CONTOH SURAT TIDAK MEMBENARKAN ANAK KE SEKOLAH KERANA COVIC-19

CONTOH SURAT TIDAK MEMBENARKAN ANAK KE SEKOLAH KERANA COVIC19


CONTOH SURAT TIDAK MEMBENARKAN ANAK KE SEKOLAH KERANA COVIC-19


Hai.. Assalammualaikum semua.. Semalam ada sembang-sembang dengan hubby tentang peningkatan jumlah kes Covic-19 di area temppat kami, dan terfikir juga kalau nanti tiba time harraz dah start sekolah Covic-19 ni masih lagi tiada tanda-tanda nak reda atau makin bertambah juga, TB dan hubby memang terfikir tak nak bagi Harraz tu ke sekolah lagi, kerana risau keadaan akan jadi lebih buruk. Rasanya ibu-bapa lain pun pasti sama pendapat dengan TB sebab kita je tahu anak-anak kita macam mana. Harraz tu kategori aktif dan lasak budaknya.. Risau juga cikgu susah nak kawal dia dan TB pun tahu bukan senang nak kawal anak murid yang ramai lebih-lebih lagi kawalan kali ni bukan biasa-biasa, perlu jagaan yang betul..

So, TB pun buat satu contoh surat rasmi mohon pengecualian anak dari ke sekolah pada waktu Covic-19 ni. TB save kat sini dulu, nanti bila perlu TB tengok balik dan print dari sini je.. TB perasan ada juga ibu-bapa yang belum tahu pasal ni, so TB share sekali untuk korang yea.. Boleh Copy dan Paste contoh surat rasmi ni.. dan ubah lah mana yang patut.. Lepas tu boleh serah pada Guru Besar / Guru Kelas anak masing-masing. 

Dibawah ini disertakan format atau contoh surat rasmi untuk tidak membenarkan anak ke sekolah / mohon pengecualian untuk dari hadir ke sekolah dengan alasan kebimbangan penularan covid-19 yang meningkat pada ketika ini. 

Dan untuk memudahkan semua ibubapa, Contoh surat ketidakhadiran ke sekolah ini boleh digunakan sama ada untuk sekolah rendah atau sekolah menengah. Just tukar je butir-butir yang perlu.. 

Terdapat juga template yang korang boleh download bagi memudahkan korang menulis dan mengubah apa-apa yang perlu seperti nama korang sebagai waris, nama anak dan nama sekolah. 

Semoga contoh surat tidak hadir ke sekolah ini dapat dimanfaatkan oleh ibu bapa atau waris pelajar yang risau akan penularan wabak covid19 yang semakin meningkat ini. Apabila ibu bapa atau waris menghantar surat rasmi tidak hadir ke sekolah, anak-anak tidak dianggap ponteng sekolah.


SILA COPY AND PASTE DI MICROSOFT WORD KEMUDIAN UBAH BUTIR-BUTIR YANG DIPERLUKAN SEPERTI NAMA ANDA  SEBAGAI IBU/-BAPA / PENJAGA, NAMA ANAK YANG BERSEKOLAH, ALAMAT DAN NOMBOR TELEFON RUMAH, ALAMAT SEKOLAH DAN NAMA KELAS ANAK SERTA NAMA GURU BESAR DAN CIKGU YANG MENGAJAR. AKHIR SEKALI TANDATANGAN 


- Contoh surat rasmi untuk tidak membenarkan anak ke sekolah -





Harraz bin Syed 
No 1234, Jalan Merbuk, 
30020 Ipoh, Perak. 

019-1234567 

_____________________________________________________________


Tuan Guru Besar 
Sekolah Kebangsaan Kg Dato Ahmad Said, 
 30020 Ipoh, Perak. 

(u/p: Guru Kelas Kekwa)                                                              3 Oktober 2020 


Tuan, 

MEMOHON PENGECUALIAN KEHADIRAN ANAK KE SEKOLAH DISEBABKAN KEBIMBINGAN PENULARAN COVID-19 

Dengan segala hormatnya perkara seperti di atas adalah dirujuk. 

2. Saya Harraz bin Syed, No kad pengenalan 791229-08-5167 adalah bapa kepada Inaara binti Harraz murid tahun 1 Kekwa Sekolah Kebangsaan Kg Dato Ahmad Said . 

3. Saya ingin memaklumkan bahawa saya tidak membenarkan anak saya untuk hadir ke sekolah disebabkan kebimbangan Pandemik Covid -19 yang semakin menular di kawasan Perak kini. Saya bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan anak saya berada di rumah sepanjang tempoh pengecualian ke sekolah. 

4. Segala perhatian dari pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih. 

Sekian. 


Yang benar, 


*Tandatangan di sini 


(Harraz bin Syed}
No Tel: 019-1234567 



1 Ulasan

  1. If you are a student and you are experiencing any difficulties in your studies, then the online essay writer service will be useful to you anyway. With it, you can complete any task.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama