Sepahtu JUARA MAHARAJALAWAK MEGA 2013 menang Rm 500.000.00

Sepahtu Menang Rm 500.000.00
Nape Sepahtu yang Menang? Nape Bukan Shiro ??
Sedih lea pulak, teman memang bajet SHIRO jadi Juara, tapi nak wat camne Sepahtu memang ramai peminatnya.. Sepahtu memang menang undi kalau join mana2 pertandingan lawak kot.. hu3.. frust.. Walauapapun, tahniah jugak lea buat mereka.. ekceli teman pun minat Sepahtu gak dulu, MINAT SANGAT2.. tapi cuma dalam Maharajalawak Mega 2013 ni diorang macam kurang menyengat lak, dan yang nampak berjaya teman nengok ialah Shiro dan Bocey.. tapi takpelah.. dah rezeki Sepahtu.. Tahniah la yea.. jom baca berita tentang kemenangan mereka .. 
Kumpulan Sepahtu (tengah) diumumkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2013 sambil diraikan tempat kedua, kumpulan Shiro (kiri) dan ketiga, Bocey dalam pertandingan akhir di Stadium Malawati, Shah Alam, malam tadi..


SHAH ALAM 7 Feb. - Persembahan yang menarik dan bersahaja, melayakkan kumpulan Sepahtu dijulang sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2013.

Kumpulan yang dianggotai Jepp, Rahim dan Shuib itu berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM500,000 dan trofi dalam pertandingan akhir yang berlangsung di Stadium Malawati di sini malam ini.

Gelaran naib juara pula menjadi milik kumpulan Shiro yang turut memberikan persembahan mencuit hati sekali gus memenangi RM250,000 serta trofi.

Meskipun disebut-sebut akan memberikan saingan hebat dalam pertandingan akhir itu, Bocey hanya mampu berpuas hati dengan kedudukan tempat ketiga.

Bocey yang dianggotai oleh Fard, Acey dan Abam tidak pulang dengan tangan kosong apabila RM150,000 dan trofi menjadi hak mereka.
Sementara itu, tempat keempat dimenangi kumpulan Jambu yang memenangi RM50,000 serta trofi.

Nabil yang berada di tempat kelima pula menerima wang tunai RM15,000 dan trofi.
Kesemua persembahan bertemakan muzikal dan bebas itu diadili oleh empat juri tetap iaitu Datuk Yusof Haslam, Luna Maya, Sheikh Haikel dan Nora Danish yang mewakili 70 peratus pemarkahan manakala bakinya menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS).

Maharaja Lawak Mega 2013 yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal menghimpunkan pelawak veteran dan baharu dari Malaysia, Singapura dan Indonesia yang sebelum ini diberi kebebasan membentuk kumpulan sendiri atau beraksi secara solo.

Sebelas peserta lain yang tersingkir sebelum ini ialah Boboi, Saywho, Wala, Kucai, SYJ, Osama, Comey, Tulang, Mamu, Zero dan Gerak.
PESERTA MLM 2013 FINAL YANG BERTANDING DAN 
HADIAH YANG MEREKA MENANGI IALAH :
Tempat Pertama---> Sepahtu memenangi RM 500,000.00
       Tempat Kedua---> Shiro memenangi RM 250,000.00
Tempat Ketiga---> Bocey memenangi RM 150,000.00
Tempat Keempat---> Jambu memenangi RM 50,000.00
Tempat Kelima---> Nabil memenangi RM 15,000.00

Gambar dan info sumber dari Utusan.com.my

7 Ulasan

  1. Tahniah kpd semua yg berjaya... Bkn sng nk buat org ketawa...

    BalasPadam
  2. kesian nabil dapat no. 5,x pe la,bukan rezeki dia kut,hehe..

    BalasPadam
  3. hana tak tengok pown. sebab jozan tak ada. haha tapi tengok doranag cerita mcm nak tengok. :D

    BalasPadam
  4. Hi dear thanks for following my Blog <3 Followed you back :D
    www.indianbeautyzone.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama