Langkau ke kandungan utama

WELCOME GIFT BOX ANGELS DARI ALTHEA!! NOW ALTHEA TURN 3!!

 


WELCOME GIFT BOX ANGELS DARI ALTHEA!! NOW ALTHEA TURN 3!!


Althea telah berumur 3 tahun! wah.. tak sangka TB masih berpeluang menyambut birthday Althea kali yang ke 3! Semoga Althea akan terus sukses dan menjadi pilihan pengguna produk KBeauty di Malaysia .

Oh ya, sempena Althea turn 3 ni, kebetulan rezeki TB terpilih untuk menjadi Althea Angels iaitu merangkap Althea's Beauty Ambassador Community! Terharu sungguh TB bila dapat email mengatakan TB terpilih untuk menjadi sebahagian dari Althea Angel .




Althea Angel terdiri daripada vloggers / beauty bloggers / youtubers dan influencers. Kelebihan dan Benefit yang kami dapat sebagai Althea Angels (Althea's Beauty Ambassador Community) ialah kami dapat mendapat barangan Kbeauty, berpeluang mencuba dan memberikan review sendiri tentang produk tersebut .

Dan paling best ialah dapat semuanya dibawah ni :

  • Welcome Gift
  • Monthly K-Beauty Giveaways
  • Seasonal Annual Shopping Credits
  • Exclusive Discount Code
  • Birthday Credits
  • Exclusive Althea Reviews
  • Althea Studio Access

Selepas TB dipilih menjadi Althea Angels, TB pun didatangi surprise dari Althea sempena Althea Turn 3, Wah.. bestnya dapat box warna pink yang comel yang tertulis Althea Angels.. TB terus unboxing dan lihat apa isi dalamnya.. wah.. bestnya.. TB rasa macam dapat hadiah birthday pulak, walhal sepatutnya Althea yang dapat hadiah birthday tapi TB dan Angels lain pulak yang dapat hadiah.. macam kami pulak yang sambut birthday kan! haha..

Ok lah, Box yang TB terima ni sebenarnya Welcome Gift Box from Althea untuk para angels.. 



TB buka dan tengok satu-satu isi dalam box tu.. dan dah siap buat video unboxing lagi tu.. hahaha.. Nak tahu apa isi dalam kotak tu? dalam tu ada :-

  1. Kad Welcome Gift
  2. Kad diskaun 10% sempena Althea Birthday
  3. Althea Mirror 'Spread Your Wings'
  4. Althea DIY Miniature Birthday Book in 3 mini sizes
  5. Tote Bag Althea Birthday
  6. Makeup Bag Travel 'Spread Your Wings'
  7. New baby Althea - Real Fresh Skin Detoxer (Green Tea dan Rose Petal)
  8. Althea Mirror
  9. Tote Bag Althea Birthday
Oh.. Lupa nak gitau korang, dalam box ni juga ada Kad Discount Code 10% Althea Birthday dan yang paling TB geram.. Althea memang suka buat something yang sangat2 cute dan comel.. sebelum ni Althea bagi stuff for Celebrate Birthday Althea Turn 1 (cone dan baloon), Althea Turn 2 Kotaknya bertemakan Kek dan kami diberikan barang untuk hiaskan kotak tu menjadi seperti kek birthday yang real.. huhu.. siap ada contest lagi siapa punya paling cantik..



Haaaa.. untuk tahun ke-3 ni Althea bagi DIY Miniature Birthday Book in 3 mini sizes yang menggambarkan 3 chapter bermaksud 3 tahun Althea di mata TB.. eh eh.. haha..

Haaa.. seterusnya item yang ada dalam box special ni ialah The New Baby Althea - Real Fresh Skin Detoxer yang TB sangkakan mula-mula ingatkan gel apa.. bila baca baru tahu ianya bukan calang-calang mask.. baca seterusnya ye.. hehe..




Real Fresh Skin Detoxer ini diperbuat daripada bahan-bahan premium yang didatangkan khas dari alam semulajadi, mask 10 saat ini telah dipenuhi dengan tenaga dan kesegaran alam semulajadi untuk memastikan kulit kita tetap sihat dan bersih setiap hari. Keluaran baru skincare Althea ini mempunyai 2 jenis iaitu :

1. Real Fresh Skin Detoxer - ROSE
2. Real Fresh Skn Detoxer - GREEN TEA


Real Fresh Skin Detoxer (Rose)
Real Fresh Skin Detoxer (Rose) mengandungi 100% kelopak bunga Ros May, dimana ia dipetik tangan setahun sekali sepanjang bulan Mei di Grasse, selatan Perancis. Kelopak bunga ini membantu melicinkan permukaan kulit yang kasar dan membuat kulit kelihatan berseri dalam masa 10 saat. Untuk bahan membersih yang mengeluarkan buih tulen dari alam semulajadi ini diperolehi dari ekstrak kelapa tanpa kerengsaan kulit dengan cebisan kelopak bunga tersebut.



Rose (Refining) - Bertindak untuk menapis. Di pakai pada waktu pagi selepas bangun tidur, Detoxer Rose berfungsi untuk membantu melindungi dan mengawal keseimbangan tahap pH pada kulit dan melembapkan kulit supaya kulit kelihatan lebih berseri dan memudahkan untuk memakai makeup selepas itu.




Real Fresh Skin Detoxer (Green Tea)
Real Fresh Skin Detoxer (Green Tea) mengandungi daun Teh Hijau muda dari ladang Pulau Jeju bagi melegakan dan membersihkan kulit yang sensitif dalam masa 10 saat. Ianya juga mempunyai ekstrak kelapa supaya dapat melembutkan kulit tanpa memberi kerengsaan kulit dengan cebisan daun teh hijau tersebut.



Green Tea (Purifying) sesuai dipakai pada waktu malam kerana ia bertindak untuk membersihkan kulit dengan bahan semulajadi daun teh hijau muda kerana ia mempunyai 5 kali lebih Vitamin C dari lemon, dan memberi perlindungan kulit dari sinar UV yang merbahaya. Daun ini juga dapat mengawal kehadiran minyak dan membersihkan kekotoran dari kulit.

Cara penggunaan : 
Picit sedikit di tangan dan apply secara rata di seluruh wajah. Biarkan ia selama 10 saat, kemudian letak sedikit air di tapak tangan dan urut seluruh muka sehingga keluar buih dari wash off mask detoxer ini, kemudian bilas hingga bersih.

Selepas muka dibilas kita akan rasa kulit muka lebih segar dan dan bersih je.. Muka nampak lah sedikit cerah dari sebelum guna mask ni.. Kulit tampak lebih berseri gitu.. TB suka baunya walaupun dah selesai cuci muka, baunya alahai.. segarrr.. rasa fresh je muka tau! 

Untuk mendapatkan 2 item best ni korang bolehlah layari website Althea dibawah ni yea..

Website : 
www.althea.kr/

Facebook : 
www.facebook.com/altheamalaysia/

Instagram : 
www.instagram.com/altheakorea/




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI

  RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI Bahan (Sos): - 3 biji bawang merah - 5 ulas bawang putih - Cili padi merah & hijau - 1/2 inci halia muda - 3 batang akar ketumbar - 3 sudu Palm sugar/brown sugar - 1/2 kiub ayam - 3 sudu sos ikan - 1 sudu serbuk limau nipis - 3 biji limau nipis (ambik jus) - Daun ketumbar (hiris) Bahan (Sotong & inti): - Sotong (perap dengan 1/2 biji lemon & 1 sudu olive oil selama sejam - 2 biji kentang (lenyek & rebus) - 1 mangkuk kecil ayam kisar - 1 biji bawang besar (dadukan) - 3 ulas bawang putih (cincang) - 3 sudu sos tiram - 1/2 kiub ayam - Lada hitam - Daun bawang (hiris halus) Cara penyediaan: 1. Blend bawang merah, bawang putih, cili padi, halia & akar ketumbar. 2. Masukkan bahan blend tadi & masukkan air, palm sugar/brown sugar, sos ikan & kiub ayam. 3. Rebus sehingga likat. Tutup api & masukkan serbuk limau nipis, limau nipis & daun ketumbar. Siap sos. 4. Tumis bawang merah, bawang putih. 5. Masukkan ayam kis...

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR Haaaa.. Entri kali ni TB buat khas buat sahabat teman si 3 suku tu.. Kasih namanya.. anaknya yang hensem bernama Fahri tu suka sangat dengan Dinosaur ni.. Fahri suka panggil "Dino" nama pendek haiwan ni.. Hehehe..  Dah banyak koleksi Dino Fahri kumpul.. Dari Dino saiz kecik hinggalah ke saiz besar, dari yang jenis keras hinggalah ke jenis lembut, siap boleh bergerak-gerak, dan ada bunyi-bunyi lagi..  So, kali ni TB nak tujukan entri ni untuk Kasih dan Fahri.. haha.. korang tengok dan baca tau! hahahaha..  Nama Dinosaur Beserta Gambar  Haaa.. Korang pernah tengok Dinosaur kan? Maksud TB tengok kat Movie la, bukan yang real.. haha.. TB suka tengok Filem kisah Dinosaur ni, macam Jurassic Park tu ke kan.. kartun Dinosaur pun TB sukaaa.. haha.. Antara kartun yang TB suka The Good Dinosaur.. Si Arlo yang bertengkuk panjang tu.. hehehe.. Comel sangat... Jenis ni dipanggil  Brontosaurus tau.. Tapi sebenarnya ...
  Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai Bahan-bahan :- -Ketam -1 Batang Serai (saya blend sekali dgn bwg) -10 keping Daun limau purut -Daun Ketumbar -Cili api (saya tak guna pun) -Bawang Merah blend -Bawang Putih blend -Halia blend -Asam Keping -2 Sudu Serbuk Kari -3 Sudu Cili Giling -2 Sudu Cili Thai (saya guna kiub tomyam maggi) -Gula & Garam sedikit Cara Memasak :- -Rebus ketam -Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti -Panaskan minyak -Masukkan bahan blend dan serai hingga naik bau -Masukkan cili giling dan kari hingga pecah minyak, kemudian Paste cili thai. -Dah pecah minyak masukkan Air rebusan ketam tadi ikut suka byk mana -Masukkan asam keping, gula dan garam. -Masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut. -Dah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi sebati -Enjoyyy Kredit Resepi : mahfuzah ami n