MEE BANDUNG SEDAP DAN MUDAH!


Orang kata, kalau tak try mana tahu sedap ke tak sedap kan.. TB rasa nak try buat mee bandung ni.. macam senang je resepi dia.. bahan pun rasa macam boleh cari je ni.. cuma daging tu la.. nak kena tunggu hubby beli kat tempat yang dia selalu beli tu.. situ je daging yang segar sikit.. 

Bahan Kisar :
๐Ÿ‘‰Segenggam udang kering
๐Ÿ‘‰3 ulas bawang putih
๐Ÿ‘‰3 biji bawang merah

Bahan lain :
๐Ÿ‘‰1 senduk sos cili
๐Ÿ‘‰1 senduk sos tomato
๐Ÿ‘‰1 senduk sos tiram
๐Ÿ‘‰5 s/b cili giling
๐Ÿ‘‰5 biji tomato (potong 4)
๐Ÿ‘‰2 poko sawi
๐Ÿ‘‰1 batang lobak merah
๐Ÿ‘‰Ayam (potong kecil²)
๐Ÿ‘‰Daging (potong kecil²)
๐Ÿ‘‰Udang
๐Ÿ‘‰Gula secukup rasa
๐Ÿ‘‰Garam secukup rasa
๐Ÿ‘‰Serbuk perasa
๐Ÿ‘‰Ubi kentang (rebus dan dikisar)
๐Ÿ‘‰3 biji telur
๐Ÿ‘‰Air rebusan ayam
๐Ÿ‘‰Mee kuning

Bahan hias:
๐Ÿ‘‰Bawang goreng
๐Ÿ‘‰Daun sup dan daun bawang
๐Ÿ‘‰Cili hijau
๐Ÿ‘‰Limau nipis
๐Ÿ‘‰Tauge

Cara membuat:
1.Goreng bahan yang di kisar sampai garing dan masukkn cili giling .

2.Bila cili dah masak , masukkan ayam,daging dan udang sekali dengan air rebusan .

3.Kemudian masukkan ubi kentang yang telah dikisar halus.

4.Masukkn sos cili , sos tomato , sos tiram , gula , garam dan perasa , kemudian masukkan lobak merah

5.Bila mendidih masukkan sawi dan tomato.Akhir sekali , pecahkn telur.

6.Biarkan seketika , kemudian taburkan bahan hias diatas mee dan siap untuk dihidangkan .












Post a Comment

Terbaru Lebih lama

TB MOBILE

tengkubutang nity

GA New