Langkau ke kandungan utama

CARA MENGIRA PERGERAKAN BABY DALAM PERUT

CARA MENGIRA PERGERAKAN BABY DALAM PERUT

Hai.. baru-baru ramai pulak kawan-kawan yang bercerita mengandung lagi.. dan bakal melahirkan anak beberapa bulan lagi.. dan ada juga kawan-kawan yang baru nak mendapat zuriat.. Alhamdulillah.. tahniah buat kawan-kawan yea..

Ada yang bercerita tentang pengalaman mereka.. happy sangat diorang.. Alhamdulillah.. dan ada satu perkara yang buat diorang runsing utnuk yang baru pertama kali mengandung, confused cara nak kira pergerakan anak dalam kandungan start dari minggu ke 28 kehamilan..

Teman pun macam biasa, suka jer google dan share-share benda macam ni.. heee.. so, terjumpa lah info tentang ini dekat Page 3D 4D Scan Malaysia ..

Jom baca sama-sama... 
    
Cara Mengira Pergerakan Bayi 
Mengira pergerakan bayi sangat penting sangat penting bagi mengetahui keaktifan, pergerakan jantung dan memahami pola pergerakan harian bayi.

Lazimnya ibu hamil diminta doktor mencatatkan pergerakan bayi bermula dari minggu ke -28 kehamilan. Bagaimanapun, ramai ibu hamil menganggap tugas mengira itu rumit dan kadang-kadang keliru tidak tahu mengesan pergerakan.

Perlu Tahu
Bayi sihat lazimnya bayi yang aktif. Pada minggu ke-28, bayi semakin aktif dan kerap melakukan pelbagai jenis pergerakan. Tambahan pula, kantung ketuban anda pada usia kehamilan ini mengandungi lebih kurang 750ml cecair bagi membolehkan dia bergerak dengan bebas.

Panduan Untuk Ibu Hamil
1 - Menurut kolej pediatrik Amerika dan kebanyakan doktor pakar perbidanan dan sakit puan, mereka mencadangkan agar kiraan sehingga 10 kali pergerakan perlu dilakukan tidak kira sama ada tendangan, gulungan, tumbukan atau pergerakan-pergerakan lainnya dalam tempoh 12 jam.

2- Carta kiraan pergerakan bayi lazimnya digalakkan bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 9 malam. Anda boleh mula mengira pergerakan bayi dengan memilih waktu di mana baayi anda biasanya bergerak aktif. Sehubungan itu, ramai ibu berpendapat, waktu bayi bergerak aktif selepas waktu makan.

3- Ketika mengira pergerakan bayi anda, digalakkan berada di dalam posisi selesa. Anda boleh berbaring dengan posisi mengiring ataupun duduk di sofa. Sesetengah ibu suka duduk sambil merehatkan bahagian belakang dan memegang perut ketika mengira.

4- Pengiraan pergerakan bayi akan dikira sebagai satu gerakan apabila bayi bergerak kemudian berhenti dalam jangka masa yang agak lama. Jika bayi anda bergerak, kemudian berhenti selama beberapa saat dan bergerak kembali, itu masih dikira satu pergerakan.

5- Satu kali gerakan bersamaan dengan satu kali pusingan. Bayi biasanya bergerak aktif ke kiri dan kanan; atas dan ke bawah dalam satu-satu masa..

6- Keadaan itu diambil kira sebagai satu kali gerakan! Setelah beberapa minit, bayi akan bergerak lagi dalam keadaan sama lalu ia dikira sebagai gerakan kali kedua. Berdasarkan pengalaman ramai, carta tendangan bayi mampu dilengkapkan dalam jam 3 petang hingga 4 petang.

Ambil Perhatian
1) Sekirannya bayi tidak bergerak sehingga 10 kali dalam tempoh 12 jam atau anda mendapati bayi kurang aktif berbanding biasa, segera berjumpa doktor. Biasanya doktor akan melakukan pemeriksaan dengan memeriksa kadar degupan jantung dan pergerakan bayi.

2) Jika terdapat perubahan pola tersebut, berjumpalah doktor dengan segera untuk mengetahui puncanya agar kejadian tidak diingini dapat dikenalpasti di peringkat awal.

3) Perlu dumaklumi bahawa jika anda berada dalam keadaan sibuk, anda mungkin tidak dapat menyedari pergerakan bayi. Sebaik-baiknnya, lakukan rutin ini ketika anda berada di dalam keadaan tenang. Sehubungan itu ada beberapa cara untuk merangsang bayi bergerak.

Panduan berikut mungkin dapat membantu:
Baring secara mengiring dengan mengampu punggung dan jangan bergerak. Angkat kaki ke atas dan relaks . Halakan bunyi muzik ke perut anda. Bagi muslim adalah lebih baik anda mendengarkan ayat suci Al-Quran.

Ada juga beberapa orang rakan teman yang berkongsi cara lain untuk mendengar jantung dan pergerakan baby dalam perut... iaitu menggunakan Fetal Doppler Machines,

Ini untuk bakal ibu dan ayah mendengar jantung baby dan mendengar pergerakan baby dalam perut ibu. jadi dari situ kita boleh monitor keadaan baby kita berada dalam keadaan sihat atau tidak. 

So tidak perlulah asyik nak pergi scan setiap masa. Seawal usia kandungan 12minggu pun sudah boleh detect dengan mengunakan machine ini.

Alat yang selalu digunakan oleh doctor atau nurse setiap kali checkup di klinik kesihatan untuk mendapat rate heartbeats & dicatatkan didalam buku pink.

Kalau ada ibu-ibu yang berminat, boleh la PM  De Anna atau boleh terus pm atau wasap 0104060501 .

 Inilah rupa Fetal Doppler Machines tu yea..  


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


Ulasan

  1. hihihi..anak dah 2 pon fail jugak bab pengiraan ni..tak dapat nak agak.. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.. yeke.. sama la.. teman baru 1st.. konpius..

      Padam
  2. hahaha..kadang nad terlepas pandang..buh je..tapi kena kira betul gak..tgk aktif ke tidak

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul.. kadang tak sedar dah banyak kali gerak tapi tak catit

      Padam
  3. tu la, tgk jugak kwn kwn bawak kad catatan tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. teman catit kat kertas lain dulu takut terlupa.. kadang catiti kat fon

      Padam
  4. Mmng kdng2 rumit nk kira. Tp kna juga kira.. demi keselamatan bby..

    BalasPadam
  5. Baby 1st nie mcm susah pulak nk kira.. Tak de pengalaman tu mcm confused jee

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama la kita ct.. kak TB tahun lepas.. baby pun dah beso . heee

      Padam
  6. Baby 1st nie mcm susah pulak nk kira.. Tak de pengalaman tu mcm confused jee

    BalasPadam
  7. Baby 1st nie mcm susah pulak nk kira.. Tak de pengalaman tu mcm confused jee

    BalasPadam
  8. Sy 1st time hamil. Kalau 5bulan bby dh strt aktif bergerak ke?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI

  RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI Bahan (Sos): - 3 biji bawang merah - 5 ulas bawang putih - Cili padi merah & hijau - 1/2 inci halia muda - 3 batang akar ketumbar - 3 sudu Palm sugar/brown sugar - 1/2 kiub ayam - 3 sudu sos ikan - 1 sudu serbuk limau nipis - 3 biji limau nipis (ambik jus) - Daun ketumbar (hiris) Bahan (Sotong & inti): - Sotong (perap dengan 1/2 biji lemon & 1 sudu olive oil selama sejam - 2 biji kentang (lenyek & rebus) - 1 mangkuk kecil ayam kisar - 1 biji bawang besar (dadukan) - 3 ulas bawang putih (cincang) - 3 sudu sos tiram - 1/2 kiub ayam - Lada hitam - Daun bawang (hiris halus) Cara penyediaan: 1. Blend bawang merah, bawang putih, cili padi, halia & akar ketumbar. 2. Masukkan bahan blend tadi & masukkan air, palm sugar/brown sugar, sos ikan & kiub ayam. 3. Rebus sehingga likat. Tutup api & masukkan serbuk limau nipis, limau nipis & daun ketumbar. Siap sos. 4. Tumis bawang merah, bawang putih. 5. Masukkan ayam kis...

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR Haaaa.. Entri kali ni TB buat khas buat sahabat teman si 3 suku tu.. Kasih namanya.. anaknya yang hensem bernama Fahri tu suka sangat dengan Dinosaur ni.. Fahri suka panggil "Dino" nama pendek haiwan ni.. Hehehe..  Dah banyak koleksi Dino Fahri kumpul.. Dari Dino saiz kecik hinggalah ke saiz besar, dari yang jenis keras hinggalah ke jenis lembut, siap boleh bergerak-gerak, dan ada bunyi-bunyi lagi..  So, kali ni TB nak tujukan entri ni untuk Kasih dan Fahri.. haha.. korang tengok dan baca tau! hahahaha..  Nama Dinosaur Beserta Gambar  Haaa.. Korang pernah tengok Dinosaur kan? Maksud TB tengok kat Movie la, bukan yang real.. haha.. TB suka tengok Filem kisah Dinosaur ni, macam Jurassic Park tu ke kan.. kartun Dinosaur pun TB sukaaa.. haha.. Antara kartun yang TB suka The Good Dinosaur.. Si Arlo yang bertengkuk panjang tu.. hehehe.. Comel sangat... Jenis ni dipanggil  Brontosaurus tau.. Tapi sebenarnya ...
  Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai Bahan-bahan :- -Ketam -1 Batang Serai (saya blend sekali dgn bwg) -10 keping Daun limau purut -Daun Ketumbar -Cili api (saya tak guna pun) -Bawang Merah blend -Bawang Putih blend -Halia blend -Asam Keping -2 Sudu Serbuk Kari -3 Sudu Cili Giling -2 Sudu Cili Thai (saya guna kiub tomyam maggi) -Gula & Garam sedikit Cara Memasak :- -Rebus ketam -Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti -Panaskan minyak -Masukkan bahan blend dan serai hingga naik bau -Masukkan cili giling dan kari hingga pecah minyak, kemudian Paste cili thai. -Dah pecah minyak masukkan Air rebusan ketam tadi ikut suka byk mana -Masukkan asam keping, gula dan garam. -Masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut. -Dah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi sebati -Enjoyyy Kredit Resepi : mahfuzah ami n