SOROK MAYAT ANAK SELAMA 6 HARI

Gambar extract from google
PETALING JAYA – Sepasang suami isteri bertindak kejam apabila sanggup menyembunyikan mayat anak bongsunya yang reput selama enam hari di kediaman mereka di Sri Manja Square 1, PJS 3, dekat sini lapor Sinar Harian. Perbuatan pasangan itu terbongkar selepas ibu kepada rakan salah seorang anaknya datang ke rumah pagi semalam untuk bertanya khabar setelah kanak-kanak itu tidak hadir ke tadika sejak Jumaat lepas.

Kanak-kanak itu dipercayai mati akibat lemas terhidu asap dalam satu daripada beberapa cubaan membunuh diri oleh ibu bapa kanak-kanak itu.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pasangan itu enggan membuka pintu rumah menyebabkan pengadu terpaksa meminta bantuan polis. “Anggota yang membuat pemeriksaan menemui mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ditemui dalam keadaan terlentang di atas tilam dipercayai menjadi mangsa bunuh,” katanya.

Menurutnya, kejadian berpunca dari tindakan pasangan itu yang mahu membunuh diri bersama keluarganya disebabkan bebanan hutang. Arjunaidi berkata, suspek yang mempunyai dua orang anak pernah melakukan tiga cubaan bagi membunuh ahli keluarganya itu.“Dalam cubaan pertama pada 11 September lalu, pasangan itu membakar arang di dalam bilik utama bagi membolehkan semua ahli keluarganya mati kerana menyedut asap namun tidak berjaya.

Mereka kemudian meneruskan niatnya itu pada keesokan hari menyebabkan salah seorang (anak bongsunya) meninggal dunia.“Pada 13 September, pasangan itu bertindak mencari tempat membunuh diri bersama seorang lagi anak lelaki mereka berusia tujuh tahun di sekitar Klang namun membatalkan hasrat tersebut kerana tidak menjumpai tempat yang sesuai. Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat.
Tambahnya, abang mangsa itu kini berada di bawah jagaan waris terdekat.

Arjunaidi berkata, pasangan itu mempunyai masalah kewangan yang mendorong mereka melakukan perbuatan itu. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

26 Ulasan

  1. Baca tajuk macam hairan, baca skit rasa marah, tpi bila baca smpai habis...sedey plakl..tekanan kehidupan yg membuatkan manusia hilang kawalan diri...

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup.. betul tu.. kalau bukan kerana tekanan hidup masakan pilihan macam ni pun diorang leh terfikir ak buat kan.. hemm.. kesian budak tu..

      Padam
  2. Lihatlah tekanan hidup di negara kita kian meruncing. Ada yg senang tidak sedar betapa ada insan yg tersepit dalam arus kemajuan sehingga mahu membunuh diri. Pendik akal pun ye juga ni... yg kesian anak jadi mangsa. Sedihnya:(

    BalasPadam
    Balasan
    1. hemm.. xtau lea kak zakie.. pasni mesti kekesalan teramat sangat dengan perbuatan diorang yang x fikir panjang tu kan..

      Padam
  3. kalu ye pun hang nk mati, mati jelah laki bini jgn lah sampai bwk anak2 sekali... dasar pengecut... marah beno akak lah aih...pandai lak sembunyi kan myt anak tuh, bodoh piang betui

    dulu masa akak kecik2 pun abah akak susah, tp usaha... ni tak ada hutang banyak nk bunuh diri lak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama lea kita kak, teman pun susah gak dulu.. sampai abah nak pinjam duit kat arwah opah pun x lepas (sebab opah nak abah n mak berdikari) tapi abah x terus jatuh, malah terus bangkit usaha majukan hidup.. alhamdulillah.. anak2 pun dah dewasa, dan bekeluarga.. hemm.. tapi yelah.. nasib org lain2 kan..

      Padam
  4. duit buat manuasia jadi tak betul...kesian anak dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu fizi.. kehidupan yang penuh tekanan memaksa manusia buat tindakan yg x betul

      Padam
  5. Balasan
    1. tu lea.. x pasal2 anak dia sorg tu je yg mati.. diorang lak terselamat.. tapi xtaulea berapa banyak kekeasalan yang ibubapa dia rasa pasni.. wallahualam..

      Padam
  6. bebanan hutang..anak yg tak berdosa jd mangsa....kesian..gitulah bila akal tak berfungsi dgn betol...mana pegangan agama... sedih baca

    BalasPadam
    Balasan
    1. bila keadaan memaksa diorang bertindak luar fikiran, memang dah x ingat dosa dah kot.. kesian yg jadi mangsa ialah anak yg xtau apa2..

      Padam
  7. abapila pengangan agama tidak kuat...
    sepatutnya terus berusaha, tanpa rasa petus asa...
    baik laki atau bini...
    yang jadi magsa anak2.. kesian..
    mesti anak yang tinggal tue troma...
    semoga Allah melindungi anak tersebut..

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang trauma sangat2 kot anak2 yg masih hidup tu.. apa2 pun hope mak n ayah dia insaf lea pasni.. supaya x ambil tindakan melulu dah..

      Padam
  8. hmm.. kesian anak tu. sampai hati nak bunuh anak sendiri. nak lari daripada masalah lah ni. adoii.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hemm.. cadangnya nak bunuh diri sekeluarga, tapi x berjaya.. anak yang sorng ni plak yang mati.. aduhai.. kesiann

      Padam
  9. setiap masalah ada penyelesaian..berfikir untuk selesaikan bukan cari jln mudah bunuh diri..ish ish..macam macam kes

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lea.. awatle pendek akal sangat kan.. maybe kalau usaha, ada je jalan penyelesaian tiap maslah tu kan..

      Padam
  10. Balasan
    1. memang teman pun terkedu jugak mula2 baca tu.. terkejut semua ada.. hemm.. muhasabah diri dengan berita2 acam ni..

      Padam
  11. semua yg komen sini teman udah bw lik yea.. thanx sebab sudi singgah n baca.. =)

    BalasPadam
  12. sendiri salah anak2 jadi mangsa....haiissshhh...sangat menyampah...tapi kesian jugak....wallahualam...

    BalasPadam
  13. sanggup buat cmtu kat anak sendri. agak2 dah xley jga hntar la kat pusat kebajikan

    BalasPadam
  14. bila hilangnya rasa perikemanusiaan dalam diri tu, ni yg jadi nya kes macam ni.. sedih sgt bila fikirkan nasib budak2 tu..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama