan! so, untung korang order kat deliciousbox.my ni sebab dapat  menikmati menu yang murah, tetapi sihat dan berkualiti . Siap ada air percuma tuu.. hehe.. 
Haa.. buat yang tekak dan selera ala-ala western tu, dont worry.. dekat sini pun korang boleh order tu semua tau! Ada Pilihan Western seperti Chicken Chop dan pasta untuk korang try !

Haa.. dibawah ni TB paparkan sedikit gambar yang TB screenshoot di website Deliciousbox.my tadi.. korang boleh nampak kan.. menu dia.. fuh.. seperti memanggil-manggil kita order sekarang! haha








BENTO BELOW RM10 + FREE DRINKS

Hanya dari RM7.50 dan FREE DRINKS lagi, BETUL... hanya dari RM7.50 + FREE DRINKS, dapat makan bento luncbbox! Betul-Betul Murah! Boleh klik kat sini --> www.deliciousbox.my untuk order. 

Oh ya.. Selain bento, ada juga menu-menu lain yang tidak kurang menarik iaitu  :



Antara menu meletops di www.deliciousbox.my : 

  • Chicken bento

  • Seafood bento

  • Veggie bento

  • Chicken + seafood bento 
Selain daripada bento, ada juga menu: 

  • Spagetti 

  • Chicken chop

  • Nasi lemak

  • Nasi goreng 

  • Dan makanan ringan. 

Haa.. Bestnya kan.. sangat mudah, kalau penat nak memasak atau keluar dari office/rumah , klik je order nanti makanan akan sampai depan pintu. 


CARA NAK ORDER?

Pelanggan boleh membuat pesanan di laman web. Proses membuat tempahan adalah seperti berikut:

  1. Pilih produk anda dan tambahkannya ke cart


  2. Mengesahkan kandungan cart itu


  3. Memberi maklumat mengenai butiran peribadi pelanggan


  4. Nyatakan tarikh dan masa pengambilan


  5. Pilih kaedah pembayaran pilihan


  6. Terima GTC


  7. Confirm the order


  8. Mengesahkan pembayaran



Oh ya.. Untuk korang yang nak order tu boleh lah guna promo code TB ni.. Saja nak bagi korang rasa happy sikit.. hehehehe.. Kalau nak potongan RM3, guna je Promo Code : TBUTANG3 ni.. Masukkan promo code ni semasa checkout nanti yea.. dapat lah less RM3 .. hehe.. untung tau.. dapat makan sedap, free air minuman, makanan berkhasiat dan diet seimbang lak tu.. hehehe..


Haaa.. kalau nak baca info lebih lanjut.. bolehlah layari link-link dibawah ni.. jangan lupa Follow IG, Like FB Page, dan Visit Website www.deliciousbox.my untuk order.. 


Deliciousbox
Website: 


Call / Whatsapp : 
011-64093911

Wechat :
@deliciousbox.my


#deliciousboxmy
#klfooddelivery 
#fooddelivery 
#FoodDelivery



27 Februari 2019

ALTHEA MAKE UP COLLECTION - RASA BANGGA DENGAN ALTHEA

ALTHEA MAKE UP COLLECTION
- RASA BANGGA DENGAN ALTHEA


Haaa.. TB nak tayang Makeup Box yang sangat comel dari Althea ni.. Didalamnya ada Makeup Collection dari brand Althea sendiri tau! Wahhh.. TB rasa Happy dan rasa bangga dengan Althea sebab sepanjang 3 tahun bersama Althea ni, dan semakin banyak produk yang Althea keluarkan dibawah jenama Althea sendiri, harga pun sangat mampu milik, berkualiti dan authentic.

Haa.. saja nak bagi korang tengok video TB unboxing Althea Makeup Box ni hari tu.. Tapi tak dapat nak buat full sebab anak teruna ada, asiklah memenyek-menyek kan kotak tu.. haha.. terpaksa cepat-cepat simpan sebab nanti nak shoot video and gambar tak menarik pulak kalau kotaknya kemek kan..

Kebetulan TB pun nak balik kampung masa terima box ni.. so, terpaksalah tinggalkan kotak ni di rumah.. nak balik kampung naik ETS, jenuh pulak kang kan nak angkut barang banyak.. huhu.. dua minggu juga lah TB di kampung.. fuh.. Tengok rakan-rakan seangkatan dah siap up video tutorial guna makeup box ni.. lawa-lawa pulak tu.. rasa nak balik cepat je masa tu.. haha.. 




Huwaaa... Tak Sabar Nak Balik KL nak rasmikan semua item dalam @altheakorea Makeup Box ni. . . Hari Tu Sempat ambil video unboxing ni je.. Tu pun tak dapat nak ambil full video sebab ehem2.. faham2 je laa.. ada sikecik tu yang over excited nak unboxing jugak.. haha.. . . Kita nak cepat sebab kalut nak bersiap balik kampung.. Tapi sikecik tu nak belek2 semua.. haha. tak dapek laa kann.. Terfikir Nak bawak box ni balik kampung tapi sebab beg kami pun dah penuh.. dan kami balik naik ETS je pun.. So, xmo beratkan beg.. . . Tengok kawan2 review dan buat tutor semua kata best item2 yang dalam box ni.. terutamanya eye palette @bclsinclair X Althea tu.. Ramai dah test n kata pigmented sungguh.. . . Dalam makeup box ni juga ada Lip tint / cream tint yang bersaiz travel, concealer dan eye glitter.. . . TB tak sempat try lagiii.. tapi tengok kawan2 dah up video tutor cara pakai.. alaaaa.. jelesss.. . . Haaa.. Tungguuuu.. TB lak nak buat tutorial makeup lepas ni...hehehe.. jangan kecam lak ye.. kah3 www.althea.kr #AltheaKorea #AltheaAngels #AltheaMakeUp #altheaangel #altheamakeupbox #concealer #eyeshadowpalette #bclsinclair #liptint
A post shared by TENGKUBUTANG (ღ˘⌣˘ღ) (@tengkubutang) on

Ok lah.. berbalik kepada cerita Althea Makeup Box ni, TB memang tak sabar tau nak bermain makeup-makeup dengan semua item dalam box Althea ni.. haaa.. nak tau apa dia item-item yang terdapat dalam box Althea ni?
Haaa.. Dalam Box Althea Make Up Collection mengandungi set solekan asas iaitu :- 


  1. BCL x Althea Eye Palette Sunrise Moonrise
  2. Althea Flawless Creamy Concealer 
  3. Althea Spotlight Eye Glitter
  4. Althea Water Colour Cream Tint 
  5. Althea Skin Relief Spot Film Gel

Haaa.. Meh TB share story dan pengalaman TB menggunakan semua produk diatas ni ye.. Boleh dikatakan semua TB dah guna setakat ni.. Tapi masa dalam video tutorial tu TB guna yang mana perlu je dulu.. hehehe.. sebab tak pernah guna lagi.. sebab tu risau test-test kang jadi tak okey lak makeup.. kih3.. Apa-apa pun.. semua dalam box tu terbaekk!


BCL x Althea Eye Palette Sunrise Moonrise
Apa yang TB nak katakan tentang BCL x Althea Eye Palette Sunrise Moonrise ialah... TB sukaaaa! sukaa sangat-sangat! Sebab color dia sangat-sangat pigmented, sangat cantik dan mudah di blend di kelopak mata.. Aduh.. susah nak cerita happy nya TB jadi orang terawal dapat mencuba BCL x Althea Eye Palette Sunrise Moonrise ni.. 



Packaging dia yang bermotif bunga-bunga ni memang kena dengan taste TB. Berwarna warni.. dan sedap mata memandang.. Haaa.. kalau korang nak tahu, Althea Eye Palette Sunrise Moonrise ini adalah kolaborasi ekslusif diantara Althea dengan bintang popular Indonesia iaitu Bunga Cinta Lestari. Hadir dalam 8 pigmented colour shade lengkap dengan matte, shimmer, glitter. 

8 pigmented colour shade ni sangat sesuai untuk wanita asia macam kita, dan adalah satu bonus kalau korang pandai padankan warna pilihan untuk solekan mata korang, pasti hasilnya nampak wowww sangat-sangat.. hehe.. Sangat sesuai di gunakan sebagai solekan siang, solekan malam pun boleh, mahupun solekan untuk majlis rasmi dan majlis-majlis tertentu..


Hehe.. ni TB share solekan mata untuk malam.. cewah.. untuk dinner gitu.. orang kata kalau waktu malam kena pastikan makeup tu tebal sikit.. ada kaitan dengan pencahayaan di waktu malam kata orang.. hehehe.. So.. eye shadow kena letak tebal sikit.. celak pun mesti tebal jugak untuk menampakkan mata galak gitu.. kalau pakai eyeshadow pallete Althea ni lagi la sesuai.. sebab ada shimmering, lip lap lip lap gitu mata kita.. lawa !!

Sebaliknya kalau waktu siang, tak perlu makeup tebal sangat, just menampakkan kelainan (cantik) pada wajah pun dah cukup.. kan






Kita Tayang Makeup Mata Dulu Yea.. Full Makeup ? Tungguuu.. Hari Ni Bermain Makeup2 Dengan Menggunakan item2 yang terdapat dalam Althea Makeup Box. TB teruja dengan semua item dari Althea ni.. terutamanya Eye Shadow Pallette yang pertama dari jenama Althea iaitu Sunrise & Moonrise! hasil kerjasama dengan Artis Popular Bunga Citra Lestari, . . Eye Shadow Pallette ni ada 8 warna, Sesuai untuk makeup di siang hari juga untuk waktu malam yang indah, . . TB dah try Eyeshadow Pallette ni.. memang buat TB kelihatan feminin kan.. huhu.. rasa glamor macam BCL la pulak.. kekeke . . Terdapat Color yang bertekstur shimmers, mattes dan glitters, color dia sangat2 pigmented dan mudah sangat dioles ke kulit di kelopak mata.. Bunga Citra Lestari adalah Artis Indonesia yang telah menempah nama besar di seluruh Asia Tenggara. . . Dikenali sebagai BCL oleh peminatnya, dia juga ikon kecantikan dan fesyen yang memancarkan gaya, kecantikan dan kewanitaan. haaa.. korang teruja tak nak dapatkan Eyeshadow Pallete yang wowww ni? boleh layari www.althea.kr #altheaangel #altheaangels #althea #althealunabox #altheamakeupbox #altheaSunriseMoonrise #bungacintalestari #bclsinclair #bclxalthea #eyeshadowpalette #eyepallete #bbezuwio
A post shared by TENGKUBUTANG (ღ˘⌣˘ღ) (@tengkubutang) on

Haaa.. Amacam.. ada rasa tertarik nak cuba ke.. Kalau korang nak dapatkan  BCL x Althea Eye Palette Sunrise Moonrise ni, korang boleh tekan link ni yea --> my.althea.kr/eye-palette-sunrise-moonrise-bcl  harganya 140 je.. tahan lama ni kalau ikut penggunaan yang tak selalu.. hehehe.. 


Althea Flawless Creamy Concealer

Fuh.. kalau ikutkan dah lama giler TB tak guna Concealer ni tau.. Sejak dah kahwin ni memang concealer tak pernah TB beli sebab dah terlupa sangat pernah guna concealer masa zamana kerja dulu.. hehehe.. mungkin fikir takde keperluan kot beli concealer tu, Tapi Bila cuba Althea Flawless Creamy Concealer ni baru TB tahu rupanya TB memang perlukannya sebab concealer ni bukan saja mampu tutup parut jerawat, malah jeragat pun boleh di cover. Siap kesan parut-parut lain pada wajah pun boleh disembunyikan tau! Wajah nampak flawless bila dah siap makeup semua...

Althea Flawless Creamy Concealer ni Ada 4 pilihan warna iaitu :-

  • 01 Vanilla
  • 02 Ginger 
  • 03 Honey 
  • 04 Mocha


TB gunakan code #02-Ginger yang terang sikit tu untuk calit pada bahagian yang berparut pada wajah, kesan-kesan bekas jerawat lama yang hampir pudar tu, bila disapu dengan concealer ni, terus ghaib parut tu.. hahaha..

dan yang #code 01-Vanilla pulak TB letak pada bawah mata (untuk tutup eyebag, eh dark circle.. miahaha), TB letak juga pada tepi hujung hidung kiri dan kanan..

Yang code #03-Honey pulak TB gunakan untuk sapu seluruh muka sebab kaler dia macam natural dan sama macam kulit wajah TB..

Oh ya.. yang lagi satu tu, gelap sikit.. code #04-Mocha, kegunaan dia untuk buat shading, bagi bentuk muka tirus dan bagi dagu lekuk pun boleh, just calit/letak garisan menegak dekat dagu tu.. hehehe.. kat tulang pipi pulak untuk bagi rahang muka nampak kecil sikit, manakalan kalau letak dekat hiddung tu.. boleh beri effect hidung mancung gitu.. TB tak buat pun shading-shading ni.. sebab tak reti.. haha.. kena belajar betul-betul baru buat.. heeheh.. tunggu tau TB dah expert TB buat tutorial nanti.. cewahhhh.. tunggu tahun bila la korang.. hahahaha



Althea Flawless Creamy Concealer mempunyai formulasi kelembapan untuk mempastikan kulit wajah kita tidak kering dan sentiasa lembap sepanjang semasa memakainya sebagai asas solekan. Ia memberikan sentuhan kemasan wajah semi-matte. Paling best bila solekan tidak menjadi crack selepas beberapa jam memakainya kerana Althea Flawless Creamy Concealer ni mempunyai tekstur yang lembut dan ringan. 

Haa.. kalau ada yang berminat nak dapatkan mana-mana code Althea Flawless Creamy Concealer ni , bolehlah order.. murah je.. RM15 je korang uii.. klik untuk order --> my.althea.kr/flawless-creamy-concealer


Althea Spotlight Eye Glitter

Spotlight Eye Glitter ni pun TB suka weh.. haaa.. ini salah satu item yang boleh menjadikan solekan kita nampak lebih wow, perky dan glamor sangat tau! TB suka je calit pada kelopak mata untuk bagi nampak bercahaya orang tengok.. cewah.. Haaa.. kalau ada tema-tema ranggi untuk sesuatu majlis tu.. boleh la calit Spotlight Eye Glitter ni kat mata korang tu.. macam TB, TB letak kat bawah garisan mata dibawah tu.. hehehe.. jadikan celak mata.. lawa gak weh..


Diformulasikan dengan NATURAL MOISTURIZING COMPLEX untuk melembapkan kelopak mata dengan moisturizing gel matrix memberikan sentuhan kilauan. Ia juga mampu bertahan lama selepas penggunaan solekan mata. Hadir dengan dua pilihan variasi warna 

  • 01Gold light 
  • 02 Pink Light


Bagi yang berminat nak order Althea Spotlight Eye Glitter yang berharga RM24 ini, korang boleh ke link ni yea.. --> my.althea.kr/spotlight-eye-glitter


Althea Water Colour Cream Tint

TB tak banyak ada Cream Tint ni, tapi sedang mengumpul jugak lah kan.. hehehe.. maybe lepas ni TB akan jadi peminat Cream Tint ni kot sebab dah terjatuh cinta dengan color-color yang TB dah try ni.. sangat menawan color-color dia.. jenis yang pigmented juga, tahan lama bila dipakai.. 


