Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

14 Februari 2014

PROMOSI PRITZELS!! MOH KITA PAKAT ORDER!!

PRITZELS SEDAP, MENGGIURKANN... 

PERHATIAN!! Berminat nak rasa PRITZELS? bole lea order skrg!! PM Embun Beauty House atau Embun Eiza untuk order.. sebab Cik Embun kita kata nak buat PROMOSI PENGHABISAN STOCK TODAY!! harga sekotak PRITZELS RM10 (tak termasuk post) .. So, sape2 yang tak pernah rasa or memang suka Pritzels.. leh terus order dengan Embun yea.. heee.. selamat merasai Pritzels!! CEPAT!! SELAGI STOCK MASIH ADA!!!

Entri berkaitan Embun Beauty House, sila KLIK link dibawah :
PRITZELS EMBUN BEAUTY HOUSE

BABY BOY LAGI!! TAHNIAH BUAT ILA, ADIK IPAR KESAYANGANKU!

entri berkaitan jugak, KLIK---> Moment Paling Best 2014

Salam Jumaat semua, moga hari Jumaat ni membawa berkat buat kita semua yea.. hari ni teman nak share lagi yang teman udah dapat anak sedoro lagi.. perghh.. dalam minggu ni dah dapat 2 anak sedoro tuuu.. baby boy gak tuu.. hari tu my lovely kakak ipar selamat melahirkan baby boy pada 12 Febuari 2014, hari ni lak pagi tadi (14 Febuari 2014) pada jam 6.11 am.. adik ipar kesayangan teman lak selamat melahirkan baby boy jugak..3.2 kg berat baby nya.. beso yea.... takpe yang penting semua selamat.. Syukur ke hadrat Allah.. Amin..

Malam sebelum adik ipar nak bersalin tu, dia ada mesej teman bagi tau yang dia ada rasa sakit2 dah, dan teman Tak putus2 doakan adik ipar kesayangn teman tu semoga selamat melahirkan dan dipermudahkan kelahirannya.. Akhirnya dia selamat melahirkan, Syukur Alhamdulillah.. Ya Allah.. syukur.. syukur hingga menitiskan air mata.. Alhamdulillah kali ni adik ipar tak bertarung nyawa lama macam sebelum2 ni.. (tapi walau kejap sekalipun, orang laki pun tak sanggup kott.. sakitt tuu..) syukur sangat2.. sebelum ni kesian dia lama sangat nak tunggu untuk melahirkan.. tapi kali ni Allah permudahkan dia.. begitu jugak kakak ipar teman, Alhamdulillah.. SIL jugak tak lama sangat menunggu saat melahirkan.. syukur Alhamdulillah.. tQ Allah..
Cakkkk!! macam ni lea rupa baby my adik ipar... aishhh.. tipulahhh.. teman dop nengok lagi camne rupa baby, saja jea menunjukkan rasa excited terlebih ni.. ha2.. lepas ni ada 4 orang lagi yang nak bersalin belah hubby teman, oh, kadang sayu jugak hati teman, tak tau bila pulak turn teman ni.. sedih bercampur gembira.. tabahkan hati ini Ya Allah.. apa2 pun tahniah buat my SIL dan adik ipar teman .. semoga baby u all membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.. aminnn... hope my turn after this.. doakan teman yea wahai kawan2 semua.. (feel sad but im happy for them.. smileeeee.. heeee.. )

JANGAN!!!! HARAM SAMBUT HARI VALENTINE!!

Sambutan 14 Februari sebenarnya banyak berkaitan amalan ritual penganut Kristian.

Tanggal 14 Februari walaupun kita tak menyambutnya, tetapi kita sedia maklum ada jugak insan2 yang beragama Islam tanpa rasa bersalah menyambut Hari Kekasih atau Valentine’s Day tanpa mengetahui asal usul Hari tersebut dan peristiwa apa yang terjadi disebalik nama Valentine itu,.

hemm.. tau sambut jea yea? tapi tak mendalami apa maksud sebenar Hari Valentine tu? kalau mereka yang tak tahu tu tahu maksudnya sudah tentu korang pun takkan sambut Hari2 yang tak sepatutnya kita sambut.. berdosa woo kalau kita menyambutnya, seolah2 kita seperti menyerupai mereka.. tapi itulah, kalau ditegur pun anak muda sekarang bukan nak dengar pun.. hemm.. apa2 pun jom baca artikel ni:-

Setiap tahun pada tarikh 14 Febuari, tidak lengkap tanpa peringatan supaya umat Islam tidak menyambut Hari Kekasih atau Valentine’s Day yang sudah menjadi sebahagian budaya masyarakat khususnya generasi muda sekarang.

Ada berpendapat usah dibangkitkan isu itu kerana hanya akan menjadi pencetus kepada amalan bercanggah dengan syariat Islam. Namun, ada baiknya dibincangkan perkara ini sebagai peringatan kepada mereka yang sudah memasang niat untuk meraikannya.

Malah, ia sebagai penjelasan kerana ada yang cuba menghalalkan sambutan Hari Kekasih ini supaya perancangan meraikannya tidak dipandang serong dengan pendapat, ia adalah hari untuk menterjemahkan perasaan kasih sayang bukan saja kepada kekasih, malah juga keluarga serta sahabat handai.

Hakikatnya, apa juga alasan diberikan untuk membolehkan Hari Kekasih disambut terutama oleh golongan muda Islam, Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memutuskan bahawa amalan menyambut Hari Valentine adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan:
“Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan Islam. Roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian, amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam.”
Buku Elak Sambut Valentine’s Day terbitan JAKIM membincangkan secara lanjut alasan mengapa umat Islam dinasihatkan supaya tidak meraikan hari yang mengambil sempena nama paderi besar Kristian Saint Valentine.

Berdasarkan fakta dalam buku itu, bagi merungkaikan isu kenapa umat Islam perlu elak menyambut Hari Kekasih, ialah dengan mendalami dan memahami apakah maksud Valentine itu sendiri serta asal usul ia menjadi sebuah perayaan.
= Maksud Valentine dan Kisah mengenainya = 
Valentine dalam bahasa Inggeris atau Valentino dalam bahasa Itali adalah berasal daripada nama sebuah keluarga berbangsa Rom, iaitu Valentinus yang juga berasal daripada bahasa Latin iaitu valens yang bermaksud: kuat, aktif, sihat dan seumpamanya (laman web Behind The Name: The Etemology dand History of First Name).

Menurut sejarah pula, perkataan Valentine diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu Saint Valentine. Jasa beliau yang berjaya menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol pada 14 Februari 270 masihi begitu bermakna bagi Ratu Isabella sehingga dianggap sebagai kekasih rakyatnya sendiri.

Justeru, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan itu dengan dinamakan hari Valentine.

Ada tiga pendapat mengenai asal-usul Hari Valentine. Pertama, Hari Valentine bermula ketika pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti orang Juno, ratu kepada dewa dan dewi Rom.

Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisional masyarakat Rom iaitu mana pada malam pesta berkenaan, nama gadis Rom ditulis atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

Pendapat kedua pula menyatakan pada 14 Februari 270 masihi, St Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270 masihi). Pada waktu itu Raja Claudius membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terbabit dalam peperangan.

Menyedari hakikat itu, St Valentine dan St Marius mengahwinkan orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan itu, St Valentine ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari tahun 270 masihi.
Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St Valentine sebagai upacara keagamaan.

Pendapat ketiga pula menyatakan Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope.

Apabila St Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal Protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St Valentine adalah paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin.

Tindakan St Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St Valentine sendiri.

Sejarah di atas jelas menunjukkan bahawa Hari Valentine adalah perayaan keagamaan yang disambut orang Kristian. Malah jika merujuk kepada kenyataan pihak Kristian hari ini, mereka masih menganggap Hari Valentine sebagai satu ritual dalam agama Kristian.

Laman web Spiritrestoration.org : The Premier, Ecumenical Christian Website. A Resource For Mature Christians and Scholars di bawah tajuk Pengertian Hari-Hari Suci Keagamaan – indeks Saint Valentine’s Day menyebut: Perayaan Kristian terhadap kecintaan kepada Tuhan, dipersembahkan buat Jesus dan di kalangan penganut Kristian. St Valentine adalah syahid abad ketiga. Hari ini dilihat begitu meluas sekali dirayakan di Amerika Syarikat sebagai perayaan cinta di zaman sekular.

Termaktub dalam laman web Catholic Encyclopedia pengiktirafan bahawa walau dalam apa juga versi berkenaan dengan St Valentine, kesemua mereka dianggap sebagai syahid. Petikan menyebut: ’sekurang-kurangnya ada tiga orang St Valentine yang berbeza, semua mereka adalah syahid, ia disebut sebagai golongan syahid yang terawal pada tarikh 14 Februari.’

Berdasarkan fakta itu, jelas sekali Hari Valentine adalah perayaan yang menjadi amalan ritual agama Kristian. Ini sekali gus bercanggah dengan prinsip Islam yang tidak membenarkan umatnya meniru identiti atau cara hidup agama lain lebih-lebih lagi dalam soal membabitkan akidah Islam.

Islam sangat prihatin serta menginginkan supaya umatnya mempunyai identiti tersendiri dan berbeza dengan umat lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain.

Dalam erti kata lain, umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan amalan ibadat agamanya dengan akidah dan ibadat agama lain.
Firman Allah yang bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat dan secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah al-Kafirun, ayat 1-6)
Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal bersifat individu seperti dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan yang dikhuatiri bercanggah dengan identiti dan syariat Islam.

Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan daripada amalan kami maka ia akan ditolak.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
+ Artikel asal dari: http://nurjeehan.hadithuna.com

12 Februari 2014

MOMENT PALING BEST TAHUN 2014!!

Tanggal 12.2.2014 (jam 12.30 am kalau tak silap) 
Hohoho.. ekceli teman hepi sangat2.. Sister in Law (SIL) teman dah bersalin malam tadi.. Baby Boyyy!!! comey sangat2!! yeayyy.. dapat anak sedoro baruuu.. hu2.. ekceli lea kan, bagi teman ia kelahiran yang mengejutkan! sebab punca SIL teman di tahan wad pada mulanya bukan sebab nak bersalin dah, tetapi sebab paras gula dalam darah naik....pastu kaki pun bengkak......


Memang kami pun tak budget yang SIL akan bersalin secepat ini sebab due date sepatutnya pada 19/3/2014, kandungan pun baru 8 bulan setengah.....sepatutnya lg 2-4minggu lagi baru bersalin.. SIL pun takde plak citer sakit berulang2 kat area perut dia, sebab tanda2 macam tu lea yang menunjukkan baby tunggu masa nak keluar dah.. 

Tapi kuasa Allah, akhirnya SIL bersalin malam tadi.. perghh.. MasyaAllah.. sekarang ni pun teman dan adik beradik yang datang melawat SIL malam tadi masih terkejut.. bukan kami aje tau, malah suami SIL pun terkejut gak.. sampaikan bila nurse panggil nak tunjukkan baby yang baru lahir tu, abg ipar jadi terkesima sekejap.. hu3.. kelakar kami tengok muka dia masa tu.. dia sendiri pun macam tak percaya ..


Baby boy tu comel sangat2.. berkulit putih merah.. rasanya beso nanti putih kot baby tu.. so, cutee.. nak dijadikan citer, pada malam sebelum tu, anak SIL yang no.2 ada call SIL dan dia cerita dia mimpi ibunya (SIL) bersalin esok (malam tadi).. dan kami pun ada gak gurau2 dalam Faceboom enath2 baby nak keluar dah kot.. masa tu SIL jawab, kalau dapat bersalin awal syukur Alhamdulillah.. tak larat dah bawak perut ni.. hu3.. yelah, beso beno perut SIL pun, sampaikan ramai yg kata kembar tapi kat dlm sorang je.. pastu masa mengandung ni SIL kelihatn Chubby, mau tak chubby ibu dia pantang nampak semua nak...

