Sebak Baca Instagram Intan Maizura Othman (Isteri Hazrin Hasnan, Pramugari Pesawat MH370). Bukan semua dapat menerima berita tragedi ini dengan kekuatan yang ada. Ada yang kehilangan punca dan sebagainya. Tetapi inilah yang terpaksa mereka terima. Orang yang tersayang untuk mereka selama ini telah tiada.
Begitulah tragedi yang menimpa Hazrin Hasnan, pramugari pesawat MH370, yang mana isterinya Intan Maizura Othman redha dengan ketentuan ilahi sebaik sahaja menerima pengumuman tragedi malang menimpa pesawat itu oleh Perdana Menteri pada 10 malam 24 Mac 2014 ..
Bila teman baca jea bait2 kata2 Intan Maizura Othman tu, teman terfikir macam manalah rasanya kalau teman ditempat dia, macam mana rasanya kalau yang hilang/pergi itu adalah hubby tersayang teman? tak dapat nak bayangkan apakah perasaan yang datang masa tu..
Tambahan pula, baru2 ni hubby teman cakap nak gi Hong Kong lagi, nak amik stock barang motor, teman halang dan cakap jangan gi lagi buat masa ni.. tunggu keadaan reda dulu.. tapi hubby tak nak dengar, sebab dia fikir kalau macam tu, kalau stock barang kurang macam mana? Hemm.. bila hubby teman cakap camtu.. teman dah tak daya nak kata apa2.. dia memang degil sikit.. tapi kalau dah dia kata macam tu, biarlah teman pun ikut sekali.. biarlah teman bersama2 dia walau apa2 pun terjadi.. teman tak rela lepaskan dia pergi sorang2.. biarlah teman bersama2 dia..
Mungkin dia takkan faham kerisauan teman ni, dan mungkin dia pun tak terfikir (or terpaksa tak nak fikir) pasal bahaya yang kemungkinan berlaku kepada dia bila dia berada HK pada masa ini dimana krisis rakyat Malaysia di boikot di sana.. Nak tak nak.. biarlah teman follow dia.. mungkin itu yang terbaik.. Moga masa kami nak gi sana nanti, keadaaan dah semakin pulih..
teringat apa yang teman cakap pada dia hari tu.. takpelah.. nak ikut gak lea.. kalau mati pun, biar mati sama2.. (tiba2 lak suara rasa sebak nak nangis masa tutur ayat tu.. )
teringat apa yang teman cakap pada dia hari tu.. takpelah.. nak ikut gak lea.. kalau mati pun, biar mati sama2.. (tiba2 lak suara rasa sebak nak nangis masa tutur ayat tu.. )