Trend Koleksi Baju Kurung Terkini di ZALORA!

Trend Koleksi Baju Kurung Terkini
Haiii.. Bulan depan semua umat Islam dah nak menyambut Ramadhan Al-Mubarak.. Masa tu sudah semestinya semua pakat nak kumpul Pahala dan Amal Kebajikan ye tak? Yang pasti.. hal-hal yang remeh sebelum Ramadhan tiba perlulah diselesaikan segera kerana tidak mahu berlaku masalah dengan jadual yang perlu kita ikuti di bulan Ramadhan nanti kan.. 

Antara perkara remeh yang perlu kita fikirkan ialah antaranya hal-hal berkaitan kuih raya, duit raya budak-budak dan sudah semestinya paling penting, haha!! iaitu pemilihan Baju Raya lah kan.. 

hehehe.. Cerita pasal Baju Raya, haaa.. kalau tak Shopping awal-awal, Masak la korang time bulan Ramadhan nanti.. dah la nak bersesak-sesak dekat bandar untuk mencari Baju Raya, dah tu tak ada pulak yang berkenan di hati.. Pusing satu Bandar pun masih tak jumpa pilihan hati korang.. hahaha.. ini biasa terjadi kan? sampai cik abang dari tersenyum terus buat muka "bekeng" nak marah, GRRRRRR.. hahaha ..

Tahun lepas perkara ini terjadi kepada teman dan hubby.. hihihi.. Sebab konon malas nak beli awal-awal, sayang duit bebeno la konon.. walhal tetap kena beli gak baju raya nya kan! dan bila dah malas sangat nak bersesak-sesak dan berpeluh dahaga semata-mata nak cari baju raya, teman dan hubby pun fikir cara lain.. 

hehehe.. Hubby kata ikut je teman nak pilih baju mana, yang dia punya boleh beli kat Mall berdekatan je, sebab dia punya taste tak merapu sangat macam teman ni.. itu taknak, ini taknak.. last-last baju yang dipilih idaklah lawa mana pun.. ekekekeke.. =P

dan.. akhirnya, disebabkan malas nak bersesak-sesak di bulan Ramadhan ni, dengan panas lagi.. dengan nak tempuh jammed pergi balik lak tu.. teman terus buat keputusan search dan beli Online ajelah.. hehehe.. so, baju Raya tahun lepas memang teman beli Online aje.. sib baik puas hati dan saiz pun ngam-ngam.. hehe..

Masa tu tak belek baju kat Zalora lagi.. rupanya kat Zalora, banyak giler baju-baju yang cantik-cantik weh.. haaa.. salah satunya Baju Kurung yang merupakan pakaian rasmi ramai wanita khususnya wanita Melayu ketika menghadiri majlis-majlis formal, majlis keramaian dan juga acara-acara yang istimewa termasuklah sambutan perayaan. 

Haaa.. Sudah semestinya lah saban tahun, pemakaian baju kurung tidak pernah dilupakan malah ia merupakan suatu tradisi turun temurun. Namun, berikutan perkembangan fesyen yang semakin pesat, rekaan baju kurung juga tidak terkecuali dan turut mengalami perubahan yang agak drastik. bermacam-macam fesyen telah direka yang membuatkan baju kurung kembali mendapat permintaan ramai.. 
Bagi yang dah lupa dengan rupa baju kurung, meh refresh sikit otak balik.. hehehe.. Pada asalnya, baju kurung dikenali sebagai baju kurung pesak dimana ia berpotongan longgar dan mempunyai potongan baju yang labuh hingga ke paras lutut. Rekaan baju kurung yang asal ini juga terbahagi kepada beberapa jenis baju kurung yang lain seperti baju kurung Kedah yang mempunyai potongan baju yang singkat dan baju kurung Pahang yang mempunyai pesak yang lebih lebar. (Dulu masa bekerja di ofis, teman suka je menggayakan mana-mana rekaan baju kurung... sampai ada yang tegur, model baju ke.. haha.. Yolahhhh..)
Kemudian, muncul pula rekaan baju kurung moden yang direka dengan potongan yang lebih mengikut badan dan berpotongan singkat. Untuk koleksi baju kurung moden ini pula sememangnya cukup popular dikalangan golongan muda khususnya wanita-wanita moden.
Seterusnya, fesyen industri tempatan dimeriahkan pula dengan fenomena peplum yang cukup digemari oleh ramai wanita tidak mengira umur. Rekaan berombak (peplum) yang terletak pada baju menyerlahkan lagi penampilan si pemakai.
Untuk tahun 2015 pula, rekaan baju kurung ala kaftan mendapat perhatian ramai penggemar fesyen dengan potongan baju yang lebih loose dan selesa dipakai. Bukan itu sahaja, ia juga amat sesuai digayakan sebagai pakaian kasual.
Dan revolusi baju kurung masih tidak berakhir dengan kemunculan koleksi-koleksi baju kurung moden terkini  yang diilhamkan oleh pereka-pereka fesyen tanah air yang cukup berbakat. Elemen-elemen cape, wide sleeve digunakan secara meluas dan terciptalah rekaan baju kurung yang unik seperti berikut.
Alamak.. yang ni teman terbekenan pulak tengok.. haha.. kalau masih bekerja di ofis.. memang dah beli dah baju ni.. hahaha.. cun kan?? nama baju ni Kebaya Peplum Midi Kurung by Zuco Fashion. Boleh search kat Zalora ye kalau berkenan.. Ada banyak kaler lagi .. design pun cun-cun lak tu.. hehehe.. Ok lah.. itu je nak citer.. kalau suka mana-mana design diatas.. boleh lah search di Zalora.. Thanx sebab sudi baca sampai habis.. Lap U All....


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page




9 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama