5 Sebab Mengapa Aplikasi Penghantaran Bahan Makanan Dapat Membantu Waktu PKP Ini

grocery delivery

5 Sebab Mengapa Aplikasi Penghantaran Bahan Makanan 
Dapat Membantu Waktu PKP Ini


Sebelum ni TB selalu perhatikan jiran-jiran yang selalu order makanan dan barang runcit guna aplikasi. TB pula memang agak mundur bab yang ni. haha.. Sehinggalah tiba waktu pandemik ni barulah berjinak-jinak untuk mencuba Aplikasi penghantaran barang runcit atau lebih mudah nak sebut grocery delivery .  Pernah lah beberapa kali TB cuba servis grocery delivery ni, guna Runner pun pernah. Cuma biasalah kan.. kadang-kadang terasa agak mahal pulak upah runner tu.. walauapapun, TB ok je... anggap saja sedekah ketika kegawatan macam ni.. Kita tak tahu struggle orang macam mana kan.. 

Haa.. bagi korang yang belum pernah menggunakan servis penghantaran bahan makanan / barangan runcit ni, mari TB share sikit info tentang ni .


Aplikasi Servis Penghantaran Bahan Makanan  / Grocery Delivery

Servis penghantaran bahan makanan / barang runcit / grocery delivery membolehkan pelanggan membeli dan menerima barang runcit tanpa meninggalkan rumah mereka. Aplikasi ini mengalami pertumbuhan yang besar semasa pandemik COVID-19. Aplikasi penghantaran barang runcit mana yang paling baik bergantung pada tempat tinggal seseorang, kedai mana yang cenderung mereka beli, dan anggarannya. 

Bagaimana Aplikasi Servis Penghantaran Bahan Makanan / Barang Runcit berfungsi? 

Aplikasi penghantaran barang runcit membolehkan pengguna memilih dan memesan barang runcit secara langsung melalui aplikasi. Sebilangan besar aplikasi penghantaran barang runcit adalah perkhidmatan langganan. Ini bermaksud pengguna membayar yuran tahunan atau bulanan sebagai tambahan kepada tanda harga barangan runcit. 

Pengguna juga mempunyai pilihan untuk memberi petunjuk kepada pemandu penghantaran. Sebilangan besar aplikasi menyimpan/save senarai runcit sebelumnya, menjadikannya mudah untuk memesan item yang sama sekali lagi. 

Sekiranya item yang dipesan pengguna tiada, pembeli boleh menghubungi pengguna mengenai penggantian, menukar order sendiri atau membiarkan item tersebut tidak termasuk dalam senarai. Pilihan yang ada bergantung pada aplikasi dan pilihan yang ditunjukkan oleh pengguna. Apa yang menarik, pengguna dapat melihat harga bahan makanan / bahan runcit sebelum membuat pesanan. 

Aplikasi penghantaran barang runcit adalah pilihan yang mudah bagi orang yang ingin mengelak dari keluar ke kedai runcit dan menjimatkan masa untuk membeli makanan. Terdapat banyak aplikasi penghantaran barang runcit yang tersedia untuk dimuat turun pada kedua-dua peranti Apple dan Android. Pilihlah yang mana satu asalkan memudahkan urusan kita.




Aplikasi Servis penghantaran bahan makanan/barang runcit mungkin juga bermanfaat untuk : 
  • Orang kurang upaya fizikal yang membataskan kemampuan mereka untuk membeli-belah di kedai 
  • Orang yang mempunyai sistem imun yang lemah dan ingin mengelakkan diri dari keluar di khalayak ramai 
  • Semasa musim sejuk dan selesema 
  • Orang yang mengalami gangguan kecemasan sosial, gangguan tekanan pasca trauma, atau keadaan kesihatan mental lain yang boleh membuat belanja menjadi tertekan 
  • Wanita yang baru lepas bersalin atau pembedahan 
  • Ibu bapa atau penjaga yang sibuk

GROCERY DELIVERY


5 Sebab Mengapa Aplikasi Penghantaran Bahan Makanan 
Dapat Membantu Waktu PKP Ini


1. MENGURANGKAN KESESAKAN 
Aplikasi penghantaran bahan makanan dapat membantu waktu PKP ini kerana dengan menggunakan aplikasi penghantaran, kita dapat mengurangkan jumlah orang di kedai, dapat mengelakkan kesesakan diluar sana dan dapat membataskan diri dari berisiko dijangkiti Covic19, dengan itu secara tidak lansung kita juga dapat melindungi kesihatan individu dan awam. 


 2. MUDAH
Hal ini sangat menguntungkan pelanggan dan Pekedai itu sendiri. Ketika pandemik ini semua orang termasuk pelanggan dan pekedai juga pastinya mahu menghadkan pergerakan selagi boleh, sehingga nak order makanan pun kalau boleh tekan butang je terus hantar kepada pelanggan atau pelanggan pula hanya mahu makanan sampai depan dia,  tak perlu nak berasa risau untuk ke kedai yang ditakuti pernah dikunjungi pesakit covic19 . 

Haa.. itu kalau lapar nak makan, kalau yang jenis suka masak sendiri tapi malas nak keluar beli bahan makanan/masakan pulak? macam mana? Haaa.. sebab itu wujud nya Aplikasi Penghantaran Bahan Makanan ni. Memudahkan semua orang sangat-sangat.


BERATUR PANJANG IKUT SOP


3. TIDAK PERLU BERATUR PANJANG
Pernah lah TB pesan Hubby belikan barang di satu pasaraya tu, tunggu punya tunggu tak muncul-muncul pun hubby nya.. Sampai nak dekat 1 jam menunggu dia dirumah. TB pun whatsapp dan tanya lah kenapa lambat, dia pun send gambar orang tengah beratur panjang didepan dia.. Allahu.. Penatnya lah melihat.. Dari situ lah TB dah jarang nak pesan-pesan barang sebab dah tau kena beratur panjang gitu. Lagipun situ jelah pasaraya yang ada pun dekat rumah TB. Rata-rata pengunjung memilih pasar awam berkenaan sebab disitu terdapat barangan keperluan yang lengkap selain berjaya mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) yang dikenakan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Haa.. Dari situasi macam ni lah pentingnya menggunakan aplikasi penghantaran bahan makanan, Aplikasi penghantaran bahan makanan membolehkan pelanggan memesan bahan makanan hanya dengan satu sentuhan butang. Pelanggan boleh menjadualkan pesanan mereka untuk masa yang disukai jika perlu. Tak perlu lagi nak beratur panjang untuk membeli barang keperluan dan bahan makanan. 


REVIEW


4. MUDAH NAK PILIH KEDAI SEBAB ADA REVIEW
Guna Aplikasi Penghantaran Bahan Makanan ni banyak kelebihannya dan sangat membantu pengguna dalam membuat pesanan / belian . Apa yang menarik ialah, kalau guna aplikasi penghantaran bahan makanan ini, kita boleh baca setiap ulasan atau penilaian / review dari pelanggan yang telah menggunakan aplikasi tersebut. Dari situ kita dapat menilai dengan mudah dan berpeluang mengambil pengalaman orang sebelum membuat pesanan. dan kita juga boleh tinggalkan review atau maklum balas kita tentang apa yang kita dah order / pesan di aplikasi tersebut untuk dijadikan panduan untuk pelanggan lain.


SAVE MONEY



5. MENJIMATKAN WANG KERANA ADA  DISKAUN / PROMOSI: 
Pernah tak korang dapat harga yang murah ketika membeli sesuatu menggunakan Aplikasi tetapi harga itu korang takkan dapat apabila membeli di kedai? Haaa.. ini yang TB nak cerita dengan korang ni. Kebanyakan aplikasi rata-ratanya selalu menawarkan promosi atau diskaun kepada pelanggan.Tawaran / Diskaun akan tertera di aplikasi tersebut dimana semua info / maklumat mengenai waktu / hari tawaran tertentu bermula, turut dipaparkan maklumat promosi lain yang boleh kita grab.

Ekonomi yang merudum ketika Pandemik ini sememangnya menguji kehidupan semua orang. Pastinya semua berusaha untuk kawal perbelanjaan harian termasuklah dalam urusan membeli bahan mentah untuk memasak dan keperluan  runcit lain. Pastinya pada waktu inilah paling sesuai kita menggunakan apa sahaja yang boleh menyenangkan kita .  

 
PANDAMART


Order Bahan Makanan dan Barang Runcit  Guna Aplikasi pandamart

haa.. banyak aplikasi servis penghantaran yang boleh korang guna untuk beli bahan makanan untuk dimasak, barangan keperluan dan barang runcit  dan antara aplikasi servis penghantaran yang korang boleh cuba ialah  Pandamart by Foodpanda

Memandangkan sekarang ni semuanya di hujung jari, foodpanda telah meluaskan perniagaan mereka melalui pandamart. Dengan pandamart, korang boleh memesan barangan keperluan seperti barangan runcit, kecantikan dan produk penjagaan bayi. Antara rakan niaga mereka ialah S & J Co Gift Shop, Shell Select, Matahari dan Vapempire.

Sekarang ni kalau susu habis ke, kopi habis ke, atau  bahan mentah habis ke, tak perlu risau dah.. order je di Pandamart (install aplikasi ni dulu yea) dan  kedai foodpanda  akan menyampaikan semua barangan runcit melalui aplikasi foodpanda. Kini Pembelian dalam talian setiap hari menjadi mudah. Pilih apa sahaja dari bahan makanan hingga minuman hingga kesihatan hingga farmaseutikal dan juga elektronik. 

Pergi ke checkout dan penunggang kedai foodpanda akan berada di depan pintu korang. 

Kelebihan beli di Pandamart :
✔️ tiada nilai pesanan minimum 
✔️ pilih kedai runcit kegemaran anda 
✔️ barang berpatutan setiap hari dihantar 
✔️ Masa penghantaran purata 25 minit

Haa.. sekarang dah nampak tak pentingnya aplikasi servis penghantaran makanan ketika waktu PKP ni? Harap ia memudahkan semua orang lah yea.. 


Note :
photo extract from Google



14 Ulasan

  1. Aah mmg bagus guna runner ni.. keep using runner ya. Tq..

    BalasPadam
  2. Mdm dah alert app dan kemudahan mart melibatkn runner . Haa tak try je lagi. Dah aim dah ni... Tunggu masa sesuai je. Sokong semua 5 sebab sangat relevan situasi sekarang. Jom install Pandamart.

    BalasPadam
  3. sekarang ni agak renyah nak beli barang dapur sebab nak kena beratur panjang macam ni padahal nak beli barang sikit je. Penat beratur nak masuk, kena beratur masa nak bayar lagi. Bila ada apps ni memudahkan sangat

    BalasPadam
  4. memang memudahkan ditambah pula dengan suasana sekarang yang perlu menjaga kebersihan dan juga SOP. bila menggunakan apps ni lebih mudah :)

    BalasPadam
  5. Senang sangat bila ada servis macam ni kan. Yang sibuk dan tak ada masa nak keluar boleh guna servis ni. Jimat masa

    BalasPadam
  6. ye TB !! atie pun tak rajin nak beratur panjang, nak memilih, pegi timbang apa segala.. haih.. semua dah hujung jari sekarang ni tinggal nak manfaatkan atau tidak je.. hee~

    BalasPadam
  7. Sejak bermula pkp bulan 3 aritu, ada la jugak bbrp kali guna perkhidmatan grocery delivery. Tapi belum pernah guna lagi Pandamart. Nanti saya cuba download.

    BalasPadam
  8. Paling mudah beli secara online aje buat masa ni, sebab tak terdedah dengan jumpa orang ramai.. cuma kalau betul nak berbelanja, bolehlah keluar ke pasaraya sebab takut ada benda yang takde di online.. tapi takat barang runcit sedia guna tu, beli online aje kannn

    BalasPadam
  9. Senang bila ada servis penghantaran macam ni. Jimat masa dan tenaga. Beri pendapatan juga pd mereka yg offer servis ni

    BalasPadam
  10. saya memang cuka guna foodpanda. senang, tak perlu keluar rumah. dalam masa sama boleh tolong rider tambah pendapatan jgk

    BalasPadam
  11. :) memang most of the time i guna Foodpanda untuk order my makanan now.. senang! tapi tak explore lagi Pandamart ni.. boleh try la nanti..

    BalasPadam
  12. Memang mudah sangat guna apps time pkp ni. Jenuh nak berbaris kalau pergi kedai

    BalasPadam
  13. abe kie beli brg dapur pd hujung minggu je. Jadi bila brg dapur abis pd hari bekerja alangkah malasnya nak pi pasar beli itu ini. Dah la jln jem...nak cari parkir pun susah. Jd dgn ada pandamart ni mmg memudahkan kerja, kan?

    BalasPadam
  14. Sekarang dah mudah dah nak beli brg2 dapur cara online mcm Servis penghantaran bahan makanan / barang runcit dan jimat masa

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama