Resepi Nasi Ayam Penyet Sedap dan Mudah


Resepi Nasi Ayam Penyet Sedap dan Mudah

Dalam banyak-banyak resepi nasi, Nasi Ayam Penyet la paling TB tak pernah cuba lagi tau. Entah kenapa belum lagi rasa nak cuba.. Walhal selalunya kalau dah pernah rasa sedap makan kat satu-satu tempat tu TB dengan hubby mesti dah cuba buat dekat rumah.. 

Tapi setakat ni, belum lagi tergerak hati nak buat Nasi Ayam Penyet, sehinggalah satu hari tu ternampak hubby share resepi dari wall page masakan tu, TB mula terbau bau yang hubby tu tengah plan nak masak Nasi Ayam Penyet.. 

Haa nak tau resepi nya? Jom tengok kat bawah.. Nanti TB share gambar Nasi Ayam. Penyet versi TB dan hubby kat sinj yea.. 

Bahan-Bahan



Resepi Cabai Penyet..
Bawang Besar 1 Labu
Bawang Putih 3 Ulas
Cabai Merah 4 Biji
Cabai Melaka Hijau 20 biji
Tomato 3 Biji
Belacan Sikit (Nak Masukkan Ikan Bilis pun Boleh...

Cara-Cara :
Goreng Bahan2 Cabai penyet tuu.. Macam Dalam Gambar d atas.. Dah layu.. Toskan.. Boleh Belender @Tumbuk.. Saya Tumbuk jaa.. Masukkan perasa sesedap Rasa


Bahan Ayam Goreng
Tepung Gandum 4 Sudu
Tepung Jagung 4 Sudu
Kunyit sikt+Rempah Kari Daging Sikit..
Dan Perasa..

Gaul-gaulkan Ayam Tadi Dan Goreng..



Bahan Tempe..
Hampa pi beli hat siap Kat kedai..Balik Gorengg jaa..Tak yah dok rendam soya bagai nak pu

Bahan2 ulamnya
Salad
Kacang Panjang
Timun

kredit: pn jida jat


7 Ulasan

  1. Huh sedapnyeee.. boleh cuba nanti..

    BalasPadam
  2. Menggoda dia punya menu sambal dan ayam tu

    BalasPadam
  3. sambal ayam penyet ni memang sedap kan, saya selalu buat walau tak masak set ayam penyet..makan dengan nasi putih lauk kari ayam/ ikan memang ngam jugak..huhu..

    BalasPadam
  4. lamanya x makan nasi ayam penyet, last sekali tahun 2018 kut... tetiba teringin tapi musim pkp ni mana la nak cari... nak buat sendiri... org utara kata .. seganlah... hahaha

    BalasPadam
  5. terasa nak buat nasi ayam penyet lah hari ni...

    BalasPadam
  6. Spoon feeding in the long run teaches us nothing but the shape of the spoon.
    mla literature review

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama