Nuff

02 September 2019

MONITOR 32" VIEWSONIC VX3276-2K-MHD, KUALITI PREMIUM DENGAN HARGA MAMPU MILIK

MONITOR 32" VIEWSONIC VX3276-2K-MHD, 

KUALITI PREMIUM DENGAN HARGA MAMPU MILIK


Hai. hari ni TB nak share tentang Monitor baru yang kami baru beli minggu lepas, Monitor ni kami pilih sebab sukakan ciri-ciri yang ada padanya. Haa.. Monitor yang TB katakan ini ialah ViewSonic VX3276-2K-mhd iaitu sebuah monitor 32"bezel tanpa bingkai, reka bentuk minimalis, dan resolusi WQHD (2560 x 1440). Apa yang TB suka ialah Ciri-ciri reka bentuk seperti profil ultra tipis, Kaki monitor nya yang berbentuk segitiga perak logam, dan screen tanpa bingkai membuatkan kita terasa seperti memakai sebuah monitor premium yang sesuai digunakan baik di rumah mahupun di pejabat.


VX3276-2K-mhd dengan teknologi panel jenis IPS dan warna 10-bit kaya untuk menghasilkan pelbagai warna yang sangat cantik dengan sudut tontonan yang luas. Bunyi Stereo disediakan oleh Pembesar Suara Bersepadu dari dua monitor, manakala DisplayPort, Mini DP, dan 2 HDMI port menawarkan pilihan sambungan fleksibel untuk kegunaan harian dan permainan game.
  
REKA BENTUK PREMIUM
Rekabentuk moniter yang premium dengan ciri ciri moden seperti ultra tipis, bezel tanpa bingkai dan kaki moniter 3 segi yang unit dan kukuh memberikan rasa puas hati pengguna memilikinya dengan harga mampu milik.

  
RESOLUSI WQHD YANG CEMERLANG
Skrin resolusi 32 "WQHD (2560 x 1440) besar menyampaikan imej terperinci yang jelas, dan sehingga 70% lebih banyak kandungan skrin paparan daripada resolusi HD Penuh (1920 x 1080). Sepanjangan TB guna moniter ini dalam seminggu ini terasa sangat berpuas hati, siapa yang selalu terlibat dengan kerja-kerja reka grafik Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan perisian video edit pasti anda akan terasa sangat berbaloi beli ViewSonic VX3276-2k-mhd ini.


TEKNOLOGI JENIS SUPERCLEAR ® IPS
Nikmati warna yang kaya dan terang dengan tahap kecerahan yang konsisten, tidak kira sudut pandangannya. Dengan teknologi panel jenis IPS SuperClear ® , monitor VX3276-2K-mhd memberikan kualiti imej yang sama, samaada anda melihat skrin dari atas, bawah, depan atau sisi. Yang ni TB suka sangat sebab kalau monitor bias ayang lain, kita akan berasa tidak selesa kalau melihat dari arah kiri atau kanan.. nanmun dengan monitor Viewsonic ni dari arah mana pun korang melihat ke screen ni, kualiti imej tu tetap sama dan jelas,,


BERBILION WARNA
Dengan menggunakan warna 10-bit, VX3276-2K-mhd mampu menghasilkan palet warna lebih satu bilion warna, menghasilkan lebih banyak warna, penyebaran warna yang lebih terang, dan peralihan yang lebih semula jadi di antara warna..

  
TETAPAN PENGOPTIMUMAN VIEWMODE
ViewSonic'sViewMode boleh ditetapkan ke paparan untuk  "Game," "Filem," "Web," "Teks," "Mono", dan "Mac" dioptimumkan. Setiap pratetap menawarkan peningkatan khusus untuk lengkung gamma, suhu warna, kontras, dan kecerahan untuk menyampaikan pengalaman tontonan yang optimum untuk aplikasi yang berbeza.


KESAMBUNGAN FLEKSIBEL
Input DisplayPort, HDMI, dan miniDP menawarkan pelbagai keserasian, memberikan anda kelonggaran akhirnya sama ada anda menonton video, bermain permainan game, atau bekerja.

  
PEMANDANGAN YANG SELESA
Dengan Teknologi Flicker Free dan Penapis Cahaya Biru memberikan kita rasa selesa berdepan dengan monitor dalam jangka waktu yang agak lama, tiada masalah sakit mata bila untuk melihat movie, membuat kerja atau bermain game pada waktu yang lama.

  
BUNYI YANG PADU
Terdapat Pembesar suara stereo bersepadu di dalam moniter VX3276-2K-mhd, kualiti bunyi boleh dikatakan agak bagus dan apabila dipadankan dengan kualiti gambar 10bit dan saiz paparan 32 inci memang boleh dikatakan kepuasan yang anda akan rasa sangat luar biasa.

  
PENGGUNAAN TENAGA RENDAH
Eco-mode yang terdapat pada moniter ini memberi penjimatan tenaga dan mendapat pengiktirafan sebanyak 4 bintang dari energyrating.gov.au.  VX3276-2K-mhd adalah ENERGY STAR yang mematuhi dan menggabungkan kecekapan tenaga dan penjimatan kuasa ke dalam prestasi skrin monitor yang menakjubkan.



KESERASIAN VESA
Memasang monitor dengan mudah ke pilihan anda dengan menggunakan reka bentuk mount serasi 100mm x 100mm VESA. TB ambil masa hanya beberapa minit sahaja untuk memasang mount tersebut dan tidak memerlukan apa apa kepakaran untuk memasangnya.


PANDANGAN TB SELEPAS BEBERAPA MINGGU MENGGUNAKAN
 MONITOR VX3276-2K-MHD INI

Kalau Anda Pengguna perisian Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan membuat kerja kerja edit video dan gambar, moniter ini adalah pilihan yang sangat tepat, Paparan ruang kerja yang sangat luas memberi keselesaan yang maximum dan puas hati dalam penghasilan karga seni.

Untuk gaming pun TB rasa ok untuk yang bukan yang extreme gamer, senang cerita yang bukan mampu nak pakai monitor bangsawan, tapi untuk gamer macam husband TB tiap hari mengadap Call Of Duty Black Ops 4,  dia memang suka monitor ini sebab display yang besar, warna yang cantik, tidak menyakitkan mata dengan harga pasaran RM1099 untuk saiz moniter 32inci bagi TB rasanya sangat berbaloi-baloi. Viewsonic  VX3276-2K-mhd ini datang dengan 3 tahun dan sekiranya terdapat masalah kita boleh terus boleh hubungi Viewsonic Malaysia. 


UNBOXING VX3276-2K-MHD

Kotak Viewsonic VX3276-2K-mhd



Kedudukan Kabel Power, HDMI, Kaki 3 Segi dan Manual Pengguna tersusun kemas dan rapi

Nah, tengok belakang pun dah cun dan tak sabar nak test, dengan logo 
viewsonic dengan dibungkus dengan cun



 Wow , TB tak tahu nak cakap mcm mana , happy sangat, serius 32 inci memang idaman, dengan bingkai ultra tipis, kemas, memang terbaik dan harga mampu milik rasa macam beli barang premium, tebal monitor ni macam dah sama tebal smart phone rasanya.



Senang nak pasang , tak payah tengok manual pun dah tahu nak pasang , mudah , hanya 3 skru sahaja, bila dah pasang memang tegap, besinya padat dan tak goyang monitor bila dah bagi berdiri.


Tiba Masa untuk test moniter baru, memang tak sabar, tak ada ler berat sangat, TB sorang boleh angkat, tiba masa untung pasang cable power dan hdmi nak test on tengok macam mana.

BILA DAH PASANG , JOM KITA TEST MONITOR BARU, 

Video Test ViewSonic VX3276-2K-mhd

 Test Call Of Duty Black Ops 4, Padu dah Hebat Juga Monitor Ini

 Kualiti dan Warna Paparan permainan games tidak mengecewakan.... memang cun cun

 Husband dia ni jenis kalau buat kerja dia suka buka banyak banyak app, 
Ai, Youtube, Shopee, Blog memang wajib buka

 RGB light merata rata, dah rasa mcm ada fun fare dalam bilik,  Winner, Winner Chiken Dinner

Monitor dah baru , keyboard dan mouse pad kena la baru, husband senyap senyap beli Techware Phantom RGB Backlit Mechanical Keyboard dan Aigo darkFlash Flex 800 RGB Gaming Mousepad

Last Sekali apa yang boleh TB bagi last komen...Wow Wow Wow , seperti jatuh cinta pandang pertama...


