Langkau ke kandungan utama

Catatan

Syoknya Baby Duduk Dalam Baby Ring Sling Mamaway

Syoknya Baby Duduk Dalam Baby Ring Sling Mamaway  Haa.. hari ni TB nak kongsikan cerita tentang satu produk yang bagus untuk parent.. bukan untuk ibu sahaja yea.. untuk bapa pun boleh guna jugak  sebab ianya sangat praktikal dan mudah sangat digunakan.  Produk yang TB nak share ni ialah  baby Sling dari Mamaway .   Haa.. bagi yang belum mengenali Mamaway tu, kalau korang nak tahu  Mamaway ni adalah company yang menjual barisan  produk untuk pakaian bersalin dan penyusuan global yang menawarkan pakaian dan alat yang bergaya, inovatif, selesa dan boleh digunakan sebelum, semasa dan selepas hamil. Pastinya menjadi ibu bapa adalah pengalaman yang menggembirakan dan tidak ada yang lebih menggembirakan daripada menghabiskan masa-masa berharga bersama bayi tersayang. Baby Sling menjadikan pelukan dan pemakaian bayi mudah dan praktikal. Bayi dapat menikmati kehangatan pelukan kita apabila kain melilit dirinya bersama kita seolah-olah berada dalam pelukan ibu ...

CONTOH SURAT TIDAK HADIR KE SEKOLAH

CONTOH SURAT TIDAK HADIR KE SEKOLAH Kerana kebimbangan ibu-bapa dan penjaga untuk melepaskan anak-anak hadir ke sekolah seperti biasa, maka ramai yang bertanyakan bagaimana untuk membuat surat rasmi bagi menyatakan hasrat untuk tidak menghantar anak ketika wabak Covic-19 semakin menular. pastinya ramai ibu-bapa yang sependapat bahawa dalam keadaan sekarang ini anak-anak sebaiknay berada dirumah agar mudah mereka mengawal anak mereka sendiri berbanding berada di sekolah. Diakui pihak sekolah juga telah menjalankan tanggungjawab sepatutnya dalam memastikan anak murid mereka sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan terkawal .  Dibawah ini disertakan format atau contoh surat rasmi untuk tidak membenarkan anak ke sekolah / mohon pengecualian untuk dari hadir ke sekolah dengan alasan kebimbangan penularan covid-19 yang meningkat pada ketika ini.  SILA COPY AND PASTE DI MICROSOFT WORD KEMUDIAN UBAH BUTIR-BUTIR YANG DIPERLUKAN SEPERTI NAMA ANDA  SEBAGAI IBU/-BAPA / PENJAGA, N...

CONTOH SURAT TIDAK MEMBENARKAN ANAK KE SEKOLAH KERANA COVIC-19

CONTOH SURAT  TIDAK MEMBENARKAN ANAK KE SEKOLAH KERANA COVIC-19 Hai.. Assalammualaikum semua.. Semalam ada sembang-sembang dengan hubby tentang peningkatan jumlah kes Covic-19 di area temppat kami, dan terfikir juga kalau nanti tiba time harraz dah start sekolah Covic-19 ni masih lagi tiada tanda-tanda nak reda atau makin bertambah juga, TB dan hubby memang terfikir tak nak bagi Harraz tu ke sekolah lagi, kerana risau keadaan akan jadi lebih buruk. Rasanya ibu-bapa lain pun pasti sama pendapat dengan TB sebab kita je tahu anak-anak kita macam mana. Harraz tu kategori aktif dan lasak budaknya.. Risau juga cikgu susah nak kawal dia dan TB pun tahu bukan senang nak kawal anak murid yang ramai lebih-lebih lagi kawalan kali ni bukan biasa-biasa, perlu jagaan yang betul.. So, TB pun buat satu contoh surat rasmi mohon pengecualian anak dari ke sekolah pada waktu Covic-19 ni. TB save kat sini dulu, nanti bila perlu TB tengok balik dan print dari sini je.. TB perasan ada juga ibu-bapa yang ...

Matcha Lovers Should Check Out These New Drinks At Gong Cha

Matcha Lovers Should Check Out  These New Drinks At Gong Cha Yeahhh.. rangkaian Malaysians’ favourite bubble tea chain Gong Cha kegemaran rakyat Malaysia, Gong Cha dan platform e-dagang no.1 Malaysia Shopee kembali lagi untuk satu lagi minuman khas. Kali ini, mereka akan memikat pencinta matcha dengan siri minuman matcha baru yang disebut 10.10 Festival Minuman untuk meraikan Shopee 10.10 Brands Festival. Brewing hanya untuk waktu terhad, para pencinta matcha akan menikmati tiga minuman eksklusif - Matcha Coffee Latte, Matcha Marble dan Matcha Latte yang hanya boleh dibeli melalui App Shopee mulai sekarang hingga 25 Oktober. Matcha Coffee Latte Siapa sangka wehh.. matcha dan espresso boleh berganding bahu dalam satu minuman. Serbuk matcha halus yang dilapisi susu dan tembakan espresso yang kaya menghasilkan minuman berlapis yang indah. Sekiranyakorang tidak dapat memutuskan antara kopi ais dan matcha latte, bagaimana dengan menikmati yang terbaik dari kedua-dua dunia sekaligus! ...

AMALKAN DOA INI UNTUK DIPERMUDAHKAN SEGALA MASALAH

AMALKAN DOA INI UNTUK  DIPERMUDAHKAN SEGALA MASALAH Doa ini adalah untuk permudahkan masalah : 1) Bebanan hutang 2) Lemah semangat, gelisah jiwa dan malas 3) Rasa sedih dan takut 4) Takde keyakinan diri 5) Selalu ditindas, dipermainkan dan diperlekehkan. Doa ni mustajab tau, cuma ramai yang tak tahu cara amal. Cara amal doa ni adalah dibaca 3 kali pada waktu pagi dan petang. Selepas solat subuh dan solat asar. Selain itu, boleh juga amalkan doa-doa lain seperti dibawah ini, moga Allah mendengar luahan hambanya yang lemah lagi memerlukan :  1. Doa Nabi Yunus AS Ù„َّا Ø¥ِÙ„َÙ€ٰÙ‡َ Ø¥ِÙ„َّا Ø£َنتَ سُبْØ­َانَÙƒَ Ø¥ِÙ†ِّÙŠ Ùƒُنتُ Ù…ِÙ†َ الظَّالِÙ…ِينَ Maksudnya: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri”. (Al-Anbiya’:87) Doa Nabi Yunus AS ini boleh diamalkan sebagai doa harian. Doa ini menunjukkan bertapa Allah sentiasa mendengar setiap rintihan hambaNya yang berada dalam ...

Tertunai Hasrat Memiliki Huawei Nova 5T - Hadiah Dari Hubby 7.3.2020

Tertunai Hasrat Memiliki Huawei Nova 5T - Hadiah Dari Hubby 7.3.2020  hehehe.. Status berlalu Posting ni.. Posting di Facebook tahun lepas.. Masa ni ada dengar orang cakap, kalau nakkan sesuatu, taip wishlist dalam blog atau taip je macam ni dekat FB apa yang kita nak.. Atleast walaupun lambat, insyaAllah hajat tu akan tercapai sebab kita akan usaha nak dapatkannya.. Alhamdulillah.. Dah Tertunai dah.. Tapi bukan TB yang beli sendiri, Hubby yang hadiahkan.. Syukur Alhamdulillah.. Hadiah Dari Hubby Sempena Birthday dan Bersalin Anak Kedua (Inaara) Ritu..  Bersalin pada 5.3.2020 ( Khamis,11.30 malam.. wah.. baru perasan malam jumaat .. ) 7.3.2020 (Sabtu) Dah boleh discaj.. Sampai Je Rumah Hubby Bagi Box Suruh Unboxing .. Dalam Hati berkata, surprise apa pulak ni.. So, buka2 tengok produk review skincare yang TB dapat hari tu.. Hahaha.. Rasa geram je mual-mula tu.. Tapi hubby suruh keluarkan semua barang dalam kotak tu sampai habis.. berus cuci botol anak pun dia masuk dalam kotak...

LIRIK LAGU NABILA RAZALI - PELUANG KEDUA

LIRIK LAGU NABILA RAZALI  - PELUANG KEDUA Sepi Menghukum Diri kembali Untuk Mengalirkan air mata Tanpa Henti Lagi Sepi Menghasut Diri kembali Untuk Memikirkan tentang kita Tanpa Henti Lagi Dan Tiada Salah Darimu mengingatkanku Bila Ku tak sempurna Engkau Bisikkan ku yang paling sempurna Di Matamu hanya aku Maaf Andai kau terluka Maaf Ku tak sengaja Tanpa Sedar Sakitimu Sesalku Maaf Kerna aku pun terluka Pintaku Hanya Peluang Kedua Rasa Cinta darimu Dan Tiada Salah Darimu mengingatkanku Bila Ku tak sempurna Engkau Bisikkan ku yang paling sempurna Di Matamu hanya aku Dan Andai terbuka hatimu Ku Di sini menunggu dan terus menunggu Dirimu Kembalilah Sayang Kepadaku Maaf Andai kau terluka Maaf Ku tak sengaja Tanpa Sedar Sakitimu Sesalku Maaf Kerna Aku pun terluka Pintaku Hanya Peluang Kedua Rasa Cinta Darimu Rasa Cinta Rasa Cinta Darimu