DOA PENYERI WAJAH

PETUA paling mustajab dan diyakini selamat untuk kelihatan manis pada wajah ialah dengan mengamalkan bacaan ayat-ayat tertentu yang berkaitan yang terdapat di dalam kitab suci al-Quran. Niatkan bacaan tersebut sebagai satu bentuk DOA yang menjadi amalan bacaan dalam kehidupan seharian. Di bawah ini adalah pilihan ayatnya :

1) Cara Pertama : 

(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya:
"Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". [Surah Yusuf : 4]
Khasiat ayat ini : 
(a) Manis dipandang orang.
(b) Wajah menjadi berseri-seri.
(c) Sentiasa disayangi oleh sesiapa sahaja.

2) Cara Kedua : 

"Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu
ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai,
supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya dan Aku telah
tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu".[Surah Taaha : 39]
Cara mengamalkannya : 
(a) Baca kedua-dua potongan surah Yusuf:4 dan surah Taaha:39 di atas.
(b) Baca 3 kali kemudian sapu pada muka anda. 
(c) Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang sukar dapat jodoh. 
(d) Jangan membaca tanpa memisahkan kedua-dua ayat di atas. Surah Yusuf, ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca potongan dari surah Taha, ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf. Mulakan baca ayat dengan bacaan ta'awwuz (A'uzubillahi Minash Syaitan nir Rajeem). 

7 Ulasan

  1. jom amalkan
    thanks for sharing :)

    BalasPadam
  2. wa..nice sharing..nak amalkan la =)

    BalasPadam
  3. NICE SHARING. tq :)

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum kakak, nice sharing. singgah menabung darlie sini~~~

    BalasPadam
  5. Saya pulangkan apa sahaja yang saya ambil daripada tuan/puan dan kepunyaan tuan/puan yang ada pada diri saya dan keluarga saya. Saya ambil yang haq sahaja dari tuan dulu kini dan akan datang.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama