Nuff

08 April 2013

Take Note.. Sharing is Caring..


haii.. Selamat hari ISNIN yeaa.. he2.. bagi yang bekerja haruslah rasa 'lemau' n lemah2 badan today kan! hee.. xpe2.. ceriakan diri wlupun lemau.. hi3.. kalau x ceriakan diri nanti korang gak dapat kedutan di wajah.. mau x mau? haaaa.. so, be chill okeh.. hemm.. teman ada terbaca sesuatu n rasa nk share dgn korang.. moga2 kita dapat amalkan.. mintak dijauhkan dari gangguan syaitan kan.. ok.. baca ni.. :-

"Antara faktor keluarnya darah istihadhah & keguguran..adalah kerana 
masuk ke bilik air ketika azan berkumandang!!!..
Ketika syaitan & tenteranya berlari2 ke dalam tandas..ketika itulah juga kita menyertai mereka..
masuklah ke dalam tandas sebelum atau selepas azan..

"Mengapa, ketika berwudhuk...mula solat..mula baca AlQuran..ketika itulah, 
anak-anak kecil kita mula bergaduh..menangis..mahu itu & ...ini"
Di situlah syaitan memainkan peranannya mengganggu melalui bisikan..
'Mak tak dapat kacau.. dapat kacau anak pun jadilah..' 
Lalu para ibu sering jadikan anak sebagai alasan untuk tidak dapat beribadah dengan khusyu'...

Maka amalkan membaca doa berikut: 
(doa yang Nabi SAW ajar kepada Hasan & Husin untuk berlindung dari gangguan iblis & syaitan)
Moga kita sentiasa dilindungiNya...

Doa berlindung dari gangguan Iblis & Syaitan

Selain itu teman nak share jugak (bagi kawan2 yg mana lum tahu) .. sama2lah kita mengamalkannya kerana dalam dunia ni kita x tahu sape sukakan kita n sape bencikan kita..kita x bole puaskan hati semua org.. betul x? okeh.. selamat beramal.. just untuk rakan blogger semua..
TIPS PENDIDING DIRI
==================




07 April 2013

"Segmen Bloglist Sebulan dan Hadiah Misteri"


Jom join Segmen Adik Manis from Japan ni.. (opsss.. xtau nak panggil apa lagi.. tp disebabkan dia pakai baju kimono sambil pegang kipas mcm Jepun.. teman panggil lea gelaran 2.. hope cik adik manis x marah yew.. hi3.. Ok lah.. sape2 yg berminat nak disenaraikan dlm bloglist adik Manis ni, silalah klik kat BANNER atas ni yea.. follow arahan tuan tanah n JUJUR dlm mengkelik' wokeyy yenggepaaaa..?? apa lagi? nak tau lebih2 gi klik Banner atas ni cepatt.. teman xleh lama ni.. ada koje nk buat.. ennnnTATAaaaaaaa.... =P

06 April 2013

SEGMEN : BLOGLIST 2013 BELOG CIK KUMBANG


Ini adalah segmen pertama dari Belog Cik Kumbang.Tujuan Cik Kumbang buat segmen ini adalah untuk memudahkan Cik Kumbang blogwalking & terjah update terkini blog korang yang join segmen nie.Segmen nie inspired by Mia Liana & Cik Farah,sebab Cik Kumbang menggunakan konsep copy&paste coding HTML sahaja untuk join.Mudah kan?

KENAPA KORANG PERLU JOIN?

SEMUA blogger yang join segmen nie akan dimasukkan ke dalam Blog Khas,Bloglist Cik Kumbang di [SINI] untuk sepanjang tahun 2013 ini.Best kan :) Dan yang paling best, Cik Kumbang akan pilih sekurang-kurangnya 10 blog untuk direview di facebook page Belog Cik Kumbang dan 5 blog untuk direview di Belog Cik Kumbang dengan menggunakan random.org !!! Menarik tak? JOM JOIN !!!

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1.Follow Belog Cik Kumbang untuk mengetahui update terkini segmen ini.Klik
2.LIKE Fanpage Belog Cik Kumbang.Klik
3.Buat satu entry dengan tajuk Segmen: Bloglist 2013 Belog Cik Kumbang.
4.Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish. Untuk copy sila klik di bahagian coding, kemudian tekan Ctrl+C serentak untuk copy dan akhir sekali paste kan ke ruangan HTML korang.
5. Make sure korang tinggalkan link entri korang tu kat ruangan komen NIE & nyatakan kategori blog korang untuk memudahkan Cik Kumbang letak di Bloglist Cik Kumbang nanti.

TARIKH TAMAT: 20 April 2013.

Bubbly & Associates Giveaway


SYARAT2 PENYERTAAN

1) Follow Blog Farah's Bubblynotes

2) Follow Blog Sponsors:

3) Klik Kesemuanya Di Bawah Ini:


(WAJIB FOLLOW & WAJIB LIKE - AKAN DISEMAK)

4) Dah settle follow mengfollow & main klik-klik... Sila buat satu entri bertajuk:
Bubbly & Associates Giveaway

5) Copy coding HTML di bawah ini dan paste ke HTML post... Contoh..." Kakak +Mia Liana pinjam tutorial... "

Credit pada Kakak +Mia Liana / Mia Liana

6) Lepas dah copy + paste... Publish entri...Siap...

7) TAG SEORANG BLOGGER & PASTIKAN BELIAU TAHU MENGENAI GA INI

8) Tinggalkan link entry anda di ruangan komen entri ini...

Pemenang akan dipilih berdasarkan Random.ORG... (baik doa yang Pakcik Random sayang uols... ) dan bagi senarai hadiah sila tekan SINI dan SINI

TEMAN TAG :
Gadis Bunga (blog dia cumey gilerrr.. byk bungaa)

05 April 2013

SAYA MAHU REVIEW BLOG KORANG



Syarat-syarat : 
Follow blog  Leods  dan paste link blog Leods  dalam entry ini....

tak perlu buat entry. Cuma tampal banner tu dalam entry korang. Senangkan.

Tarikh tutup 15 April 2013

Semua peserta akan direview blognya...

- Happy blogging -

Birthday Giveaway Nur Alja




Kelebihan join Giveaway ni :-
  • Dapat meningkatkan Trafik Blog 
  • Dapat berkenalan dengan Blogger-2 yang Lain 
  • Dapat meningkatkan Followers
  • Kalau ada Rezeki kita , Kita Dapat Hadiah !!
  • Dapat penuh Entry di Blog Jika idea takde . hehehe
Hadiah-Hadiahnya.. Fuhhhhhh! Xmo cakap lea.. KLIK jea bawah ni klu nk tau...
Syarat2nya mudah ajew.. klik2 n LIKE ajo.. jgn lupa ikut setiap arahan nti takut terbatal lak penyertaan 2... heh3.. tarikh totop tengok jea kat banner 2.. sudah terang lg bersuluh.. lg mau tanya ka? heee.. ok.. kalau dh bersedia nak join GA ni.. jommmm klik kat Banner kat atas ni.. Jom!!

~7 WAKTU TAK DIGALAKKAN MINUM AIR~

Tahukah anda, terdapat 7 waktu yang kita tak digalakkan untuk minum air. Jika boleh, anda cubalah elakkan. Tapi, kenapa pulak agaknya anda tak digalakkan minum pada waktu-waktu tersebut? Tak lain dan tak bukan adalah bagi memelihara tubuh badan anda agar sentiasa berada pada tahap terbaik. 

7 waktu yang saya maksudkan tu adalah:

1. Sebaik saja bangun tidur.
Tapi anda memang digalakkan minum dulu air kosong sebelum bersarapan.
2. Selepas keluar dari bilik mandi atau tandas.
3. Selepas memakan buah-buahan.
4. Selepas bersenam, beriadah ataupun melakukan kerja-kerja berat. Kalau nak minum gak, tunggulah selepas beberapa ketika.
Ataupun rehat sekejap, lepas tu barulah minum (saya paham sangat keadaan anda masa nie).
5. Sewaktu tengah makan.
Senang kata, cuba elakkan makan berulam air. Mengikut kata orang, tabiat inilah yang mengakibatkan 
perut buncit.
6. Sebelum atau sesudah makan.
Tapi anda boleh minum baik dalam jangka waktu 30 minit sebelum makan ataupun 30 minit selepas makan.
7. Selepas melakukan persetubuhan dengan pasangan.
Mudah-mudahan anda boleh mengikuti petua di atas. Mula-mula mungkin susah sikit kot. Tapi, lama-kelamaan ia pasti akan sebati dengan diri anda.
Sebagai permulaan, cuba anda amalkan selama 21 hari berturut-turut dulu. Lepas 21 hari, saya yakin anda pasti rasa lebih mudah untuk mengikutinya.
Selamat Mencuba! 



sumber petuasejagat

03 April 2013

TUKAR HEADER BARU.. HE3..


Ni header lama.. (lama x lama lea.. baru tahun ni punya header.. x buang pun, sebab nanti nak guna balik ner tau kan.. heee... sayang wooo... 

dan yang ini..... Tadaaaaa...

v
v
v
v

Header baru teman.. hi3.. teman suka katon ni, grafik dia pun cantik.. Masa tengok citer katon ni dgn hubby tersayang, terus terpikat lak nak jadikan header.. mmg suka sgt katon ni.. Hope korang pun suka jugak yeakk.. opss.. xleh citer byk2.. hari ni Wordless Wednesday kann.. tata.. titi.. tutu...

Haipp.. komen sikit wajah baru... he3.. tapi.. ada yg teman x puashati lg ni.. background nak kaler oren x dpt2 lg.. huuu.. kalau kawan2 ada background OREN yg cantik n tak sakitkan mata silalah share dgn teman yea.. NAK SANGAT2 tauuu.. sebab teman mmg suka OREN.. =)

AWAT SUSAH BEBENO.... TOLONGGGG...


hemmm.. nampak x muka katon kat atas  ni mcm mana? mcm ni lea muka teman skrg ni.. teman buntu.. sakek kepala mikirkan camne nak tuko background blog teman ni.. header udah tuko.. sekali x ngam plak dgn background ni.. udah berkali2 teman cuba tuko tapi x bole nape ehh.. bole teman2 blogger HELP me? hu2.. udah x ketahuan dah teman disini.. rasa frust, bengkek, semua ada.. awat lea payah bebeno.. teman xtau kat mana setting yg patut diubah untuk tukar background ni.. hope sape2 leh bantu yea.. nak sangat2 bantuan n nasihat serta pendapat dari korang semua.. tq.. =) syayang kume semua.. 

02 April 2013

BAHAYA MINUM AIS

BAHAYA MINUM AIS 
[Kesan Minum AIS]

Baca dan terus sebarkan kepada teman dan kenalan anda. Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas. Artikel ini berguna untuk semua. Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!. Kita tidak akan kehilangan apa apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini. Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. 

Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKITJalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Baca ini.. Ia juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa korang!!!!
Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda. Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung.

Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur. Marilah kita berwaspada dan berhati-hati..

01 April 2013

MAKANAN UNTUK MATA SIHAT

Alohaaa! selamat pagi semua rakan blogger!! he2.. hari ni mood teman nak share tentang Makanan Untuk Mata lah.. saja buat entri ni untuk simpan dalam blog teman.. kalau ada masa or terlupa ke apa leh rujuk balik kat sini kan.. he2.. untung jugak ber blog ni yea.. udah macam diari jea senang nak semak balik.. Okeh lah.. jom sama2 baca info ni.. mungkin berguna gak untuk korang kan.. sape tak sayang mata kannn..!

