Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

23 September 2013

FOUZIAH GOUS SELAMAT DIIJABKABULKAN


Fouziah Gous yang Cumey n Lawo..

Baca  entri yang lepas--->Fouziah Gous Bertunang

Pelakon dan model Fouziah Gous selamat diijab kabulkan dengan jejaka pilihannya, Md Zhafran Mohd Yusof dengan sekali lafaz, sekitar 9.43 malam tadi (21 September 2013, 8:09PM) .Pasangan yang mengenakan persalinan berwarna putih ini telah dinikahkan oleh Mohamad Khairi Abu Hassan yang merupakan bapa mertuanya sendiri dan disaksikan oleh Yg Bhg Ustaz Muhd Sujak Hj Mohd Dasuki yang merupakan Ketua Imam Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong Selangor.Majlis pernikahan Fouziah Gous & Zhafran ini yang dihadiri seramai kira kira 200 orang tetamu itu telah dijalankan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong Selangor.

Pihak lelaki menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dari pihak perempuan dengan mas kahwin berjumlah RM1,112 dan wang hantaran sebanyak RM50,000. Pihak lelaki menerima hantaran berupa sirih junjung, sebentuk cincin, seutas jam tangan, cufflink dan kaca mata, seutas pen dan clutch berjenama Mont Blanc, tali pinggang, satu set wangian berjenama Channel dan set kosmetik, manisan strawberry dan manisan kurma. Manakaka pihak perempuan menerima sirih junjung, set barangan kemas dan mas kahwin, set wangian berjenama Chanel, senaskhah Al-Quran dan telekung, cek hantaran, clutch dan kaca mata, dan yang terakhir manisan coklat.


Persalinan pengantin pada malam ini direka oleh Ailina Aimi yang berkonsepkan Arab Pakistan dan pengacara majlis pada malam ini ialah Adam Zainal.

menceritakan tentang bagaimana perkenalan mereka bermula, Fouziah Gous mula mengenali Zhafran masih baru lagi..  jom  kita baca.. heeee.. 

Kenal 4 hari , dah ajak kahwin
Siapa tidak terkejut, empat hari berkenalan sudah berani ajak kahwin. Kenyataan itu membuatkan Fouziah Gous, 30, menyangka lelaki yang dipertemukan dengannya atas urusan perniagaan, kurang siuman. "Ketika diperkenalkan, saya simpan nombor Zhafran di telefon yang tidak mungkin saya angkat. Iyalah, apabila dia terus ajak kahwin selepas empat hari kenal, saya jadi kurang selesa. Kalau berhubung pun atas dasar perniagaan. Kebetulan telefon bimbit utama yang memuatkan nombor penting hilang. Tinggal satu lagi telefon yang saya kenal Zhafran saja. Minggu itu memang macam-macam berlaku, termasuk tayar pancit, kereta rosak dan sebagainya.

"Ketika itu, saya nampak Zhafran saja. Dialah penyelamat setiap kali saya dalam kecemasan. Dari situ, saya sedar, dia bukan main-main. Malah Zhafran pernah menyuarakan dia mimpi menikahi saya," katanya selepas majlis pernikahan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, malam kelmarin.


Berwakilkan abang sulungnya, aktres jelita itu sah bergelar isteri pada jam 9.40 malam pada majlis yang dihadiri kira-kira 200 tetamu. 

Menerima mas kahwin RM1,112 dan wang hantaran RM50,000, Fouziah turut menerima tujuh dulang hantaran berupa wangian, barang kemas, telekung dan manisan berbalas sembilan dulang. Walaupun menganggap luahan jejaka yang dikenali sebagai Md Zhafran Md Yusof, 30, sekadar gurauan, jodoh mereka seakan sudah tertulis apabila semakin dijauhi, kelibatnya pula yang sering datang membantu. 

bawah ni lak gambo masa diorang Bertunang hari tu..  

gambo2 extract from google aje..

22 September 2013

SHATAVARI BAIK UNTUK DALAMAN WANITA

Shatavari
(Asparagus Racemosus)
Himalaya Shatavari adalah ekstrak herba tulen. Shatavari dianggap sebagai herba yang paling berguna untuk wanita kerana ia membantu dalam mengimbangi sistem hormon wanita. The Rejuvenative utama herba untuk wanita, Shatavari menyuburkan dan membersihkan darah dan organ-organ pembiakan wanita itu menyokong kesuburan semula jadi badan. Ia menyuburkan rahim dan ovum dan menyokong organ wanita untuk mengandung. Ia juga menggalakkan laktasi semula jadi badan. Shatavari mengandungi phyto-estrogen, yang prekursor estrogen dan amat berguna untuk wanita yang mengalami tahap estrogen rendah semula jadi akibat menopaus, hysterectomies atau oophorectomies.

