NAK NAMPAK BERSERI TANPA MAKEUP? JOM AMALKAN INI


NAK NAMPAK BERSERI TANPA MAKEUP?
JOM AMALKAN INI 


Kadang-kadang kita nampak orang tanpa secalit makeup pun cantik berseri. Cantik susah nak gambar dengan kata-kata. Macam berseri dari dalam. Bagi TB pula TB suka tengok wanita yang cantik yang tanpa secalit makeup pun, tanpa lipstik, tanpa pemerah pipi, kecantikan yang semulajadi.. tanpa contact lens berwarna.. tanpa bulu mata palsu.. itulah kecantikan yang sebenar bagi seorang wanita.. 

Tapi zaman sekarang ni.. susah nak jumpa kecantikan yang semulajadi kan.. Kalau ada pun.. di edit guna aplikasi untuk menampakkan cantik..  haha.. TB pun dulu lagi teringin nak cantik juga.. cantik tanpa makeup.. tanpa perlu bedak.. Tapi alahai.. disebabkan kulit TB jenis problem prsoriasis.. kadang ada masa dia akan datang kulit bermasalah tu, tak dapat la nak natural beauty macam yang diinginkan.. huhu.. 

Tapi still gak la nak nampak cantik kalau boleh.. jangan la comot sangat pulak nak berdepan dengan orang ramai kan.. walau jenuh bercover.. terpaksa.. kena juga la ikutkan.. huhu.. tapi idak la makeup setebal 10 inci.. contact lens color biru bagai.. hahaha.. dah lari dari asal dah.. Tapi lawa jugak bermata biru kan?? kih3 adoi.. bila teringat lens berwarna ni teringat pulak kat sepupu lelaki yang memerli kata TB Fake.. aishhh.. sib baik la sepupu rapat.. kalau tak.. memang ku pulau dia.. hahahah

Oh ya.. motip entri kali ni sebenarnya nak share something yang boleh diamalkan sama-sama.. Jomm... try.. hehehe.. memandangkan TB pun memang dah hafal surah Al-Waqiah ni.. Tu yang rajin nak try..

Selain produk kecantikan, kita boleh amalkan ini sebagai amalan harian untuk kulit cantik berseri dari dalam. TB ada terbaca satu amalan atau petua yang diajar oleh Dato’ Dr. Fatma El-Zahra untuk awet muda, menawan dan berseri. Nak Kulit Cantik Seperti Saidatina Aisyah r.a amalkan tips ini dari Dato’ Dr. Fatma El-Zahra.

Cara 1:
Dilakukan selepas solat Isyak:
* ambil air segelas
* baca Al-Fatihah sekali
* Ayatul Qursi sekali
* Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & untuk kebahagiaan rumahtangga. .



Cara 2:
Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut:
* Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
* Baca ” Ya Nur ” 1x
* Baca ” Ya Hadi ” 1 x
* Baca ” Ya Allah ” 3x

Baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita. Lakukan setiap hari. .



Cara 3:
Amalkan membaca ayat2 seperti berikut ;
* Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.
* Selepas baca ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.
* Kaedah ini diamalkan supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan dalam. ⠀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Kita boleh amalkan ke semua cara-cara di bawah atau pun boleh amalkan 1 cara sahaja, asalkan kita istiqamah mengamalkannya. .


1 Ulasan

  1. ye, suka tengok orang cantik tanpa makeup. adorenya kalau kulit cantik dan sihat tanpa secalit makeup. jimat duit beli makeup

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama