Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

26 Jun 2013

2 ALL BLOGGERS... SORRYYYYY... HUK2..

NAK UCAP SORRY SEBAB RIGHT NOW TAK DAPAT  NAK :-
Hai.. salam Rabu buat teman2 blogger sekalian.. hari ni teman nak bagi tahu yang teman mungkin tak dapat nak update entri blog teman ni dalam seminggu lebih..bz sgt2..So, nak blogwalking ke blog teman2 blogger yang lain pun terpaksa ditangguhkan dulu.. namun.. dont worry yea.. bila dah selesai semua nanti dan teman pun betul2 free teman akan singgahbalas blog korang semua.. (tapi..if tiba2 ada masa terluang, teman akan space kan masa tu sikit untuk bw selow2 yea..kalau ada lea yeaa.. hu2.. ^_^ )

Maka dengan itu, teman nak menyusun sepuluh jari mohon maaf kepada teman2 blogger yang singgah sini yang masih teman tak kunjungbalas lagi.. sabar ye sayang2ku semua.. teman pasti akan bw korang lik punya.. heee.. sekarang x bole lagi sebab teman lately agak bz sikit kerana sibuk membuat persiapan untuk bisnes en. hubby teman tu.. nak berblog pun rasanya mood kelaut coz, bila dah depan pc dan sedang mula menaip entri terbaru.. teman rasa macam hilang punca.. bagai ada yg x kena.. mana  x nya.. sedang menaip, fikiran teman terfikir nak post barang customer & nak check stock.. itu memang koje teman pun sebelum ni.. cuma dalam minggu ni agak rushing sedikit sebab kami nak kena settle kan semua pre-order customer sebelum tiba hari nak ambil stock baru.. hope Allah permudahkan segalanya.. Aminnnnn..
So, sebagai menghargai teman2 yang singgah n komen sini, teman share dengan korang picture2 SORRY yang cumey ni.. hihihi.. opsss.. google kat tenet jea tau.. bukan buat sniri.. nak copy silakan.. heee..
 
 
  
 
 
 
 

Hope picture2 cumey ni dapatlea buat hati korang cool sikit yea.. he2.. sekali lagi teman ulangi, dont worry.. buat korang yg sudi luang masa singgah n komen di blog teman, teman akan singgahbalas balik nanti.. jangan risau yea.. heeeeeee.. opsss.. tertinggal lagi satu picture SORRY.. nah.. amik ni.. senyum sikittt.. heee..

22 Jun 2013

TIPS MINTAK HUTANG CARA SOPAN

Alkisah.. si A bagi lea pinjam duit kat si B..
Time si A nak tuntut hutang, si B asik nk lari2 aje..  

Yuhuu.. Yg atas ni gambar pembuka kata jew.. he2.. Hari ni teman nk bg Tips sikit.. pernah x korang baik hati konon niat nk tolong kawan, bg kwn pinjam duit.. tp lepas dh cukup tempoh bayar kwn korang LIAT sgt nk bayar.. dan korang plak x tau camno nk tuntut balik duit yg korang bg dia pinjam dulu.. duit dalam poket korang pun dah tak berapa nak ada.. acane tu? lagi frust bila yang meminjam BUAT BODO je mcm xde pape.. 

heee... pada pendapatan teman la kann.. klu xde idea nk minta hutang cara sopan.. gunalah cara kasor (ha2.. budget gangster lea kununn..).. hih3.. opsss.. itu jalan terakhir kot.. tp kalau ada solution dgn cara baik.. elok ikut  yg baik.. toi x.. =) jom baca tips2 bawah ni.. mungkin dapat mebantu korang yang dalam situasi si A.. heee.. 

(Opsss.. jap! sebelum tu teman nak ingatttkan korang.. korang kena berani/nekad/dan buang semua segan silu dah.. nak duit balik x??.. kalau dah ready baru baca seterusnya.. hu2 )
Masa korang jumpa member yang LIAT nak bayo utang tu, korang cakap lea macam ni.. 
1.) Ada org 2 hutang aku x bayo2 lg lea.. meh sini, cuba ko tgk cermin ni.. org dlm cermin ni lea yg lupa bayo utang aku 2.. (org yg tgk cermin 2 kata "terkena akuu".. )

2.) Uih? kasut baru ke??? aku yg bg utang kat ko pun xdpt beli kasut baru lg..? (mcm mana ni? org yg pinjam duit lg mewah dari yg bg pinjam? hu2)

3.) Weh.. aku pokai lea bulan ni.. pinjam duik hang buleh (untung2 org 2 ckp..
Oooo! aku lupa.. aku ada utang hang.. nti aku bayo lik.. )

4.) Eh.. mana duit dalam wallet aku lagi yea? ooo.. lupa.. dh bg pinjam hang ritu.     
x ingat.. (dengan muka innocent)

5.) Hutang emas boleh dibayar.. hutang aku? kau bawaklah mati..sambil perli.. (sape mkn cili dia rasa pedas.. klu x sedar2 gak xtau lea yea.. liat bebeno nk bayo utangnya.. hih3)

6.) Bini aku kat umah sekarang asik masam muka jea bila aku x belikan apa yang dia nak..     aku mana ada duit, dh bg pinjam kat hang ritu..klu dia tau aku bg pinjam hang.. naya kita.. risau aku..hari2 asah parang.. (kesimpulan : kalau dia takut bini org 2 parang dia, gerenti dia bayo cepat punya.. kui3..tau takottt.. pinjam pandai bayo x reti yeaa.. ! ) 

DAN

kalau kawan 2 lansung xnak usaha nak bayar wlupun kita benar2 perlukan duit masa 2.. cuba plak cara ni.. tgk gambo bawah ni..
Print beso2 n lekat kat dinding umah (klu dok sewa sama).. klu x sewa sama.. apa lagi.. FB kan ada.. share aje kat FB.. moga2 kawan korang 2 terbaca n TERASA... n insaf untuk bayo lik utang korang.. ( teknik sindiran yang halus bagi korang yang pemalu sangat2 nak mintak hutang )

DAN...

kalau masih jugak dia x paham2 (or buat2 X paham...??) he2.. pandai2 lea korang cari solution lain yea.. asalkan x menyalahi Undang2 sudah.. hi3.. teman.. NO KOMEN.. hik3.. hope tips ini bole membantu korg.. yg sopan2 j tau.. yg ganas2 korang sendiri punya pasal.. teman xmo amik tau.. !
cara ini? gertak bole lea kot.. tp klu pukoi betoi2 teman x galakkan.. x boleh pun pukoi2 orang.. apa? ingat ank org 2 xde mak bapak keww? hu3..
Nak Upah Kaki Pukul?? fuhh.. jangan dibuek.. kang suruh pukoi jd kes bunoh lak kang..
apa2 pun.. kasi pk betui2.. cari jalan yg sesuai.. jgn ganas2.. klu utang 2 celah gigi jea apasalahnya halalkan aje.. klu puluh2 ribu 2... hemm.. teman pun mau tuntut matia-matian gak.. hih3.. apa2 pun guna cara yg x melanggar Undang2 dan syariat Islam yew.. (maksud teman, kot gerem dgn org 2 sbb x bayo utang, kang diBOMOH nya plak kawan 2.. dh dpt 1 dosa.. kan x best!

21 Jun 2013

30 KEAJAIBAN SELAWAT

30 KEAJAIBAN SELAWAT...

1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu. 

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita. 

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh. 

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah. 

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu. 

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain. 

Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi. 

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalm dirinya. 

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat. 

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain. 

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran. 

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya. 

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup. 

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana. 

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah. 

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya. 

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan. 

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW. 

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari. 

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang. 

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya. 

24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya. 

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain. 

26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya. 

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib. 

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan. 

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim. 

30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani

20 Jun 2013

KATA-KATA PUITIS DAN GAMBAR YANG TEMAN SUKA

lihat sini juga --->> Search
KOLEKSI AYAT2 CINTA #1
KOLEKSI AYAT2 CINTA #2
KOLEKSI AYAT2 CINTA #3
KATA2 PUITIS #1
AYAT2 PUITIS #2













19 Jun 2013

HATI / HEART ----> ENTRI WORDLESS WEDNESDAY

ingatan untuk diri sendiri dan kawan2 semua... 

MENANG LUCKY DRAW


heeeeeeeeeeeeeeeeeeee.. (^_____________________________^)V
Teman menang Cabutan Bertuah semalam.. memang bertuah betui kan.. hi3.. Opss.. bukan teman tapi
en. miaw.. ha3.. itu je nak cakapp.. tatatititutuuuu.. #mood happy

#Actually mula2 tu mood marah, sebab hadiah GA yg sepatutnya teman terima x sampai2 .. whats app sponsor, sponsor kata dah post lama dah.. tapi x sapai2 lagi.. hemm.. malas nak fikir!

18 Jun 2013

HALAL ATAU HARAM


#Cerita yg dikongsi oleh ummi munaliza dalam pages Baitus Solehah.

Semalam pi sebuah Klinik. Waktu dah hampir maghrib, oleh kerana kes kecemasan, tunggulah di klinik. Sementara tunggu giliran , nampat satu keluarga Arab Sudan, suami isteri dan bawa 3 anak baru lepas terima rawatan.

Tak lama, nama isteri dipanggil untuk ambik ubat dan buat bayaran. Dekat tepi kaunter bayaran ada satu bahan makanan yang sedang dipromosi seperti dalam gambar. Bukan bahan yang dipromosi saya nak cerita tapi akhlak seorang yang sangat menjaga amanah Tuhan.

Saya nak tanya, jika kita, faham akan apa maksud "PLEASE TAKE ONE"? Adakah seorang ambil satu atau sekeluarga ambik satu?

