Biskut Raya 2 Bahan, Tak Guna Oven


Haa.. mo satu lagi resepi biskut raya yang TB nak cuba.. sebab senang je buatnya.. cuma bahan dia jela..agak mahal juga Badam tu yea.. huhu..1 kilo dalam rm40 lebih jugak.. Tapi untung buat sendiri dari beli biskut ni sebab boleh dapat banyak.. kalau beli dah berapa dah kan.. Biskut ni resepi dari kak Jue,  biskut ni dulu kakjue pernah buat jual time Raya.. memang banyak sambutan sebab sedap sangat katanya.. budak-budak lagilah suka.. hehehe.. jom tengok bahan-bahan dia :

Biskut Raya 2 Bahan, Tak Guna Oven

Bahan-Bahan:
Badam Cincang
Coklat Masakkan nak lagi sedap guna coklat milk





Cara Membuat:
1.Sangai (goreng tanpa minyak) badam hingga masak/keperangan pastu sejukkan.
2.Cairkan coklat secara double boiler
3.Satukan badam yang telah disangai tadi dengan coklat
4.Gaul rata kemudian masukkan dalam paper cup
5.Masukkan dalam peti ais biarkan keras.
6.Pastu bolehla simpan dalam bekas kedap udara




Dah siappp..senangkan!




P/s:Boleh tabur coklat rice yang warna warni tu kat atasnya,bagi nampak berseri lagi

Kredit:
Resepi Jurina Bahari
Gambar Rozita MdSaad




4 Ulasan

  1. Wow, nak try buat, tp nak makan utk sendiri jer .. Haha...

    BalasPadam
  2. Senang la kuih yg ni..nanti nak cuba la..

    BalasPadam
  3. Sedap.. Sha dah buat.. memang puas kunya.. Tapi sha suka guna badam strips..

    BalasPadam

Catat Komen

Terbaru Lebih lama

TB MOBILE

tengkubutang nity

GA New