Resepi Tepung Pelita Moden Paling Mudah


Resepi Tepung Pelita Moden Paling Mudah


Haaa.. TB penggemar kuih Tepung Pelita ni sangat-sangat weh.. memang nak belajar sampai pandai buat .. boleh makan banyak-banyak.. huhuhu.. Ha.. yang sebelum-sebelum ni TB share resepi Tepung Pelita Ala tradisional.. jom tengok resepi moden lak camne.. tapi yang moden ni lagi panjang la pulak resepi nya .. hehehehe.. takpe.. jom tengok.. 

Resepi Tepung Pelita Moden Paling Mudah

Resepi ni untuk 50-60 biji mengikut saiz acuan

Bahan-bahan:
Bahagian bawah,
Tepung beras 1 cawan
Gula 1 cawan
Air pandan setengah cawan
Air putih 5 cawan
Pewarna hijau

Cara-caranya:
Satukan semua bahan dan kacau sebati..
Lepastu masak atas api.
Kacau tanpa henti lebih kurang 15 minit.
Bila adunan mula pekat,kecikkan api.
Teruskan kacau sampai adunan jadi pekat berkilat dan meletup2..
Tuang dalam acuan semasa masih panas ye..

Bahan untuk lapisan atas:
1 cawan tepung beras
3 cawan santan daripada sebiji kelapa
3 cawan air
1 sudu gula
Seikat daun pandan
Secubit garam.

Caranya sama mcm buat bahagian bawah.
Campurkan semua bahan sampai sebati.
Lepastu masakkan atas api.



Kredit :
Dunia Farisya

Psstt.. yang gambar atas ni Resepinya mudah jugak.. sangat mudah sebab ada step by step bergambar... jom tengok.. TB rasa macam nak follow yang ni jugak.. senang faham.. hahaha.. apa ni.. semua nak ikut lama-lama tak terbuat kuihnya.. hahahaha..

jom tengok sini ---> raihannavanilla


0 Ulasan

Catat Ulasan

Post a Comment (0)

Terbaru Lebih lama