Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

20 September 2013

Hafiz Tercalon Untuk Anugerah Berprestij MTV Europe Music Awards!

hafiz 
Hafiz Tercalon Untuk Anugerah Berprestij 
MTV Europe Music Awards! 
 
Waaaahh.. yang ni memang teman suka nak buat entri.. hu3.. sebab? sebab teman minat sangat suara Hafiz ni.. sedap meh.. dia nyanyi lea lagu apa pun.. sedap je telinga mendengonya.. he2.. korang x minat? x minat xpelea.. teman just nak share jea artist yang bersuara sedap yang teman minat.. tapi bukanlea minat macam peminat fanatik tu yea.. just minat gitu2 jea.. he2.. dah memang sora dia sedap kann.. apa2pun teman ucapkan moga Hafiz sukses dalam kerjayanya dan moga Hafiz menang kategori 'Best Southeast Asia Act' ni yeaaa.. Go! Go! Hafiz! Cayo! Cayo!
 
Story seterusnya? jom baca jom..
Pelantun lagu 'Bahagiamu Deritaku', Hafiz telah dicalonkan untuk anugerah berprestij MTV Europe Music Awards bagi kategori 'Best Southeast Asia Act' untuk tahun ini yang akan berlangsung pada 10 November depan di Amsterdam, Belanda.
 
Hafiz dijangka menerima saingan sengit daripada artis-artis hebat rantau ini seperti NOAH (Indonesia), Olivia Ong (Singapura), Sarah Geronimo (Filipina). Slot Machine (Thailand) dan May Tam (Vietnam).
 
Peminat negara ini boleh memainkan peranan dengan mengundi Hafiz di laman web rasmi asia.mtvema.com di bawah kategori 'Best Southeast Asia Act'. Lebih menarik anda boleh mengundi sebanyak mungkin untuk memastikan kemenangan hafiz kelak. 
 
 

BAKAT MEDIA HIBURAN 2013 - EDISI YOUTUBE

Bakat Media Hiburan 2013 - Edisi Youtube 
(klik gambar untuk lihat video)
Berita baik buat korang yang berbakat dalam bidang nyanyian.. kalau rasa diri tu berbakat leh lea join ni ye... teman tujukan buat yang lelaki jea.. kalau yang popuan nak join tu, up to u lah hokeh.. teman x galakkan kalau popuan.. tapi terpulanglah kat korang yea.. just share je menda ni..

Pencarian Remaja Berbakat Media Hiburan (PRMBH) musim kedua muncul lagi. Pada anda yang berbakat dalam bidang nyanyian jangan lupa sertai pencarian ini. Caranya cukup mudah, hanya perlu muatnaik video anda di Youtube dengan kata laluan BAKAT MEDIA HIBURAN 2013 diikuti dengan nama dan nyatakan tajuk lagu.

Berikut adalah syarat-syarat penyertaan;
  1) Lagu terpulang kepada pilihan masing-masing. Bahasa Melayu atau Inggeris
2) Terbuka untuk solo, duo atau berkumpulan
3) Paparkan MAJALAH MEDIA HIBURAN mengikut kreativiti dalam video
4) Muatnaik video di Youtube dengan kata laluan BAKAT MEDIA HIBURAN 2013 diikuti NAMA dan TAJUK LAGU
5) Kongsikanklip video anda di Facebook dan twitter Media Hiburan

 Hantarkan penyertaan korang sekarang!

 Tarikh tutup penyertaan pada 30 September ini! 

ASHRAF MUSLIM BAKAL BERGELAR BAPA


ashraf 
 Ashraf Muslim Bakal Bergelar Bapa
 Hai.. Assalammualaikum.. Salam Jumaat semuaa.. hemm..  pagi ni ingat malas nak on9 lagi sebab banyak koje nak buat ni ha.. tapi bila on9 n tengok isu2 semasa, ternampak pulak story pasal Ashraf ni.. hemm.. korang ingat x story pasal Ashraf yang berkahwin di Thailand tanpa pengetahuan isteri pertamanya Dayana? kalau tak ingat or tak tahu sila klik sini untuk baca story pasal diorang----> GAMBAR PERNIKAHAN ASHRAF DAN WAN SAKINAH dan entri ini---> LUAHAN HATI DAYANA 

Sekarang Ashraf semakin bahagia bila isteri keduanya disahkan hamil 6 minggu.. hemm.. teman pun happy for them.. tapi harap Ashraf adil lah dengan isteri pertamanya walaupun dengan isteri pertama, belum menimang cahayamata lagi kan.. teman doakan selepas ni giliran Dayana pulak hamil.. InsyaAllah.. Jom kita baca story sepenuhnya tentang kisah Ashraf dan isteri barunya.. 

  “Saya cukup seronok apatah lagi ini adalah anak pertama saya,” ujarnya. 

  Dengan kehamilan yang sudah mencecah enam minggu, Sakinah dikatakan mengalami alahan teruk seperti sakit kepala, muntah dan tidak berselera makan.Pasangan ini telah berkahwin di Thailand pada 7 Julai lalu dan berita tersebut mendapat perhatian ramai apabila mereka telah melangsungkan perkahwinan tanpa pengetahuan isteri pertama, Noor Dayana Lokman.

