Nuff

03 April 2014

CELAK DAN CERITANYA..

Teman sedang mencari Celak Arab ni, yang dalam gambo ni Ok tak?
Haaa.. hari ni teman nak share citer pasal celak lak, teman paling suka pakai celak.. sebab celak tu menampakkan kebesaran mata kita.. bosa gitu.. heeee.. korang pun suka kan? tapi susah bebeno nak cari celak yang hitam macam dalam gambo atas ni.. dulu selalu gak guna celak Arab tu, tapi bila dah kehabisan teman pun membeli celak dari cosway tu plak.. cuma sejak akhir2 ni takleh nak pakai celak taktau nape.. mata asyik merah.. alergik lea pulak.. adeh.. ni rasa nak membeli celak Arab lak.. sape ada jual murah? ada link tak? kasi link kat FB teman nanti yea.. hee... tQ.. apa2 pun jom baca ni dulu..
Celak Arab D'Herbs ni ok tak? sape pernah guna?
Sunnahnya bercelak: Terdapat hadis:  “Rasulullah Shallallahu ’alaihi Wasallam melaknat laki-laki yang menyerupai wanita dan melaknat wanita yang menyerupai laki-laki”. Adapun memakai celak, maka tidak mengapa kerana memakai celak itu disyariatkan bagi laki-laki dan wanita dengan kadar yang sama. Rasulullah dilihat lebih kepada mencadangkan celak itu dipakai dan disebut bahawa dipakai ketika ingin tidur. Ia tidak wajib bahkan ia hanyalah satu cadangan. Namun begitu, baginda menambahkan: “Orang yang berpuasa hendaklah menjauhinya”

Apakah Makna Bercelak?
Dalam kamus Dewan Bahasa, menghitamkan kening (bulu mata, keliling mata) dengan celak (habuk hitam (biru) untuk mewarnai kening (bulu mata, keliling mata). Di dalam hadis nabi, bercelak itu ialah dengan menoreh istmid ke kelopak mata.
Produk celak berasaskan istmid

Apakah Istmid?
Sejenis batu hitam yang biasa dibuat menjadi bahan asas celak, di datangkan dari Isfahan (Parsi) iaitu jenis celak paling elok. Jenis yang paling baik ialah yang paling mudah melekat namun bahagian dalamnya halus, tidak mudah melekat kotoran dan mudah ditanggalkan dengan air. Gabungan dari unsur sejuk dan kering, khasiatnya menguatkan mata, mengencangkan sarafnya dan menjaga kesihatannya. Ia juga boleh dibuat ubat kudis, ketuat dan bisul pada mata, menjernihkan penglihatan serta menghilangkan pening jika dicampurkan dengan madu yang cair. Jika ditumbuk dan dicampurkan dengan lemak segar, kemudian dicampurkan dengan abu bakar, boleh mencegah gangguan serangan halus berbisa. Untuk kaum tua yang sudah rabun matanya (akibat tua), celak disapu sebelum tidur dengan sedikit kasturi. (Thibbun Nabawi Bab 65; Tentang ubat dan Makanan Yang Disebut Rasulullah, Ibnu Qayyim) 
Inilah batu istmid yang belum dihancurkan
Yang ni pulak, yang telah dihancurkan menjadi serbuk

عليكم بالإثمد ؛ فإنه منبتة للشعر ، مذهبة للقذى ، مصفاة للبصر
“Bercelaklah dengan itsmid. Kerana ia menumbuhkan rambut, mengilangkan kotoran yang masuk ke mata, dan mencerahkan pandangan” (Hadis Riwayat ‘Abu Ashim, Ath Thabrani. Lihat Aunul Ma’bud syarah hadits no. 1679 Status hadits: Dihasankan oleh Al Albani dalam Silsilah Ahaadits Shohihah 2/270/665)


Apakah memakai celak itu sunah?
Ya, memakai celak itu sunah sebelum tidur atau semasa ihram atau untuk pakaian harian bagi lelaki selagi bertujuan meniru Rasulullah dan bukan kerana trend remaja, trend artis dan apa sahaja bentuk perkembangan rentetan kejadian (amalan) yang baru.

Ibnu Abbas yakin Rasulullah mempunyai peralatan celak yang digunakan setiap malam, tiga kali pada mata kanan dan tiga kali pada mata kiri. (Syamail Muhammadiyyah Al-Imam Tarmizi)

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُثْمَانَ بْنِ خُثَيْمٍ عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْبَسُوا مِنْ ثِيَابِكُمْ الْبَيَاضَ فَإِنَّهَا مِنْ خَيْرِ ثِيَابِكُمْ وَكَفِّنُوا فِيهَا مَوْتَاكُمْ وَإِنَّ خَيْرَ أَكْحَالِكُمُ الْإِثْمِدُ يَجْلُو الْبَصَرَ وَيُنْبِتُ الشَّعْرَ

Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Yunus telah menceritakan kepada kami Zuhair telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Utsman bin Khutsaim dari Sa'id bin Jubair dari Ibnu Abbas ia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Pakailah pakaian yang putih, sebab ia adalah sebaik-baik pakaian kalian, dan kafanilah jenazah kalian dengannya. Sesungguhnya sebaik-baik celak kalian adalah itsmid (sejenis tumbuhan), itsmid dapat mempertajam pandangan dan menumbuhkan rambut ( bulu mata)." (Hadis Riwayat Abu Daud)
Gambar alat celak Rasulullah


أَخْبَرَنَا قُتَيْبَةُ قَالَ حَدَّثَنَا دَاوُدُ وَهُوَ ابْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْعَطَّارُ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُثْمَانَ بْنِ خُثَيْمٍ عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ مِنْ خَيْرِ أَكْحَالِكُمُ الْإِثْمِدَ إِنَّهُ يَجْلُو الْبَصَرَ وَيُنْبِتُ الشَّعَرَ أَبُو عَبْد الرَّحْمَنِ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُثْمَانَ بْنِ خُثَيْمٍ لَيِّنُ الْحَدِيثِ

Telah menceritakan kepada kami Qutaibah ia berkata; telah menceritakan kepada kami Dawud -iaitu Ibnu 'Abdurrahman Al 'Aththar- dari Abdullah bin Utsman bin Khutsaim dari Sa'id bin Jubair dari Ibnu Abbas bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya celak terbaik untuk kalian pakai adalah Al Itsmid (batu celak), ia mampu menajamkan pandangan mata dan menumbuhkan rambut." Abu 'Abdurrahman Abdullah bin Utsman bin Khutsaim adalah seorang yang lemah dalam masalah hadits.(Hadis Riwayat Nasa'i)

حَدَّثَنَا أَبُو سَلَمَةَ يَحْيَى بْنُ خَلَفٍ حَدَّثَنَا أَبُو عَاصِمٍ حَدَّثَنِي عُثْمَانُ بْنُ عَبْدِ الْمَلِكِ قَالَ سَمِعْتُ سَالِمَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ يُحَدِّثُ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيْكُمْ بِالْإِثْمِدِ فَإِنَّهُ يَجْلُو الْبَصَرَ وَيُنْبِتُ الشَّعَرَ

Telah menceritakan kepada kami Abu Salamah Yahya bin Khalaf telah menceritakan kepada kami Abu 'Ashim telah menceritakan kepadaku 'Utsman bin Abdul Malik dia berkata; saya mendengar Salim bin Abdullah menceritakan dari Ayahnya dia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Hendaknya kalian menggunakan itsmid (semacam tumbuhan untuk celak), sesungguhnya ia dapat memperjelas penglihatan dan menumbuhkan bulu mata." (Hadis Riwayat Ibnu Majah, hadis yang sama dari Jalan Abu Bakar bin Abu Syaibah dari Jabir dan dari Ibnu Abbas.

Panduan Bercelak

Bagaimana kaedah bercelak menepati sunnah? Celak istmid tadi dicampurkan dengan sedikit kasturi. Dari Abdirrahman bin Nukma bin Mu’bid bin Hamzah Al-Anzari, dari ayahnya dari saudaranya ia berkata: Bahawasanya Rasulullah memerintahkan memakai celak mata yang telah dicampuri harum-haruman setiap kali hendak tidur (Hadis Riwayat Abu Daud). Abu Ubaid meriwayatkan bahawa erti “yang telah dicampuri harum-haruman” ialah dibubuhi minyak kasturi (Thibbun Nabawi Bab 64; Bimbingan Rasulullah Menjaga Kesihatan Mata, Ibnu Qayyim)

Kaedah menoreh celak ke mata, sunnahnya ialah dengan menyapu celak sebanyak tiga kali.

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ عَنْ عَبَّادِ بْنِ مَنْصُورٍ عَنْ عِكْرِمَةَ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ كَانَتْ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُكْحُلَةٌ يَكْتَحِلُ مِنْهَا ثَلَاثًا فِي كُلِّ عَيْنٍ

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami Yazid bin Harun dari 'Abbad bin Manshur dari Ikrimah dari Ibnu Abbas dia berkata, "Nabi shallallahu 'alaihi wasallam memiliki tempat celak, dan beliau bercelak darinya tiga kali di tiap-tiap matanya." (Hadis Hasan Sahih Riwayat Ibnu Majah dan Imam Tirmizi)

Namun begitu di idalam riwayat at-Tirmizi dari Ibnu Abbas katanya, “adapun rasulullah jika bercelak, menorehkan celaknya tiga kali di bahagian kanan matanya dimulai dari kanan dan diakhiri di bahagian kanan, sedangkan bahagian kiri hanya dua kali”. (Thibbun Nabawi Bab 64; Bimbingan Rasulullah Menjaga Kesihatan Mata, Ibnu Qayyim)
Ini sejajar dengan hadis di bawah iaitu hendaklah melakukan dengan bilangan ganjil. Tiga kanan, dua kiri bersamaan dengan 5 kali.

حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عُمَرَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُ الصَّبَّاحِ عَنْ ثَوْرِ بْنِ يَزِيدَ عَنْ حُصَيْنٍ الْحِمْيَرِيِّ عَنْ أَبِي سَعْدِ الْخَيْرِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ اكْتَحَلَ فَلْيُوتِرْ مَنْ فَعَلَ فَقَدْ أَحْسَنَ وَمَنْ لَا فَلَا حَرَجَ

Telah menceritakan kepada kami Abdurrahman bin Umar telah menceritakan kepada kami Abdul Malik bin Ash Shabah dari Tsaur bin Yazid dari Hushain Al Himyari dari Abu Sa'd Al Khair dari Abu Hurairah, bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barang siapa memakai celak, maka hendaknya dengan bilangan yang ganjil, barangsiapa melakukannya maka dia telah berbuat baik dan barang siapa tidak melakukannya, maka tidak ada dosa baginya." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Ganjil di sini banyak pengertiannya, sama ada:
a. Di bahagian kanan dan kiri berjumlah 5 kali jumlah torehan  yang dimulakan dari kanan dan berselang seli dengan mata kiri dan diakhiri mata kanan atau;

b. Lima kali torehan kanan dan kiri di mana dihabiskan tiga kali torehan bahagian kanan terlebih dahulu tiga kali kemudian sebelah kiri dua kali.

c. Dalam pendapat Mazhab Hambali, mereka berpegang terus kepada hadis iaitu kanan tiga kali dan kiri tiga kali berdasarkan jumlah kanan ganjil dan kiri ganjil.

Bahagian mata yang terlibat:
a. Hanya bawah kelopak mata iaitu di sektor bulan sabit dan bukan pada bulu mata.
b. Di bahagian bulu mata, iaitu torehan istmid dilakukan selepas menyelak kelopak mata bawah.
c. Kaedah ‘b’ tetapi termasuk kelopak mata atas.

Yang lebih menepati sunah sunah ialah di perenggan b.
Manakah satu kaedah sunnah menoreh celak ke mata?

Fatwa Syaikh Abdul ‘Aziz bin Baz rahimahullah
س : هل هناك دليل يحرم وضع الكحل على العينين والحناء على اليدين والرجلين بالنسبة للرجل ؟ علما بأن وضعها ليس القصد منه التشبه بالنساء ، إنما هي عادة .

ج : ليس للمؤمن أن يتشبه بالنساء لا في الحناء ولا في غيره ، ولو كان عادة فليس له أن يفعل ما يكون فيه متشبها فيه بالنساء ؛ لأن الرسول صلى الله عليه وسلم” : لعن المتشبهين من الرجال بالنساء ، ولعن المتشبهات من النساء بالرجال

أما الكحل فلا بأس ؛ لأنه مشروع للرجال والنساء على حد سواء ، فكونه يكحل عينيه فلا بأس ، والكحل طيب نافع ، “ وكان النبي صلى الله عليه وسلم يكتحل “ ، فلا بأس بذلك
“Bercelak ada dua sebab, yang pertama bercelak untuk menguatkan pandangan, mengubati rabun, atau untuk membersihkan pandangan mata tanpa bermaksud untuk berhias maka tidak mengapa, bahkan ini dianjurkan. Kerana Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam menggunakan celak pada kedua mata beliau. Lebih baik lagi jika memakai itsmid.
Jenis kedua, bercelak dengan tujuan untuk berhias. Jenis ini berlaku bagi wanita. Kerana seorang wanita dianjurkan mempercantik diri untuk suaminya. Adapun bagi laki-laki, terdapat beberapa pertimbangan dan aku tawaqquf dalam hal ini. Namun perlu dibezakan antara lelaki yang masih muda dengan lelaki yang sudah tua. Bagi pemuda yang khuatir dapat menimbulkan fitnah jika bercelak, maka sebaiknya tidak dilakukan. Sedangkan orang yang sudah tua, tidak dikhuatirkan lagi dapat menimbulkan fitnah maka tidak dilarang.” (Fatwa Syaikh Al Utsaimin dalam As’ilah Al Usroh Al Muslimah)

Larangan Bercelak Kepada Janda

و حَدَّثَنَا حَسَنُ بْنُ الرَّبِيعِ حَدَّثَنَا ابْنُ إِدْرِيسَ عَنْ هِشَامٍ عَنْ حَفْصَةَ عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تُحِدُّ امْرَأَةٌ عَلَى مَيِّتٍ فَوْقَ ثَلَاثٍ إِلَّا عَلَى زَوْجٍ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا وَلَا تَلْبَسُ ثَوْبًا مَصْبُوغًا إِلَّا ثَوْبَ عَصْبٍ وَلَا تَكْتَحِلُ وَلَا تَمَسُّ طِيبًا إِلَّا إِذَا طَهُرَتْ نُبْذَةً مِنْ قُسْطٍ أَوْ أَظْفَارٍ و حَدَّثَنَاه أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ نُمَيْرٍ ح و حَدَّثَنَا عَمْرٌو النَّاقِدُ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ كِلَاهُمَا عَنْ هِشَامٍ بِهَذَا الْإِسْنَادِ وَقَالَا عِنْدَ أَدْنَى طُهْرِهَا نُبْذَةً مِنْ قُسْطٍ وَأَظْفَارٍ

Dan telah menceritakan kepada kami Hasan bin Rabi' telah menceritakan kepada kami Ibnu Idris dari Hisyam dari Hafshah dari Ummu 'Athiyah bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda: "Tidak boleh bagi seorang wanita melakukan ihdad kerana kematian seseorang melebihi tiga hari, kecuali kerana kematian suaminya yaitu empat bulan sepuluh hari, dan tidak boleh menggunakan pakaian yang berwarna warni, melainkan hanya memakai pakaian yang kasar (kain beludru), dan tidak boleh menggunakan celak mata, dan tidak boleh memakai wewangian kecuali jika masa iddahnya telah habis, maka diperbolehkan baginya memakai qusth dan adzfar (sejenis pohon yang harum baunya)." Dan telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Numair dan diganti dengan jalur periwayatan yang lain, dari Amru telah menceritakan kepada kami Yazid bin Harun keduanya dari Hisyam dengan sanad ini. (Hadis Riwayat Muslim)

Rawatan Sakit Mata

Sakit mata memang amat memedihkan dan membuatkan kita tidak mampu melaksanakan kerja seharian dengan sempurna. Sakit mata dipecahkan banyak kategori di antaranya sakit kerana demam panas, jangkitan virus, dimasuki serangga, sampah dan tumbuhan. Di sini saya ingin berkongsi salah satu kaedah saya merawat sakit mata (bukan akibat disihir). Ini adalah gabungan rawatan petua Melayu (ruqyah Melayu) dan juga dengan bacaan Al-Quran.

Kegunaan: Binatang, serangga dan sampah masuk mata. Juga untuk sakit mata akibat demam dan juga rabun/katarak.

1. Baca doa sakit mata.
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ مُذْهِبَ الْبَأْسِ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إِلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا، وَلَا اَلَمًا اِلَّاشِفَاهُ، فَكَشَفْنَا عَنكَ غِطَاءكَ فَبَصَرُكَ الْيَوْمَ حَدِيدٌ، فَسَتُبْصِرُ وَيُبْصِرُوْنَ
2. Jika sakit mata kanan
a. Pesakit Pejam mata. Pesakit berada depan perawat dan mendiamkan diri.
b. Perawat juga pejam mata.
c. Perawat gunakan tangan kiri
d. Sapu mata perawat sebelah kanan dengan tangan kiri dari atas dan letak di mata kanan perawat sambil membaca:
alif ba ba berubah, alif ba ba beralih, alif ba ta turun,

3. Jika sakit mata kiri
a. Pesakit Pejam mata. Pesakit berada depan perawat dan mendiamkan diri.
b. Perawat juga pejam mata.
c. Perawat gunakan tangan kanan
d. Sapu mata perawat sebelah kiri dengan tangan kanan dari atas dan letak di mata kanan perawat sambil membaca:
alif ba ba berubah, alif ba ba beralih, alif ba ta turun

4. Untuk mata yang dimasuki sampah/serangga, ulang sekali lagi jika tidak sembuh juga.

5. Ambil hanya bahagian akar pokok bunga raya putih. Bersihkannya terlebih dulu. Rebus akar tersebut hingga mendidih. Setelah mendidih, biarkan ianya sejuk. Apabila air rebusan tadi dah sejuk, titiskannya pada mata anda yang sakit.


6. Boleh juga menitikkan madu yang telah dicairkan dengan sedikit air yang telah diruqyah. Amalkan memakai celak sebelum tidur.



Insya allah.
Perkongsian dari blog : Abu Zaynab 
Jom singgah!

Related Posts

11 ulasan:

  1. oh..begitu ceritanya...akak mmg suka pakai celak nie..

    BalasPadam
  2. mmber saya ada jual... tapi nk mudah, teman seacrh aje kt mudah.my... mst ada..

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum kakak. sheila tak reti bercelak. tapi zaman sekolah dulu kerap gak suka2 pakai. hehehe rasanya nak kirim beli dekat Mekah.. dulu pernah dapat celak daripada sana, cantik sangat bekas celak dia ~~~

    BalasPadam
  4. kecik2 dulu salu pakai celak mekah yg serbuk tu.. hihi.. bila dh besar ni pakai eyeliner pulak

    BalasPadam
  5. dulu selalu gak pakai..skrg dah jarang dah

    BalasPadam
  6. UNTUK PENGETAHUAN SEMUA.....CELAK ITHMID SAHAJA UTK SIHATKAN MATA OK.
    BUKAN CELAK BRANDED YG KAT LUAR TU!!!!!ITU SEMUA MENJAHANAMKAN MATA.
    sO KALAU YG GUNA BRANDED TAPI BKN ITHMID BERHENTI DARI TERUS PAKAI

    BalasPadam
  7. Dulu saya pakai nenek saya punya bila nak ge sekolah..
    Celak arab warna mcm pencil serbuk nya...jadi x nampak.

    BalasPadam
  8. Dulu saya pakai nenek saya punya bila nak ge sekolah..
    Celak arab warna mcm pencil serbuk nya...jadi x nampak.

    BalasPadam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

Innity Mobile

adseng

GA New