he3.. dah baca semua diatas?? Okeh.. buat kengkawan pompuan teman yang DAH KAWEN ONLY, diulangi.. YANG DAH KAWEN ONLYYYYYY!!!... (opss.. terjerit lakk.. hu3) Teman xtaulea entri ni sesuai dibaca untuk lelaki ke tak.. ikutlea pada korang yea.. mana tau kot info ni sesuai untuk isteri2 korang (amboihhh.. isteri2???) or adik pompuan or kakak pompuan korang mana tau kan.. mak2 kita pun boleh makan suplemen ni yea.. jangan x tauu.. heee.. tapi pastikan adik n kakak pompuan tu dah kawen hokeh! Anak dara xleh makan lagi yea.. plz paham ok! jangan main langgor aje yew!

Ok lah.. disini dengan rasminya teman nak gitau yang suplemen ni memang bagus untuk mereka yang selalu "sesungut" kuat masa Coti2 Malaysia.. heee.. opss.. sesungut tu senggugut daaaa.. hihihi... kalau korang mempunyai simpstom PMS tu korang try lea makan suplemen ni.. insyaAllah.. senggugut akan berkurangan.. pastu banyak kebaikan lain yang korang akan rasakan selepas makan suplemen ni.. teman makan pun selepas dah x tahan sangat tiap2 bulan senggugut teruk..masa sebelum kawen x seteruk skarang, pastu terus jumpa doktor, bila jumpa doktor, doktor kata yang itu semua adalah perubahan hormon..

aduii.. lemas betui dgn perubahan hormon ni.. then doktor bagi lea suplemen ni, makan 2 bijik sehari.. 1 bijik pagi, 1 bijik lagi malam.. opss.. jangan makan dengan perut kosong okehh.. mamam nasik dulu pastu baru mkn obat.. tauuu!!! then sekarang teman dah x sesungut teruk dah.. syukur Alhamdulillah.. teman leh wat koje macam biasa wlupun time Coti2 Malaysia.. heeee... apa2 pun.. kalau dah baca info tentang produk kat atas sekali tu, pasti korang pun rasa produk ini berkesan untuk wanita.. x caya?? tanya pakcik Google sekarangg!! heee.. ok tataaa!

21 September 2013

Awesome Giveaway by Tasha Aqisha

Awesome Giveaway by Tasha Aqisha
Jom Join nakkk.?? ne tau rezeki korang dapat hadiah??? haaaa.. tuah ayam nampak di kaki, tuah harimau nampak pada belangnya.. tuah korang?? sape tau kann.. belum cuba belum tau.. x kan nak tengok je kot? jom lea kita support GA rakan2 blogger kita jom..  kalau x menang x ngape.. tapi kalau menang tu kira bonus lea kan.. ada betuiii?? ha2.. jom join secara berjemaah jomm! #*&^%$@$%#%%%$ (kasi jampi sikit) selamat mencuba yea semua.. heee.. teman pun dh join.. korang nak join? KLIK Banner atas tu yea.. 

ADA BAKAT DALAM BIDANG PENULISAN?

Ada Bakat Dalam Bidang Penulisan? 
 Inilah peluang korang untuk menunjukkan bakat dalam bidang penulisan dengan menghantarkan cerpen karya asli korang kepada editor.media@karangkraf.com untuk dimuatkan di dalam majalah Media Hiburan!

 Syarat-syarat penyertaan;
 1) Panjang cerpen tidak lebih 1500 patah perkataan
2) Karya asli sahaja yang akan diterima
3) Tema cerpen adalah bebas (Tidak menyentuh sensitiviti kaum dan agama)
4) Sertakan butiran lengkap (Nama, No.Kad Pengenalan, Alamat, No. Telefon) bersama penyertaan.
Hantarkan penyertaan korang kepada: editor.media@karangkraf.com
 Cerpen yang disiarkan akan layak menerima novel tajaan Grup Buku Karangkraf. Selamat mencuba!

 tiada tarikh tutup... boleh hantar pada bila2 masa ya!
 Ingat yeaaa!! Hanya CERPEN sahaja.. 
Maklumat Lanjut?? klik sini -->MH

20 September 2013

DJ RADIO KENA TIKAM PENYAMUN

Dj Radio Kena Tikam Penyamun

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superintendan Mat Jusoh Muhammad berkata, dalam kejadian itu seorang suspek yang bersenjata pisau telah memecah masuk kediaman mangsa yang terletak di tingkat satu rumah flat tersebut.


Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers