RESEPI APAM MILO SEDAP DAN MUDAH!


Semalam sembang-sembang dengan kakak ipar, bercerita tentang makanan kegemaran anak-anak.. TB cerita lah yang Harraz ni sekarang suka makan kek, tapi kek potong-potong tu dia tak nak.. dia nak yang dalam mangkuk kertas tu.. yang ala muffin or cupcake gitu.. memang itu yang buat dia berselera nak makan.. Adoi.. mama kena beli bekas kertas tu banyak-banyak la kalau nak buat kek untuk harraz.. hahaha..

 Lepas tu Kakak Ipar syor kan buat Apam Milo.. Katanya sedap.. bahan pun sikit je.. mudah nak cari bahannya..  Masak pun tak susah mana.. Haa.. boleh la TB try.. apam nasi pun TB dah try hari tu tapi Harraz tak berapa nak makan sebab.. hemm.. maybe bukan dalam mangkuk kertas kot.. tu tiba-tiba teringat lepas ni letak dalam mangkuk kertas gerenti dia suka.. haha..

Ok.. jom TB share dulu  RESEPI APAM MILO SEDAP DAN MUDAH!  ni dulu kat sini.. Nanti bila ada masa yang sesuai TB nak buat lah.. hehehehe..

BAHAN-BAHAN:


  • 1 Cawan tepung gandum
  • 1/2 Cawan gula
  • 1/2 Cawan minyak
  • 1/2 Cawan susu
  • 1/2 Air masak
  • 1/2 Sudu kecil Soda bikabonate
  • 1 Biji telur
  • 3 Sudu milo
  • Esen Vanila

CARA-CARANYA:

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga sebati.
  2. Masukkan ke dalam acuan yg sudah di sapukan dengan majerin.
  3. Kukus selama 15 minit (untuk acuan kecil)




1 Ulasan

Catat Komen

Lebih baharu Lebih lama

TB MOBILE

tengkubutang nity

GA New