Master Pasto Instant Spagetti |
Panaskan 3 Minit, Kemudian Makan!


Zaman sekarang ni semua orang nak mudah belaka, sebab semuanya sibuk dengan aktiviti dan rutin harian masing-masing, ada yang bekerja tu terlalu sibuk sampai tak ada masa nak keluar makan, kadang berlapar la sampai petang.. fuh.. tak boleh macam tu.. nanti datang penyakit gastrik pulak kan.. Kalau zaman moden macam ni.. banyak sangat cara mudah nak pastikan perut terisi ikut time walaupun dalam kesibukan melanda kan.. Haaa.. boleh je order online.. guna delivery tu ke kan.. banyak cara..

Tapi kalau dah memang malas nak online dan terlalu sibuk sangat, apa kata buat stok je Master Pasto  Instant Spagetti ni haa.... Standby kat ofis siap-siap.. Kalau lapar, makan je ni.. nak sediakan pun senang,  Sedap pun sedap.. kenyang pun kenyang.. hehe.. baru la produktif sikit kerja tu.. hehehe..

Bagi TB  Master Pasto Instant Spagetti ni sesuai sangatlah untuk mereka yang sibuk dan malas nak keluar beli makanan.. Mana taknya.. mudah sangat nak makan.. hanya 3 minit je dah siap Spagetti kegemaran korang! cuma perlu panaskan sahaja dua pek Flexy Packy yang tersedia di dalam setiap kotak spaghetti pilihan korang sama ada Bolognese, Aglio Olio atau pun Carbonara kemudian ngap ajeee.. hehe..

Master Pasto adalah produk yang ready to eat dan selamat dimakan. Ia mempamerkan bahan-bahan semulajadi yang digunakan dalam hidangan pasta yang lazat, yang tidak mengandungi MSG, tiada pengawet dan tiada penyejukan yang diperlukan, dan hanya mengambil masa kurang dari 3 minit untuk memanaskan semula. Paling penting, ia adalah produk HALAL

Master Pasto adalah hidangan gred restoran yang lazat yang dibuat dari bahan-bahan segar, serta disediakan oleh the most talented chefs in Malaysia Utara yang sangat memudahkan dan mengikut citarasa korang.


Dalam setiap kotak Master Pasto , ada dua pek kedap udara / Flexy Packy  yang dibungkus secara teknologi terkini yang selamat dan berkualiti di kilang Lioco Food Industries Sdn Bhd. Ia mengandungi sebungkus spaghetti dan satu lagi adalah kuah atau sos pilihan korang. Dan jangan tak percaya dalam pek sos tu terdapat isi ayam dan juga cendawan yang telah siap di masak. Spaghetti juga telah siap di rebus , jadi mudah sangat korang cuma panaskan sahaja mengikut dua kaedah iaitu letak dalam air panas mendidih selama 3 minit atau panaskan je dalam microwave ..

"Just heat and eat!"

Haaa... Senang sangat cara nak sediakan.. Hanya Panaskan dan Makan.. Hai lahh.. kalau gini pun rasa susah lagi nak makan tak tau laaaa.. hehehehe.. apa-apa pun bagus inovasi camni kan.. dulu pernah makan bubur yang packaging macam ni lah untuk tentera-tentera.. Sekarang ni kalau ada jenis macam ni boleh la cadangkan pada diorang gak kan.. dapat la makan spagetti dalam hutan.. kann.. 


Haaa.. Sebelum ni Master Pasto keluarkan packaging original diorang dalam bentuk Pek Ekonomi, tapi sekarang dah ada Convenience Pack pulak... Mudah sangat sebab ia didatangkan  sekali dengan bekas untuk kita terus makan je dalam tu, tak perlu cari pinggan dah.. hehehe... 

Cara nak sediakan pun mudah jugak.. lebih kurang sama je dengan pek ekonomi tapi yang ni tak perlu rendam dalam periuk yang berisi air panas.. hehehe.. boleh tengok arahan dibawah ni ye..


Cara Sediakan 
Master Pasto Instant Spagetti 
Convenience Pack

Cara 1 : 
Guna Air Panas Mendidih (Boiling Water)

1. Tuangkan Air Panas Kedalam Bekas dan rendam kan Flexy Packy. Tutup Bekas dengan penutup dan biarkan selama 5-7- minit . 

2. Buang air panas kemudian buka Flexy Packy dan tuangkan spagetti dan sos ke dalam bekas .

3. Gaul sehingga sebati dan sedia dihidangkan .

Cara 2 :
Guna Ketuhar Gelombang Mikro (Microwave)

1. Buka Flexy Packy dan tuangkan sos dan spagetti ke dalam bekas

2. Masukkan ke dalam Microwave selama 1-2 minit dalam suhu yang tinggi

3. Gaul sebati dan sedia dihidangkan !


Master Pasto adalah ready-to-eat dan selamat yang mengandungi semua bahan semulajadi yang digunakan dalam hidangan pasta yang lazat, yang tidak mengandungi MSG, tiada pengawet dan tiada pembekuan yang diperlukan, dan hanya mengambil masa kurang dari 3 minit untuk dipanaskan semula. Paling penting, ia adalah produk HALAL.








A post shared by TENGKUBUTANG (ღ˘⌣˘ღ) (@tengkubutang) on


Sesuai untuk mereka yang suka travel tu, haa.. inilah masanya nak makan sedap-sedap dan tak perlu risau status halal dia sebab memang dah confirm halal kan, tak lah susah nak mencari tempat makan halal kat luar negara tu sebab dah ada something like this yang sangat memudahkan kita.. betul tak?

Dibawah ni TB dah snap gambar 3 range spagetti Master Pasto yang TB dah try hari tu tu.. hehe.. dalam banyak-banyak ni.. semua sedap dan Ok rasa dia.. Tapi TB macam suka yang Mushroom tu.. hehehe.. Haa.. gambar kat bawah ni Mushroom la tau.. sedap..  pek dia kaler purple..




Yang bawah ni pulak Spagetti Bolognese.. Pek dia kaler Merah.. 
Biasa makan yang ni kalau buat kat rumah.. Sedap!




 Haaa.. yang akhir sekali TB try .. Spagetti Aglio Olio macam kat dalam gambar bawah ni .. 
Pek dia kaler hijau tu tau.. 



Haa.. kalau yang suka berkhemah dan travel tu, senang bawak benda ni.. Kalau takde microwave, boleh je panaskan dengan cara rendamkan dua-dua pek ke dalam air panas mendidih. Lepas 3 minit .. buka dan letak dalam pinggan.. hidangkan!
TB suka ketiga-tiga sekali yang TB dah try ni.. Ia adalah hidangan paling cepat, paling mudah dan selamat untuk seisi keluarga. Untuk yang tiada masa nak masak-masak tu.. boleh la try dan untuk yang suka travel tu.. sesuai sangat bawak ni sebagai makanan spare kalau malam-malam lapar or malas nak keluar cari makan kan.. kadang tempat nak cari makan pun susah sebab yang halal punya susah nak jumpa kalau kita kat luar negara.. betul tak.. so, ini sangat ideal untuk korang.. #MasterPasto



Dapatkan Master Pasto sekarang!! 

Jom dapatkan Master Potato korang sendiri di :

- KK Mart
- Hero Market
- Jaya Grocer (Penang)
- Billion Group
- KSUtama
- Urban Retail
- Jazco Speedmart

Untuk List Penuh Kedai Yang Ada Menjual Master Pasto, boleh tengok di link ini yea.. pilih lokasi berdekatan: http://bit.ly/MasterPastoStoreLocator
Layari Website dan instagram :


Website: 

Instagram: 

Facebook: 


Kilang pengeluar Lioco Food Industries SDN BHD beralamat di : 

11, Lengkok IKS Simpang Empat 1, 
Taman IKS Simpang Empat, 14100 Simpang Ampat,
Pulau Pinang, Malaysia.

Hubungi talian : 
+604-502 3230


#3MinuteWonder #InstantSpaghetti #MasterPasto #JustHeatandEat #3MinuteMeal #LiocoFood #MalaysiaSpaghetti #MPAglioOlio #MPMushroomCream #MPBolognese

23 Ulasan

  1. menarik, nak sediakan pun mudah...

    BalasPadam
  2. Boleh l bawa gi travel next week. Tak payah asyik maggi je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mudah sangat ni, setuju dah takyah nak asyik makan megi ^_^

      Padam
  3. Wowww senang dan mudahnya nak pasta ni kan.. panaskan 3 minit jer dah blh makan . Time lapar takde la nak kena tggu lama2.

    BalasPadam
  4. Mudah kan makanan sekarang semuanya segera... 3 minit dah siap spaghetti... org tak tau masak pun boleh buat ni...

    BalasPadam
  5. Teringin nak rasa! Bolehlah cuba nnti kan? Tak payah pergi kedai2 lain dah :)

    BalasPadam
  6. Tak pernah cuba lagi. Tapi penyediaanya mudah je. Takda la nak tunggu masak bagai baru dapat makan kn

    BalasPadam
  7. Dah cuba dan memang senang dan mudah. Rasanya pun not bad. Ada perisa yg belum Bella rasa nampaknya ni. Harus pergi beli nanti.

    BalasPadam
  8. Kalau nak pergi travel memang senang bawa makanan yang senang nak di masak.. boleh rebus atau microwave kan?.. rasa pun sedap dan jimat masa

    BalasPadam
  9. Eh eh dah ada convenient pack lah. Lagi mudah dan sennag nak bawak pergi travel kan TB. Spaghetti ni memang sedap. Dah pernah makan.

    BalasPadam
  10. Mudahnya ada Master Pasto. So lepas ni kalau lapar time tengah malam ada la option selain dari mee segera kan.. Nak simpan stok la kat rumah. senang..

    BalasPadam
  11. Cool! Instant pasta! I love pasta. Nak beli Dan try la Nanti. Thank you for sharing your review.

    BalasPadam
  12. Bagus untuk Traveller lah... senang nak dimasak dalam ketuhar kan.. tak pernah makan lagi nanti nak beli lah hahaha kalau tengah busy anak lapar panaskan je huhu

    BalasPadam
  13. Sedap tengok makanan dr brand ni. Kita suka sebab ianya praktikal. Mudah nak bw dan masak di mana shj

    BalasPadam
  14. Rawlins suka makanan macam nie - mudah dan mengenyangkan - paling best adalah bila malas nak cari makanan, just panaskan nie je.

    BalasPadam
  15. Puas hati dpt cuba instant spagheti ni. Semua dh mudah sekarang , lagi2 zaman semua nk cpt ni

    BalasPadam
  16. Tengok ramai jugak yg mencuba dh produk ni. Nampak cam menarik bila time2 malas nak masak tu..hehehem Boleh lah sis cuba nanti

    BalasPadam
  17. Wah nampak sedap semua menu-menu instant ni. Mudah dan lazat. nanti nak kena try jugak lah

    BalasPadam
  18. waktu awal2 keluar produk ni, zul borong banyak2 sebab mudah nak masak dekat rumah and boleh bawa pergi jalan2 sekali. memang best

    BalasPadam
  19. Is easy to prepare the product and taste good.

    BalasPadam
  20. awa try dh.. suka yang bolognese tu... hehe

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum Wr Wb

    Apakah Anda memiliki masalah keuangan dan Anda sedang mencari bantuan Pinjaman asli, Kami di sini untuk membantu Anda dengan Pinjaman untuk meringankan bisnis Anda dan menyelesaikan semua hutang Anda, kami menyediakan semua jenis pinjaman, besar atau kecil, ini adalah peluang Anda untuk finansial kebebasan.Kami menawarkan yang berikut ini.

    √ Pinjaman Bisnis Besar

    √ Pinjaman Bisnis Kecil

    √ Pinjaman Rumah Baru

    √ Pinjaman mobil

    √ Pinjaman Pertanian Besar atau kecil

    √ Pinjaman untuk proyek jangka panjang atau pendek

    √ Mulai Pinjaman bisnis

    √ Koperasi Pinjaman

    √ Pinjaman untuk Proyek yang ada

    Mengapa Anda harus memilih kami.

    + Kami memberikan pinjaman dengan suku bunga yang sangat rendah

    + Tidak masalah dari negara mana Anda berasal, kami akan meminjamkan Anda.

    + Proses kami sangat mudah dan sederhana. sangat orang bisa memahaminya.

    + Kami adalah perusahaan yang sangat jujur dan dapat diandalkan.

    + Kami tidak memberikan informasi pribadi Anda kepada siapa pun,

    informasi Anda aman bersama kami.

    Tujuan utama kami adalah meminjamkan sebanyak mungkin yang Anda inginkan dan siap untuk mendapatkan pinjaman, Anda harus mengatakan pada diri sendiri cukup, Anda tidak dapat terus membiarkan kurangnya uang membatasi pertumbuhan bisnis Anda. hubungi kami dengan informasi kontak kami di bawah ini dan biarkan kami bergandengan tangan dengan memberikan Anda pinjaman yang akan membantu mengembangkan bisnis Anda. Anda tidak perlu khawatir, kami sangat dapat dipercaya dan Bersedia meminjamkan Anda.

    Hubungi kami dengan:
    Perusahaan:  Femi Otedola Loan Firm  
    Email: femiotedolaloanfirm@gmail.com
    Email: femiotedolaloanfirm1@Outlook.com
    WA: +1(469) 464-5833 (Chat only) 
    WA: +1(806) 395-2203 (Chat only) 

    atau kunjungi Situs web kami dan gunakan Kontak Kami dan kami akan membalasnya kepada Anda.

    Situs web: https://femiotedolaloanfirm.blogspot.com

    Hubungi kami hari ini dan mari bantu mengembangkan bisnis Anda.

    BalasPadam

Catat Komen

Lebih baharu Lebih lama

TB MOBILE

tengkubutang nity

GA New