Langkau ke kandungan utama

Pakej Thai Massage di Relax Time | KL Festival City Mall


Relax Time - Beauty & Spa | Sebagai wanita yang berkerjaya, pastinya setelah bertungkus lumus bekerja seharian, kadang-kadang badan dah semakin lemau dan tiada stamina untuk meneruskan kerja-kerja seterusnya..  Melakukan kerja bagaikan terpaksa adalah sesuatu yang buat diri kita tidak enjoy dengan pekerjaan yang sedang kita lakukan.. cewah.. pandai teman menggunakan susunatur ayat kali ni. kann.. 

heeee.. Yang beno nya.. teman nak citer pasal tempat mengurut untuk perempuan ni haaa.. Alkisahnya malam tadi selepas selesai mengemas barang di kedai, teman dan encik hubby miaw2 pergi lea cari makan.. mula2 cari nasi ayam depan Pasaraya Ong Tai Kim (OTK) Gombak tu, tutup lea pulok.. dia buka siang je kot.. sebab dah dua kali mai malam asyik tutup je.. 
heee.. fikir punya fikir nak makan apa.. akhirnya gi Mali's Corner pekenan Nasi Lemak dia.. Mula2 teman teringin nak makan kuehteow.. pehtu disebabkan malas nak beratur.. teman order Nasi lemak ajelah senang.. heee.. hubby yang beratur.. hehehehe.. Nak beratur panjang sangat wooo.. Malam tadi entah kenapa ramai sangat orang.. sebab hujan kot, perut semua jadi lapo pastu berteduh sekali la kot sambil makan.. ye dakk..? hu3..

Lepas makan hubby ajak singgah Festival Mall jap, sebab nak bagi teman tengok Sony Experia C3 tu, Dalam cadangan nak beli henfon baru sebenarnya ni.. tapi kena hold dulu sebab nak beli barang untuk bisnes yang lebih penting.. Tapi saja nak survey2 dulu.. ada duit nanti baru beli.. hu3.. disebabkan teman asyik nak Samsung aje.. taknak jenama lain dah.. Hubby pun bawak tengok henfon Sony Experia C3, memang asyik suggest beli yang tu aje.. entah apa yang eloknya teman pun taktau.. last2 bila dah tengok depan mata.. errr.. teruss jatuh cinta.. harga pun tak lea mahal sangat.. suka suka sukaa... heee.. tapi tak beli lagi.. tunggu duit masyukk dulu .. heee..

Haa.. lepas tu, masa jalan-jalan dalam Festival mall tu kan.. teman terjumpalah tempat mengurut ni.. suasana dia macam besttt jeee.. balik rumah terus Google Relax Time ni.. heee.. kalau dapat luangkan masa di Relax Time ni kan best.. pergh.. heaven rasanya.. merehatkan minda dan meregangkan otot2 serta urat2 yang tersumbat or masuk angin dengan urutan / Thai Massage!! bestnya.. ini ibarat seperti reward untuk diri sendiri setelah seharian kepenatan.. Masa untuk memanjakan diri lea pulak yea.. jom baca info dan serba sedikit tentang Relax time

============= CHILL OUT , ​​MASA UNTUK BEREHAT ! =========== 
Mengidamkan rasa santai berpunca dari rahmat yang dialami? Relax Time adalah apa yang anda perlukan untuk berehat dari kesibukan setiap hari. Rehatkan hari anda dengan sentuhan urutan Siam kami. Kami cadangkan  anda untuk mempunyai satu atau dua jam untuk Bersantai Masa setiap hari untuk memantulkan suasana baru yang segar serta semua yang baik dalam diri kita dalam meneruskan perlumbaan setiap hari dalam kehidupan.

Kami memberi penekanan kepada rawatan penjagaan kesihatan urut Thai , dengan pati diimport sepenuhnya oleh kami , matlamat kami adalah untuk pelanggan-pelanggan kami pulang dengan perasaan seperti dilahirkan semula , dicaj semula , recoverered , dihidupkan semula secara mental, fizikal dan rohani.
Ditubuhkan sejak tahun 2007 di Kuala Lumpur, semua ahli terapi diiktiraf Thai kami adalah terlatih , secara rasmi disahkan , dan benar-benar layak untuk menyediakan perkhidmatan urut tradisional profesional.

Dengan sekurang-kurangnya 10 tahun pengalaman bekerja , semua ahli terapi kami ( berumur 30 ke atas) dilatih untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris yang ringkas dan Mandarin untuk melayani anda dengan  lebih baik.

Namun demikian , Kami adalah salah satu daripada beberapa syarikat-syarikat yang memperolehi kedua-dua lesen perniagaan yang beroperasi untuk kedua-dua refleksologi kaki dan urutan badan , pada dasarnya , forte kami adalah penjagaan kesihatan mutlak urut tradisional. Sila semak senarai rawatan - Urutan Tradisional Thai, Aroma Minyak urut, Terapi Herba dan refleksologi kaki.

========== KONSEP KAMI ========= KONSEP KAMI ======== KONSEP KAMI ========
Masa berehat bertujuan untuk mengimbangi dan mendapatkan vibe/Aura positif dalam  tubuh manusia. Ia menggabungkan elemen-elemen air , tanah & batu dan menggunakan semua pati semulajadi yang diperolehi daripada alam semula jadi .

Setelah menetapkan langkah-langkah dalam pusat membeli runcit , Relax Time bertujuan untuk menyediakan cara yang tepat untuk merelakskan diri kepada semua pembeli & keluarga.

Lawati kami & biar kita membebaskan minda anda untuk satu atau dua jam ! Waktu operasi kami adalah dari 10:00-22:00 setiap hari.


====================== Pakej Yang Terdapat di Relax Time ====================

Jom memanjakan diri jom.. mesti lepas tu korang rasa nak datang lagi kot.. teman yang nengok dari luar pun dah teruja.. aishh.. kalaulah dapat merasa merehatkan minda dengan Thai Massage di relax Time.. fuhhh.. terbaekkk... 
================================== Alamat ================================
Relax Time in Kuala Lumpur
(Relax Time Branch Listing)
KL Festival City Mall, No. Lot S 54, 2nd Floor, 
Jalan Taman Ibu Kota, Taman Danau Kota, 53300, 
Setapak, Kuala Lumpur
Tel 03-4144 3022
Website : www.relaxtime.com.my
Business Hours
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
10:00 AM – 10:00 PM

Source from :
Relax Time
Visit n Like :
Facebook Relax Time

Picture Nasi Lemak Mali's Corner & 
Sony Experia C3 --> Google

Ulasan

  1. Nmpk ok harganya. Tp jauh la kita nak pegi..

    BalasPadam
  2. Dh try ari ni... 1st time pegi... not bad... setakat ni mmg puas ati... selama ni pegi massage kt m**jaka***i buat sakit ati je... dh la tukang urut nye bangsa asing (myanmar lg!). Nti nk pegi lg... ;)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI

  RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI Bahan (Sos): - 3 biji bawang merah - 5 ulas bawang putih - Cili padi merah & hijau - 1/2 inci halia muda - 3 batang akar ketumbar - 3 sudu Palm sugar/brown sugar - 1/2 kiub ayam - 3 sudu sos ikan - 1 sudu serbuk limau nipis - 3 biji limau nipis (ambik jus) - Daun ketumbar (hiris) Bahan (Sotong & inti): - Sotong (perap dengan 1/2 biji lemon & 1 sudu olive oil selama sejam - 2 biji kentang (lenyek & rebus) - 1 mangkuk kecil ayam kisar - 1 biji bawang besar (dadukan) - 3 ulas bawang putih (cincang) - 3 sudu sos tiram - 1/2 kiub ayam - Lada hitam - Daun bawang (hiris halus) Cara penyediaan: 1. Blend bawang merah, bawang putih, cili padi, halia & akar ketumbar. 2. Masukkan bahan blend tadi & masukkan air, palm sugar/brown sugar, sos ikan & kiub ayam. 3. Rebus sehingga likat. Tutup api & masukkan serbuk limau nipis, limau nipis & daun ketumbar. Siap sos. 4. Tumis bawang merah, bawang putih. 5. Masukkan ayam kis...

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR Haaaa.. Entri kali ni TB buat khas buat sahabat teman si 3 suku tu.. Kasih namanya.. anaknya yang hensem bernama Fahri tu suka sangat dengan Dinosaur ni.. Fahri suka panggil "Dino" nama pendek haiwan ni.. Hehehe..  Dah banyak koleksi Dino Fahri kumpul.. Dari Dino saiz kecik hinggalah ke saiz besar, dari yang jenis keras hinggalah ke jenis lembut, siap boleh bergerak-gerak, dan ada bunyi-bunyi lagi..  So, kali ni TB nak tujukan entri ni untuk Kasih dan Fahri.. haha.. korang tengok dan baca tau! hahahaha..  Nama Dinosaur Beserta Gambar  Haaa.. Korang pernah tengok Dinosaur kan? Maksud TB tengok kat Movie la, bukan yang real.. haha.. TB suka tengok Filem kisah Dinosaur ni, macam Jurassic Park tu ke kan.. kartun Dinosaur pun TB sukaaa.. haha.. Antara kartun yang TB suka The Good Dinosaur.. Si Arlo yang bertengkuk panjang tu.. hehehe.. Comel sangat... Jenis ni dipanggil  Brontosaurus tau.. Tapi sebenarnya ...
  Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai Bahan-bahan :- -Ketam -1 Batang Serai (saya blend sekali dgn bwg) -10 keping Daun limau purut -Daun Ketumbar -Cili api (saya tak guna pun) -Bawang Merah blend -Bawang Putih blend -Halia blend -Asam Keping -2 Sudu Serbuk Kari -3 Sudu Cili Giling -2 Sudu Cili Thai (saya guna kiub tomyam maggi) -Gula & Garam sedikit Cara Memasak :- -Rebus ketam -Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti -Panaskan minyak -Masukkan bahan blend dan serai hingga naik bau -Masukkan cili giling dan kari hingga pecah minyak, kemudian Paste cili thai. -Dah pecah minyak masukkan Air rebusan ketam tadi ikut suka byk mana -Masukkan asam keping, gula dan garam. -Masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut. -Dah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi sebati -Enjoyyy Kredit Resepi : mahfuzah ami n