“Saya cukup seronok apatah lagi ini adalah anak pertama saya,” ujarnya. 

  Dengan kehamilan yang sudah mencecah enam minggu, Sakinah dikatakan mengalami alahan teruk seperti sakit kepala, muntah dan tidak berselera makan.Pasangan ini telah berkahwin di Thailand pada 7 Julai lalu dan berita tersebut mendapat perhatian ramai apabila mereka telah melangsungkan perkahwinan tanpa pengetahuan isteri pertama, Noor Dayana Lokman.

  Tahniah diucapkan kepada Ashraf dan Sakinah. Semoga berita kehamilan ini akan menceriakan lagi kehidupan mereka.