Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

18 Disember 2013

HASRUL HASSAN DAN OH PANDUAN BLOGGER -- INI BUKAN ENTRI BODEK YEA!

HASRUL HASSAN DAN OH PANDUAN BLOGGER
Entri berkaitan : HASRUL HASSAN SUMBER INSPIRASI
Haaa.. Assalammualaikum semua.. hemm.. hari ni sedang sibuk2 menyusun draft entri yang teman nak taip jap lagi.. tiba2 terbaca dekat Fanpage Hasrul Hassan  tentang pengumuman pemenang Giveaway RM50 Tunai anjuran beliau hari tu.. terbaca gak ayat yang ni --

Dan kepada yang lain, terima kasih. Anda semua pula akan layak untuk menerima potongan atau diskaun pengiklanan di blog saya sebanyak 50 peratus bagi semua bentuk iklan di blog saya termasuklah Advertorial. Untuk menebus potongan pengiklanan ini, anda perlu lakukan tempahan sebelum 31 Disember 2013 dengan menyatakan alamat email serta no giliran giveway dengan nama anda terus ke email saya - hasrulhiteg@gmail.com . Iklan tempahan yang anda buat pula akan dipaparkan pada tahun 2014.

(Untuk maklumat pengiklanan ... boleh rujuk - http://www.hasrulhassan.com/p/ruang-pengiklanan.html)

dan, teman pun klik lea LINK kat atas ni, dan baca lea apa syarat2 dan berapa caj  bayaran yang dikenakan untuk mengiklankan iklan kita di blog beliau, sambil baca sambil kagum, sambil baca sambil jeles, sambil baca sambil teruja, sambil baca sambil fikir "Hebat Hasrul Hassan ni.."nak tau apa menda yang teman maksudkan tu? haaaa.. jom baca bawah ni.. bawah ni adalah antara Kredibiliti Blog Oh Panduan Blogger milik Sifu Hasrul Hassan
  1. Google Page Rank blog ini adalah PR3
  2. Rank dari segi trafik antarabangsa adalah 33,766 (Alexa)
  3. Rank dari segi trafik tempatan Malaysia (MY) adalah antara 181 - 212 (Alexa)
  4. Rank dari segi trafik bagi serantau Indonesia (ID) adalah 88,215 (Alexa)
  5. Domain Authority - 39/100 (Tersenarai antara blog paling berpengaruh di Malaysia)
  6. Lebih 4000 entri telah ditulis melibatkan sekurang-kurangnya 50 entri berada di laman utama enjin carian Google
  7. Pengunjung blog terdiri daripada pelbagai lapisan latar belakang, umur dan kaum
  8. Trafik sebulan adalah sebanyak 70-90K dengan separuh merupakan pengunjung baru dan unik (Blogger.com)
  9. Trafik purata sehari adalah sebanyak 1.5K-3.0K (Google Analytics)
  10. Lebih 50% trafik dihasilkan menerusi enjin carian - mujarab untuk Advertorial
  11. 7 daripada 10 link dalam blog berjaya menghasilkan klik jualan serta komisen
  12. Purata pengunjung menghabiskan masa di blog ini adalah selama 5.32 minit (Alexa)
  13. Top 3 Favourite Educational Blog MSMW2013
  14. 8 daripada 10 pengunjung blog memberikan review 10/10 untuk blog ini dari segi kandungan
  15. Telah berjaya memenangi hadiah-hadiah hasil penulisan entri berkualiti termasuk wang tunai dan beberapa gajet terkini.
Haaa.. amacam?? Nganga kan baca betapa Dasyat pencapaian Hasrul Hassan dalam dunia Blogging ni? jeles dan dengki tahap gaban niii.. (ha3.. opss.. bukan dengki.. ayat yang manis sikit ialah  cemburu dengan kejayaan Blogger Hasrul Hassan  .. nak jadi macam dia tak mampu.. sebab blog teman bukan ke arah menjana pendapatan sebenarnya.. just blog personal yang hanya berkisarkan kehidupan seharian aje.. hu3.. tapi takpe.. janji kita senang dan happy dengan apa yang kita ada kan.. teman saaayang sangat kat blog tengkubutang ni.. biarlah tak se gah mana, asalkan teman dapat berkongsi macam2 kat sini denagn korang2 semuaa kan.. heee.. tapi kalau nak menjana pendapatan dengan berblogging.. teman dah ada sifu untuk mintak tunjuk ajar nanti.. kekekeke.. boleh tak Blogger Hasrul Hassan ?? heeee..   

17 Disember 2013

December Giveaway by Fatin Diana


Klik banner untuk join.

Senarai hadiah :
Cash RM50 x 1, AuraWhite 400,000mg x 1, Jersey x 7, Peplum blouse x 3, Tshirt I ❤ Medan x 1, 2 keping shiseido mask x 2, Tote Bag Authentic Mango worth RM80 x 1, Jumpsuit x 1, Cardigan x 1, Felt brooch x 3, Bawal glitter x 2 + bracelet x 1, Header + Doodle x 2, dan voucher discount 10% untuk semua peserta.

December Giveaway ditaja oleh Fatin Diana, Abang Ensem, Red Delima, House of WNS, Nadratul Syazwana, Mai's Beauty House, Nur Cimi, Fariqan Afina, Jasple Boutique dan Nur Shahira.


Tamat 27 Disember 2013, 10 Malam.

PRETTY AWESOME GIVEAWAY BY KHAIRINA

Klik Banner untuk join! =3
Assalammualaikumm.. hemm.. teman blurr nak pilih entri mana nak update untuk hari ni, so.. teman mulakan dari join Giveaway rakan Blogger ni lah, boleh yea? heee.. banyak cerita nak dikongsikan dengan korang tapi setakat ni bior Giveaway ni dulu jadi permulaan yea.. hu3.. jom join!giler! ramai sangat yang join GA dia.. hadiah pun giler2 best patutea ramai yang join.. moh kita join jommm!! kalau korang tak join.. rugii.. mana lea tau rezeki korang dapat salah satu hadiah yang banyak tuuu.. haaaaaaaaaaaaaaaaa.. moh kite jomm.. Good Luck hokeh!

16 Disember 2013

SEMPRIT SUSU





SEMPRIT SUSU


Bahan2:
●250 gram mentega
●1 cawan susu pekat
●500 gram tepung jagung
●1 sudu teh esen vanilla
●coklat chip, untuk hiasan

Cara Penyediaan:

1. Lembutkan mentega dengan letakkan pada suhu bilik seketika. 2. Dengan menggunakan mixer ataupun whisk, pukul mentega bersama susu sehingga sebati dan licin. Tak perlu pukul terlalu lama kerana takut biskut menjadi kembang.

3. Masukkan esen vanilla dan kemudian dikuti tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut.

4. Rehatkan doh selama 10 minit. Che nom masukkan dalam peti ais untuk rehatkan doh. Keluarkan dan masukan doh ke dalam acuan terap bunga dahlia.

5. Terap dan hias bersama coklat chip.

6. Bakar selama 12-15 minit pada suhu 150°C.

11 Disember 2013

JUST ARRIVED SAFELY BUT.....

Alhamdulillah kami udah sampai ke Malaysia, Alhamdulillah Allah pelihara keselamatan kami disana, Alhamdulillah dan terima kasih buat korang yang sudi doakan keselamatan kami pergi dan balik... syukur semuanya selamat dan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.. 

Cuma keadaan kesihatan teman jea sedikit sebanyak buat teman rasa perjalanan kali ni sangat mencabar.. huk3.. dengan sakit perut dan sakit kaki, pening kepala semua satu pakej.. adoi lah.. tapi teman kuatkan diri jugak untuk bersama2 hubby menguruskan hal yang telah dirancang sebelum ni.. kalau ikutkan sangat sakit kita tu, memang apa pun tak jalan kan..? 

hemm.. sampai jea umah, buka2 pintu ada bau.... aiyaakk.. busuk maaa.. umah bersepah sana sini, air kencing kucen merata2.. (Oyen punya koje) Tong sampah tergolek (Butang punya koje).. aishh.. macam2 bau dah.. 

hemm.. apalagi.. terus mula koje membersihkan rumah, basuh baju yang dah pakai... macam2 lagi lea nak dibuat.. tapi mata rasa ngantok lea pulak, dalam flight tak leh nak tido.. sakit kepala.. 

oleh itu, teman mintak izin nak rehatkan diri dulu yea.. maybe esok atau lusa teman update entri terbaru yea.. buat peserta yang join GA teman tu, sekiranya nama korang tak tersenarai lagi dalam list peserta, dont worry.. teman akan senaraikan nanti.. sekarang tengah bz sikit.. nanti teman update senarai peserta terbaru yea.. =)

09 Disember 2013

CARA LILIT SHAWL STAIL MACAM2..

teman ada shawl macam ni, tapi tak reti nak menggayakan.. biasa pakai tudung bawal jea.. kalau pakai yang macam ni teman main belit jea.. hee.. tapi bila tengok orang pakai, rasa macam nak try plak.. ni saja tepek gambo kat sini, nanti nak try lilit macam ni.. hihihi..  mengkome dah pandai lilit, takyah nengok! =P
shawl macam ni pun teman ada, hemm mula2 tengok giler besonya, camne nak pakai.. tapi dah ada tutor bergambar ni, bole lea try.. heee.. (nak jugokkk yea!) kome nak try ke? jom try.. heeee...
shawl yang ni teman xde, tapi seakan-akan tu ada lea.. hee.. lawo jugop kann.. apa yang penting bio menutup dada.. baru lea lawo yang sebeno nyaa.. kannn.. ha2.. thats all for today, entri ni sekadar menghupdate blog teman aje.. he2.. jangan taktau.. ini entri Autopublish okeh, teman masih di luar negara kot masa ni.. apa2 pun.. sudi2kanlah komen dan tingal jejak korang yea.. 

klik untuk lihat Tutorial lain... 

GARAM SEBAGAI PENARIK TOKSI/ASID/RACUN DAN UNSUR NEGATIF DALAM DARAH/TUBUH

GARAM SEBAGAI  PENARIK TOKSI/ASID/RACUN 
DAN UNSUR NEGATIF DALAM DARAH/TUBUH
Buat Tukang Masak, Suri rumahtangga dan siapa saja yg suka masak ini cara betul mengunakan garam dan juga untuk rawatan mengikuti cara Rasulullah.

Kita disogok dgn fakta palsu; Ambil garam lebih boleh kena darah tinggi (Ini protokol yahudi...)

Back to cara hidup Nabi (SAW), Sebelum makan Nabi (SAW) letak secubit garam di lidah untuk elak santau dan tapis makanan yang akan dimakan. Sampai di tempat baru, Nabi (SAW) ambil garam dulu untuk sesuaikan hormon tubuh di tempat baru. Untuk ubat penyakit rohani, air perlu dicampur garam terutama sihir dan santau. Kenapa?

Allah dah cipta garam adalah penarik toksid/asid/racun dalam darah atau tubuh dan juga penarik unsur-unsur negatif, (pengamalan Pengamal Perubatan Islam untuk bersih rumah atau pagar rumah perlu tabur garam di sekeliling rumah. Garam juga unsur yg boleh balance balik sistem tubuh kita. ini sunnah kita.

Tapi garam boleh jadi rosak apabila dimasak atau bertindakbalas dengan suhu tinggi/panas. Maksudnya kalau nak masak, guna garam bukit dan jangan bubuh garam masa makanan menggelegak atas dapur. Tutup api dan biar suhu turun dulu. Baru letak garam. Kita panggil bubuh garam atas darat macam orang arab buat; Bubuh garam masa nak makan.

Sebab? 

Garam ada sodium dan potassium. Tubuh perlu potassium lebih. Kalau dalam suhu panas, garam hanya tinggal sodium. Potassium rosak dalam suhu panas. Sebab tu kena darah tinggi.

Seelok-eloknya di tempat makan sentiasa ada mangkuk kecil garam dan sunnah Rasulullah SAW mencalit secubit garam menggunakan jari kelingking kanan dan diletakkan ke lidah bahagian depan. Ianya akan mengaktifkan kelenjar enzim penghadaman. 

Wallahu'alam.


Taken from Ustazah Masjid KLIA.

07 Disember 2013

ITU MOON LA BODOH..

Hemm.. kali ni saja teman nak share tentang sikap dan cara teman, nak citer gak teman ni macam mana orangnya.. suka berkawan dengan orang yang macam mana, dan apa benda yang paling teman tak suka... haaa.. korang nak tau teman ni camne? Ok lah, teman ni pemalu dan lemah lembut orangnya.. heee.. tak caya?? Tanyalea blogger mimi..

Tapi dalam teman lemah lembut ni, jangan plak di uji yea.. teman ni memang jenis pendam buat pekasam dulu, tapi lama2 bila gas dah naik, mula nak meletop.. jaga2 yea.. hu2.. 

