Langkau ke kandungan utama

BORANG POSLAJU - RUANG UNTUK ISI MAKLUMAT KECIL SANGAT!

Hemm.. semalam teman dah start guna Form Poslaju yang baru tu, baru la bagi teman.. kalau bagi korang yang biasa mengepos barang guna Poslaju mungkin dah tak rasa slip poslaju tu baru kann.. 

ha3.. teman masih guna yang lama pun sebab stock slip poslaju yang lama masih banyak lagi.. dan memandangkan pihak Poslaju pun masih menerimapakai slip poslaju yang lama tu, maka kami pun terus menggunakan .. kasi perabih lah kan.. jangan membazir.. ye dakkk? 
Slip Poslaju Baru (terkini)
heee.. Ok lah, tujuan teman up gambo slip poslaju atas ni ada kerana nak meluahkan rasa kepayahan teman semasa menulis/mengisi form/slip Poslaju ni.. cer tengok Slip Poslaju kat atas ni.. yang ni baru punya slip tau.. kecik sikit, comel.. tapi.. masalahnya ruang nak menulis detail tu kecik bebeno.. nak tulis description barangan nak di pos tu pun, alahaii.,... korang tengok sendiri la.. kecikknyeee,, 

bukan payah apa, tapi payah dari segi nak mengecikkan tulisan sendiri yang dah sedia kecik.. jenuh weh.. dapat pulak alamat customer yang panjang berjela.. mana nak sumbat? takkan nak tulis rapat2 sampai takde space? kang tak faham lak poslaju nak membacanya.. ye dakk? 
Slip Poslaju yang lama
Haaa.. teman suka slip/borang Poslaju yang lama ni, besar dan senang nak tulis.. orang bertulisan beso pun takde masalah nak menulis borang ni kan.. alamat panjang pun tak risau sebab banyak ruang untuk menulis.. kadang rasa nak tanya je nape pihak Poslaju tukar borang Poslaju kepada yang kecil macam kat atas tu.. hu2,, takpelah.. guna ajelah.. banyak bunyi lak yea.. 



Ulasan

  1. kat item tu xpyh la tls pnjg2 TB, just ringkasan je...

    BalasPadam
  2. mula-mula memang rasa tak best nak isi borang yg baru tu, tapi dah lama2 kalau setiap hari isi dah biasa :):) ruangannya comel sangat:)

    BalasPadam
  3. Tips: guna kan pen mata halus hahaha

    BalasPadam
  4. terpaksa jugaklah kecikkan sedikit tulisan kan..hihi

    BalasPadam
  5. betul tu..dhla tulisan kita ni dah terbiasa gajah,..haha..

    BalasPadam
  6. Apa beza dia ada kilo ada plsatik tu x fhm

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI

  RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI Bahan (Sos): - 3 biji bawang merah - 5 ulas bawang putih - Cili padi merah & hijau - 1/2 inci halia muda - 3 batang akar ketumbar - 3 sudu Palm sugar/brown sugar - 1/2 kiub ayam - 3 sudu sos ikan - 1 sudu serbuk limau nipis - 3 biji limau nipis (ambik jus) - Daun ketumbar (hiris) Bahan (Sotong & inti): - Sotong (perap dengan 1/2 biji lemon & 1 sudu olive oil selama sejam - 2 biji kentang (lenyek & rebus) - 1 mangkuk kecil ayam kisar - 1 biji bawang besar (dadukan) - 3 ulas bawang putih (cincang) - 3 sudu sos tiram - 1/2 kiub ayam - Lada hitam - Daun bawang (hiris halus) Cara penyediaan: 1. Blend bawang merah, bawang putih, cili padi, halia & akar ketumbar. 2. Masukkan bahan blend tadi & masukkan air, palm sugar/brown sugar, sos ikan & kiub ayam. 3. Rebus sehingga likat. Tutup api & masukkan serbuk limau nipis, limau nipis & daun ketumbar. Siap sos. 4. Tumis bawang merah, bawang putih. 5. Masukkan ayam kis...

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR Haaaa.. Entri kali ni TB buat khas buat sahabat teman si 3 suku tu.. Kasih namanya.. anaknya yang hensem bernama Fahri tu suka sangat dengan Dinosaur ni.. Fahri suka panggil "Dino" nama pendek haiwan ni.. Hehehe..  Dah banyak koleksi Dino Fahri kumpul.. Dari Dino saiz kecik hinggalah ke saiz besar, dari yang jenis keras hinggalah ke jenis lembut, siap boleh bergerak-gerak, dan ada bunyi-bunyi lagi..  So, kali ni TB nak tujukan entri ni untuk Kasih dan Fahri.. haha.. korang tengok dan baca tau! hahahaha..  Nama Dinosaur Beserta Gambar  Haaa.. Korang pernah tengok Dinosaur kan? Maksud TB tengok kat Movie la, bukan yang real.. haha.. TB suka tengok Filem kisah Dinosaur ni, macam Jurassic Park tu ke kan.. kartun Dinosaur pun TB sukaaa.. haha.. Antara kartun yang TB suka The Good Dinosaur.. Si Arlo yang bertengkuk panjang tu.. hehehe.. Comel sangat... Jenis ni dipanggil  Brontosaurus tau.. Tapi sebenarnya ...
  Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai Bahan-bahan :- -Ketam -1 Batang Serai (saya blend sekali dgn bwg) -10 keping Daun limau purut -Daun Ketumbar -Cili api (saya tak guna pun) -Bawang Merah blend -Bawang Putih blend -Halia blend -Asam Keping -2 Sudu Serbuk Kari -3 Sudu Cili Giling -2 Sudu Cili Thai (saya guna kiub tomyam maggi) -Gula & Garam sedikit Cara Memasak :- -Rebus ketam -Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti -Panaskan minyak -Masukkan bahan blend dan serai hingga naik bau -Masukkan cili giling dan kari hingga pecah minyak, kemudian Paste cili thai. -Dah pecah minyak masukkan Air rebusan ketam tadi ikut suka byk mana -Masukkan asam keping, gula dan garam. -Masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut. -Dah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi sebati -Enjoyyy Kredit Resepi : mahfuzah ami n