SPESIFIKASI VIEWSONIC VX3276-2K-MHD

Monitor Saiz: 32 "W (31.5" Best Viewed)
Panel Teknologi: IPS Jenis a-si Active Matrix LCD TFT
Resolusi: 2560 x 1440
paparan Kawasan: 698.11mm (H) x 392.68mm (V)
Nisbah Bidang: 16: 9
Kecerahan : 250 cd / m 2 (Typ)
Nisbah Kontras: 1200: (Typ) 1
Nisbah kontras dinamik: 80,000,000: 1
Melihat sudut: 178 darjah / 178 darjah (Typ)
Response Time: 4ms
latar: 1 bar lampu LED
latar Life: 30,000 Hrs (Min)
Warna: 1.07 Bilion warna, 10 bit (8bit + FRC)
Warna Gamut: 75% daripada NTSC (Typ)
Panel Surface: Jenis Anti-Silauan, Salutan keras (3H), Jerebu 25%
Pixel Pitch: 0.273mm (H) x 0.273mm (V)

Untuk Maklumat Mengenai Monitor dan produk viewsonic boleh ke





Related Posts

18 ulasan:

  1. Wah menarik nie.. nampak kat anak bujang Kak Sue dua orang tu habis lah nie.. hahaha..

    BalasPadam
  2. Perghh..dapat monitor gini memang rajinla update entry. Puas rasa dok ngadap sampai berejam pun takpe. Mengancam betul sudut IT TB..hehee

    BalasPadam
  3. mek yang nengok ni pun teruja habis. macam kalau update blog memang puas hati habis ni. perfect monitor untuk gamers dan juga mereka yang guna apps editing gambar.

    BalasPadam
  4. Besar, puas la mata melilau nak tengok. haha..

    BalasPadam
  5. Bestnya ada monitor besar mcm ni. Sennag nak buat kerja atau main game. Berapa ya harganya? Mcm nak beli pulak. Haha

    BalasPadam
  6. Menarik.. Monitor Besar baru best buat kerja dan menonton video

    BalasPadam
  7. Bestnya.. dah la skrin tengah rosak ni. Kalau dapat memang puas hati la.

    BalasPadam
  8. this monitor and skrin looks so nice.. wanna hv it and own it... no need go cinema liao..

    BalasPadam
  9. Pergh sleek slim gila , senang nak pasang, harga pun sesuai dgn features yg diberikan ... Semangat sikit nak berblog , beryoutube gitew ...

    BalasPadam
  10. Fuhh mesti best main game ni. Gambar cantik. Layan je main game dengan monitor ni

    BalasPadam
  11. eyh singgah lagi sekali lah kat sini. hehehe

    BalasPadam
  12. Fuhhh perkongsian terbaik ni. Saya tak pernah ambil tahu bab2 ni semua. Bila baca baru oooo panjang. Hehehe sesuai kaki game ada satu ni. Hehheh

    BalasPadam
  13. Wah TB! dapat satu ni rasanya setiap hari sis Yaya ko ni update blog. Haha.
    Stand dia tu..menawan betul! Features dia lain pun menarik!

    BalasPadam
  14. pehhhhhhhhh.. sudahnya buat main game !! smart !! entri ni semoga tak sampai ke pandangan encik suami saya lah TB.. hahahaha~ takut sok tetiba beliau bawak balik sebijik..

    BalasPadam
  15. Waaahhh best nye lcd.. Keyboard tu geram nye tengok 馃槅馃槅馃槅馃槅馃槅馃槅 done follow sini..

    BalasPadam
  16. nampak macam menarik. design dia pun sangat sleek. anyway cantik giler cpu. husband iza pun jenis suka berlampu-lampu macam tu pastu guna air color-color. tapi skarang air warna jernih je, lampu je warna-warni.

    BalasPadam
  17. Fuhh hebatnya. Seronok kalau main game ni. Depan mata terpampang. Hahaha.

    BalasPadam

贍•●♥ 聘̵̡訙̵̨̄品 ♥●•贍·˙˜”*°•.·贍•●♥ 聘̵̡訙̵̨̄品 ♥●•贍·˙贍•●♥ 聘̵̡訙̵̨̄品 ♥●•贍·˙˜”*°•.·贍•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
贍•●♥ 聘̵̡訙̵̨̄品 ♥●•贍·˙˜”*°•.·贍•●♥ 聘̵̡訙̵̨̄品 ♥●•贍·˙ 贍•●♥ 聘̵̡訙̵̨̄品 ♥●•贍·˙˜”*°•.·贍•●♥

nuffy2

adseng

Innity Mobile

GA New