Teringat ada citer masa kecik dulu, teman bersama kakak dan adik teman duduk di kerusi bersama seorang budak india (kawan kakak teman).. masa tu kami dihantar awal oleh driver bas ke sekolah kami sebab trip bus tu ada 2x kerana ramai sangat penumpang tu yang kena buat 2 trip.. satu jam 5.30 am (jgn terkejut yea) satu lagi jam 6.30..kami trip yang pertama..jam 5.30 am.. terpaksalea kami bangun awal weh.. ngantokkk..

Sambung lek citer tadi.. Dalam waktu subuh tu dah tentu lea kelihatan bulan yang cantik kan.. kakak teman pun tegur lea "eh.. apa yang cerah tu.. cantiknyaaa.." sekali budak india tadi menyampuk.. " itu moon la bodoh!" 
On the spot teman dan adik teman jeling ke dia, jeling tajammmmm giler2.. yelea, saper tak geram kalau orang cakap kakak kita bodoh kan! Pastu dengan slow budak india tu cakap.. "itu moon laa".. tau takottt.. sungguhpun kakak teman kawan baik dia, tapi tolong jaga sikit mulut bila bercakap yea.. memang kakak teman jenis malas nak melayan or balas balik, tapi jangan suka2 lak nak buli2 my kakak okeh!

Sama jugak satu ketika dulu, masa di taska muhamadiah (tempat teman mengaji dulu).. teman ni ustazah kenal sebagai seorang yang pendiam dan pemalu tapi terror dalam taska tu..selalu dapat tempat ke 1,2,3,4 dalam madrasah tuh.. kikiki (riak sekejap) ada satu hari tu teman ternampak sorang budak membuli adik lelaki teman, mula2 teman buat tak reti jea.. biasa lea budak2 kan.. tapi bila dah kaki dan tangan naik ke badan adik teman, haaaa.. ini sudah mendatangkan marahhhh.. terus teman bangun dan gi kat budak yang sedang buli adik teman tu.. 
Teman goncang2 kan kerusi budak tu.. teman marah dia, nape buli adik aku hah!!?? budak tu terbongkok2 atas kerusi takut kalau2 teman belasah dia.. tapi teman idak lea sampai nak belasah dia kan.. dia tu budak lagi.. cuma teman nak bagi dia sedar dan jangan ganggu adik laki teman tu.. kesian dia takut nak gi ngaji nanti.. lepas teman goncang2 kerusi budak tu.. teman terlihat dari ekor mata teman, terasa macam ada seseorang sedang memerhati teman.. teman pandang je arah kanan.. ternampak ustazah terkebil2 seperti terperanjat  tengok teman.. Aaaaarghhh.. dalam hati berkata "malunyee aku.. mesti ustazah terkejutt bila tengok aku yang lemah lembut ni leh jadi segarang itu.." hu3.. ini namanya tindakan spontan tau! boleh jadi teman ni seorang yang melindungi kot.. haa.. kann.. dah ada orang setuju tuu.. betul kan! betul kan?? heee...

Kisah Misteri Tingkat 13 KLCC


Kisah Misteri Tingkat 13 KLCC
(Entri Autopublish)

Ini ada suatu kisah misteri yang berlaku di tingkat 13 KLCC, dikatakan kisah benar yang mengerikan lagi menyeramkan ini terjadi kepada seorang staff lelaki yang bekerja di tingkat 40 bangunan KLCC.

Pada hari tersebut (hari Khamis malam Jumaat) beliau ada membuat OT dan terpaksa pulang agak lewat kira-kira jam 11 malam sendirian. Sampai di depan lif, dia pun tekan tombol untuk turun. Kemudian,pintu lift terbuka tanpa ada sesiapa di dalamnya. Dia masuk dan tekan tombol “G” untuk ke Ground floor.

Tetapi entah mengapa, lift yang dia naiki itu terus naik ke atas, tidak turun ke bawah. Ketika sampai di tingkat 59, lift tersebut berhenti. Dan pintu lif terbuka… kemudian masuklah seorang perempuan yang cantik dan menawan sekali sambil tersenyum manis. Dia tak pernah melihat perempuan itu sepanjang bertugas di KLCC. Perempuan tadi pun masuk dan berdiri di belakangnya.

Dia tertanya-tanya di dalam hatinya… “Siapa perempuan itu, dan kenapa sudah lewat malam belum pulang ke rumah?” Mau disapa terasa malu pula, jadi masing-masing saling diamlah. Dalam suasana hening sepi itu, lift tersebut terus meluncur turun dari satu tingkat ke satu tingkat.

Tiba di tingkat 13, lampu lift terpadam dan lift terhenti. Dia mencium bau yang teramat busuk, yang mengganggu rongga hidungnya. Bulu romanya tiba-tiba berdiri. Dalam keadaan yang begitu cemas dan seram, dia cuba menenangkan perasaannya dengan membaca apa sahaja ayat-ayat suci yang terlintas diingatannya sambil memberanikan diri untuk menoleh ke belakang setelah lampu lift menyala. Tiba-tiba saja, perempuan yang berada belakangnya ketawa ……… dan segera berkata …….. 

“Maaf ya… saya kentut…abang jangan marah ya ?”... lallalalallalala.... =.='

06 Disember 2013

JANGAN LUPA NENGOK PUTERI AWANI AHAD NI..

Puteri Awani

Related Post-->SIAPA PUTERI AWANI
Related Post-->PUTERI AWANI DALAM 3R

haaa.. saja jea nak mengingatkan kome yang minat Puteri Awani, jangan lupa nonton 3R Ahad ini, rasa2nya yang tak minat Puteri Awani pun mesti akan curi2 masa untuk nengok gak kan.. Actually haters suka nengok dia yang beno nya.. kan.. kan.. kan..ha2.. apa2 lah, teman just share jea.. bukan apa.. Puteri Awani ni walaupun dah femes, dia tak sombong.. kalau kita PM bersembang dengan dia, dia pasti akan jawab walau sesibuk mana pun dia.. 

Bagus budak ni.. pada pendapat temanlah, kalau dengan cara ni dia popular dan boleh perolehi pendapatan yang halal mealuinya, apasalahnya kita menyokong dia kan.. teman rasa Puteri Awani ni ada confident level yang tinggi, dan teman rasa lah kalau digilap, Puteri Awani ni leh jadi pengacara untuk rancangan berbentuk info untuk remaja jugak.. teman sokong kalau itu menjadi punca rezeki dia suatu hari nanti.. teman memang harap anak2 muda macam Puteri Awani tidak mempersia2kan bakat yang ada pada dia, dan harap dia berjaya dalam bidang yang dia ceburi.. 


puteri awani

Lupa lak nak citer, Puteri Awani  jugak tersenarai dalam Top 10 Aksi Di Youtube Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH2013) yang akan berlansung pada 6 April 2014 tahun depan, So, sape2 yang nak video yang korang suka tengok bertanding di peringkat Top 5, gi lea UNDI.. leh undi hari2.. haaaaa.. Mat Luthfi pun ada tauuu..(jatuh hati pada video beliau).. video beliau sarat dengan pengajaran yang .. yea! teman tersenyum nengok video beliau! Mat Luthfi besttt! apa2 pun... 

 klik sini untuk UNDI--->ABPBH2013
(tak kira lea nak undi sape2 pun..ikut suka korang, jangan Gadoh2 yea!)



05 Disember 2013

DOA MOHON DIELAKKAN DARI BANJIR

DOA MOHON DIELAKKAN DARI BANJIR
Bermula pada 3 Disember 2013 hari tu, hujan lebat tak berhenti2, seperti tahun2 yang sudah.. hujung2 tahun begini memang kerap berlaku banjir.. Takziah kepada semua mangsa yang terlibat dalam bencana banjir kali ini dan kepada yang tidak terlibat, panjatkan kesyukuran dan jangan pernah dilupa mereka yang sedang kesusahan ketika ini. Sama-sama kita panjatkan doa kehadrat Illahi agar segala ujianNya ini dipermudahkan. InsyaAllah. buat AinaaRoseberry jangan risau, keadaan akan kembali reda.. berdoa dan tawakal kepadaNya moga semuanya selamat.. teman doakan semuanya akan beransur pulih seperti sediakala..

Perkongsian Gambar2 dari internet.. 
Keadaan banjir sekitar Kuantan, Pahang.semalam.. 
Semoga mangsa-mangsa yang terlibat tabah menghadapi ujian ini.
Suasana sebuah jejantas di Simpang Tiga, Permatang Badak. Sayu hati melihat gambar ini bila anak-anak kecil dan kaum wanita terpaksa menumpang teduh di bawah jejantas untuk sementara waktu. 
Semoga Allah permudahkan urusan saudara kita di sana.
5 jam yang lalu, jambatan utama di Chukai, 
Kemaman telahpun runtuh sekaligus menyukarkan pergerakan orang awam di sana.
Keadaan banjir di Felda Seberang Tayor, Kemaman. Kami percaya pihak berwajib dan orang ramai sudah sedaya upaya memberikan bantuan. InsyaAllah, segala urusan bantuan dipermudahkan Allah SWT.
 Mangsa banjir menanti giliran untuk diselematkan. 
Jaga diri baik-baik Encik Meow dan Miss Meow ya!! 
kesian, taktau nak buat apa dah kucen2 ni.. 
Bila musim banjir macam ni, haiwan peliharaan dan ternakan juga antara makhluk Allah yang paling kita kasihan. Harap-harap mereka mampu untuk survive bagi terus menjalani kehidupan. Tabahlah Encik Meow. Harap yang mengambil gambar ni selamatkan awak lepas ambil gambar.
Pengantin banjir. Walaupun dilanda bah ia tidak menghalang pasangan pengantin ini mencipta sejarah istimewa dihari penikahan mereka.
Musim banjir boleh mendatang banyak tetamu yang tidak diundang. 
Berhati-hatilah sentiasa mangsa-mangsa banjir. Semoga Allah melindungi kalian

MENANG HADIAH EPHYRA - ALHAMDULILLAH.. REZEKI..

Opss.. tak perlu klik Banner atas, udah tamat.. hee.. baru jap tadi teman baca senarai pemenang.. yang bebenonya teman terlupa sangat nak tengok list pemenang hari ni, sib baik blogger Sya Mimie sudi inform kan pada teman.. TQ yea mimi! kalau tak melepas la kot.. sebab teman pun agak bz sikit start esok dah nak kemas2 baju,nak siap untuk ke luar negara dengan hubby, flight hari Sabtu malam (7/12/2013) nanti dan mungkin tak dapat nak online dan update blog hingga hari Rabu.. teman update entri pun guna Autopublish jea nanti yea.. untuk bagi blog teman ni tak sunyi sepi tanpa entri terbaru.. kalau korang rajin singgah2 lea jenguk blog teman ni yea.. insyaALLAH.. lepas balik Malaysia nanti teman kunjungbalas kornag lik yea..
Haaaaa.. bercerita pasal  Giveaway Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda ni, teman saja2 nak try sebab teman memang suka menda2 yang mencantikkan ni.. ho2.. memang berangan sangat2 nak menang hadiah ni.. Alhamdulillah terpilih jugak dalam reramai tu.. syukur Alhamdulillah.. rezeki teman ni.. heee.. thanx buat Blogger Mia sebab sudi buat contest ni.. suka sangat2! Jom nengok gambo nyeee.. heee.. teman peserta yang ke 144, sekali tengok dalam senarai tu ada No. 144 dan sangat comel bila nombor tu  di print atas kaler oren.. cute sangat2.. sebab teman minat kaler orennnn
Haa.. yang teman bulatkan tu url link entri yang teman join tu.. hemm.. memang tak terkata apa, 1st time join menang hadiah dari segmen/Giveaway anjuran Blogger Mia  yang very peramah dan tak sombong tu.. yea.. memang  dia tak sombong.. walaupun follower dia puluhan ribu tuu.. thanx again yea Blogger Mia

Opss.. lupa lak.. saja teman letak peringatan ni kat sini, takut terlupa nanti..

>>Tugasan Review Untuk Pemenang Tempat Ke 4 sehingga 25<<
>Dikehendaki untuk membuat entri review selepas 10 hari minum Ephyra. 
>Kongsikan pengalaman dan perubahan yang anda alami.
>Sila masukkan gambar produk Ephyra yang diterima atau gambar lain yang berkaitan.
>Entri review hendaklah dari karangan anda sendiri.
>URL entri review hendaklah dihantar ke inbox fanpage Mialiana.com
>Satu entri review yang terkreatif dan terbaik akan dipilih oleh OceanLife2u.com untuk memenangi 1 kotak       Ephyra (30 sachets) bernilai RM 197

dah sampai barang nanti teman review yea..pastu review lagi, join tugasan ReviewBlogger Mia plak.. he2.. 

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers