Nity

Nuff

06 September 2013

NISA KAY OH NISA KAY...



Opsss.. Contest ni dah tamat.. saja teman letak banner atas ni kat sini, 
sebab entri ni merujuk kepada banner ni.. muahuhuhu..
 beso sangatlea isu nya yea..sampai buat entri..
 ekceli ini entri org xde idea yang beno nyaa.. hik3
huk3.. awat lea Nisa Kay tak umum2 kan lagi keputusan pemenang GA ni.. janji 21hb Julai2013.. tapi idak jugak umum2nya.. hu3.. tau  lea x semestinya teman yang menang tapi nak jugok tau sape yang bertuah menang tu.. aishh.. x nyabo2 yewww.. eleh.. sape yang join GA Nisa tu pun gerenti berfikiran yang sama dengan teman betul x? timbul atas kepala SIMBOL TANDA SOAL ni..Tengok gambo bawah ni...ha2.. byk tul tanda soal kan heeeee..banyak n bewarna warni lak tu.. tu mewakili blogger2 yg join contest Nisa Kay.. hik3.. yolah! tiba2 lak nak libatkan blogger lain yg penyabo tu yea.. 
betul x?? atas kepala korang ada simbol ni?? hehehehe.
 (utk blogger2 yg join contest Nisa Kay)
hihihi.. ekceli bukan lea terlampau taksub sangat nak hadiah,
 tapi saja gatai tangan taip entri ni.. hu3.. untung2 Nisa Kay baca..
 kalau x baca pun nak wat lagu mana kann.. meh3.. 
tapi kalau ditakdirkan menang salah satu hadiah GA Nisa tu, sape tak happy kan.. heee.. kalau hadiah dok dalam bloglist Nisa memang beribu2 lemon happy sangat .. (sapa xmo kannn..) hu3.. syok n giler2 hepi macam budak dalam gambo kat atas ni... heeee... 
buat Nisa, kalau terbaca entri ni.. jangan marah yea.. teman just gurau2 aje.. sebab hari2 gi blog Nisa intai2 keputusan pemenang GA tu.. tapi x muncul2 gak.. maybe Nisa BZ sikit sekarang kan.. he2.. xpe.. teman paham.. (paham, tapi masih buat entri ni yeaa.. ha2.. apo lah teman ni..)

bagi blogger lain yang belum mengenali siapa Nisa Kay.. jom singgah belog beliau.. 

COLOURFUL FOOD PHOTO CONTEST

Transitions Colourful Food Photo Contest


Tadaaaaa!! Sape kat sini yang giler amik gambo makanan??? ha2.. ada Berita baik buat korang yang suka snap GAMBO MAKANAN dan share gambar tu kat facebook, korang kini berpeluang untuk menyertai Transitions Colourful Food Phote Contest yang dianjurkan oleh Transitions Optical (S) Pte Ltd. ni.. dah alang2 snap gambo tu, apakata join jea gterus.. mana tau rezeki dapat hadiah.. ha2.. 

Oh ya, Hadiah yang bakal dimenangi adalah berupa vaucer makanan berjumlah RM200.00 manakala untuk HADIAH UTAMA pula bernilai RM800.00.
Bagi yang berminat untuk turut serta, anda boleh ke link berikut :  


 * Kalau dah join, jangan lupa minta kawan-kawan korang untuk vote gambar makanan korang. Pemenang akan dipilih berdasarkan undian yang paling banyak.

opsss.. lupa lak.. Cara2 nak join contest...
Register your Detail--->Upload Your Image--->Share n Win... 
senanng kan!

DOA RASULLULLAH (S.W.A) DI PAGI HARI

Selamat pagi semua.. salam Jumaat buat semua rakan blogger yang cantik manis ensem bergaya dan kaya raya (x kira kaya dari segi apa pun.. yang penting semua orang ada kekayaan masing2.. kaya senyuman, kaya bersedekah, kaya kecantikan, kaya blogger yang popular, kaya memori, kaya semua lahhh.. ha2..) apa teman merapek ni?? ha2.. orait lah.. saja nak update entri.. tp masa agak terhad nak taip citer panjang2.. tadi ternampak doa ni kat wall fb kakak ipar, terus save n publish kat sini.. untuk sama2 kita kongsikan di pagi hari ni yea.. orraitt.. itu jea nak ngomel.. petang2 sikit teman nak blogwalking lak mana2 blogger yang dah komen sini.. sorry yea lambat kunjungbalas.. teman ada jea menda nak buat.. hope jgn amik ati yea..

JOM MAIN KLIK-KLIK VERSI 2

05 September 2013

GLOWSHAPE

-- IKLAN --
(untuk info teman sendiri kot satu hari berminat nak cari ni.. kikikiki..)
GLOWSHAPE
Only 14 day for you to see the improvement result!

 GLOWSHAPE kini di SPA -SPA TERKEMUKA !! Losyen Kecantikkan anda yang bertindak sebagai rawatan yang boleh digunakan untuk Urutan Seluruh Badan. Kulit turut terawat lebih sihat dan muda - Mengurangkan Selulit - Membakar lemak, Membentuk Wajah, Merawat Jerawat dan Melangsingkan badan. Sesuai juga untuk Kembung Perut dan Sakit Belakang. Sesuai untuk wanita lepas bersalin dan kegunaan Seisi keluarga. GLOWSHAPE memang berbaloi !!

# Turut digunakan di SPA-SPA terkemuka !!

# Dapatkan RAWATAN anda hari ini di dalam 1 botol.

G L O W S H A P E pelbagai fungsi, 14 hari untuk :
Memberi berat ideal | Melangsing | Menganjal | Membentuk muka dan badan | Kulit lebih Cerah Gebu | Perlindungan UV SPF25 | Merawat & Memulihkan Kulit.
untuk kulit berjerawat bole takkk?? hehehehehehe... 
Mengandungi Pure Cells, Kolagen dan haruman yang menyegarkan yang tahan lama dari Perancis. 100% Berkesan, 100% Tanpa Kesan Sampingan. 100% Lulus KKM (NOT130600326K)

he2.. actually teman terpaut gak dengan produk ni bila tengok blogger AJ semakin lawo sekarang ni bila dia dah mencuba Glowshape ni.. he2.. tengoklea iklan atas ni.. haaa.. banyak kegunaannya lak tu.. boleh tahannn.. all in one.. he2.. Oh ya.. kalau korang pun berminat, boleh lea contact blogger AJ
atau inbox/whatsapp terus owner dia kot.. kat no bawah ni..
Order/pertanyaan
Inbox/whatssup/sms 0123436762

04 September 2013

TEMAN TERMIMPI BLOGGER AYUJEAN.BLOGSPOT A.K.A AJ

Gara2 tengok satu video di Facebook semalam... iaitu review Testimoni pengguna produk dari 
Secret Beauty Malaysia Glow Shape KLIK SINI  ....

Teman sampai termimpi2 pulak wajah seorang rakan blogger teman tu, iaitu Ayue-Jer Rejaluddin atau dikenali sebagai AJ .. actually teman tak pernah lagi lah bersua muka secara live dengan AJ   cuma bersembang2 dekat FB dan Blog aje.. AJ  ni peramah n tak sombong orangnya.. macam rakan2 blogger lain gak lah.. korang memang tak sombong.. terbaekklah.. nak sebut nama memang ramai.. tapi rasa2nya korang tau kan teman maksudkan korang.. sape lagi.. yang rajin singgah n komen kat blog teman ni la kan.. heeee.. thanx buat korang semua.. =) .. 

opsss.. berbalik kepada citer mimpi tadi.. alkisahnya teman tido malam tadi udah basuh kaki, udah baca doa.. tapi tup2 masih bermimpi jugak .. hee.. tapi bukan mimpi ngeri.. mimpi jumpa kenalan blogger rupanya.. heh3.. bole pulak termimpikan AJ  malam tadi.. masa tu AJ  bersama sorang kawan perempuannya tapi teman x kenal sape.. mungkin org yang sama dalam video review Testimoni produk Glow Shape  tu kot.. yang pakai tudung tu.. ha2.. teman x ingat sangat muka dia, tapi muka AJ  sah2 lea teman ingat.. 

hu2.. disebabkan x pernah jumpa AJ  lagi sebelum ni.. so, dalam mimpi tu ibarat macam teman dan AJ  terserempak.. dan teman tergur AJ   "ni AJ  yea??" pastu teman cubit pipi dia..(aishh.. buruk perangai betui teman kan.. baru jumpa dah letak tangan kat muka orang.. apa daaaa.. ) pastu paling teman nak tergelak.. teman rasa teman ni rendah giler dari AJ  . dan teman cakap "eh, tinggi rupanya AJ  ni yea.." ho2.. entahlea.. realitinya teman xtau lea ketinggian AJ  paras mana dengan teman.. hihihi.. apa2 pun mimpi tu x lama.. kejap jea.. pastu awan mimpi meletop dengan deringan bunyi alarm henfon.. tengtigntongtingtongting..  terus teman terjaga.. heeee.. pastu kepala blur2.. terfikir awat aku mimpi AJ  ? hahahaha.. lama2 fikir baru teringat, sebelum tido teman ada tengok video produk  Glow Shape yang AJ  jadi testimoninya.. aisshh.. sampai terbawak2 dalam mimpi apekehe' nyaaa? ke terpesona dengan review produk tu? hu3.. macam berminat jea rasanya.. heee.. 
disebabkan dalam video yang teman tengok tu AJ  pakai baju jeans n rambut macam ni.. 
masa dalam mimpi tu macam ni jugaklah rupa AJ .. hu3.. pandai yea setting mimpi.. meh3..
 
dalam mimpi tu AJ  memang berpewatakan ceria n tak sombong.. memang itulah AJ ..
(selalu tengok KEEK AJ  yang bukan jenis control ayu punya budak.. heee.. nice! i like! )
 
errr.. agaknya yang sorg lagi bersama AJ dalam mimpi tu.. awek ni kot.. 
he2.. teman x berapa nak cam..

Segmen: My Best Entry Bubblynotes.Com

Segmen: My Best Entry Bubblynotes.Com bermula dari hari ini, 2/9/2013, jam 5.00 petang SEHINGGA 9/9/2013, jam 5.00 petang... Semua blogger tak kira yang baru atau lama, femes atau tak, retis atau tak dijemput untuk memeriahkan segmen ni... Tujuan? Nak rapatkan lagi silaturahim sesama kita, follow memfollow dan juga review entri2 terbaik dari blogger2 yang menyertai segmen ini yang dipilih oleh Pakcik Random.Org...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com 
2. Buat entri bertajuk Segmen: My Best Entry Bubblynotes.Com
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah ini, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak. 

 Kemudian pastekan ke ruang HTML seperti di bawah:

4. Tinggalkan URL entry uols ke dalam ruangan komen entri ini.

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org) 
2. Pemenang akan diumumkan pada 10/9/2013.
3. Para pemenang akan diminta untuk memberikan link satu entri terbaik mereka untuk direview oleh Cik Puan Bubbly dalam tempoh 3 hari dari tarikh pengumuman pemenang. If not... Pakcik Random akan roll the dice once again... ^_^ 

Segmen Khas Sempena Ulang Tahun Kelahiran Mama'D

Segmen Khas Sempena Ulang Tahun Kelahiran Mama'D pada 06/September/2013
dianjurkan oleh www.nazlee.com

Assalamualaikum dan salam sejahtera ..

Terdapat 3 kategori untuk membolehkan anda join segmen ini, sebelum itu baca syarat-syaratnya terlebih dahulu ;

Syarat-syarat penyertaan
Terbuka kepada semua blogger
Like Page P.C.L
Join dalam tempoh masa yang ditetapkan ( 01 ~ 06 September 2013 11:59 malam)
Kategori 1
Para peserta tidak perlu buat entri cuma dikehendaki  mendedikasikan ucapan kreatif ~ terus ke Wall Facebook Nordiana Mohd Saad [klik sini].
*Hanya pada tarikh 06 September 2013 / 12am-12pm SAHAJA.
*Sila nyataka url blog anda selepas ucapan.

#Hadiah : Review Blog/Page (6 pemenang akan dipilih oleh mamaD sendiri ~ kreativiti ayat diutamakan)

Kategori 2
Peserta  memberikan cadangan satu hadiah yang munasabah dari PCL kepada mamaD, taipkan ke dalam kotak komen entri ini ~ contoh ;
Saya cadangkan Pcl hadiahkan mamaD sepasang Jubah Hajaba...supaya mamaD sentiasa nampak ayu di pandangan mata pcl.


#Hadiah : Promosi header/banner anda selama 6 hari di ruangan bawah header blog penganjur . (6 blog akan dipilih oleh Penganjur)


Kategori 3
Boleh buat entri dengan tajuk "Segmen Khas Sempena Ulang Tahun Kelahiran Mama'D", hanya salin kod html dalam entri segmen penganjur  (klik banner) ; sila letakkan url entri penyertaan anda di ruangan komen segmen ini.

#Hadiah : Review enam   1 entri dalam blog anda yang terpilih.(6 + 6 blog akan dipilih oleh Penganjur)


Didahului dengan ucapan Terima Kasih.


~pcl

Di bawah ni adalah code HTML yang dimaksudkan, hanya perlu  >>  klik [New Post] kemudian [HTML] dan masukkan kod tersebut di dalam post entri anda.

RON95 dan Diesel naik 20 Sen September 3rd 2013



RON95 dan Diesel naik 20 Sen start September 3rd 2013

berikut berita yang teman baca dekat sebuah akhbar on9 kelmarin.. orang ramai udah kecoh2 bila isu ni jadi lagi (minyak naik x turun2!) teman?? nak bising apo.. kalau dah naik kita bukan bole buat apa.. terpaksa lea redha n terpaksarela gak menerima keadaan.. kalau tak, nak tak nak petrol tu keperluan kenderaan kita, camne nak guna transport kalau takde minyak..sabo jelah.. nak marah2 pun tak dapat apa.. jom baca jap..
The move is aimed at reducing fiscal deficit and will save RM1.1bil per year for the Government, said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.Price for RON95 petrol and diesel will be raised by 20 sen per liter effective 12.01am on Sept 3. He said the government would increase the Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) payments to help alleviate the rakyat’s burden. 
However, he declined to reveal how much the increased BR1M payments would be, saying he would announce it during the 2015 Budget. 
Hemmm.. kalau camtu teman pun nak ikut brother dalam gambo bawah ni lah, isi tank dengan minyak masak.. wakakaka... errrr.. boleh keee.. ha3.. gambo labun je tuuu.. jangan dok percaya sgt okeh! ha2..
kalau isi tank guna minyak masak untung ke rugi? hihihi...

KREATIF ATAU SENI

tempat letak Alatulis

kreatif kan..

 
seni niii.. sape yang berseni bolelea wat camni.. heee...

minda kreatif..

sweetnyeeeeee...

macam apple

hasil kerja tangan jea ni dah menghasilkan sesuatu yg cantik

woww.. keratif memang kreatiff..

ha2.. yang ni budak2 pun leh buat..

02 September 2013

BUKAN SENANG NAK JADI SENANG

Arghh.. Stress jugak bila orang yang memandang kita anggap kehidupan kita ni kurang hebat dari diorang.. walhal diorang sendiri lupa yang diorang jugak pernah merasa susah di awal mula hidup.. betul x? ha2.. Ekceli, yang tahu susah atau senangnya satu2 kehidupan tu adalah tuan punya diri sendiri, betul x? kalau kita nampak diorang mcm hidup susah.. namun kita tak tahu yang sebenarnya diorang happy sekeluarga walau hidup tak sesenang mana.. kalau kita nampak diorang miskin harta benda, namun kita tak nampak yang diorang sebenarnya kaya dari segi kasih sayang.. sebenarnya pandangan n perspektif orang lain2.. so, bagi yang bahagia dengan cara korang, teruskan jea..jangan dengar cakap orang lain.. yang penting korang bahagia.. betul tak.. rezeki semua Allah yang tentukan.. kalau usaha InsyaAllah berjaya.. Aminn!
kita yang pilih arah hidup kita, kita lah yang tentukan.. 
nape orang lain nak sebok2.. betul tak? hu2

Saja Nak kongsi kata2 kat bawah ni.. terjumpa kat FB hari tu.. he2.. jom baca!

 Orang Tua-Tua Kata, 5 Tahun Perkahwinan (Fasa 1) 
Sentiasa Di Uji Dengan Kesempitan & Kekurangan Harta
 (Ada Je Yang Tak Cukup, Kena Banyak Belajar Sabar)

Masuk 10 Tahun Perkahwinan (Fasa Ke-2) 
Allah Dah Mula Buka 1001 Pintu Rezeki Ke Arah Stabiliti. 

Masuk 15 Tahun Perkahwinan (Fasa Ke-3) 
Kehidupan Lebih Simple Tetapi Stabil Dari Segala Sudut. 

Mudah-Mudahan Allah Memberi Kemudahan & 
Kekuatan Dalam Menjalani Kehidupan 
Bersama Anak-Anak & Suami/ Isteri Tercinta Sehingga Syurga.. 
Ameen

Yup.. I agree.  Korang lak camne? Lepas kawen terus stabil ke ekonomi? 

*teringat kepada kata2 seseorang ke telinga teman dulu.. "ingat yea.. jangan hidup susah" ... mula2 teman x paham apa maksud kata2 tu, lama2 baru teman faham.. kita xtau akan datang hidup kita macam mana.. namun kalau kita tahu bagaimana handle hidup kita insyaAllah kita xkan hidup susah.. yg penting usaha perlu ada.. dan.. yang paling penting.. DOA dan KETAATAN kepada Allah juga tidak dilupakan.. 

baca apa kata Irfan Khairi ni haaa...
he2.. kalau cukup usaha dan tawakal kepada Allah s.w.t insyaAllah akan berjaya.. 
heee... gambo tu iklan aje yea.. tido dalam duit.. aishh... idak lea rupa tu kan ...

01 September 2013

CARA YANG BETUL MENGHILANGKAN SAKIT KEPALA


info untuk bacaan sendiri 
Apabila anda sakit kepala atau mygrain, perkara pertama yang anda akan cari adalah panadol & minyak angin (minyak cap kapak paling famous!). Kemudian anda akan sapukan pada dahi, tepi dahi, dalam rambut, hidung, kening, Argghhhh!! Mandi minyak kapak teruslah!! Senang!Ya, ketika itu sakit kepala berdenyut memang tak dapat nak control. Mula rasa moody & nak muntah bila pening, mata mesti mahu dilelapkan bagi mengawal denyutan kepala. Terasa rimas! 

Jadi, apa sebenarnya yang berlaku? Tahukah anda bahawa 99% urutan pada otot tepi leher dimana dipanggil otot Sternocleidomastoid mampu mengurangkan gejala tersebut? Kenapa perlu sapu minyak angin pada kepala? Kenapa tak sapu & urut pada otot tersebut? 

Sakit kepala dan sumber biasa diabaikan mereka boleh menghasilkan Myofascial Trigger Points. Simpulan otot ini yang menyebabkan sakit kepala biasanya terletak di leher dan bahagian atas belakang, tetapi boleh menjadi hasil daripada titik punca di bahagian-bahagian hujung kaki yang menyebabkan kaki lenguh.

Titik punca / trigger points merupakan tumpuan 'hyper-irritable' dalam otot atau fascia yang menyebabkan fiber otot tegang dan sakit. Trigger points tersebut tidak mengikuti corak dermatome biasa.
Trigger points menyebabkan otot menjadi lebih pendek, tegang & ketat. Ini menghadkan fungsi dan pergerakan otot yang menyebabkan kelemahan, pengurangkan peredaran darah dan kesakitan. Apabila cedera, kebanyakan tisu sembuh, tetapi otot belajar untuk mengelakkan kesakitan. Memori otot ini boleh menghasilkan sakit yang tidak dijangka selepas kecederaan telah berlaku, terutamanya pada masa tekanan fizikal dan emosi.

Trigger Point adalah gambaran Myofascial Trigger Points Therapy dimana cara terapi dan teknik yang digunakan untuk melegakan myofascial (myo = otot; fascial = tisu penghubung) kesakitan dan tidak berfungsi. Ianya terhasil dari kerjaya perubatan sepanjang hayat Dr. Janet travell dan David Simons. Myofascial Trigger Point diiktiraf oleh American Academy of Pain Management sebagai modul untuk rawatan sakit myofascial dan kegagalan ia berfungsi.

Kebarangkalian kejayaan dalam merawat sakit kepala Migrain akibat Myofascial Trigger Pointss (TrP) dengan tanpa aura adalah tinggi.


Trigger point therapy adalah untuk sakit kepala peringkat pertengahan kepada peringkat. Sebagai contoh, sakit kepala belakang mata boleh datang dari sudut trigger point myofascial aktif dalam spenius atas cervicis otot yang terletak di bahagian belakang leher anda. Kesakitan daripada otot ini dijangka meningkat kepada bahagian occipt, dijana melalui tengkorak, dan berpindah ke belakang orbit (mata) - ianya dinamakan "sakit di dalam tengkorak" Kadang-kadang sakit splenius cervics dirujuk ke bawah pada tulang rangka bahu dan sudut leher.Fungsi 'splenii' ini bekerjasama untuk memutarkan kepala dan leher individu, menjadikan muka ke arah sebelah yang sama. Gejala sakit kepala dan sakit leher ataupun kabur penglihatan boleh berlaku disebabkan oleh trigger point yang aktif dalam cervicis spenius dan otot capitis splenius.

Pengaktifan dan pengekalan trigger point dalam otot ini sering disebabkan oleh mengangkat beban berat tiba-tiba, kedudukan posture badan yang bengkok dalam jangka masa yang lama. 
Satu lagi penyebab biasa sakit kepala yang teruk adalah trigger point dalam otot sternokleidomastoid atau simpulan di dalam otot di hadapan sebelah leher. Terdapat dua bahagian yang sternal dan berhubung dgn tulang selangka.Trigger points di setiap bahagian boleh menimbulkan rasa sakit.

Kesakitan ini dapat dirasai di atas mata (migrain optik), di dalam telinga, pipi, tekak, belakang dan atas kepala.Myofascial Trigger Points boleh membantu menyelesaikan gejala sakit kepala dan mygrain.
Apabila trigger point dikenalpasti, tekanan/urutan perlahan digunakan. Pada mulanya, trigger point yang berkenaan sangat lembut, tetapi kesakitan beransur-ansur berkurangan kerana otot bermula untuk berehat. Rasa sakit yang dirawat akan berkurangan perlahan-lahan. Proses pengurutan pada trigger point dan regangan pada otot mampu mengurangkan kesakitan dan mengembalikan fungsi normal.
Sumber info ::: Diane Sera, Cert. Sport Massage (UKM)

GA New

Innity Mobile

nuffy2

BV2019 - 2

nity 2