BISKUT BADAM

Inilah antara biskut raya yang TB selalu buat tiap-tiap tahun kat kampung dulu.. sebelum kahwin.. mak TB paling suka ni.. kalau tiap-tiap tahun mesti kena ada bsikut ni.. hehehe

BAHAN-BAHAN :
150 gram tepung gandum*
100 gram tepung kastard*
75 gram tepung jagung*
150 gram butter, premium Anchor butter
115 gram gula icing
1 biji telur gred A
1/2 sudu teh esen vanilla
60 gram serbuk badam


BAHAN UNTUK HIASAN :
1 biji kuning telur
badam cincang


CARA PENYEDIAAN :
1.Putar butter dan gula icing sehingga putih dan berkrim. Kemudian masukkan telur dan esen vanilla. Pukul kembali sehingga kembang.

2.Ayak bahan bertanda (*) di dalam mangkuk gaulkan dengan serbuk badam. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan butter yang sudah kembang tadi sehingga menjadi doh lembut yang boleh diuli. Tidak mengapa jika doh agak sedikit melekit.

3.Rehatkan doh seketika, boleh juga direhatkan selama 10 minit di dalam peti ais.

4.Uli sedikit doh dan canai di atas papan setebal 1/2 cm dan terap dengan acuan. Hiaskan dengan kuning telur dan taburan badam.

5.Panaskan oven pada suhu 170 celcius dan bakar selama lebih kurang 15 minit.














Post a Comment

Terbaru Lebih lama

TB MOBILE

tengkubutang nity

GA New