RESEPI NASI MINYAK, AYAM MASAK MERAH
DAN DALCA DAGING



NASI MINYAK
______________
BAHAN-BAHAN:
πŸ’’10 pot beras basmathi
πŸ’’2 helai daun pandan (ikat)
πŸ’’2 batang serai (ketuk)
πŸ’’1 cawan kismis
πŸ’’1 batang kulit kayu manis
πŸ’’4 kuntum bunga lawang
πŸ’’4 kuntum bunga cengkih
πŸ’’5 biji buah pelaga
πŸ’’Gula melaka (agak2)
πŸ’’Garam secukup rasa
πŸ’’Pewarna oren
πŸ’’4 sudu besar minyak sapi
πŸ’’5 sudu besar minyak jagung
BAHAN KISAR:
πŸ’’4 labu bawang besar
πŸ’’6 ulas bawang putih
πŸ’’3 inci halia

CARA:
πŸ‘‰Basuh beras bersih dan rendam
20 minit pastu tapis..Letak beras
dalam rice cooker.
πŸ‘‰Panaskan minyak dan minyak sapi
Tumis rempah 4 sekawan, masukkan
bahan kisar, d.pandan dan serai,
tumis sampai wangi.
πŸ‘‰Masukkan Air 10 sukat ikut sukatan
beras..dan gula melaka serta garam.
bila dah mendidih tuangkan dalam beras.
masukkan kismis.
πŸ‘‰Nasi dah masak buat lubang banyak2
dan titikkan pewarna oren..tutup semula dalam
10 minit pastu baru godak nasi tu
guna garpu supaya nasi tak hancur.

AYAM MASAK MERAH
______________________
BAHAN-BAHAN:
πŸ’’2 ekor Ayam (1 ekor potong 12)
πŸ’’5 kuntum bunga cengkih
πŸ’’5 kuntum bunga lawang
πŸ’’5 biji buah pelaga
πŸ’’1 batang kulit kayu manis
πŸ’’Gula
πŸ’’Garam
πŸ’’1 cawan sos cili
πŸ’’1 cawan sos tomato
πŸ’’1 pokok daun sup
πŸ’’1 tin kacang pis
πŸ’’2 sudu besar minyak jagung
πŸ’’3 sudu besar minyak sapi
BAHAN KISAR:
πŸ’’Cili kering (ikut kepedasan dan selera)
πŸ’’5 labu bawang besar
πŸ’’7 ulas bawang putih
πŸ’’3 inci halia

CARA:
πŸ‘‰Basuh ayam lumur dengan serbuk
kunyit sikit pastu goreng setengah
masak.. Asingkan
πŸ‘‰Panaskan minyak dan minyak sapi,
tumis rempah 4 sekawan dan bawang
kisar sampai wangi..
πŸ‘‰Masukkan cili kisar tumis sampai
betul2 pecah minyak..masukkan
cili sos, tomato sos, gula garam.
πŸ‘‰Masukkan ayam dan daun sup,
slowkan api biarkan mereneh..
bila dah masak taburkan kacang pis.

DALCA DAGING
________________
BAHAN-BAHAN:
πŸ’’1 mangkuk daging (hiris nipis)
πŸ’’Kacang dhal (rendam 1 jam)
πŸ’’1 kotak kecil santan
πŸ’’5 sudu besar serbuk kari daging
πŸ’’Rempah 4 sekawan
πŸ’’Gula
πŸ’’Garam
πŸ’’3 sudu besar minyak sapi
πŸ’’2 sudu besar minyak jagung
✔BAHAN KISAR:
πŸ’’20 tangkai cili kering(rebus)
πŸ’’4 labu bawang besar
πŸ’’5 ulas bawang putih
πŸ’’2 inci halia
✔SAYUR:
πŸ’’7 tangkai kacang panjang
πŸ’’2 biji terung
πŸ’’8 biji kcang bendi
πŸ’’1 batang carrot
πŸ’’1 biji nenas
πŸ’’3 ketul kentang
πŸ’’5 tangkai cili hijau(potong 2)

✔CARA:
πŸ‘‰Panaskan minyak dan minyak sapi,
Tumis bahan kisar sampai pecah
minyak dan wangi, masukkan serbuk
kari dan rempah 4 sekawan.
πŸ‘‰Masukkan daging, bila daging dah empuk masukkan kacang dhal,kentang dan carrot
πŸ‘‰Masukkan gula garam..Santan
dan semua bahan sayur.. slowkan
api godak je pelan2.. Siap...

Post a Comment

Lebih baharu Lebih lama

TB MOBILE

tengkubutang nity

GA New