Actually teman suka sangat nengok SIL teman ni masa mengandung, sweet n comeyy.. pastu paling suka tengok dia yang suka berjalan makan angin.. siap gi Krabi Island, gi Pesta Pulau Pinang, naik bot dan macam2 lagi tempat dia gi.. masyaAllah.. memang berjalan sakan dia.. dan satu lagi.. teman suka tengok dia makan.. alahai.. berselera wehh... seronok tengoknya.. susah nak jumpa ibu mengandung yang berselera makan ni kan.. tapi bila tengok SIL yang lain dari lain.. memang fuh.. tak tau nak cakap.. teman rasa dia comel sangat kalau time makan.. hi3.. 


Cuma risau tu la.. risau baby lak beso kan.. sebab ibunya kuat makan.. hihihihi.. tapi itulah, kuasa Allah.. SIL bersalin awal.. masa bersalin tu berat baby 2.98.. tapi doktor jangka, kalau bersalin tepat2 due date tu, alamatnya memang beso giler lea baby tu.. mau 3 kg lebih.. hemm.. syukur.. Allah dah permudahkan tang situ.. jahit pun tak banyak.. bukaan 9cm/10cm dah lahirkan baby, sekali push aje tu.. Alhamdulillah.. Tahniah buat my lovely SIL.. 

Hemm, dalam pada tu, teman suka tengok suasana kat hospital tu, bersih.. teratur, nurse2 pun beri layanan bagus, Lift pun cantikk.. eh! apa kena mengena lak dengan lift yea? hi2.. ekceli masa dalam lift tu teman cakap kat hubby teman, "cantik kan lift ni? sambil senyum.. pastu hubby cakap, "memang cantik, cas kalau dok kat sini lagi cantik" sambil balas senyum teman.. pastu masa nak balik tu kami turun sekali dengan abg hubby (abg lagi sorang), masa dalam lift tu teman ulang lagi sekali.. "cantik kan lift ni?" sambil senyum lagi.. pastu abg hubby n kakak ipar dia dah senyum tengok kami.. terus teman sambung ayat.. "nanti nak bersalin kat sini gak bulehhh"?? kekekekekekeke.. itu lea ayat yang teman nak hembuskan sebeno nya.. hik3..  lupa lak, wad yang SIL dok tu ialah Tingkat 7 .. lavender maternity ward (saja letak sini untuk ingat2)

hee.. ok lah, saja nak letak alamat KPJ Tawakkal Specialist Hospital kat bawah ni, senang nak nengok lik.. bagi sape2 yang nak nengok camne rupanya Hospital ni, bole klik website dia kat bawah ni..


KPJ Tawakkal Specialist Hospital
Address : 
No. 1, Jalan Pahang Barat,
53000 Kuala Lumpur .

Phone03-4026 7777


Syuhada1981.com - blog baru tapi banyak info dan Tips motivasi diri

TIGA JENIS BENTUK PERNIAGAAN DI MALAYSIA
Pergh.. kalau singgah blog sue ni mesti ada jea yang menepati apa yang teman cari selama ni.. banyak giler info di blog sue ni, blog nya pun teratur dan kemas jea.. hemm.. siyes.. bagi sape2 yang suka memotivasikan diri dalam memperkembangkan kerjaya keusahawan dalam bidang perniagaan ataupun sebaliknya.. korang patut singgah blog Syuhada ni.. ada banyak tips2 menarik dalam blog sue ni.. jom!

Lupa lak.. gambo atas ni, Credit to : Syue

Segmen 12 Jam Bloglist #7 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mac dan April 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 12 Februari 2014, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #7 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 28 Februari 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

10 Februari 2014

MENANG LAGI.. SYUKUR ALHAMDULILLAH..

heee.. gambo atas ni teman print screen dari blog Blogger Mia Liana hari Jumaat hari tu.. heee.. nak share dengan kome tapi lupa nak publish.. hari ni baru ternampak draft entri ni.. 

ho2.. bila tau blog teman tersenarai dalam list pemenang tu.. MasyaAllah.. berkelip2 mata ni, siap tenyeh2.. betul ke teman punya blog yang kat atas tu? ha3.. tenyeh2 lagi mata ni.. last2 baru teman redha memang betul blog teman tersenarai sebagai pemenang Tugasan Review Selepas 10 hari Minum Ephyra.. Alhamdulillah.. rezeki hari Jumaat.. heee.. tQ Oceanlife2u yang sponsor hadiah tu, dan tQ juga buat  Blogger Mia Liana yang menganjurkan Giveaway tersebut..

Lupa lak.. kalau korang lum pernah baca lagi entri Review 10 hari minum Ephyra tu, 

Dan satu lagi entri penyertaan teman dalam Giveaway Ephyra sebelum ini, 

Dan tak lupa jugak entri kemenangan sebelum ni-->klik Menang Hadiah Ephyra

Apa2 pun teman nak ucapkan berbanyak2 terima kasih buat ke 100 kali.. heee.. 

Bagi yang berminat nak cuba Ephyra ni.. boleh lah contact detail kat bawah ni yea.. ! 
memang berbaloi tau minum Ephyra ni! 
Official Website : www.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com

NANTIKAN MINI GIVEAWAY SEMPENA BIRTHDAY TENGKUBUTANG

Tak perlu LIKE, Tak Perlu SHARE, Tak Perlu Klik2.. Mudah jea!
Pengumuman!!
Hai semua.. 28 Febuari ni adalah Hari Lahir teman, so.. teman nak buat Mini Giveaway sikit buat kengkawan semua.. InsyaAllah esok teman akan publish kan entri Mini Giveaway teman, Hadiah Utama ialah Rantai Tangan Avon (seperti dalam Gambar diatas) dan 10 lagi hadiah sampingan akan diberikan kepada yang bertuah. Hope sangat2 Mini Giveaway teman ni mendapat sambutan kerana Semua peserta yang join punya peluang yang sama rata

dimana Pemenang Hadiah Utama (Rantai Tangan Avon ) akan ditentukan berdasarkan Random.org.. begitu juga Hadiah2 sampingan lain.. semua ditentukan dengan cara Random.org jea.. So, sape2 pun boleh menang tauu.. kira macam ikut nasib la kann.. teman malas nak buat Top Refferal sebab saja nak bagi adil untuk semua yang join.. kalau ada rezeki, dapatlea ke kome, kalau takde.. insyaAllah.. dalam Giveaway akan datang dapatle kot yea tak? heee.. yang penting.. jangan jemu atau serik join apa2 Giveaway pun yea..! So, join aje.. takyah fikir nak promote ke apa.. 

Sekali lagi diulangi -->Semua peserta yang join punya peluang yang sama rata!! So, Jom join ramei2.. tengok sape yang bertuah nanti.. maybe korang kot? sape yang tahu? heeee.. Good Luck semua!

09 Februari 2014

FOLLOWER KE 2014 DI TAHUN 2014

Alhamdulillah.. terima kasih buat yang follow blog teman ni yea.. teman terharu sangat2.. ekceli semalam masa belek2 blog Tengkubutang dekat Note teman tu, tiba2 ternampak angka menarik ni.. dimana follower teman dah cecah 2014 (sekarang dah 2018) dalam tahun 2014, yea.. satu angka yang teman sendiri tak sangka leh cecah seramai tu.. syukur Alhamdulillah.. 

Terima kasih buat rakan2 Blogger yang baik hati yang sudi singgah dan komen serta follow blog teman yang tak seberapa ni yea.. Hope kita akan saling keep in touch sampai bila2 yea.. 

Bagi yang Follow blog teman dan teman masih tak follow korang balik, sila letak link blog korang kat bawah komen ni yea.. sebab teman dah jarang tengok chatbox tu, dan bercadang nak buang chatbox tu satu hari nanti.. so, kalau korang nak teman follow korang lik.. korang letak jea link korang kat komen bawah ni yea.. nanti teman follow balik yea.. 

Dan untuk melengkapkan entri special bagi teman ni, teman nak selitkan jugak blogger yang bertuah yang menjadi follower teman yang ke 2014 tu.. heee.. Blogger tersebut adalah pemilik Blog http://ainamallow.blogspot.com/ .. Jom Singgah dan follow blog kawan kita ni.. heeee... 

08 Februari 2014

Sepahtu JUARA MAHARAJALAWAK MEGA 2013 menang Rm 500.000.00

Sepahtu Menang Rm 500.000.00
Nape Sepahtu yang Menang? Nape Bukan Shiro ??
Sedih lea pulak, teman memang bajet SHIRO jadi Juara, tapi nak wat camne Sepahtu memang ramai peminatnya.. Sepahtu memang menang undi kalau join mana2 pertandingan lawak kot.. hu3.. frust.. Walauapapun, tahniah jugak lea buat mereka.. ekceli teman pun minat Sepahtu gak dulu, MINAT SANGAT2.. tapi cuma dalam Maharajalawak Mega 2013 ni diorang macam kurang menyengat lak, dan yang nampak berjaya teman nengok ialah Shiro dan Bocey.. tapi takpelah.. dah rezeki Sepahtu.. Tahniah la yea.. jom baca berita tentang kemenangan mereka .. 
Kumpulan Sepahtu (tengah) diumumkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2013 sambil diraikan tempat kedua, kumpulan Shiro (kiri) dan ketiga, Bocey dalam pertandingan akhir di Stadium Malawati, Shah Alam, malam tadi..


SHAH ALAM 7 Feb. - Persembahan yang menarik dan bersahaja, melayakkan kumpulan Sepahtu dijulang sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2013.

Kumpulan yang dianggotai Jepp, Rahim dan Shuib itu berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM500,000 dan trofi dalam pertandingan akhir yang berlangsung di Stadium Malawati di sini malam ini.

Gelaran naib juara pula menjadi milik kumpulan Shiro yang turut memberikan persembahan mencuit hati sekali gus memenangi RM250,000 serta trofi.

Meskipun disebut-sebut akan memberikan saingan hebat dalam pertandingan akhir itu, Bocey hanya mampu berpuas hati dengan kedudukan tempat ketiga.

Bocey yang dianggotai oleh Fard, Acey dan Abam tidak pulang dengan tangan kosong apabila RM150,000 dan trofi menjadi hak mereka.
Sementara itu, tempat keempat dimenangi kumpulan Jambu yang memenangi RM50,000 serta trofi.

Nabil yang berada di tempat kelima pula menerima wang tunai RM15,000 dan trofi.
Kesemua persembahan bertemakan muzikal dan bebas itu diadili oleh empat juri tetap iaitu Datuk Yusof Haslam, Luna Maya, Sheikh Haikel dan Nora Danish yang mewakili 70 peratus pemarkahan manakala bakinya menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS).

Maharaja Lawak Mega 2013 yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal menghimpunkan pelawak veteran dan baharu dari Malaysia, Singapura dan Indonesia yang sebelum ini diberi kebebasan membentuk kumpulan sendiri atau beraksi secara solo.

Sebelas peserta lain yang tersingkir sebelum ini ialah Boboi, Saywho, Wala, Kucai, SYJ, Osama, Comey, Tulang, Mamu, Zero dan Gerak.
PESERTA MLM 2013 FINAL YANG BERTANDING DAN 
HADIAH YANG MEREKA MENANGI IALAH :
Tempat Pertama---> Sepahtu memenangi RM 500,000.00
       Tempat Kedua---> Shiro memenangi RM 250,000.00
Tempat Ketiga---> Bocey memenangi RM 150,000.00
Tempat Keempat---> Jambu memenangi RM 50,000.00
Tempat Kelima---> Nabil memenangi RM 15,000.00

Gambar dan info sumber dari Utusan.com.my

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers