Langkau ke kandungan utama

BERSUSAH-SUSAH DAHULU



BERSUSAH-SUSAH DAHULU 

TB terpesona dengan perkongsian mommy ini tentang betapa pelbagai pengalaman mencabar membesarkan anak-anak sebenarnya menjadikan kita ibu bapa yang bertanggungjawap. Bertanggungjawap mendidik anak-anak menjadi seorang insan yang berjaya dunia akhirat. 


Namun disebalik cara kita itu, pastinya ada impak disebaliknya samada positif mahupun negatif. 


Bila anak umur 1 bulan, rasa penatnya nak jaga bayi yang masih tak tahu siang dan malam dalam keadaan masih dalam berpantang. 😴




Bila anak umur 7 bulan, rasa penatnya nak kejar anak dan "selamatkan" anak bila hampir terjatuh ketika fasa lasak merangkak dan memanjat. 👶


Bila anak umur 8 bulan, penatnya nak melayan kehendak anak yang mahu berkepit 24 jam dengan kita kerana tengah "peak season" fasa "separation anxiety". 🙃


Bila anak umur 1 tahun, rasa penatnya nak mengejar anak yang siang malam berjalan sambil memunggah barang. 🏃‍♂️


Bila anak umur 1 tahun 6 bulan, rasa penatnya nak mengawal sikap mengamuk tanpa sebab anak. 😡


Bila anak umur 2 tahun, rasa penatnya nak membalas pertanyaan demi pertanyaan tentang segala benda kepada kita sambil menghadapi fasa merajuk anak. 🤪


Bila anak umur 2 tahun 6 bulan, rasa penatnya untuk memastikan anak boleh uruskan diri sendiri termasuklah penat nak mengelap lantai semasa proses "potty training". 👾


Jika mak ayah pernah rasa "penat" sepanjang anak umur 0-3 tahun, TAHNIAH saya ucapkan kerana mak ayah dah buat perkara yang betul. ❤


Saya kata begini sebab saya dah jumpa ramai mak ayah yang dah tersilap langkah apabila pilih "senang" dahulu semasa menjaga anak sewaktu waktu genting ini.😢


Bila anak melasak merangkak kemana-mana di rumah, buka TV. 


Bila anak mula tak duduk diam, beri gadget. 


Bila anak mula "menyanyi", dimintanya anak untuk diam. 


Bila anak mula nak potpet, disumbatnya punting tiruan sebab bising. 


Bila anak mula mengamuk pukul orang lain, dilayankan amukan dengan beri segala benda yang anak mahu. 


Bila anak nak belajar makan sendiri, disuapkan sebab tak mahu bersepah. 


Apabila kita pilih senang dahulu, di masa hadapan pasti lagi susah. 🌋


Apabila anak mula terlewat perkembangan bahasa disebabkan 24 jam dengan gadget, 


Anak tak belajar becakap apabila 24 jam dengan puting tiruan, 


Anak tak hormat mak ayah jika mak ayah tak pernah beritahu tindakannya salah,


Anak tak reti uruskan diri sendiri walaupun dah umur 6 tahun. 


Setiap didikan yang kita berikan kepada anak semasa kecil membentuk peribadinya. 💎


Setiap kali terasa penatnya nak menghadap ragaman anak semasa ini, kenanglah kembali teletah anak sejak dari lahir sehingga sekarang. Saat itu, kita akan tersedar kembali yang anak membesar hanya sekali. Anak tidak akan jadi bayi selamanya, tidak akan selamanya 24 jam dengan kita dan tidak akan selamanya "obsess" dengan kita. 🤱


Anak "obsess" dengan kita sewaktu ini kerana kitalah dunia mereka. Sampai satu masa apabila anak mula sedar kewujudan dunia yang lebih luas dan menarik, pasti kita rindu saat ini. ❤


Jadi, saya ucapkan SELAMAT BERSUSAH-SUSAH kepada semua mak ayah yang mempunyai anak kecil. 😅😅😅


Terima kasih, silakan SHARE sekiranya bermanfaat untuk diri dan orang lain. 




Kredit : Maryam Jamadi

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI

  RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI Bahan (Sos): - 3 biji bawang merah - 5 ulas bawang putih - Cili padi merah & hijau - 1/2 inci halia muda - 3 batang akar ketumbar - 3 sudu Palm sugar/brown sugar - 1/2 kiub ayam - 3 sudu sos ikan - 1 sudu serbuk limau nipis - 3 biji limau nipis (ambik jus) - Daun ketumbar (hiris) Bahan (Sotong & inti): - Sotong (perap dengan 1/2 biji lemon & 1 sudu olive oil selama sejam - 2 biji kentang (lenyek & rebus) - 1 mangkuk kecil ayam kisar - 1 biji bawang besar (dadukan) - 3 ulas bawang putih (cincang) - 3 sudu sos tiram - 1/2 kiub ayam - Lada hitam - Daun bawang (hiris halus) Cara penyediaan: 1. Blend bawang merah, bawang putih, cili padi, halia & akar ketumbar. 2. Masukkan bahan blend tadi & masukkan air, palm sugar/brown sugar, sos ikan & kiub ayam. 3. Rebus sehingga likat. Tutup api & masukkan serbuk limau nipis, limau nipis & daun ketumbar. Siap sos. 4. Tumis bawang merah, bawang putih. 5. Masukkan ayam kis...

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR Haaaa.. Entri kali ni TB buat khas buat sahabat teman si 3 suku tu.. Kasih namanya.. anaknya yang hensem bernama Fahri tu suka sangat dengan Dinosaur ni.. Fahri suka panggil "Dino" nama pendek haiwan ni.. Hehehe..  Dah banyak koleksi Dino Fahri kumpul.. Dari Dino saiz kecik hinggalah ke saiz besar, dari yang jenis keras hinggalah ke jenis lembut, siap boleh bergerak-gerak, dan ada bunyi-bunyi lagi..  So, kali ni TB nak tujukan entri ni untuk Kasih dan Fahri.. haha.. korang tengok dan baca tau! hahahaha..  Nama Dinosaur Beserta Gambar  Haaa.. Korang pernah tengok Dinosaur kan? Maksud TB tengok kat Movie la, bukan yang real.. haha.. TB suka tengok Filem kisah Dinosaur ni, macam Jurassic Park tu ke kan.. kartun Dinosaur pun TB sukaaa.. haha.. Antara kartun yang TB suka The Good Dinosaur.. Si Arlo yang bertengkuk panjang tu.. hehehe.. Comel sangat... Jenis ni dipanggil  Brontosaurus tau.. Tapi sebenarnya ...
  Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai Bahan-bahan :- -Ketam -1 Batang Serai (saya blend sekali dgn bwg) -10 keping Daun limau purut -Daun Ketumbar -Cili api (saya tak guna pun) -Bawang Merah blend -Bawang Putih blend -Halia blend -Asam Keping -2 Sudu Serbuk Kari -3 Sudu Cili Giling -2 Sudu Cili Thai (saya guna kiub tomyam maggi) -Gula & Garam sedikit Cara Memasak :- -Rebus ketam -Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti -Panaskan minyak -Masukkan bahan blend dan serai hingga naik bau -Masukkan cili giling dan kari hingga pecah minyak, kemudian Paste cili thai. -Dah pecah minyak masukkan Air rebusan ketam tadi ikut suka byk mana -Masukkan asam keping, gula dan garam. -Masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut. -Dah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi sebati -Enjoyyy Kredit Resepi : mahfuzah ami n