CARA NAK RENEW DOMAIN DI GB NETWORK

yaaa.. dah lama sebenarnya nak buat entri ni.. tapi kemalasan melanda.. dan disebabkan malas itu juga tiap-tiapkali nak renew menggagau cari cara nak renew.. hahahaha.. Lepas dah nak masuk 4 tahun ber domain ni, barulah tergerak hati nak bnuat entri ni.. bukan sebab apa pun.. tapi sebab nak bagi diri ni ingat balik cara nak renew.. Almaklumlah.. setahun sekali renew.. lupa dah step by step dia.. hahaha.. memory lost sekejap.. Tu baru renew setahuns ekali.. cer kalau 2 tahun sekali.. lagi la kelaut wehhhh.. hahaha.. pelupa sangat dah ni..

Ada juga bercadang nak renew untuk 2 tahun sekali.. tu yang buat entri ni.. kot memang tahun 2021 nanti TB ada rezeki lebih nak renew untuk 2 tahun terus kan.. boleh la rujuk entri sendiri ni.. hahaha..itupun  kalau sistem dalam GB network dan paparan dia sama lagi pada tahun berikut tu kan.. hehe..

TB renew awal tahun ni (awal 2 bulan) sebab TB risau terlupa dan takda kemudahan internet masa tu nanti, sebab masa tu mungkin TB berada kat kampung so macam susah nak renew nanti sebab alatan tak cukup.. laptop dan internet sudah semestinya kan.. hehehe..

So, tahun ni renew domain tanpa tunggu notis renew dari GB Network lah TB... hehehe.. Selalunya GB Network akan email ke kita untuk ingatkan kita tentang domain kita yang akan expired dalam masa 61 hari.. So, Kita tak lah risau kalau terlupa tarikh renew tu kan sebab GB Network memang akan send email ingatkan kita..

Macam kat bawah ni.. email yang TB dapat setiap kali nak dekat due untuk renew domain.. haaa.. Kalau rasa takde hal apa-apa boleh je renew lambat sikit, lagi sebulan ke.. atau beberapa minggu sebelum tarikh due tu ke.. ikut suka korang.. kalau rasa macam ada hal penting je dalam bulan-bulan ke depan tu.. dan takut terlupa kerana kesibukan harian.. korang boleh je renew awal macam TB buat ni.. Tapi tarikh tetap sama jugak ye untuk renew yang akan datang.. macam TB ni lah.. sepatutnya due 18/2/2020 tapi TB renew hari ni... 11/12/2019 lagi 2 bulan nak ke tarikh due tu..

Tapi tarikh pada rekod kita masih lagi tertera 18/2/2021 .. tak berubah tarikhnya.. cuma tahun je berubah.. hehe.. takpelah camtu kan.. senang ingat.. kalau bertukar-tukar tarikh nanti pening pulak .. dah la pelupa tahap gaban.. kih3

Haaa... Cara nak renew dia.. senang sangat.. boleh tengok kat bawah ni yea.. Kalau nak senang, korang renew je dekat link yang GB Network sertakan dalam email peringatan renew domain tu.. sebab dari situ kita akan terus dibawa ke laman sepatutnya.. terus ke client area iaitu tempat dimana kita kena login dan buka akaun kita.. lepas tu dah boleh terus ke step seterusnya.. haaa.. taklah kau menggagau nak klik itu ini lagi kan.. 

Apa-apa pun lega dah rasa hati TB ni.. dah renew.. hehehe.. boleh tidur dengan tenang dah.. Alhamdulillah Allah murahkan rezeki untuk terus memberi kesinambungan pada blog kesayangan TB ni.. 

Eh.. Takpelah.. taknak melalut.. korang tengok la step step cara nak renew domain melai GB Network ni yea.. Goood Luck yeee.. 


CARA NAK RENEW DOMAIN DI GB NETWORK


Macam TB kata tadi.. Nak senang, korang buka email yang GB Network hantar untuk bagi peringatan due domain kita tu, lepas tu baca ayat bawah ni, sampai jumpa link dia bagi tu.. Klik situ je.. 

"To ensure the domain does not expire, you should renew it now. You can do this from the domains management section of our client area here: https://secure.gempakbox.net/ "



Nanti akan terpapar skrin ni.. 



Klik dekat DOMAINS tu.. 




Tengok kat bahagian Next Due nak tau bila expired domain 



Klik dekat belah kiri tu ada tulis RENEW




Pilih 1 years @RM45.00 then klik Add To Chart , Kalau untuk 2 years RM90.00, boleh pilih mana-mana ikut bajet dan kesenangan korang.. then lepas tu tengok dekat Dekat Order Summary akan automatik terpapar RM45.00 , kemudian klik View Cart 


Dia akan paparkan berapa jumlah amaun kita kena bayar, kemudian kat bawah tu korang pilih lah cara bayaran samada secara Bank Transfer atau Online Bank Transfer/ Card Credit (MOL Pay) atau lain-lain cara yang dinyatakan diatas.. Macam TB, TB pilih Bayar melalui Online Bank Transfer yang MOL Pay tu.. senang.. Lepas tu klik SUBMIT ORDER 



Lepas tu dia akan keluar macam ni.. so.. dah berjaya lah .. hehehe.. Tunggu email confirmation masuk.. tak lama pun nak kena tunggu.. dalam beberapa minit dah selesai.. 



Yeahh akhirnya dah renew domain untuk 2020 .. lepas ni tunggu 18/2/2021 plak la untuk renew.. tak sangka.. TB dah guna domain ni start dari 2016.. dah nak masuk 4 tahun.. 

Dulu TB bayar rm30 je masa daftar tu.. yelah masa tu pun tahun bila kan.. 2016.. sekarang dah nak masuk 2020, mesti lah dah naik harga kan.. hehehe.. dibawah ni korang boleh tengok price untuk domain-domain mengikut popular.. haa.. popular camne tu.. itu jangan tanya.. TB tak reti nak jawab.. 



DOMAIN ikut bajet yang korang boleh pilih :




Haa.. buat blogger yang masih belum ada domain tu.. kot berminat nak mendaftar domain sendiri.. boleh la register dengan GB Network ni.. Bagi TB setakat ni TB berpuas hati dengan GB Network.. Nak renew pun mudah je step step dia.. So.. Kalau terasa nak ubah Blogspot ke domain Dot Com ke Dot My ke.. Boleh la klik link dibawah ni yea.. 






12 Ulasan

  1. Senang ada cara cara nak renew domain. Boleh la bagi mereka yang nak tahu cara. Saya pun ada domain tersendiri.

    BalasPadam
  2. Sekarang ni semua di hujung jai jer kan. Lagi mudah dan senang .. Tq TB kongsi info ni.

    BalasPadam
  3. Nasib baik ada yang share pasal ni, saya tak faham sangat sebenarnya before this!

    BalasPadam
  4. Ohhhh macam yer kita tak tahu sebab kita pakai domain tempat lain hehehe harga sama lah lebih kurang jer hurmmm nanti tengok kalau ada blog lain kita boleh try domain kat sini lak wakakakka..

    BalasPadam
  5. Bagus tips ni. I selalu renew domain kat my usual website je. Sebab servis bagus. Reminder and also tolong set up kalau Ada masalah.

    BalasPadam
  6. perfect tutorial untuk renew domain.. yelah dah nak masuk tahun 2020 ni kena lah renew kan nanti kena sekat menagis tak berlagu weh

    BalasPadam
  7. Senang renew 2 tahun terus. Tk perlu pikir da. Tak pernah pakai server ni. First time tgk

    BalasPadam
  8. GB Network memang best. Tak rugi beli domain dengan GB Network sebab setiap permasalahan yang korang ada akan dijawab dan diselesaikan dengan seberapa segera yang boleh oleh tim GB. Berbaloi sangat !

    BalasPadam
  9. orait la tu. rm45.
    mine is rm55. but ok la. malas nak tukar.
    so far so good.
    reminders 3 months before to renew domain, TB.

    BalasPadam
  10. Wahh terima kasih atas informaso ni. Murah plak tu rm45 sahaja

    BalasPadam
  11. Next year nak renew domain boleh try kat sini la..murah juga. Eh boleh ke ek camtu? X reti plak..haha

    BalasPadam
  12. Lama dah tak fokus domain ni sebab I punya domain dah ada.. cuma cukup 2 tahun terus bayar macam tu la.. day tak setup setup lagi.. yang ni I rasa sesuai untu new user.. thanks for sharing

    BalasPadam

Catat Komen

Terbaru Lebih lama

TB MOBILE

tengkubutang nity

GA New