Mata merupakan organ tubuh yang penting dan bernilai bagi setiap insan. Oleh itu, jagalah mata sebaiknya. Berikut adalah beberapa fakta pemakanan khas untuk mata sebagai hadiah daripada ibu bapa untuk anak tersayang.
Penjagaan mata sangat penting terutamanya pada peringkat awal perkembangan deria penglihatan. Atas alasan inilah ibu bapa perlu memainkan peranan dan bertanggung jawab untuk memastikan mata anak dijaga sebaiknya. Penjagaan mata bermula dengan makanan untuknya. Sajikan hanya yang terbaik untuk anak anda.
Vitamin-vitamin yang diperlukan oleh mata
Protein
Protein adalah bahan asas yang diperlukan untuk nutrisi, perkembangan dan proses baik pulih tubuh. Protein juga berperanan besar terhadap metabolisme serta pemprosesan bahan kimia dan enzim yang berlaku dalam badan.  
Kalsium
Makanan yang kaya kalsium juga baik untuk mata kerana kalsium berfungsi untuk menghapuskan ketegangan ocular. Kekacang dan produk soya, hasil tenusu, ikan, udang, sotong, walnut, cendawan dan biji teratai adalah antara makanan yang kaya kalsium.
Vitamin A
Vitamin A bagus untuk menangani pelbagai jenis masalah mata termasuklah masalah penglihatan kurang jelas ketika waktu gelap ataupun suram. Makanan yang kaya dengan vitamin A ialah minyak ikan, lobak merah, telur, keju, mentega, susu, sayur-sayuran hijau dan oren.
Vitamin B
Vitamin B kompleks diperlukan untuk memastikan mata terus sihat. Kekurangan vitamin B2 boleh menyebabkan mata berwarna merah, rasa panas, masalah katarak dan sensitif terhadap cahaya yang terang. Makanan yang boleh diambil ialah seperti bijirin, gandum dan ekstrak yis.
Vitamin C
Vitamin C dipercayai mampu mengelakkan mata daripada katarak dan glaukoma. Didapati mata yang sihat mengandungi vitamin C yang banyak. Antara makanan yang kaya vitamin C ialah buah-buahan sitrus, tomato, sayuran berdaun hijau dan kentang.
Vitamin E
Vitamin ini diperlukan untuk menghalang katarak. Ia membantu menyihatkan salur darah dan retina. Sumbernya ialah minyak sayur-sayuran, roti gandum, bijirin, dan sayur-sayuran hijau.
Zink
Zink diperlukan bagi membolehkan retina berfungsi dengan baik. Zink juga diperlukan bagi mengeluarkan vitamin A dari hati untuk digunakan oleh mata. Makanan yang kaya dengan zink ialah daging merah, kekacang, sardin, hati, dan kerang-kerangan.
Tanda-tanda mata kekurangan nutrisi:
  • Sukar menyesuaikan mata dengan perubahan cahaya terutamanya pada waktu malam.
  • Mata rasa kering, gatal, panas dan berwarna merah.
  • Bermasalah untuk memfokus.
  • Sukar untuk memberikan tumpuan terhadap sesuatu objek.
Kesimpulannya, kanak-kanak yang mempunyai masalah seperti yang tercatat di atas, perlulah segera dibawa berjumpa pakar untuk menjalani pemeriksaan mata.
Makanan khas untuk mata:
  • Ikan
  • Hati
  • Labu
  • Lobak merah
  • Bayam
  • Brokoli
  • Tomato
  • Telur
  • Kekacang
  • Air yang banyak
  • Bijirin
Info penting
  1. ‘Xerophthalmia’ ialah masalah penglihatan yang disebabkan oleh kekurangan vitamin A dan boleh dielakkan dengan memakan sayur-sayuran segar, lemak dan protein.
  2. Dua jenis antioksida yang dikenali sebagai ‘carotenoids’ yang dipanggil ‘Lutein’ dan ‘Zeaxanthin’ mampu menyihatkan mata. ‘Lutein’ ada dalam mangga, ‘bilberries’, dan sayuran berdaun hijau. ‘Zeaxanthin’ pula ada dalam brokoli, jagung, salad (kecuali ‘iceberg’), oren, dan telur.
  3. Memasak sayur-sayuran dengan sedikit minyak dalam tempoh yang singkat membantu tubuh menghasilkan Retinol. Retinol ialah vitamin yang penting untuk perkembangan penglihatan dan tulang.
  4. Untuk mata yang sihat, hadkan pengambilan gula, minuman berkarbonat, makanan bergoreng, roti putih, kek, dan coklat.

nuffy2

adseng

Innity Mobile

GA New