Jika kita faham seorang ambil satu saja, maka jika kebetulan kita datang bawa 3 orang anak, setiap anak boleh ambik satukan? Maka halallah untuk tiap orang anak makan benda tu.

Tapi apa yang saya perhati dan menarik perhatian saya ialah, bapa Arab Sudan tu faham ialah sekeluarga ambik satu. Jadi ketika dah nak masuk kereta , bapanya perasan 2 orang anaknya ambik setiap orang satu. Dia tegur anaknya suruh pulangkan satu. Just take one only. Haram! dia kata.

Maka salah seorang anaknya tu pun pulangkan semula sebungkus kat dalam kotak tu, dan berlalu masuk dalam kereta semula.

Subhanallah... begitu sekali seorang bapa menjaga amanah, memastikan barang yang halal masuk kedalam perut anak-anaknya.

Sedangkan kebanyakkan yang kita temui, jika ada barang free, diletakkan di kaunter mana-mana pun, katakan sepiring kerepek suruh rasa, kita lalu dan berhenti ambik makan untuk rasa, bila sedap, kita ambik segengaman dan jalan, bukan nak beli. Halalkah?

Saya pernah dengar dalam satu pesanan seorang 'orang soleh' kata, ketika itu kami sudah sampai di Ladang Kurma di Madinah, 'orang soleh' tu pesan, " kamu boleh makan sebanyak mana kurma yang dijamu di sini, ia halal, namun sebijik yang kamu masukkan dalam poket, dengan niat nak makan nanti atas bas, ia jadi haram."

Dengan kata lain jika kita pi mana-mana majlis, jika makanan tu dihidangkan di situ, kita cuma boleh makan di situ, TIDAK boleh bungkus dalam tisu seketul dua pun dan masukkan dalam poket dengan tujuan nak beri orang yang tak datang rasa tanpa minta izin dengan tuan majlis. Yang kita bawa balik tu telah jadi haram sekiranya kita tidak minta halal dengan tuan majlis. Maka berhati-hatilah dengan haram halal yang kita nak anak-anak makan.

Walaupun asalnya halal, makanan halal , jadi haram apabila kita tak berilmu dan amanah menjaganya.

17 Jun 2013

NAK CANTIK? JOM URUT WAJAH!

saja teman share dengan korang.. heee.. ingat nak kedekut simpan sendiri jea.. (buruk perangai).. heee.. teman amik dari FB jea pun.. jom urut wajah sama2 jomm!
buat kawan2 yg teman lum bw tu.. nti teman bw blog korang lik yea.. 

15 Jun 2013

CIRI-CIRI SUAMI YANG SWEET DAN ROMANTIK


CIRI-CIRI SUAMI YANG SWEET DAN ROMANTIK


1. Call isteri time waktu keje sebab nak cakap rindu.


2. Peluk isteri secara tiba-tiba.


3. Puji isteri cantik.

4. Bergurau senda dengan isteri time baru balik keje.

5. Kemas rumah atau masak bersama isteri kat dapur.

6. Urut bahu atau picit kepala isteri dengan sukarela time tengah santai-santai duduk kat sofa sambil tengok TV

7. Tolak stroller baby atau dukung anak time shopping bersama isteri.

8. Berada disisi isteri time isteri melahirkan anak.

9. Sanggup bangun pagi dan masak breakfast untuk isteri.

10. Belanja isteri pergi shopping sakan dengan ikhlas dan gembira. 

11. Bagi hadiah atau bunga kat isteri walaupun bukan pada hari 
anniversary ataupun birthday. 

12. Dengar luahan isteri time isteri tengah sedih akibat PMS sambil bagi kata-kata semangat. 

13. Rajin solat berjemaah bersama isteri dan cenderung mengajak isteri lebih dekat dengan Allah. 

14. Buat candle light dinner secara mengejut

# heeeeee.. ada jugak dalam senarai kat atas yang memang diperaktikkan oleh my hubby.. actually my hubby seorang yg siyes.. cuma ada certain time dia romantiks jugak tauu.. selalu buat surprise yg x terjangka.. hu3.. sib baik surprise tu kena pada masa nya kann.. heee.. 

14 Jun 2013

KISAH RASULULLAH S.A.W DAN BUAH LIMAU


::KISAH RASULULLAH S.A.W DAN BUAH LIMAU::

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. 

Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. 

Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." 

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

* Kita hendaklah menghargai pemberian orang lain walaupun pemberian tersebut bukan kesukaan kita. Ucaplah terima kasih dan terimalah dengan hati yang ikhlas dan terbuka kerana setiap pemberian adalah rezeki daripada Allah *

he2.. ekceli, teman memang dah kecur liur baca ayat "limau masam" tu.. yelea.. terbayang masam macam mana yang Rasullah S.A.W. rasa.. kalau teman yg makan limau masam tu.. srpppppp (tgh citer pun air liur kecur2 nii.. masammm..) tak cover2 dah.. memang tersepet2 mata teman..heee... 

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers