RESEPI NASI IMPIT DAN  KUAH KACANG



BAHAN-BAHAN :
◐2 cawan beras biasa
◐10 cawan air
◐2 sudu kecil garam
◐Daun pandan


CARA-CARA :
👉Basuh beras dan masukkan air,garam dan daun pandan ke dalam periuk utk dimasak.
👉Setelah nasi mula kering,kacau sentiasa sambil dilenyek supaya hancur.
👉Gunakan api perlahan dan bila kering terus kacau lagi.Setiap 10 minit mestilah di kacau sebati sehinggalah nasi kering
👉Masak nasi impit ni kena banyak kali di kacau supaya nasi cantik dan lembut.
👉Setelah siap, matikan api dapur.Lenyek-lenyekkan nasi dengan menggunakan sudip @belakang botol yg bersih sehingga nasi lembut.
👉Gaul dan lenyek2 lagi.Masukkan nasi tadi ke dalam Tupperware dan ratakan, ambil sehelai plastik bersih dan sapukan sedikit minyak.
👉Tekan-tekankan nasi supaya mampat dngn menggunakan plastik tadi (saya letak sapu tangan dlm plastik tu supaya tak rasa panas sngt masa menekan nasi tu).
👉Biarkan nasi impit betul2 sejuk lebih kurang 4-5 jam sebelum dipotong.

*Saya biarkan semalaman.


RESEPI KUAH NASI IMPIT

◐Kacang tanah (goreng+blend)
◐Bawang merah+cili kering+lengkuas+jintan halus + ketumbar (blend halus)
◐Serai (diketuk)
◐Santan pekat+cair
◐Air asam jawa
◐Gula dan garam secukupnya


CARA MENYEDIAKANNYA :

👉Tumis kesemua bahan yg di blend td kecuali (kacang tanah) dgn serai hingga garing dan pecah minyak.

👉Kemudian masukkan santan cair dan kcg tanah biarkan mendidih sekejap. Masukkan santan pekat gula garam dan air asam jawa kemudian seimbangkan rasa masam masin manis dan pedasnya.












Post a Comment

Terbaru Lebih lama

TB MOBILE

tengkubutang nity

GA New