Cuma kalau nak cuci.. hehehe.. kena pakai pencuci makeup dan juga cuci dengan pencuci muka.. Haa.. TB senang je.. guna je Althea Serum Pore Cleanser tu.. mudah sangat nak tanggalkan kesan Cream Tint ni.. 


Althea Water Colour Cream Tint merupakan pewarna bibir yang tahan lama dan mampu melembapkan bibir. Hadir dengan gabungan warna bold dan glossy sheen. Empat pilihan variasi warna menarik sangat iaitu

  • 01 Plum Cream 
  • 02 Strawberry Cream 
  • 03 Peach Cream
  • 04 Marron Cream





Bagi yang berminat nak dapatkan koleksi Watercolor Cream Tint yang berharag RM20 ni, boleh klik di sini --> my.althea.kr/watercolor-cream-tint


Althea Skin Relief Spot Film Gel

TB selalu didatangi jerawat time TB period, adoi.. time gitu jerawat macam berlumba-lumba mai.. sedih hati TB ni tau.. Macam-macam la TB buat untuk surutkan jerawat. Tapi kadang-kadang Tb malas nak fikri, TB biarkan aje sebab ada orang kata kalau kita stress fikir tentang jerawat tu, lagi la jerawat makin menjadi-jadi.. Haaa.. tapi bagi kornag yang ada masalah jerawat tu, jangan lah risau yea.. sebab Althea pun dah ada jenama sendiri utnuk produk jerawat ni.. Namanya Althea Skin Relief Spot Film Gel.


Althea Skin Relief Spot Film Gel adalah gel jernih untuk merawat jerawat di wajah. Gel ini mengandungi Tea tree oil ,Centella asiatica extract ( ekstrack pegaga ) dan juga ekstrack daun Pine di mana kesemua bahan semulajadi ini kaya dengan antioxidants untuk merawat dan melegakan kerengsaan wajah. Sebab itulah ada rasa sejuk dan dingin apabila menggunakannya.


Kalau nak beli Skin Relief Spot Film Gel yang berharga RM 19 ni, sila klik sini yea ---> my.althea.kr/skin-relief-spot-film-gel .


Jom tengok TB makeup for Dinner menggunakan
Althea Makeup Collection ni.. hehehe..

Waduh-waduh.. sangat-sangat best kan Althea Make Up Collection ni kan.. Haa.. korang apa lagi.. try la lawati website Althea ni.. tengok-tengok dulu kot ada berkenan.. jangan risau.. harganya berpatutan sangat, kalau beli ikut tawaran dia, boleh dapat free shipping lagi.. siap dijamin authentic direct dari Korea. tau.. 

Untuk info lanjut tentang Althea 
boleh klik link2 dibawah :

Website : 

Facebook : 

Instagram : 


26 Februari 2019

CARRIE JUNIOR BUBBLY BAR - WANGI DAN TIDAK MENGERINGKAN KULIT ANAK


CARRIE JUNIOR BUBBLY BAR -
WANGI DAN TIDAK MENGERINGKAN KULIT ANAK


Sukanya Harraz dapat produk baru dari Carrie Junior ni iaitu Bar CARRIE JUNIOR Bubbly yang wangi dan lembut pada kulit baby ni.. Sempat juga la bagi harraz try guna.. memang lembut je bau dia, dan bila disabun pada harraz, ia tak mengeringkan kulit.. so.. sesuailah dengan kulit harraz yang sensitif ni.. hehe.. Jom baca apa lagi cerita tentang Bar CARRIE JUNIOR Bubbly ni..

Masa mandi adalah lebih daripada sekadar tugas: ia adalah masa yang tepat untuk momen perhubungan yang berharga. Ia merupakan satu rutin harian yang boleh memberi manfaat kepada kanak-kanak dari penjagaan yang lebih baik daripada ibu bapa dan penjaga Mandi membantu kanak-kanak berehat dan sentuhan fizikal meyakinkan kanak-kanak.

Bar CARRIE JUNIOR Bubbly yang baru 
akan memberi banyak keseronokan di bilik mandi.


Comel kan! Bar CARRIE JUNIOR Bubbly dicetak dengan imej 3D Carrie yang cute! 
dan terdapat dalam 3 warna menarik merah jambu, hijau dan biru sesuai dengan varian.


Bubbly Bar CARRIE JUNIOR baru adalah sabun gliserin, menjadikannya lebih lembut pada kulit daripada kebanyakan sabun yang berasal dari minyak tumbuhan semulajadi dan menjadikan sabun lebih rendah dalam pH berbanding dengan sabun lain. Ia membersihkan kerana ia meninggalkan lapisan perlindungan pelembab di belakang, membantu kulit kekal lembap. Glycerine dalam CARRIE JUNIOR Bubbly Bar juga bertindak sebagai humectant, menarik kelembapan pada kulit yang menjaga ia terhidrasi sepanjang masa. Hartanah humectant tidak menjadikan kulit berminyak, tetapi sebaliknya menjadikannya lebih lembut.

CARRIE JUNIOR Bubbly Bar diuji secara dermatologi sesuai untuk semua jenis kulit, sangat ringan dan lembut pada kulit; apabila dicairkan dengan air, ia mempunyai kesan menenangkan dan juga melembutkan pada kulit, menjaga kulit anak anda sentiasa terhidrasi, memberikannya rasa yang paling sehingga beberapa jam selepas mandi.

Penggunaan Regular Bar Bubbly CARRIE JUNIOR menjadikan kulit lebih lembut dan lebih lembut. Kesan penyental lembut semasa menggunakan bar mandi juga membantu melegakan tubuh.

CARRIE JUNIOR Bubbly Bar datang dalam 3 aroma yang paling laris, menarik buah Groovy Grapeberry, Cheeky Cherry dan Double Double menjaga kulit segar dan bersih. Bar Bubbly CARRIE JUNIOR dirumuskan secara khusus dengan bahan tandatangan Carrie Junior Fruito-E yang merupakan gabungan semula jadi ekstrak buah. Fruito-E kaya dengan vitamin dan nutrien untuk membantu menyuburkan dan melembabkan kulit.

CARRIE Kanak-kanak kini boleh lebih seronok di bilik mandi kerana CARRIE JUNIOR Bubbly Bar juga dilengkapi dengan mainan kejutan dalam setiap kotak. Bar Bubbly CARRIE JUNIOR boleh didapati di kedai runcit utama, pasaraya dan pasar raya besar di seluruh negara: sabun bar 100gm berharga RM4.00 (barat Malaysia) dan RM4.20 (Malaysia Timur) masing-masing.




18 Februari 2019

Fahami Bacaan Dalam Solatmu - Buku Terbaik Untuk Bacaan




Fahami Bacaan Dalam Solatmu:


Dah lama tak buka BookCafe, Hari ni tiba-tiba mencari buku untuk dibeli.. Tengah Nak Cuba Jadi Pembaca Tegar.. Target 1 bulan 1 buku.. cewahh.. boleh kewww.. Tertarik dengan buku ni.. Macam Elok Beli Je Ni.. Untuk Bacaan..Tajuknya : Fahami Bacaan Dalam Solatmu

Tengok isi dalam dia macam menarik je.. Selama ni mungkin ramai diantara kita yang tak ambil berat tentang pemahaman maksud ayat atau surah yang kita baca dalam solat termasuklah TB sendiri sebab tu lah TB kadang tak kusyuk time solat.. ='(

Mungkin dengan buku ini boleh buka hati kita untuk memperbaiki solat kita dengan memahami setiap maksud ayat-ayat dan surah yang kita baca.. InsyaAllah.. moga Allah permudahkan kita dalam melakukan ibadah wajib ini dengan kusyuk.. Aamiinn..

Ni TB lampirkan sehelai dua muka surat yang ada.. Nampak senang dibaca .. menarik.. ada gambar.. dan mudha difahami.. Sermua ada 154 muka surat .. harganya RM16.15 je.. murah kan?






Bagi yang berminat nak dapatkannya silalah ke link bawah ni ye.. 
TB pun nak beli jugak ni.. 



15 Februari 2019

MEE BANDUNG SEDAP DAN MUDAH!





MEE BANDUNG SEDAP DAN MUDAH!


Orang kata, kalau tak try mana tahu sedap ke tak sedap kan.. TB rasa nak try buat mee bandung ni.. macam senang je resepi dia.. bahan pun rasa macam boleh cari je ni.. cuma daging tu la.. nak kena tunggu hubby beli kat tempat yang dia selalu beli tu.. situ je daging yang segar sikit.. 

Bahan Kisar :
👉Segenggam udang kering
👉3 ulas bawang putih
👉3 biji bawang merah

Bahan lain :
👉1 senduk sos cili
👉1 senduk sos tomato
👉1 senduk sos tiram
👉5 s/b cili giling
👉5 biji tomato (potong 4)
👉2 poko sawi
👉1 batang lobak merah
👉Ayam (potong kecil²)
👉Daging (potong kecil²)
👉Udang
👉Gula secukup rasa
👉Garam secukup rasa
👉Serbuk perasa
👉Ubi kentang (rebus dan dikisar)
👉3 biji telur
👉Air rebusan ayam
👉Mee kuning

Bahan hias:
👉Bawang goreng
👉Daun sup dan daun bawang
👉Cili hijau
👉Limau nipis
👉Tauge

Cara membuat:
1.Goreng bahan yang di kisar sampai garing dan masukkn cili giling .

2.Bila cili dah masak , masukkan ayam,daging dan udang sekali dengan air rebusan .

3.Kemudian masukkan ubi kentang yang telah dikisar halus.

4.Masukkn sos cili , sos tomato , sos tiram , gula , garam dan perasa , kemudian masukkan lobak merah

5.Bila mendidih masukkan sawi dan tomato.Akhir sekali , pecahkn telur.

6.Biarkan seketika , kemudian taburkan bahan hias diatas mee dan siap untuk dihidangkan .












11 Februari 2019

SARDIN TIN MASAK PAPRIK :



SARDIN TIN MASAK PAPRIK 


BAHAN-BAHAN :
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Cili api
Serai
Daun limau


CARA-CARA :
Semua ni hiris atau ketuk ke…pastu tumis…buh sardin…biar lama skit garing sardin baru buh air asam…perasakan..












07 Februari 2019

BISKUT BADAM





BISKUT BADAM

Inilah antara biskut raya yang TB selalu buat tiap-tiap tahun kat kampung dulu.. sebelum kahwin.. mak TB paling suka ni.. kalau tiap-tiap tahun mesti kena ada bsikut ni.. hehehe

BAHAN-BAHAN :
150 gram tepung gandum*
100 gram tepung kastard*
75 gram tepung jagung*
150 gram butter, premium Anchor butter
115 gram gula icing
1 biji telur gred A
1/2 sudu teh esen vanilla
60 gram serbuk badam


BAHAN UNTUK HIASAN :
1 biji kuning telur
badam cincang


CARA PENYEDIAAN :
1.Putar butter dan gula icing sehingga putih dan berkrim. Kemudian masukkan telur dan esen vanilla. Pukul kembali sehingga kembang.

2.Ayak bahan bertanda (*) di dalam mangkuk gaulkan dengan serbuk badam. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan butter yang sudah kembang tadi sehingga menjadi doh lembut yang boleh diuli. Tidak mengapa jika doh agak sedikit melekit.

3.Rehatkan doh seketika, boleh juga direhatkan selama 10 minit di dalam peti ais.

4.Uli sedikit doh dan canai di atas papan setebal 1/2 cm dan terap dengan acuan. Hiaskan dengan kuning telur dan taburan badam.

5.Panaskan oven pada suhu 170 celcius dan bakar selama lebih kurang 15 minit.














nuffy2

GA New