Ayam Goreng Berempah. 
Sumber Asal; Fp Chef Joha 
Olahan Semula; Dapurmamasya 
Bahan2nya 
1kg Ayam Segar (di potong - ikut citarasa) 
1.5 inch halia - ditumbuk 
1.5 inch lengkuas - ditumbuk 
1.5 inch kunyit hidup - ditumbuk 
2 sudu besar biji ketumbar - disanggar & ditumbuk halus 
1 sudu teh jintan halus - disanggar & ditumbuk halus 
1 sudu besar cili kisar (tanpa cuka / cili serbuk) 
3 ulas bawang putih 
2 sudu besar gula halus - tak letak 
Garam secukup rasa 
Minyak untuk menggoreng 
mama tambah ; 
- 1 1/2 sudu besar serbuk kari 
- 2 btg serai - potong pendek tumbuk lumat bersama lain2. 
- 5 ulas bawang merah - tumbuk 
- sedikit daun kari - masukkan semasa menggoreng 
Cara2nya 
Potongan ayam di bersihkan dan di buburkan sedikit garam, gaulkan dan di tepikan. Semua bahan2 rempah biji bijian(disanggar) dan ditumbuk halus, bawang putih, halia,kunyit, lengkuas di tumbuk jangan terlalu halus (jangan di blen). Gaulkan kepada ayam rata2 bersama gula halus, serbuk rempah yang di tumbuk. Di peram di peti sejuk selama sekurangnya 1 jam atau lagi lama lagi baik. Panaskan minyak dikuali untuk mengoreng. Bila sudah panas tarukkan ayam di dalam kauli. Jangan terlalu banyak bila di goreng, supaya ia mudah garing. Sajikan panas2. 













WOW SEDAPNYA
BalasPadamsedap! ayam goreng berempah ni faveret nih... sedap!!!
BalasPadamsedap nya...lama tak makan..duduk ipoh rasa malas nak masak menjadi jadi ..hehehehee..balik rumah jugak selesa nak masak..
BalasPadamDpt makan ayam rmph ni gaul dgn nasik..mmg best.hehe
BalasPadambestnyer.....nampak garing dan crunchy!
BalasPadamsedapnyaa.. kalau makan panas2 dengan nasi putih je pon dah sedap
BalasPadamNyum2... Lapar tetiba...
BalasPadamAduh tergoda sudah.. Ini nk cuba.. Lapo terus
BalasPadam