Makanan Yang Boleh dan Tidak Boleh
Bagi Ibu Berpantang

hehe.. Baca kat atas ni yea ibu-ibu semua..  Ramadhan nak dekat ni.. Raya pulak datang menjengah selepas itu.. walaupun kiat tak tahu lagi apakah tahun ni kita dapat sambut raya macam sebelum-sebelum ni.. TB nak juga mengingatkan ibu-ibu yang bakal melahirkan baby dalam bulan depan dan akan mengahdapi suasana raya pada bulan berikutnya.. Pastikan korang kuatkan semangat utnuk elak makan makanan yang belum boleh korang makan ye.. Sabar dulu yea.. hehe.. Badan nak guna lama orang tua-tua kata..  Haa.. apa kata baca semua dibawah ni untuk ibu-ibu beringat sebelum hari tiba.. hehee.. 

📝 Jenis Makanan Yang Tak Boleh Dimakan 
Oleh Ibu Berpantang Selepas Bersalin 

Ikan kembung - gatal
Ikan cencaru - tajam
Ikan siakap - boleh menyebabkan bentan
Ikan sardin - gatal
Ikan tongkol - gatal

Semua makanan dalam tin - tinggi garam , angin dan bisa
Sayur kangkung - sejuk dan angin
Timun - sejuk
Terung - sejuk dan boleh menyebabkan bentan
Nenas - tajam dan boleh menyebabkan bentan
Kacang tanah - angin
Santan - sejuk dan angin

Telur - gatal (Paling dielakkan oleh ibu bersalin czer kerana boleh menyebabkan luka czer menjadi gatal dan bernanah )


📝 Jenis makanan paling disyorkan buat ibu berpantang:-

✅ Ikan haruan
✅ Ikan selar
✅ Ikan gelama
✅ Ikan merah
✅ Daging
✅ Sayur sawi
✅ Sayur carrot
✅ Sayur brokoli
✅ Buah oren manis
✅ Kismis
✅ Kurma
✅ Madu
✅ Habbatussauda'
✅ Susu kambing
✅ Halia
✅ Bawang putih
✅ Lada hitam
✅ Ulam pegaga

Makanan bergoreng elakkan ya sampai pada minggu kedua berpantang baru boleh makanan makanan bergoreng , contoh ayam goreng , ikan goreng .

📝 Jenis Masakan Paling Disyorkan ;
👍 Sup
👍 Bakar
👍 Rebus


📝 Jenis Minuman Disyorkan ;

👍 Jus oren manis - bagus untuk luka
👍 Air milo panas
👍 Teh dan kopi panas - boleh mula pada minggu kedua berpantang sebab angin
👍 Air rebusan daun sireh dan manjakani dan campur gula batu
👍 Air rebusan kunyit
Air sejuk dan air batu (ais) wajib pantang sampai 100 hari buat ibu berpantang yang bersalin normal Buat ibu bersalin czer wajib pantang sampai 1 tahun .

👉 Ibu berpantang disyorkan makan secara kerap tapi dalam portion sederhana .

👉 Elakkan makan nasi sehingga bertambah 2-3 pinggan ya, nanti perut ibu senang buncit dan menggeleber .

👉 Kerapkan minum air , minum air tidak menyebabkan miss v basah atau berair seperti anggapan sesetengah orang. Tapi kalau ibu kurang minum air , anda akan cepat lesu dan pengeluaran susu turut terjejas .



Post a Comment

Lebih baharu Lebih lama

TB MOBILE

tengkubutang nity

GA New