Nity

Nuff

16 Oktober 2019

NAK NAMPAK BERSERI TANPA MAKEUP? JOM AMALKAN INI


NAK NAMPAK BERSERI TANPA MAKEUP?
JOM AMALKAN INI 


Kadang-kadang kita nampak orang tanpa secalit makeup pun cantik berseri. Cantik susah nak gambar dengan kata-kata. Macam berseri dari dalam. Bagi TB pula TB suka tengok wanita yang cantik yang tanpa secalit makeup pun, tanpa lipstik, tanpa pemerah pipi, kecantikan yang semulajadi.. tanpa contact lens berwarna.. tanpa bulu mata palsu.. itulah kecantikan yang sebenar bagi seorang wanita.. 

Tapi zaman sekarang ni.. susah nak jumpa kecantikan yang semulajadi kan.. Kalau ada pun.. di edit guna aplikasi untuk menampakkan cantik..  haha.. TB pun dulu lagi teringin nak cantik juga.. cantik tanpa makeup.. tanpa perlu bedak.. Tapi alahai.. disebabkan kulit TB jenis problem prsoriasis.. kadang ada masa dia akan datang kulit bermasalah tu, tak dapat la nak natural beauty macam yang diinginkan.. huhu.. 

Tapi still gak la nak nampak cantik kalau boleh.. jangan la comot sangat pulak nak berdepan dengan orang ramai kan.. walau jenuh bercover.. terpaksa.. kena juga la ikutkan.. huhu.. tapi idak la makeup setebal 10 inci.. contact lens color biru bagai.. hahaha.. dah lari dari asal dah.. Tapi lawa jugak bermata biru kan?? kih3 adoi.. bila teringat lens berwarna ni teringat pulak kat sepupu lelaki yang memerli kata TB Fake.. aishhh.. sib baik la sepupu rapat.. kalau tak.. memang ku pulau dia.. hahahah

Oh ya.. motip entri kali ni sebenarnya nak share something yang boleh diamalkan sama-sama.. Jomm... try.. hehehe.. memandangkan TB pun memang dah hafal surah Al-Waqiah ni.. Tu yang rajin nak try..

Selain produk kecantikan, kita boleh amalkan ini sebagai amalan harian untuk kulit cantik berseri dari dalam. TB ada terbaca satu amalan atau petua yang diajar oleh Dato’ Dr. Fatma El-Zahra untuk awet muda, menawan dan berseri. Nak Kulit Cantik Seperti Saidatina Aisyah r.a amalkan tips ini dari Dato’ Dr. Fatma El-Zahra.

Cara 1:
Dilakukan selepas solat Isyak:
* ambil air segelas
* baca Al-Fatihah sekali
* Ayatul Qursi sekali
* Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & untuk kebahagiaan rumahtangga. .



Cara 2:
Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut:
* Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
* Baca ” Ya Nur ” 1x
* Baca ” Ya Hadi ” 1 x
* Baca ” Ya Allah ” 3x

Baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita. Lakukan setiap hari. .



Cara 3:
Amalkan membaca ayat2 seperti berikut ;
* Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.
* Selepas baca ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.
* Kaedah ini diamalkan supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan dalam. ⠀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Kita boleh amalkan ke semua cara-cara di bawah atau pun boleh amalkan 1 cara sahaja, asalkan kita istiqamah mengamalkannya. .


IKAN MASIN LEMAK CILI API TERUNG



IKAN MASIN LEMAK CILI API TERUNG


BAHAN-BAHAN :
1 paket Ikan masin kurau
2 biji terung (dipotong 12)
3 ulas bawang merah
7 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
1 keping asam keping
1 kg santan
Air
Garam

CARA MASAK :
1.Tumbuk cili padi , bawang merah dan kunyit hidup.
2.Masukkan semua bahan ke dalam satu periuk , tambahkan air mengikut citarasa dan masak hingga mendidih.
3.Tambahkan garam secukup rasa dan siap untuk dihidangkan.












15 Oktober 2019

AYAM KAM HEONG



AYAM KAM HEONG


BAHAN-BAHAN :
✔1 ekor ayam (potong 18)
✔2 labu bwang besar (sbiji didadu & sbiji lg potong kasar)
✔4 ulas bwang putih (ketuk)
✔6 cili merah (belah 2)
✔7 cili kmpung (belah 2)
✔20 helai daun kari
✔2 sudu besar sos cili
✔2 sudu besar sos tomato
✔2 sudu besar sos tiram
✔2 sudu besar kicap lemak manis
✔4 sudu besar rempah kari daging
✔Minyak masak.
✔Garam
✔Serbuk kunyit
✔Serbuk lada hitam

CARA PENYEDIAAN :
● Gaulkan ayam dgn serbuk kunyit,garam dan lada hitam
● Goreng ayam hingga masak,Asingkan
● Rempah kari di bancuh dengan sedikit air
● Panaskan minyak tumis bawang besar bawang putih hingga wangi
● Masukkan bancuhan rempah kari dan daun kari
● Masukkan sos dan kicap kacau sebati hungga agak pekat
● Masukkan ayam goreng serta hirisan cili












DAGING MASAK SAMBAL




DAGING MASAK SAMBAL


✔First skali gaul daging dengan garam dan kunyit


BAHAN KISAR HALUS :
◐3 biji bawang merah
◐5 ulas bawang putih
◐1 inch halia
◐1 batang serai


BAHAN TUMBUK KASAR :
◐1 biji cili masak
◐10 biji cili api (merah hijau campur)


BAHAN TAMBAHAN :
◐1 senduk minyak
◐2 sb cili kisar
◐1 batang serai (diketuk)
◐4 keping daun limau
◐1 biji bawang besar potong bulat


CARA MASAK :
👉Tumis serai yg diketuk dengan bahan tumbuk sampai naik bau sikit..
👉Pastu masukkan bahan kisar dan cili kisar,kacau sebati
👉Masukkan daging dan air sampai daging terendam separuh..biar sampai daging masak dan air kering
kacau selalu
👉Dah kering masukkan garam dan serbuk perasa
👉Masukkan daun limau purut dan bawang besar
letak kicap manis untuk lebih likat dan hitam2















10 Oktober 2019

SUP SAYUR



SUP SAYUR


BAHAN-BAHAN :
1 ketul dada ayam(potong kecil²)
1 batang sayur sawi
1/4 kobis
1 batang carrot
1 peket kecil cendawan tiram
3 biji telur
2 peket fishball
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos thai /nampla
1 sudu teh minyak bijan
3 cawan air
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR :
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis

CARA PENYEDIAAN :
1.Panaskan sedikit minyak didalam periuk kemudian tumis bahan tumbuk

2.Masukkan isi ayam kacau dan biarkan sampai isi ayam masak. Terus masukkan air serta biarkan sampai kuah mendidih

3.Masukkan telur sebiji demi sebiji,biarkan sampai telur masak .

5.Apabila telur sudah masak terus masukkan carrot dan biar sampai carrot hampir empuk , kemudian masukkan semua sayur dan garam

6.Terus kacau supaya semua sayur masak dan biarkan kuah mendidih seketika saja dan boleh la ditutup api dapur,jangan masak sayur terlalu lama nanti over cook dan sayur menjadi lembik.












09 Oktober 2019

KULIT PUTIH CERAH BERSINAR DENGAN SNOWYGLO SWIZON


KULIT PUTIH CERAH BERSINAR
DENGAN SNOWYGLO SWIZON 


Hai korang.. hari ni TB nak bercerita sedikit tentang produk whitening (minuman) yang dikeluarkan oleh Swizon iaitu sebuah company yang mempunyai target untuk menghasilkan produk memutihkan kulit dengan menggunakan 100% ingredient yang Asli.

SnowyGLO Swizon di Formulasikan 
Menggunakan 100 % Bahan Semulajadi Tulen 

Formula yang mereka gunakan terdiri daripada 100% bahan semulajadi tulen, dengan kebanyakannya terbukti berkesan menjaga kesihatan dan kulit tanpa cela. Ekstrak botani semulajadi yang digunakan, diproses dengan teknologi pengekstrakan teratas terkini, untuk mengekalkannya pada tahap yang optimum, sementara untuk memastikan semua nutrien sempurna terkandung dalam setiap produk mereka .


SnowyGLO Swizon

Haa.. Gambar dibawah ni laa Produk memutihkan kulit (minuman) yang TB ceritakan tu iaitu SnowyGLO Swizon..  SnowyGLO Swizon ni bagus tau sebab ia bukan sahaja boleh bertindak mencerahkan kulit kita agar nampak lebih Putih dan bersinar malah ia juga boleh mengubah kulit menjadi licin, muda, cantik tanpa sebarang kesan sampingan.



7 Fungsi Hebat SnowyGLO Swizon untuk memulihkan kulit kita dalam  tempoh masa yang singkat :

  • Memutihkan / Mencerahkan
  • Melembapkan kulit
  • Membentuk Kulit Yang Lembut 
  • Menyegarkan Kulit
  • Meremajakan Kulit
  • Imunisasi Pada kulit






Hai korang.. hari ni TB nak bercerita sedikit tentang produk whitening (minuman) yang dikeluarkan oleh Swizon iaitu sebuah company yang mempunyai target untuk menghasilkan produk memutihkan kulit dengan menggunakan 100% ingredient yang Asli. . . SnowyGLO Swizon di Formulasikan Menggunakan 100 % Bahan Semulajadi Tulen Formula yang mereka gunakan terdiri daripada 100% bahan semulajadi tulen, dengan kebanyakannya terbukti berkesan menjaga kesihatan dan kulit tanpa cela. . . Ekstrak botani semulajadi yang digunakan, diproses dengan teknologi pengekstrakan teratas terkini, untuk mengekalkannya pada tahap yang optimum, sementara untuk memastikan semua nutrien sempurna terkandung dalam setiap produk mereka . . . 7 Fungsi Hebat SnowyGLO Swizon untuk memulihkan kulit kita dalam tempoh masa yang singkat : . . Memutihkan / Mencerahkan Melembapkan kulit Membentuk Kulit Yang Lembut Menyegarkan Kulit Meremajakan Kulit Imunisasi Pada kulit . . TB nak start consume selama sebulan.. jom tengok hasilnya nanti yea... . . #SnowyGlo #Swizon #SnowyGloSwizon #SwizonSnowyGlo #putihcerahsatubadan #love
A post shared by TENGKUBUTANG (ღ˘⌣˘ღ) (@tengkubutang) on

SnowyGLO Mengandungi 11 Bahan Aktif


Swizon, SnowyGLO, dirumuskan dengan menggunakan 11 bahan semulajadi aktif, terkenal dengan menjaga kulit yang sempurna, dan meningkatkan kualiti dan kesihatan kulit untuk seluruh tubuh. Ia sangat berkesan dalam menghapuskan masalah kulit dan ketidaksempurnaan seperti bintik-bintik, warna kulit yang tidak sekata, bintik hitam, kerosakan kulit akibat cahaya matahari UV, pigmentasi hiper dan bintik-bintik penuaan .


Ekstrak Sakura


Sangat berkesan dalam Pemutihan Kulit. Ekstrak Sakura terkenal dengan keupayaan untuk menghalang pembentukan Melanin dalam kulit dan membiarkan kulit menjadi WHITE dan SHINE.



Ekstrak Delima


Aktifkan dan Merangsang pertumbuhan semula sel kulit dan biarkan kulit menjadi PUTIH dan SHINE. Ia berkesan untuk mengatasi masalah kulit kering, bintik hitam, jerawat dan garis halus.



Tremella Fuciformis


Hidrat yang terbaik untuk mengekalkan kelembapan pada kulit, dan menjadikan kulit lebih muda, lembut dan berseri.

Lemon


Lemon mengandungi tahap vitamin C dan antioksidan yang tinggi, adalah sumber terbaik untuk mencerahkan kulit. Ia juga membantu mengetatkan kulit dan membiarkan kulit kita kelihatan licin tanpa kedut.

Ekstrak Aloe Vera


Aloe Vera kaya dengan pelbagai nutrien, sangat berkesan untuk mengekalkan keindahan kulit dan menyelesaikan masalah kulit seperti kerengsaan, kemerahan, luka dan sebagainya.

Astaxanthin


Ekstrak dari alga. Dikenali sebagai salah satu antioksidan paling hebat di dunia. Sangat berkesan untuk mengekalkan kulit muda, dan mengelakkan kesan penuaan pada kulit. Ia juga melindungi kulit daripada cahaya matahari UV.
Ekstrak Curcumin


Curcumin adalah bahan aktif dalam kunyit. Ia meningkatkan regenerasi sel kulit dan anti-keradangan kulit.

Ekstrak Zaitun


Hilangkan toksik dalam badan, dapat menyelesaikan kerosakan kulit tahun, termasuk tanda-tanda penuaan dan menjadikan kulit sihat dan muda.

Ekstrak Yis


Ekstrak ragi kaya dengan protein, asid amino, karbohidrat, vitamin dan mineral. Adalah penting untuk mengekalkan kesihatan kulit.

Acai Berry


Acai Berry dapat menguatkan sel-sel kulit, dan pastikan ia berfungsi dengan baik untuk melawan lingkungan yang tercemar.

Vitamin C

Vitamin C sangat penting bagi tubuh untuk membina sistem imun kulit, dan memastikan kulit sentiasa sihat.


Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit, Terutamanya :








Mengapa memilih SWIZON SnowyGLO?
  1. Semua bahan adalah semulajadi.
  2. Keberkesanan yang terbukti. (Dibuktikan daripada kajian klinikal.)
  3. Delicious, mudah dibawa dan makan / minum.
  4. Jaminan kualiti.
  5. Tanpa apa-apa kesan sampingan.





Hai korang.. TB dah consume SnowyGLO Swizon ni selama 2 minggu dan apa yang TB boleh katakan, ada perbezaan sebelum TB consume dan selepas.. tona Kulit nampak lebih sekata dan muka nampak lebih cerah dari sebelumnya... kulit badan pun nampak smooth je.. sebelum ni nampak macam ber belak2..haha..tau maksud berbelak2? alaa.. macam kulit tak sama rata tu.. sini gelap situ cerah.. . . TB sukakan ini kerana ia adalah produk memutihkan kulit dengan menggunakan 100% ingredient yang Asli. . . SnowyGLO Swizon di Formulasikan Menggunakan 100 % Bahan Semulajadi Tulen Formula yang mereka gunakan terdiri daripada 100% bahan semulajadi tulen, dengan kebanyakannya terbukti berkesan menjaga kesihatan dan kulit tanpa cela. . . Ekstrak botani semulajadi yang digunakan, diproses dengan teknologi pengekstrakan teratas terkini, untuk mengekalkannya pada tahap yang optimum, sementara untuk memastikan semua nutrien sempurna terkandung dalam setiap produk mereka . . . 7 Fungsi Hebat SnowyGLO Swizon untuk memulihkan kulit kita dalam tempoh masa yang singkat : . . Memutihkan / Mencerahkan Melembapkan kulit Membentuk Kulit Yang Lembut Menyegarkan Kulit Meremajakan Kulit Imunisasi Pada kulit . . Jom tengok hasil selepas sebulan TB consume.. tengok hasilnya nanti yea... . . #SnowyGlo #Swizon #SnowyGloSwizon #SwizonSnowyGlo #putihcerahsatubadan #love
A post shared by TENGKUBUTANG (ღ˘⌣˘ღ) (@tengkubutang) on


Pengalaman TB selepas TB consume SonwyGLO dalam masa sebulan :

Oklah.. Hari tu TB share dekat Instagram yang TB dah consume selama 2 minggu.. tetapi masa tu hasilnya belum ketara lagi.. baru nampak perubahan sedikit.. Almaklumlah, kulit TB ni bukan semulajadi cantik.. So, yang mana parut-parut dan noda jerawat tu agak lambat sikit lah nak reda tapi memang menampakkan hasil yang  TB mahukan..


Yang penting, kulit makin cerah, makin moist dan kulit sekata seluruh badan..


View this post on Instagram

Hai korang.. Nak tahu apa perubahan pada kulit TB setelah consume SnowyGLO Swizon ni selama sebulan? Jom baca review TB di www.tengkubutabg.com . TB suka sangat SnowyGLO Swizon sebab ia adalah produk memutihkan kulit dengan menggunakan 100% ingredient yang Asli. . . SnowyGLO Swizon di Formulasikan Menggunakan 100 % Bahan Semulajadi Tulen Formula yang mereka gunakan terdiri daripada 100% bahan semulajadi tulen, dengan kebanyakannya terbukti berkesan menjaga kesihatan dan kulit tanpa cela. . . Ekstrak botani semulajadi yang digunakan, diproses dengan teknologi pengekstrakan teratas terkini, untuk mengekalkannya pada tahap yang optimum, sementara untuk memastikan semua nutrien sempurna terkandung dalam setiap produk mereka . . . 7 Fungsi Hebat SnowyGLO Swizon untuk memulihkan kulit kita dalam tempoh masa yang singkat : . . Memutihkan / Mencerahkan Melembapkan kulit Membentuk Kulit Yang Lembut Menyegarkan Kulit Meremajakan Kulit Imunisasi Pada kulit . . Jemput baca entri TB di blog www.tengkubutang.com ye.. . . #SnowyGlo #Swizon #SnowyGloSwizon #SwizonSnowyGlo #putihcerahsatubadan #love #wrldhealthzz
A post shared by TENGKUBUTANG (ღ˘⌣˘ღ) (@tengkubutang) on

Haa.. korang nak tau tak apa rasa SnowyGLO ni? hehe.. Rasa SnowyGLO ni seperti lemon, SnowyGLO ni didatangkan dalam bentuk serbuk, ada 2 cara untuk consume SnowGLO.. Samada korang boleh tuangkan terus kedalam ke dalam mulut atau campurkan dengan air suhu bilik 100ml. Ikut mana yang mudah.. senangkan!

SnowyGLO ni sesuai diamalkan setengah jam sebelum waktu makan, atau 1 jam selepas waktu makan.

Benefit lain yang korang akan dapat selain ia dapat mencerahkan kulit ialah, ia boleh melembabkan kulit, mengurangkan dark spot, kesan penuaan , mengurangkan bintik, kulit menjadi lebih bersinar. Aktifkan faktor pemutihan, pembaikan sel kulit.

Berapa kotak perlu diambil untuk mendapatkan kesan yang dimahukan? Haaa.. itu bergantung kepada setiap individu dan keadaan kulit pengguna. Sesetengah mungkin melihat kesan secepat 4 hari, sesetengah mungkin mengambil masa beberapa minggu. Tetapi, biasanya, jika mengikuti jadual, akan melihat peningkatan kulit yang jelas dalam masa 1 bulan.

Masa Period or datang bulan pun boleh minum tau.. so jangan risau ye.. sebab ia mengandungi ingredient yang sesuai untuk diminum ketika Menstrual period .

Oh ya.. kalau korang ada ambil produk detox, tiada masalah untuk teruskan ambil produk detoks tu semasa consume SnowyGLO ni, cuma disarankan untuk minum secara berasingan. Katakanlah, jika minum detoks pada waktu pagi, maka sebaiknya minum SnowyGLO semasa petang, atau sebaliknya.

Bagi Ibu-Ibu pula, semasa mengandung atau tengah bf anak, TB sarankan adalah lebih baik mendapatkan nasihat daripada doktor sebelum mengambil SnowyGLO ni yea..

Haaa.. apa yang TB suka tentang SnowyGLO ni ialah ia boleh di consume oleh mereka yang ada sensitive skin.. itu yang buat TB rasa tertarik sangat dengan produk ni..



Selama mana korang kena teruskan minum SnowyGLO ni? selama-lamanya kah? hehehe.. Jawapannya.. Selagi korang belum mencapai kesan yang korang inginkan lah, Haaa.. bila dah dapat hasil yang korang nak.. korang dah boleh kurangkan / menghentikan minum. Tetapi, mesti ingat kena jaga jugak kulit tu, pakai semua produk yang berfungsi pencegahan UV cahaya matahari yang diperlukan. baru la kecerahan kulit tu terjaga berpanjangan..




Haa.. kalau korang berminat nak dapatkan SnowyGLO ni, korang bolehlah layari :






















KETAM MADU BEREMPAH




KETAM MADU BEREMPAH



BAHAN-BAHAN :

5 ekor ketam (bersihkan,perap dgn kunyit dan garam selama 10 minit,goreng sehingga kekuningan)
1 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
2 batang serai*
2-3 sudu makan cili kering kisar
1 sudu makan rempah rempah kari
2 sudu makan sos cili
3 sudu makan madu (dibancuh dgn sedikit air)
sedikit daun ketumbar/daun sup (dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos tomato
sedikit air dan minyak masak


CARA PENYEDIAAN :

1.Kisar bahan2 bertanda *
2.Tumis cili kering dan bahan-bahan kisar sehingga terbit bau.Masukkan rempah dan kacau sebati.
3.Masukkan sos cili,sos tomato,sos tiram,dan sedikit air.Biarkan mendidih.
4.Setelah kuah agak kering, masukkan madu dan ketam. Gaulkan.
5.Masukkan daun ketumbar/daun sup.
6.Akhir sekali masukkan tomato. Jika kurang manis atau masin, tambahlah garam dan gula secukupnya.












08 Oktober 2019

PAPRIK UDANG



PAPRIK UDANG 


BAHAN-BAHAN :
◐1 mangkuk udang (buang kulit)
◐2 barang serai (diketuk)*
◐3 helai daun limau purut*
◐4 biji cili padi hijau (belah 2 )*
◐1 biji bawang besar (dimayang)*
◐3 ulas bawang putih (dimayang)*
◐2 cm halia (dihiris nipis)*
◐2 cm lengkuas (dihiris nipis)*
◐4 biji tomato ceri*
◐Carrot
◐Jagung muda
◐Sos cili secukup rasa
◐Sos tomato secukup rasa
◐Garam secukup rasa

CARA-CARA :
1. Panaskan setengah cawan minyak masak
2. Tumiskan semua bahan bertanda * sehingga
naik bau/bawang layu
3. Masukkan udang dan kacau rata
5. Bila udang separa masak, masukkan carrot, jagung muda, sos cili, sos tomato dan garam secukup rasa
6. Kacau rata sehingga udang masak.












RESEPI KARI TERUNG UDANG MUDAH DAN SEDAP!



RESEPI KARI TERUNG UDANG
MUDAH DAN SEDAP!


BAHAN-BAHAN :
350 gm terung panjang
150 gm udang,buang kulit
1 biji tomato
30 gm serbuk kari ikan(bancuh dgn sedikit air)
600 ml santan
2 sudu makan air asam java
Garam secukup rasa


BAHAN TUMIS :
1 biji bawang besar(hiris halus)
6 ulas bawang merah(belah 2)
2 tangkai daun kari
1 sudu teh halba
4-5 sudu makan minyak


CARA MASAK :
1.Panaskan minyak,tumis bahan tumis hingga wangi dan bila bawang menjadi perang. Masukkan pes kari dengan sedikit air tumis hingga naik miyak.
2.Masukkan terung dengan tomato dan kacau rata.
3.Masukkan santan dan air asam,kacau rata dan biarkan masak hingga terung 1/2 masak
4.Masukkan udang dan garam kacau dan masak hingga terung masak.












03 Oktober 2019

KETAM GORENG MASAM MANIS




KETAM GORENG MASAM MANIS



BAHAN-BAHAN :

2 ekor ketam (dibersihkan dan dibelah dua)
3 sudu besar sos cili
1/4 cawan cili kering(dikisar)
2 sudu besar sos tiram
2 bj bwg besar(hiris bulat)
1 inci halia ( dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
sedikit air
5 helai daun limau purut
sedikit minyak
sedikit kunyit serbuk
sedikit serbuk lada hitam
sedikit garam
sedikit gula
perasa


CARA PENYEDIAAN :

1.Gaul ketam yang telah dibersihkan dgn sedikit garam,serbuk kunyit serta serbuk lada hitam. Ketepikan.

2.Panaskan minyak.Goreng ketam setengah masak. Ketepikan.

3.Dengan minyak yang berbaki masukkan bahan halia dan bawang putih.Goreng sehingga naik bau.

4.Masukkan cili kering,biar cili masak.Bila cili dah masak masukkan sos tiram daun limau purut dan sos cili.

5.Gaul rata.Masukkan juga sedikit air,garam gula serta sedikit perasa.Masukkan ketam yang telah digoreng tadi.Gaul rata.

6.Biar sos mereneh dan memekat serta meyelaputi ketam tadi. Masukkan bawang besar. Biar bawang sedikit layu dan bolehlah diangkat.


02 Oktober 2019

RESEPI NASI IMPIT DAN KUAH KACANG



RESEPI NASI IMPIT DAN  KUAH KACANG



BAHAN-BAHAN :
◐2 cawan beras biasa
◐10 cawan air
◐2 sudu kecil garam
◐Daun pandan


CARA-CARA :
👉Basuh beras dan masukkan air,garam dan daun pandan ke dalam periuk utk dimasak.
👉Setelah nasi mula kering,kacau sentiasa sambil dilenyek supaya hancur.
👉Gunakan api perlahan dan bila kering terus kacau lagi.Setiap 10 minit mestilah di kacau sebati sehinggalah nasi kering
👉Masak nasi impit ni kena banyak kali di kacau supaya nasi cantik dan lembut.
👉Setelah siap, matikan api dapur.Lenyek-lenyekkan nasi dengan menggunakan sudip @belakang botol yg bersih sehingga nasi lembut.
👉Gaul dan lenyek2 lagi.Masukkan nasi tadi ke dalam Tupperware dan ratakan, ambil sehelai plastik bersih dan sapukan sedikit minyak.
👉Tekan-tekankan nasi supaya mampat dngn menggunakan plastik tadi (saya letak sapu tangan dlm plastik tu supaya tak rasa panas sngt masa menekan nasi tu).
👉Biarkan nasi impit betul2 sejuk lebih kurang 4-5 jam sebelum dipotong.

*Saya biarkan semalaman.


RESEPI KUAH NASI IMPIT

◐Kacang tanah (goreng+blend)
◐Bawang merah+cili kering+lengkuas+jintan halus + ketumbar (blend halus)
◐Serai (diketuk)
◐Santan pekat+cair
◐Air asam jawa
◐Gula dan garam secukupnya


CARA MENYEDIAKANNYA :

👉Tumis kesemua bahan yg di blend td kecuali (kacang tanah) dgn serai hingga garing dan pecah minyak.

👉Kemudian masukkan santan cair dan kcg tanah biarkan mendidih sekejap. Masukkan santan pekat gula garam dan air asam jawa kemudian seimbangkan rasa masam masin manis dan pedasnya.












01 Oktober 2019

SUP KETAM



SUP KETAM


BAHAN-BAHAN :

6 ekor ketam
Kentang
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Sup bunjut Adabi
Daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Garam,serbuk perasa

Cara-Cara:

1.Tumis bawang merah,bawang putih dan halia yang ditumbuk sampai garing dan naik bau.
2.Masuk ketam n kacau perlahan2 biar sampai bau ketam agak wangi. Masukkan air secukupnya.
3.Masuk sup bunjut,kentang, garam dan serbuk perasa. Tunggu sampai kentang empuk. Tutup api












GA New

Innity Mobile

nuffy2

BV2019 - 2

nity 2