Resepi Spicy Korean Chicken 

Dok ternampak ada orang tu share resepi ni.. haa.., tu tandanya dia nak try masak ni atau nak makan ni.. Memandangkan bahan pun tak berapa nak cukup.. so.. kita tepek dulu resepi kat sini .. nanti kita try buat yekk.. macam podas je.. tak tau la kena selera kami ke dok.. tapi boleh try ..  jom tengok apa bahan-bahan dia dan cara nak buat.. 

Bahan2 :

🐣 Drummet/chicken wings
🐣 Tepung goreng bistari (i guna yg spicy baru rasa lagi kick pedas tu)
🐣 Blackpepper
🐣 Serbuk cili
🐣 Bawang putih (blender)
🐣 Cili kisar
🐣 Lemon
🐣 Madu
🐣 Sos tomato


Cara2 :

🍗 Perap ayam dalam tepung goreng bistari. Caranya letak tepung dalam 2-3 sudu, sedikit blackpepper, sedikit bawang putih yg dikisar, masukkan sedikit air lepas tu gaul sebati. Perap dalam 10-15 minit macam tu


🍗 Salutkan ayam yg diperap tadi dalam tepung goreng bistari yg kering. Hangatkan minyak lepas tu terus letak ayam di dalam minyak goreng hangat tadi seperti hangatnya kasih abang terhadap adik ketika adik masih kurus dulu


🍗 Sangai bijan dalam kuali. Agak2 dh perang ketepikan bijan tu


🍗 Untuk sos pulak, tumis bawang putih yg dikisar tadi bersama cili kisar. Agak2 cili kisar dh garing letak serbuk cili 2-3 sudu. Nak pedas letak lagi banyak pon tadehal. Masukkan sos tomato, madu, gula, garam, air perahan lemon agak2 la ye kalau letak banyak sangat masam plak nanti jadi sour korean chicken plak bukan spicy 🤣





🍗 Agak2 sos dh gaul sebati sos tadi boleh la masukkan bijan yg disangai tadi bersama ayam yg dh siap digoreng tadi. Gaul2 sampai melekat betol2 sos dekat ayam tu. Nak tabur daun bawang lagi cantik nampak kombinasi kaler merah campur hijau gitu. I x letak sebab xde daun bawang kt rumah. Makan macam tu pon dh best dh 🤤 Selamat mencuba.



Resepi dan gambar oleh :




2 Ulasan

  1. Senang rupanya. selama ni igt susah tu asik beli je haha thank you share resepi

    BalasPadam

Catat Komen

Terbaru Lebih lama

TB MOBILE

tengkubutang nity

GA New