Joielle Baby VCO Set | Sesuai Untuk Bayi Yang Berkulit Sensitif

Joielle Baby VCO Set |
Sesuai Untuk Bayi Yang Berkulit Sensitif


Haa.. hari tu TB ada share tentang produk Joielle Baby ni kan? Produk yang berasaskan bahan semulajadi yang sesuai untuk kulit bayi samada kulit normal mahupun sensitif. Haa.. Ingat tak? kalau tak ingat, boleh baca kat sini yea ---> Rangkaian Produk Penjagaan Bayi Joielle

Kali ni TB nak share tentang rangkaian produk  Joielle Baby juga tapi dari set lain iaitu Joielle Baby Vco Set pulak. Sama macam produk-produk bayi yang lain, Joielle Baby Vco Set ni terdapat losyen bayi, krim bayi dan mandian bayi. Baunya sangat lembut dan harum je.. Suka TB dengan bau lembut dari Joielle Baby Vco Set ni..

Set yang TB ada ni set untuk travel.. comel sangat dan mudah nak bawa travel.. ni nak raya ni boleh la TB sumbat aje dalam beg sebab saiznya yang kecil dan comel ni tak jadi hal lah nak simpan.. guna ruang yang kecil je untuk selit set ni..

Haa.. Korang nak tengok apa ada dalam  Joielle Baby Vco Set ni? meh tengok dan baca seterusnya yea.. TB suka sangat tengok label pada packaging semua produk Joielle Baby ni.. Nampak kemas dan comel je kan.. 


Mandian Bayi / Joielle Baby Bath

Bahan yang terkandung dalam mandian ini seperti Aloe Vera, Vitamin E dan juga Ekstrak Minyak Kelapa Dara menjadikan kulit si manja lebih lembap sepanjang hari. Dan paling penting ia bebas dari bahan kimia berbahaya.

Cara Guna :
Basahkan badan bayi dengan air bersih. Letakkan Joielle Baby Vco Bath di telapak tangan dan gosok sehingga berbuih. Sapukan buih mandian ini di seluruh badan. Bilaskan dengan air bersih.



Krim Bayi / Baby Cream

Selepas mandi dengan Joielle Baby Vco Bath , korang boleh sapukan Joielle Baby Cream  pada seluruh badan bayi korang, krim ni sangat bagus kerana ia juga diperkaya dengan khasiat Aloe Vera dan Vitamin E serta kebaikan dari Minyak Kelapa Dara. Kebaikan krim bayi ini dapat mengurangkan kemerahan kulit yang berpunca daripada ruam. So, kalau ada masalah kulit kering pun sesuai digunakan.

Boleh digunakan sekerap mana pun supaya dapat melegakan kawasan yang bermasalah. Amat sesuai digunakan pada setiap hari. Tekstur krim pun ringan dan melembutkan kulit bayi.

Cara penggunaan
Sapukan krim bayi dekat bahagian badan si manja anda yang kelihatan kering dan mempunyai kulit mengelupas.



Losyen Bayi/ Baby Lotion

Yang ni pulak, lotion bayi yang berasaskan dari bahan-bahan semula jadi yang diuji secara klinikal.  So tiada masalah untuk bayi yang berkulit sensitif untuk guna produk ni.. Lotion ini bertindak melembapkan kulit bayi dan mudah meresap ke dalam kulit, so ia dengan mudah boleh mengurangkan tanda kekeringan kulit.. bau pun wangi tauu.. TB pulak yang suka.. hahaha.. krim ni selain mudah meresap dalam kulit ia juga tak melekit.. syok je pakai.. eh.. mamanya yang pakai ke baby yang pakai.. haha..

Cara Guna :
Lapkan badan bayi sehingga kering. Letakkan sedikit losyen bayi mengikut keperluan. Sapu dan urutkan di seluruh badan si manja.



Haaa.. jom kita tengok apa kebaikan Joielle Baby Vco Set ni.. Mesti ibu-ibu diluar sana tercari-cari produk yang sesuai untuk bayi korang yang berkulit sensitif.. korang boleh cuba ni.. insyaAllah.. berkesan untuk mengurangkan masalah kulit kering dan ruam.. 


Kebaikan Joielle Baby Vco Set

  • Meredakan ruam bayi 
  • Mengurangkan kulit berpanau
  • Meredakan ruam bayi 
  • Merawat masalah kulit kering
  • Merawat masalah kulit ekzema
  • Mengurangkan kegatalan kulit
  • Melembapkan kulit
  • Mengurangkan rekahan pada kulit


Untuk order :










14 Ulasan

  1. Bagus set VCO Joielle Baby ni....wangi bau dia

    BalasPadam
  2. Produk VCO memang bagus. Amalkan ya kak. Nanti dapat manfaat bersama. Diantara anak dan ibu bonding time masa lepas mandi dan tido aje. hehehe.

    BalasPadam
  3. Comel packing dia. Kita tak pernah lagi guna produk dari brand ni.

    BalasPadam
  4. Infomasi yang bagus bagi mereka yang nak tahu tentang penjagaan kulit baby. Ada elemen VCO memang baik, bukan sahaja untuk baby

    BalasPadam
  5. bagus ad eproduk baby dari vsco minyak kelapa ni..bau dia wangi tak tb..anak kita kadang kuar ruam bila cuaca panas

    BalasPadam
  6. bagus nie untuk ada dalam list menyambut baby. yelahh, kulit bayi nie memang sensitif. mudah dapat ruam dan gatal2. harapnya produk nie sesuai untuk semua bayi2. mudahlah ibu2 lepas nie nak atasi masalah gatal2 kulit bayi

    BalasPadam
  7. k mid dah xda anak kecik...tapi bolelah syor pada anak2 saudara yg ada baby tentang kebaikan produk nie

    BalasPadam

  8. Wah, bagusnya produk Joielle Baby VCO Set ni. Siap ada travel pack lagi. Senang la nak bawak balik kampung nanti. Tengok kandungan pun bagus tu untuk baby.

    BalasPadam
  9. Terima kasih share ini, memang sesuai dengan baby

    BalasPadam
  10. first time dengar brand ni, makin bertambah pilihan untuk produk baby ni. Sekarang ni cuaca panas memang senang naik ruam dekat badan. Bagus ada produk untuk kulit ni, lega hati para ibu bapa

    BalasPadam
  11. Nampak bagus produk nie.leh la AM rekomen utk anak buah AM.. Dia pun ada masalah yg sama... Thanks atas info yg berguna nie yea

    BalasPadam
  12. My friend's baby has sensitive skin. Maybe i can recommend this product to my friend.

    BalasPadam
  13. Wah. Banyak betul manfaat dia kan.
    Nak tahu rahsia tak - Rawlins suka gunakan produk baby sebab kulit Rawlins sensitif. Barangan baby kan memang elok - lagipun berharap agar dapat kulit selembut bayi gak hahaha

    BalasPadam
  14. Produk ni mmg bagus npknya blhlah belikan utk cucu6nti

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama