Langkau ke kandungan utama

RESEPI KEBAB DAGING SEDAP DAN MUDAH!

 RESEPI KEBAB DAGING SEDAP DAN MUDAH!


Hai.. Assalammualaikum.. Teman baru buka mesej kat Page Tengkubutang.com tadi.. Baru terperasan rupanya ada 2 mesej belum dibaca.. yang satu tu tanya pasal blog.. yang satu lagi tanya pasal Resepi Kebab Daging.. Teman pun godek lah dalam blog Resepi Kebab Daging tu.. ingat nak share terus je link resepi dari blog ni kan.. rupa-rupanya..alahai.. teman tak buat lagi entri Resepi Kebab Daging ni.. alahai.. baru buat entri gambar je hari tu.. huhu.. memang ada kata nak bagi Resepi dalam entri seterusnya.. tapi itulah.. terlupaaaa.. sorry sangat-sangat kepada yang tertunggu-tunggu Resepi Kebab Daging ni yea.. huhuhu.. (macam ramai je yang menunggu yea.. perasannn.. )


Haaa.. dah alang-alang rakan kita ni bertanya.. teman tepek kan teruslah resepinya yea.. elok jugak.. sebab teman memang terlupa sangat nak letak resepi tu.. yang benarnya resepi ni hubby teman yang punya resepi.. so.. tu yang asik tertangguh aje nak buat entri Resepi Kebab Daging ni.. hee.. nak mintak kerjasama tu payah beno.. hahahaha.. ok lah.. jom kita tengok resepi kebab daging sedap dan mudah ni!

RESEPI KEBAB DAGING SEDAP DAN MUDAH!

Bahan-Bahan :
Daging Cincang

Sedikit Minyak Untuk Menggoreng (sikitt je tau) 

Bawang besar 1 biji - Potong Dadu

Tomato - Potong Dadu

Sos Tomato- 1 sudu kecil (Nak guna Tomato Puri pun ok)

Sos Cili- 1 sudu kecil

BBQ sauce (kalau ada)

Mayonis (teman guna ni ganti BBQ Sauce)

Sos tiram - 1 sudu

mix vegi

Daun Salad (Hiris Halus, nak letak sekeping-sekeping pun boleh.. ikut suka hati)

roti pita kebab- 3 keping di belah 2 - (masa last nanti time nak letak inti tu pastikan Roti tu di panaskan dalam kuali tanpa melekat (teman guna pemanggang ajaib je) macam salai2 gitu je.. jangan hangus lak yea!! 

Cara-cara :
1. Masak daging cincang tu kejap, sampai air daging agak2 kering.

2. Masukkan sos tomato, sos cili, bbq sauce, sos tiram, perasa. Masak sampai daging dan sos sekata.

3. Bile daging dah masak, masukkan bawang, mix vegi dan kacau sampai masak...

3. Dah agak-agak semua masak, tutup api.. last sekali baru masuk tomato yang dipotong dadu tadi     
    bersama salad yang dihiris nipis.. gaul kan.. 

4. Panaskan Roti dalam Kuali Tanpa lekat (pemanggang ajaib) untuk bagi tekstur roti tu lembut sikit..

5. Masukkan inti dalam roti sampai habis.. Siap!


Selamat mencuba!

jom intai RESEPI untuk berbuka puasa..

PELBAGAI RESEPI MENU BERBUKA PUASA



Jom join group telegram dibawah untuk info yang bermanfaat..  

Info Ibu Hamil 
https://t.me/ibuhamilmalaysia

Info Resepi 
https://t.me/ResepiKampungku

Info Motivasi 
https://t.me/katasemangathidup



Ulasan

  1. uiiihhhh sggh menggoda arrghhhh

    BalasPadam
  2. sadis bila baca bulan puasa ni ... iman kuat iman kuat ... heheheee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alalala.. Jangan risau.. Masih kuat iman awak.. Hihihi

      Padam
    2. Alalala.. Jangan risau.. Masih kuat iman awak.. Hihihi

      Padam
  3. waaaaa.. lapar pulak.. salah time singgah sini.. hehe

    BalasPadam
  4. Assalam..tq utk resepi..sy dah buat td..mmg ringkas n mudah..1family pun suke..tq utk perkongsian resipi..gambar xsmpat nak.snap..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI

  RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI Bahan (Sos): - 3 biji bawang merah - 5 ulas bawang putih - Cili padi merah & hijau - 1/2 inci halia muda - 3 batang akar ketumbar - 3 sudu Palm sugar/brown sugar - 1/2 kiub ayam - 3 sudu sos ikan - 1 sudu serbuk limau nipis - 3 biji limau nipis (ambik jus) - Daun ketumbar (hiris) Bahan (Sotong & inti): - Sotong (perap dengan 1/2 biji lemon & 1 sudu olive oil selama sejam - 2 biji kentang (lenyek & rebus) - 1 mangkuk kecil ayam kisar - 1 biji bawang besar (dadukan) - 3 ulas bawang putih (cincang) - 3 sudu sos tiram - 1/2 kiub ayam - Lada hitam - Daun bawang (hiris halus) Cara penyediaan: 1. Blend bawang merah, bawang putih, cili padi, halia & akar ketumbar. 2. Masukkan bahan blend tadi & masukkan air, palm sugar/brown sugar, sos ikan & kiub ayam. 3. Rebus sehingga likat. Tutup api & masukkan serbuk limau nipis, limau nipis & daun ketumbar. Siap sos. 4. Tumis bawang merah, bawang putih. 5. Masukkan ayam kis...

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR Haaaa.. Entri kali ni TB buat khas buat sahabat teman si 3 suku tu.. Kasih namanya.. anaknya yang hensem bernama Fahri tu suka sangat dengan Dinosaur ni.. Fahri suka panggil "Dino" nama pendek haiwan ni.. Hehehe..  Dah banyak koleksi Dino Fahri kumpul.. Dari Dino saiz kecik hinggalah ke saiz besar, dari yang jenis keras hinggalah ke jenis lembut, siap boleh bergerak-gerak, dan ada bunyi-bunyi lagi..  So, kali ni TB nak tujukan entri ni untuk Kasih dan Fahri.. haha.. korang tengok dan baca tau! hahahaha..  Nama Dinosaur Beserta Gambar  Haaa.. Korang pernah tengok Dinosaur kan? Maksud TB tengok kat Movie la, bukan yang real.. haha.. TB suka tengok Filem kisah Dinosaur ni, macam Jurassic Park tu ke kan.. kartun Dinosaur pun TB sukaaa.. haha.. Antara kartun yang TB suka The Good Dinosaur.. Si Arlo yang bertengkuk panjang tu.. hehehe.. Comel sangat... Jenis ni dipanggil  Brontosaurus tau.. Tapi sebenarnya ...
  Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai Bahan-bahan :- -Ketam -1 Batang Serai (saya blend sekali dgn bwg) -10 keping Daun limau purut -Daun Ketumbar -Cili api (saya tak guna pun) -Bawang Merah blend -Bawang Putih blend -Halia blend -Asam Keping -2 Sudu Serbuk Kari -3 Sudu Cili Giling -2 Sudu Cili Thai (saya guna kiub tomyam maggi) -Gula & Garam sedikit Cara Memasak :- -Rebus ketam -Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti -Panaskan minyak -Masukkan bahan blend dan serai hingga naik bau -Masukkan cili giling dan kari hingga pecah minyak, kemudian Paste cili thai. -Dah pecah minyak masukkan Air rebusan ketam tadi ikut suka byk mana -Masukkan asam keping, gula dan garam. -Masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut. -Dah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi sebati -Enjoyyy Kredit Resepi : mahfuzah ami n