  Tahniah diucapkan kepada Ashraf dan Sakinah. Semoga berita kehamilan ini akan menceriakan lagi kehidupan mereka. 

SOROK MAYAT ANAK SELAMA 6 HARI

Gambar extract from google
PETALING JAYA – Sepasang suami isteri bertindak kejam apabila sanggup menyembunyikan mayat anak bongsunya yang reput selama enam hari di kediaman mereka di Sri Manja Square 1, PJS 3, dekat sini lapor Sinar Harian. Perbuatan pasangan itu terbongkar selepas ibu kepada rakan salah seorang anaknya datang ke rumah pagi semalam untuk bertanya khabar setelah kanak-kanak itu tidak hadir ke tadika sejak Jumaat lepas.

Kanak-kanak itu dipercayai mati akibat lemas terhidu asap dalam satu daripada beberapa cubaan membunuh diri oleh ibu bapa kanak-kanak itu.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pasangan itu enggan membuka pintu rumah menyebabkan pengadu terpaksa meminta bantuan polis. “Anggota yang membuat pemeriksaan menemui mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ditemui dalam keadaan terlentang di atas tilam dipercayai menjadi mangsa bunuh,” katanya.

Menurutnya, kejadian berpunca dari tindakan pasangan itu yang mahu membunuh diri bersama keluarganya disebabkan bebanan hutang. Arjunaidi berkata, suspek yang mempunyai dua orang anak pernah melakukan tiga cubaan bagi membunuh ahli keluarganya itu.“Dalam cubaan pertama pada 11 September lalu, pasangan itu membakar arang di dalam bilik utama bagi membolehkan semua ahli keluarganya mati kerana menyedut asap namun tidak berjaya.

Mereka kemudian meneruskan niatnya itu pada keesokan hari menyebabkan salah seorang (anak bongsunya) meninggal dunia.“Pada 13 September, pasangan itu bertindak mencari tempat membunuh diri bersama seorang lagi anak lelaki mereka berusia tujuh tahun di sekitar Klang namun membatalkan hasrat tersebut kerana tidak menjumpai tempat yang sesuai. Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat.
Tambahnya, abang mangsa itu kini berada di bawah jagaan waris terdekat.

Arjunaidi berkata, pasangan itu mempunyai masalah kewangan yang mendorong mereka melakukan perbuatan itu. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

19 September 2013

MAKANAN UNTUK MENINGKATKAN DAYA INGATAN

Sebelum ni teman kongsikan artikel yang teman temui tentang makanan yang baik untuk mata, hari ni teman nak share pulak tentang Makanan Untuk Meningkatkan Daya Ingatan, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan, diantaranya adalah dengan memperbanyakan konsumsi makanan yang dapat berfungsi untuk meningkatkan daya ingatan otak mulai dari buah-buahan seperti Avocado sampailah kepada produk kesihatan seperti yogurt dan susu  (eee.. tapi teman x suka Avocado! yeyekk.. pernah terminum jus Avocado.. yek yek.. x suka.. x suka.. x sukaaa.. ha2.. korang suka?? eloklah! hu2..
Dibawah ini adalah beberapa contoh makanan dan minuman yang dapat meningkatkan 
daya ingatan otak kita. jom kita baca sama2.. pasni semua kena praktikkan hokeh!

1. Ikan 
 Ikan merupakan sumber asid lemak omega-3, yang tidak hanya baik untuk jantung, tetapi juga membantu meningkatkan memori dan mengatasi depresi. Asid lemak omega-3 juga dapat meningkatkan fungsi sel otak. Temukan asid lemak omega-3 dalam makanan berikut: herring, salmon, tuna, mackerel, halibut, teri, dan sarden.
 2. Teh hijau
 Polifenol dalam teh hijau merupakan antioksidan kuat yang dapat mencegah kerosakan sel-sel otak. Teh hijau juga diketahui memiliki berbagai manfaat kesehatan, seperti meningkatkan memori dan memperlambat penuaan otak.

3. Berries  
Berries kaya akan quercetin, yang dipercaya dapat membantu fungsi sel-sel otak. Berries juga mengandung banyak antosianin, sebuah fitokimia yang bertugas untuk mencegah penurunan memori, terutama yang berhubungan dengan Alzheimer. Beberapa buah yang baik untuk otak adalah raspberry, apel dan blueberry.
 
4. Sayuran berdaun hijau

Sayuran berdaun hijau dipercaya dapat meningkatkan daya ingat dalam jangka panjang. Bayam, Salad, brokoli dan kubis adalah beberapa jenis sayuran hijau yang mengandung banyak vitamin dan mineral yang dapat membantu menjaga kesihatan keseluruhan sistem tubuh.
 
5. Produk susu
Produk olahan susu kaya akan kalsium. Beberapa sumber yang kaya akan kalsium adalah susu, keju, mentega dan yogurt. Produk-produk ini dikenal ampuh dalam memelihara sel-sel otak. Secara khusus, yogurt mengandung asid amino tirosina , yang bertanggung jawab untuk meningkatkan meningkatkan daya ingatan kita.
 
6. Air
Seperti kita ketahui, hampir tiga perempat dari otak kita adalah air. Jadi, perbanyakanpengambilan air untuk menghindari dehidrasi. Dehidrasi bisa menyebabkan otak kita melepaskan hormon yang disebut kortisol yang membuat daerah di otak kita menyusut. Daerah tersebut bertugas untuk menyimpan informasi. Bayangkan jika daerah itu menyusut?
 
7. Madu  
Madu dikenal karena khasiatnya yang dapat menyembuhkan segala penyakit. Ternyata, madu juga dapat meningkatkan memori otak. Satu sendok makan madu setiap pagi tidak hanya membantu kita mengurangi berat badan, tetapi juga membantu dalam meningkatkan daya ingatan.
 
8. Gandum 
Banyak manfaat atau khasiat yang bisa kita ambil dari gandum, selain beresiko lebih rendah dari penurunan kognitif yang bisa menyebabkan Alzheimer, gandum juga berkhasiat untuk meningkatkan daya ingatan otak kita. Makan gandum beserta olahannya seperti sereal, wheatbrand, dan pasta gandum memberikan vitamin B12 dan B6 yang bisa meningkatkan dan mempertahan daya ingatan otak kita.

9. Brokoli 
Brokoli merupakan sumber vitamin K, yang dikenal baik untuk meningkatkan fungsi kognitif serta kemampuan otak dalam berfikir.
 
10. Tomato 
Faktor usia adalah salah satu hal penyebab menurunnya daya ingat otak kita. Untuk meningkatkan daya ingat, tomato adalah buah yang cukup bermanfaat. Hal ini dikarenakan tomato kaya akan Lycopene dan antioksidan yang bisa membantu melindungi terhadap jenis kerosakan yang diakibatkan oleh radikal bebas yang diakibatkan karena faktor usia.
 11. Kekacang . 
Menurut the American Journal Of Epidemiology, kacang atau selai kacang mengandungi lemak yang baik untuk tubuh. Selain itu, kacang juga menjadi sumber Vitamin E yang tinggi yang boleh menjaga tubuh tidak hanya dari serangan jantung tetapi juga memperbaiki sistem kerja dan meningkatkan daya ingatan Otak.
 
12. Blakcurrant 
Vitamin C pada Blackcurrent sudah dikenal memiliki kekuatan untuk meningkatkan ketangkasan mental dalam berfikir. Mampu menjaga otak dari racun dari lingkungan ataupun makanan, sehingga boleh mencegah terjadinya penurunan daya ingatan kita.
 
13. Kuaci Biji Labu 
Meningkatkan daya ingatan sudah tentu kiranya kita selitkan juga dengan makanan yang mengandung zinc. Zinc baik untuk meningkatkan daya ingatan dan memelihara ketajaman otak dan pikiran. Zinc boleh ditemui dalam kuaci biji labu. So, jangan lupa.. kuaci biji labu tu ada zink tauuu! makan banyak2 hokeh! ha2..
 
14. Rosemary
Rosemary tidak hanya digunakan sebagai bumbu dalam salad dan topping. Rosemary juga berguna untuk meningkatkan kemampuan memori. Tanaman ini kaya akan antioksidan,yang mendorong perkembangan otak. Menariknya, bau dari bunga ini ternyata juga memiliki efek positif pada otak kita. Teman 1st time guna rosemary dalam masakan teman iaitu Skewer Daging,Ayam & Cili Benggala KLIK jangan tak KLIK!! tapi xleh boh banyak2 nanti pedor lidah.. hu3.. but.. bau n aroma dia, memang superb bebb.. 
aroma kasi perut lapo nak ngap daging!!
 
15. Coklat  
 Penelitian telah menunjukkan bahawa kalau makan coklat boleh meningkatkan produksi endorfin, zat yang menyebabkan mood yang lebih baik dan merangsang memori. Coklat juga mengandung jumlah moderat kafein, yang berhubungan dengan merangsang dan meningkatkan suasana hati kita. Namun berhati-hatilah, karena coklat memiliki kalori cukup dan jika tidak dikonsumsi dalam jumlah sedang dapat menyebabkan penambahan berat badan. Sepotong kecil cokelat yang kaya Koko merupakan solusi ideal dan sehat.

So.. Inilah dia makanan atau minuman yang baik untuk otak kita yeaaa... Namun tak lupa juga nak mengingatkan korang, Hindarlahi makan makanan segera(fast food) atau yang 
memiliki lemak tepu.. kerana ianya x elok untuk tubuh badan kita untuk jangkamasa panjang.. sekarang ni memang x nampak kesan, tapi bila umo dah meningkat lanjut, barulah sedikit demi sedikit kesannya keluar perlahan2.. masa tu udah x berguna lagi nak setting2 makan dah.. hu3.. opsss.. tepuk dada tanay selera lah..

Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers