Langkau ke kandungan utama

KENAPA ORANG ISLAM SEMBAH KOTAK HITAM

Just Sharing...
※ Bagi yang penah ditnya soklan begini..mungkin boleh jawab macam ni..
tapi kalau ada jawapan lain..silakan share ;) ※

~ KENAPA ORANG ISLAM SEMBAH KOTAK HITAM ~

Kafir: Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?
Muslim: Oh.. itu Ka'abah atau nama lainnya Baitullah
Kafir: Baitullah tu apa?
Muslim: Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah.
Kafir: Allah ada dalam tu?
Muslim: Tak..
Kafir: Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?
Muslim: Yang aku sembah bukannya bangunan tu...
Kafir: Kau sembah apa?
Muslim: Aku sembah Allah SWT.
Kafir: Jadi, kenapa sembah bangunan tu?
Muslim: Aku menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi aku tak sembah Kaabah.
Kafir: Bukankah kau sujud ke arah Kaabah, maknanya ku sembah Kaabah la.
Muslim: Kau pernah tgk perlawanan bola dalam TV?
Kafir: Pernah.. selalu...
Muslim: Kau tengok TV ke tengok perlawanan bola?
Kafir: Tengok perlawanan bola la.
Muslim: Di mana?
Kafir: Dalam TV la...
Muslim: Cuba buka TV tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.
Kafir: Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada...
Muslim: Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."
Kafir: Jadi...?
Muslim: Maknanya kau tengok TV, bukan perlawanan bola.. betul tak?
Kafir: Tak.. Aku tengok perlawanan bola la melaui TV tu...
Muslim: Peliknya...
Kafir: Sebab apa pulak pelik?
Muslim: Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam TV tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat...
Kafir: Memanglah dalam TV tu ada banyak wayar, tapi TV tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya...
Muslim: Hmmm... jadi tak peliklah ni...?
Kafir: Ya.. tak pelik
Muslim: Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah...
Kafir: Erk.. kau betul..

gambar : extract from google

Ulasan

  1. Wah. Bagusnya walaupun agak pening time baca... huhuhu...
    Firman Allah " Tidak ku jadikan kaabah hanyalah sebagai arah kiblat semata-mata."
    Supaya kita tuju hanya 1 arah. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ho2.. pening? awatnya? errr..cer komen..

      Padam
    2. Pening la sebab cerita tak berapa paham tapi bila baca balik baru paham... =)

      Padam
  2. Dari Masjidil Aqsa kita telah beralih arah ke Masjidil Haram yg mana disitulah kaabah tujuan arah yg sama. Maha kaya Allah pusat titik graviti bumi juga lurus di Kaabah ini. Bermakna tak adalah sekumpulan ke barat, sekumpulan ke timur/selatan/utara sebagainya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan.. Allah Maha Kaya membuatkan ianya sebegitu mudah untuk kita semua menentukan arah kiblat walau dimana juga kita berada..

      Padam
  3. Balasan
    1. kan lieya, masa teman koje dulu pun ada org cina tanya pasal ni..

      Padam
  4. Assalamualaikum wbt....

    dah bukan bangunan itu yang kita sembah ... tapi Allah de Almighty...
    dan malaikat pun tawaf di keliling kaabah di arasy/ langit (yang ne teman tak ingat), kan? dan lokasinya kalau dipanjangkan ke atas (i.e ke langit), malaikat pun sedang bertawaf...
    so tak timbul lah kes sembah "big black box" spt yang di dakwa....

    wallahualam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tempat malaikat bertawaf diberi nama baitul makmur ..
      betul2 diatas kaabah disebelah dunia ni ..
      klu baitul makmur ni runtuh .. pasti ianya jatuh betul2 atas kaabah ..
      tp mana mungkin baitul makmur ni runtuh kan ..

      Padam
    2. nhhas dan Abby.. thanx atas perkongsian.. memberi ilmu lagi pada teman yang jahil ini....=)

      Padam
  5. Balasan
    1. tq Yumida.. ha a.. rasanya ini antara jawapan terbaik kalau berdepan dengan soalan seumpama tu an..

      Padam
  6. dengan sesama islam menjawap kene ada dalil.. tapi dgn orng bukan islam jawap mungguna ilmu akal atau logik adalah terbaik :D

    BalasPadam
  7. lagi cun kalau penulisan awk bermula dari belah kiri dan mengikut perenggan lebih tersusun :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh yeke? thanx Khairul Zamri sebab sudi bagi tips.. insyaAllah.. teman try adjust mana yang patut

      Padam
  8. rindunya kat kaabah..pernah sampai ke sana,menunaikan umrah bersama mak dan ayah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waaaaaaaaah.. pernah sampai kesana.. masyaAllah.. bestnyaaa...!

      Padam
  9. semua yang kome diatas teman dah kunjungbalas yea.. thanx sudi singgah n komen.. sia datang lagi yea.. hu3

    BalasPadam
  10. memberi maksud yg dalam..allah mmg tak nampak tapi kite sebagai orang islam tau allah sentiasa ada bersama hambanyaa saat susah dan senang..kite juga dapat merasai kehadirannya..semakin kite dekat dgn allah semakain dekat juga allah bersama kita..jadi bykkkan amalan insya allah ;)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI

  RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI Bahan (Sos): - 3 biji bawang merah - 5 ulas bawang putih - Cili padi merah & hijau - 1/2 inci halia muda - 3 batang akar ketumbar - 3 sudu Palm sugar/brown sugar - 1/2 kiub ayam - 3 sudu sos ikan - 1 sudu serbuk limau nipis - 3 biji limau nipis (ambik jus) - Daun ketumbar (hiris) Bahan (Sotong & inti): - Sotong (perap dengan 1/2 biji lemon & 1 sudu olive oil selama sejam - 2 biji kentang (lenyek & rebus) - 1 mangkuk kecil ayam kisar - 1 biji bawang besar (dadukan) - 3 ulas bawang putih (cincang) - 3 sudu sos tiram - 1/2 kiub ayam - Lada hitam - Daun bawang (hiris halus) Cara penyediaan: 1. Blend bawang merah, bawang putih, cili padi, halia & akar ketumbar. 2. Masukkan bahan blend tadi & masukkan air, palm sugar/brown sugar, sos ikan & kiub ayam. 3. Rebus sehingga likat. Tutup api & masukkan serbuk limau nipis, limau nipis & daun ketumbar. Siap sos. 4. Tumis bawang merah, bawang putih. 5. Masukkan ayam kis...

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR Haaaa.. Entri kali ni TB buat khas buat sahabat teman si 3 suku tu.. Kasih namanya.. anaknya yang hensem bernama Fahri tu suka sangat dengan Dinosaur ni.. Fahri suka panggil "Dino" nama pendek haiwan ni.. Hehehe..  Dah banyak koleksi Dino Fahri kumpul.. Dari Dino saiz kecik hinggalah ke saiz besar, dari yang jenis keras hinggalah ke jenis lembut, siap boleh bergerak-gerak, dan ada bunyi-bunyi lagi..  So, kali ni TB nak tujukan entri ni untuk Kasih dan Fahri.. haha.. korang tengok dan baca tau! hahahaha..  Nama Dinosaur Beserta Gambar  Haaa.. Korang pernah tengok Dinosaur kan? Maksud TB tengok kat Movie la, bukan yang real.. haha.. TB suka tengok Filem kisah Dinosaur ni, macam Jurassic Park tu ke kan.. kartun Dinosaur pun TB sukaaa.. haha.. Antara kartun yang TB suka The Good Dinosaur.. Si Arlo yang bertengkuk panjang tu.. hehehe.. Comel sangat... Jenis ni dipanggil  Brontosaurus tau.. Tapi sebenarnya ...
  Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai Bahan-bahan :- -Ketam -1 Batang Serai (saya blend sekali dgn bwg) -10 keping Daun limau purut -Daun Ketumbar -Cili api (saya tak guna pun) -Bawang Merah blend -Bawang Putih blend -Halia blend -Asam Keping -2 Sudu Serbuk Kari -3 Sudu Cili Giling -2 Sudu Cili Thai (saya guna kiub tomyam maggi) -Gula & Garam sedikit Cara Memasak :- -Rebus ketam -Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti -Panaskan minyak -Masukkan bahan blend dan serai hingga naik bau -Masukkan cili giling dan kari hingga pecah minyak, kemudian Paste cili thai. -Dah pecah minyak masukkan Air rebusan ketam tadi ikut suka byk mana -Masukkan asam keping, gula dan garam. -Masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut. -Dah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi sebati -Enjoyyy Kredit Resepi : mahfuzah ami n