Langkau ke kandungan utama

Berseri, Cergas dan Bertenaga dengan Minuman Botanical DEA DELLA

Berseri, Cergas dan Bertenaga dengan
Minuman Botanical DEA DELLA


Haii.. Hari ni TB rasa nak bercerita tentang satu produk yang baru TB cuba selama 2 minggu yang lalu. Produk tersebut ialah Minuman Botanical DEA DELLA yang diformulasikan untuk semua golongan wanita bagi meningkatkan kecantikan dan penjagaan kesihatan dalaman secara semulajadi.

Minuman DEA DELLA ini telah dirumus khas dari bahan seperi Kurma Hitam, Madu Asli, Akar Serapat, Kacip Fatimah, Manjakani, Sireh, Rumput Jarum Emas, Serai, Habbatussauda, Asam Gelugur, Asam Jawa, Halia, Lengkuas, Lada Pintal,Vitamin C, Vitamin B6, Vitamin B12, Kolagen Marin dan Glutation.

Setiap bahan yang terkandung didalamnya mempunyai fungsi-fungsi tertentu yang amat baik dalam membantu merawat masalah dalaman wanita. So.. hujung bulan September hari tu TB pun try la sebab tahu kebaikan Dea Della ni.. Tapi TB ambil masa 2 minggu juga untuk habiskan minuman Dea Della ni.. itu pun bukan hari-hari TB minum, TB ter "skip" sebab ada bermacam hal terpaksa diuruskan sampai terlupa membawa sekali Dea Della ni.. huhu..


Komen TB tentang Dea Della ni.. 
Selama TB amalkan minum Dea Della ni, TB rasa badan cergas je tau.. Rasa macam kurang mengantuk, nak melayan Harraz pun takde masalah.. almaklumlah.. sikecik tu dah makin aktif sejak pandai macam-macam ni.. Jenuh TB melayan dia.. mujur lah ada Dea Della ni, memberi tenaga tambahan buat TB seharian..

Wajah pun nampak macam berseri-seri sikit.. haha.. ke teman yang perasan sendiri.. haha..

Apa Rasa Dea Della ni ye?
Dea Della ni rasa dia sangat sedap tau.. TB suka rasa dia yang nak kata manis bukan manis, nak kata pahit? lansung tak pahit pun.. Lazat lagi ada.. sampaikan TB yang patut minum 1 sudu sebelah pagi tapi rasa nak minum bersudu-sudu la pulak.. haha..

Lagi satu, TB ada terbaca info yang mengatakan Minuman DEA DELLA ni merupakan minuman istimewa sebagai minuman pengikat & pemikat suami. hemm.. nak cerita pun segan.. tapi apa yang boleh TB katakan, memang minuman ni ada menampakkan kesan-kesan Positif yang setiap pasangan berkahwin mahukan.. opss.. tuuttttt.. 

Minuman DEA DELLA ini dihasilkan dari bahan semulajadi oleh mereka yang mempunyai kepakaran melebihi 30 tahun dalam bidang botanikal . Jadi sudah semestinya produk ini amat berkualiti dan memberi kesan terbaik buat si pengguna.

Produk minuman ini juga melalui pergilangan bertaraf GMP ( Good Manufacturing Practise ) serta mempunyai Sijil HALAL

Kebaikan dan Kelebihan

Minuman DEA DELLA ni rasa seperti jus kurma, ada rasa asam jawa dia tu, ada rasa manis-manis buah yang ringan tidak likat melekat di tekak, rasa yang cukup-cukup aje, tak lebih tak kurang.. pendek kata tak perlu sampai nak tutup hidung minum benda ni.. hahaha..

Didatangkan dengan botol berkuantiti 250ml dengan packaging dan label yang sangat menarik.. merah silver gitu!


Apa yang wanita masa kini akan dapat sebaik sahaja eminum DEA DELLA ni...?

Berikut kelebihan dan kebaikkan DEA DELLA 


* Menstabilkan hormon wanita 

* Memberikan kesan penegangan dan keindahan yang istimewa pada payudara 

* Memberikan kesegaran dan kemantapan pada bahagian intim wanita 

menguatkan otot faraj dan mengecutkan rahim 

* Membantu menyelesaikan masalah keputihan ( bersifat antifungus ) 

* Mengurangkan sengugut 

* Menghilangkan masalah perut buncit 

* Memberikan sumber tenaga dan meningkatkan kecergasan tubuh 

* Mengembalikan pelincir pada wanita 
* Merawat luka dalam perut dan pembedahan ( sangat baik untuk wanita selepas bersalin - dinasihat selepas 14 hari bersalin ) 

* Menambah kolagen dalam badan 

* Mengurangkan kedutan halus pada wajah 

* Menjadikan kulit lebih halus dan licin serta menaikkan seri wajah 
* Mengurangkan gejala Pra-monopouse 
* Mengurangkan bau badan dan mulut 

* Membantu mengatasi masalah sengal tulang dan sendi terutama warga tua 

* Meningkatkan kesuburan wanita 



Cara Minum Dea Della
1.) Minum ketika perut kosong (15 minit sebelum makan atau minum)
2.) Gunakan Sudu Plastik (untuk menjaga khasiat jus tersebut)
3.) Goyangkan botol mengikut arah lawan jam (pusingan tawaf)
4.) Minum 1 sudu sehari

Haaa.. mudah kan.. tak perlu nak bancuh-bancuh.. just tuang dalam sudu, dan minum.. Haa.. kalau korang berminat nak order.. boleh la pi terjah website dan url link yang TB tepek kat bawah ni ye.. Selamat menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman wanita ye!

facebook page Deadellabeaute
instagram @deadellabeaute . 



Ulasan

  1. Wanita sekarang lebih banyak produk kecantikan luar dan dalam baguslah dari bahan semulajadi lak tu nanti boleh rekmen kat orang tersayang nak nampak cantik hehehehehe...

    BalasPadam
  2. Semakin hari umur semakin meningkat , of course la kecantikkan luaran dan juga dalaman kena jaga dengan sebetulnya .

    BalasPadam
  3. wahhh i like minumman kesihatan yang berasakn bahan semulajadi ni..

    BalasPadam
  4. banyak khasiat minuman dea della ni ye. bagus juga untuk wanita yang ada masalah hormon mcm kita ni. nk consume pun senang je.

    BalasPadam
  5. Banyak juga khasiatnya ye TB. Rasa macam nak cuba juga la nanti.

    BalasPadam
  6. zaza ada 2 botol.. rasa dea della ni macam jus2 kurma kan.. boleh bagi tenaga jugak

    BalasPadam
  7. Bila umur dah meningkat ni memang kena jaga badan, supplement kena ambil dan dah start jaga betul- betul.

    BalasPadam
  8. bestnya lepas ni kena jaga pemakanan dan kena makan supplement tapi betulkan boleh kuruskan badan ?

    BalasPadam
  9. bahan-bahan yg terkandung mmg jadikan kita bertenaga..semua buah-buahan dan akar kayu yg mmg bernilai pulak..hehehe..tapi nak makan kena konsisten laa..hihi

    BalasPadam
  10. Minuman kesihatan memang kena amalkan sebab kita ni sibuk dan sering letih. Ibarat makan suplimen kan. Hehehe. Jangan amalkan sekejap-sekejap. Nak sentiasa sihat, kena amalkan selalu dan konsisten.

    BalasPadam
  11. Sebagai wanita zaman sekarang memang kesihatan dan penjagaan diri perlu dititikberatkan. Bagus juga minuman dapat memberikan tenaga dan kecerdasan dalam setiap hari dalam melakukan kerja,

    BalasPadam
  12. oh, bagus produk ini.. gadis zaman sekarang perlu pandai jaga luar dalam.. jangan nampak cantik diluar je.. dalam dia... perghhhhh

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI

  RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI Bahan (Sos): - 3 biji bawang merah - 5 ulas bawang putih - Cili padi merah & hijau - 1/2 inci halia muda - 3 batang akar ketumbar - 3 sudu Palm sugar/brown sugar - 1/2 kiub ayam - 3 sudu sos ikan - 1 sudu serbuk limau nipis - 3 biji limau nipis (ambik jus) - Daun ketumbar (hiris) Bahan (Sotong & inti): - Sotong (perap dengan 1/2 biji lemon & 1 sudu olive oil selama sejam - 2 biji kentang (lenyek & rebus) - 1 mangkuk kecil ayam kisar - 1 biji bawang besar (dadukan) - 3 ulas bawang putih (cincang) - 3 sudu sos tiram - 1/2 kiub ayam - Lada hitam - Daun bawang (hiris halus) Cara penyediaan: 1. Blend bawang merah, bawang putih, cili padi, halia & akar ketumbar. 2. Masukkan bahan blend tadi & masukkan air, palm sugar/brown sugar, sos ikan & kiub ayam. 3. Rebus sehingga likat. Tutup api & masukkan serbuk limau nipis, limau nipis & daun ketumbar. Siap sos. 4. Tumis bawang merah, bawang putih. 5. Masukkan ayam kis...

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR Haaaa.. Entri kali ni TB buat khas buat sahabat teman si 3 suku tu.. Kasih namanya.. anaknya yang hensem bernama Fahri tu suka sangat dengan Dinosaur ni.. Fahri suka panggil "Dino" nama pendek haiwan ni.. Hehehe..  Dah banyak koleksi Dino Fahri kumpul.. Dari Dino saiz kecik hinggalah ke saiz besar, dari yang jenis keras hinggalah ke jenis lembut, siap boleh bergerak-gerak, dan ada bunyi-bunyi lagi..  So, kali ni TB nak tujukan entri ni untuk Kasih dan Fahri.. haha.. korang tengok dan baca tau! hahahaha..  Nama Dinosaur Beserta Gambar  Haaa.. Korang pernah tengok Dinosaur kan? Maksud TB tengok kat Movie la, bukan yang real.. haha.. TB suka tengok Filem kisah Dinosaur ni, macam Jurassic Park tu ke kan.. kartun Dinosaur pun TB sukaaa.. haha.. Antara kartun yang TB suka The Good Dinosaur.. Si Arlo yang bertengkuk panjang tu.. hehehe.. Comel sangat... Jenis ni dipanggil  Brontosaurus tau.. Tapi sebenarnya ...
  Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai Bahan-bahan :- -Ketam -1 Batang Serai (saya blend sekali dgn bwg) -10 keping Daun limau purut -Daun Ketumbar -Cili api (saya tak guna pun) -Bawang Merah blend -Bawang Putih blend -Halia blend -Asam Keping -2 Sudu Serbuk Kari -3 Sudu Cili Giling -2 Sudu Cili Thai (saya guna kiub tomyam maggi) -Gula & Garam sedikit Cara Memasak :- -Rebus ketam -Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti -Panaskan minyak -Masukkan bahan blend dan serai hingga naik bau -Masukkan cili giling dan kari hingga pecah minyak, kemudian Paste cili thai. -Dah pecah minyak masukkan Air rebusan ketam tadi ikut suka byk mana -Masukkan asam keping, gula dan garam. -Masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut. -Dah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi sebati -Enjoyyy Kredit Resepi : mahfuzah ami n