Langkau ke kandungan utama

Tips, Petua dan Sunnah Nabi

Assalammualaikum semua.. hari ni hari Rabu kan.. sepatutnya teman buat entri wordless wednesday.. tapi entah kenapa.. bila tiba hari sepatutnya, teman jadi nak berkongsi entri yang panjang-panjang.. tak ikut peraturan betul kann.. huhuhuhu.. apa-apa pun.. jom baca info/ilmu dari perkongsian di FB..

Hemm.. sebenarnya ada sesuatu yang mendebarkan teman hari ni.. teman berharap segalanya berjalan lancar.. semoga Allah perlihara keselamatan mereka-mereka semua..
Ok.. jom baca Perkongsian ini...

Kalau kawan kawan yang suka minum air tin hopefully hentikanlah tabiat tu mulai hari nih sebab 1 tin minuman berkarbonat tu bersamaan dengan 14 gelas teh tarik manis.

70% penyakit kanser payudara adalah berpunca dari sikap pemarah penghidap tu sendiri. Kalau bukan masa tua, mungkin masa muda…Dia cakap kalau dah pulih dari kanser, kena jaga emosi jika tak dalam tempoh enam bulan kanser tu akan datang semula…

Dalam badan wanita ada hormon progesteron dan estrogen kan? Hormon progesteron ada pada ovary dan estrogen pada tulang.

Wanita yang berat melebihi 60 kg, sebanyak 85% wanita berisiko ada ketumbuhan

Wanita tidak boleh makan tiga jenis ikan iaitu ikan pari, ikan bawal hitam dan ikan terubok. Ikan pari tu sebenarnya ada toksik yang banyak kerana hidup di dasar laut dan boleh menyebabkan berlakunya kanser sebanyak 70%. Ikan bawal hitam dan terubok pulak ikan yang difahamkan mempunyai bias yang menyebabkan penyakit. Kalau nak makan ikan bawal makan ikan bawal putih.

Jika ada keputihan dan keputihan berwarna hijau, 99% tanda itu menunjukkan wanita itu menghadapi kanser ovari. Jika berwarna putih kekuningan pulak kanser serviks. Serviks yang terkeluar (Tombong/prolapsed) selalunya berlaku kepada wanita yang melahirkan anak lebih dari 5 orang.

Orang yang menghidapi buasir TIDAK BOLEH makan makanan atau minuman yang berkaitan limau nipis, tomyam dan cili padi..

Sakit gout seperti 7x ganda sakit gigi.

Sebenarnya makanan yang kita suka makan itulah merupakan punca penyakit kita

Orang yang sakit tulang dan mengambil ubat untuk cair darah TIDAK BOLEH makan sebarang makanan yang berasaskan kacang seperti kicap, air soya, tempe, kacang panjang dan segala jenis kacang yang ada di dunia ni.

Kanser paru paru adalah 95% terdiri daripada perokok.

95% kanser berlaku kerana stress.

Tapak tangan kanan mempunyai 18 enzim dan tapak tangan kiri 81 enzim yang mampu membunuh bakteria.

Kalau nak kurus, senang aje. Makan ikut sunnah Rasulullah iaitu 40-100 kunyahan….

Nak mandi kenalah mula dari kaki (elak kena gout),
kemudian lutut (elak sakit lutut),
tempat sulit (elak cyst),
pinggang( tak sakit pinggang, serviks sihat),
perut (elak buasir, gastriks, ulser,sembelit),dada (sakit jantung,paru-paru etc) 
dan akhirnya kepala(elak migraine). 

Lepas tu, baru mandi macam biasa. Lepas tu satu cara lagi nak kurus, mandi di waktu pagi… Air yang sejuk kejung tulah. Sebabnya menyingkirkan segala lemak dalam badan.

Tidur mesti mengiring ke kanan di mana sebelah kiri ke atas. Cara tidur ini takkan kena sakit jantung.

Untuk mengelakkan migraine sujud waktu solat Subuh tu sujud lama lama.

Tahu tak korang yang orang lelaki ni tidak sekuat wanita kerana lelaki mudah diserang jantung jika dibandingkan wanita yang jarang terkena serangan jantung. Ini kerana, wanita mempunyai hormon estrogen yang melindungi jantung. Orang lelaki tidak ada hormon estrogen yang melindungi jantung sebab tu lelaki mudah terkena.

Kalau nak jaga jantung suami supaya sihat banyakkan bawang putih dalam masakan ye kaum wanita semua.

Nak mengubati kanser payudara cari kulat susu harimau.

Kepada peminat petai, lepas ni kalau nak makan, cukup sekadar 7@8 biji saja kerana petai ni mengandungi kolesterol yang tinggi.

Untuk para suami, kalau hormon isteri tak stabil bagi isteri mkn kacang botor.

Ibu ibu mengandung sila amalkan makan buah delima bila usia kandungan mencecah 5 bulan ye..

Kepada peminat buah epal hijau, makan sebiji sehari ye jangan makan banyak kali sebab epal hijau menyebabkan kita menjadi pelupa.

Epal merah untuk ibu ibu mengandung dan pesakit asma. Makan 2 biji sehari ye…

Jika ada sakit kencing tak lawas, blend lobak putih minum air lobak putih tu ye. Amalkan minum 2x seminggu

Kepada penghidap kolesterol tinggi ambik akar pokok semalu dan rebus. Amalkan minum air rebusan

JGN BUNUH SEMUT! kalau nampak semut banyak2 dalam rumah seperti yg pernah dipesan oleh nabi kita junjungan rasullullah dulu kita ucaplah .. 

"Assalamualaikum rakyat Nabi Sulaiman a.s.. Ini rumahku.. Aku mahukan kebersihan.. Kamu adalah makhluk Allah s.w.t. yg sentiasa berzikir kepadaNya..

"Jika kamu mahu membuat sarang untuk meneruskan hidup kamu, kamu hiduplah di luar rumahku yg berdekatan dengan rumahku agar kamu selamat"..

Jika kita tak suka semut2 berada di dalam rumah, kita jangan sembur ridsect/sheildtox/bakar semut2 tu. Kita tegur mereka dengan bagi Salam ke atas Nabi Sulaiman a.s.. sebab semut2 ni adalah rakyat Nabi Sulaiman a.s..Semut2 ni juga serangga yg sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t. sepanjang masa.. Kisah semut ni pun ada di dalam Al-Quran..

Cintai Rasulullah s.a w. dengan mengamalkan segala sunnahnya.. Subhanallah..

Credit to :
PANACEA BEAUTY


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )
Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 


Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. Cepatt.. 
KLIK

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page




Ulasan

  1. nice info ... nk try la berckp ngans emut2 tu kot2 berjaya .....

    BalasPadam
  2. info yang sangat menarik.. tq for sharing

    BalasPadam
  3. nak menangis part yg ending... :'(

    tatau nape... huhuhu..

    anyway.. nice info.. bookmark nih :D hehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI

  RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI Bahan (Sos): - 3 biji bawang merah - 5 ulas bawang putih - Cili padi merah & hijau - 1/2 inci halia muda - 3 batang akar ketumbar - 3 sudu Palm sugar/brown sugar - 1/2 kiub ayam - 3 sudu sos ikan - 1 sudu serbuk limau nipis - 3 biji limau nipis (ambik jus) - Daun ketumbar (hiris) Bahan (Sotong & inti): - Sotong (perap dengan 1/2 biji lemon & 1 sudu olive oil selama sejam - 2 biji kentang (lenyek & rebus) - 1 mangkuk kecil ayam kisar - 1 biji bawang besar (dadukan) - 3 ulas bawang putih (cincang) - 3 sudu sos tiram - 1/2 kiub ayam - Lada hitam - Daun bawang (hiris halus) Cara penyediaan: 1. Blend bawang merah, bawang putih, cili padi, halia & akar ketumbar. 2. Masukkan bahan blend tadi & masukkan air, palm sugar/brown sugar, sos ikan & kiub ayam. 3. Rebus sehingga likat. Tutup api & masukkan serbuk limau nipis, limau nipis & daun ketumbar. Siap sos. 4. Tumis bawang merah, bawang putih. 5. Masukkan ayam kis...

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR Haaaa.. Entri kali ni TB buat khas buat sahabat teman si 3 suku tu.. Kasih namanya.. anaknya yang hensem bernama Fahri tu suka sangat dengan Dinosaur ni.. Fahri suka panggil "Dino" nama pendek haiwan ni.. Hehehe..  Dah banyak koleksi Dino Fahri kumpul.. Dari Dino saiz kecik hinggalah ke saiz besar, dari yang jenis keras hinggalah ke jenis lembut, siap boleh bergerak-gerak, dan ada bunyi-bunyi lagi..  So, kali ni TB nak tujukan entri ni untuk Kasih dan Fahri.. haha.. korang tengok dan baca tau! hahahaha..  Nama Dinosaur Beserta Gambar  Haaa.. Korang pernah tengok Dinosaur kan? Maksud TB tengok kat Movie la, bukan yang real.. haha.. TB suka tengok Filem kisah Dinosaur ni, macam Jurassic Park tu ke kan.. kartun Dinosaur pun TB sukaaa.. haha.. Antara kartun yang TB suka The Good Dinosaur.. Si Arlo yang bertengkuk panjang tu.. hehehe.. Comel sangat... Jenis ni dipanggil  Brontosaurus tau.. Tapi sebenarnya ...
  Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai Bahan-bahan :- -Ketam -1 Batang Serai (saya blend sekali dgn bwg) -10 keping Daun limau purut -Daun Ketumbar -Cili api (saya tak guna pun) -Bawang Merah blend -Bawang Putih blend -Halia blend -Asam Keping -2 Sudu Serbuk Kari -3 Sudu Cili Giling -2 Sudu Cili Thai (saya guna kiub tomyam maggi) -Gula & Garam sedikit Cara Memasak :- -Rebus ketam -Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti -Panaskan minyak -Masukkan bahan blend dan serai hingga naik bau -Masukkan cili giling dan kari hingga pecah minyak, kemudian Paste cili thai. -Dah pecah minyak masukkan Air rebusan ketam tadi ikut suka byk mana -Masukkan asam keping, gula dan garam. -Masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut. -Dah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi sebati -Enjoyyy Kredit Resepi : mahfuzah ami n