Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

14 Ogos 2013

CEMBURU ::: AKU NAK KAU RASA APA AKU RASA..

Ha2.. Macam ni pun ada...? tak boleh terima kenyataan, 
tak boleh nengok orang kurus dari dia.. maka inilah jadinya... 
ha2.. yang si kurus tu terkejut giler nengok berat dia dasyatt giler.. huh3.. 

Sebenarnya dari gambar ini jugalah teman ingin kongsikan tentang sikap yang tak elok yang kita x sedar kadang tiba2 datang dalam diri kita.. iaitu Sikap cemburu yang tidak sihat.. (mintak dijauhkanlah hendaknya yeaa.. ) Cemburu? Cemburu ni ada bermacam2 cemburu.. ada Cemburu kerana sayang.. ada Cemburu kerana irihati dengan kejayaan orang lain, ada Cemburu kerana ingin jadi seperti orang yang berjaya tu.. macam2 lagilah jenis cemburu.. bagi teman semua bentuk cemburu ni tak salah selagi kita pandai mengawal sikap cemburu agar tak melebihi dos yang dibenarkan.. (aishh.. ayat doktor nih..).. bole jea nak cemburu.. asalkan ada batasnya.. maksud teman.. kalau nak cemburu kerana sayang, pastikan cemburu itu bukan cemburu yang keterlaluan.. biarlah biasa2 aje.. dont sekali-kali Cemburu Buta hokeh! (kalau dgn hubby teman selalu jea ckp Cemburu Batu.. muahaha..) dalam perhubungan couple/bertunang/suami-isteri janganlah terlalu cemburu buta kalau boleh.. kerana cemburu kategori ini bahaya weh.. So, pandailah control sikap cemburu tu yea.. seimbangkan dgn kasih sayang agar tak melebih2 cemburunya.. tahuuu??

Cemburu kerana irihati dengan kebahagiaan orang lain? aishh.. ni lagi beso n boleh jadi dasyat kalau dibiarkan perasaan tu berkembang dalam jiwa.. bila tengok kawan tu senang n bahagia.. dia jadi tak senang duduk.. ada jea plan nak huru-hara kan hidup kawan tu.. haaa.. jangan jadi rupa ni yea.. 

Cemburu dengan kejayaan orang lain, dan berusaha tingkatkan diri untuk jadi lebih baik dan dapat menandingi kejayaan orang yang kita cemburu tu.. hoh? yang ni memang cemburu yang sihat ... cemburu macam ni lah yang elok kita ikut.. dalam cemburu2 tu kita berjaya tingkatkan hidup kita jadi lebih baik.. kita ibaratkan orang yg kita cemburu tu seperti idola kita, hingga kita berusaha gigih untuk jadi seperti dia.. 

Namun kalau ada sikap cemburu PHD lain pulak.. tolonglah jauhkan dari sikap cemburu yang ni yea.. tersangat2lah tak elok..Perasaan Hasad Dengki (PHD)---penyakit hati paling Kronik, termasuk dalam kategori cemburu gak ni.. tapi.. yang ni adalah cemburu yang PALING TIDAK SIHAT... bila mana hati menjadi hitam dan ada saja yang tak kena pada orang lain dimatanya.. sedangkan dia tidak pernah memandang kekurangan dirinya sendiri, tidak pernah bermuhasabahdiri, dan  tidak pernah mengenangkan dosa2 silamnya, yang dia tahu kalau aku susah.. aku nak ko pun rasa mcm mana aku susah, kalau aku kena tipu, aku nak ko pun rasa mcm mana aku kena tipu, kalau aku tak bahagia.. aku nak ko pun rasa mcm mana aku rasa.. hemm..jangan terkejut.. memang ramai yang macam ni diluar sana.. moga kita dijauhkan dari sifat mazmumah ini yea rakan2 blogger semua.. 

PALING SAKIT


haiii.. hari ni entri Wordless Wednesday kan?? heee... so, teman x nak ngomel panjang2.. cer tengok gambo atas ni.. antara no. 1, no. 2, no. 3 dan no. 4.... yang mana satu korang rasa paling SAKIT kalau korang sendiri yang kena? heh heh heh ... sila tinggalkan komen dibawah yea.. =P



#photo extract from google

13 Ogos 2013

DAPAT DUIT RAYA!!! YEAY!!

Hari ni dapat berita gumbira.. heee....teman dapat duik rayaaa.. yeaaayy.. my lovely hubby kasik.. jumlahnya? ha2.. rahsia.. jumlah kat atas ni kurang dari yg hubby teman kasik.. hubby teman kasik lebih dari tuuu.. waaa.. syukur Alhamdulillah.. apalagi.. misi menyimpan terus.. xmo membazir.. he3..
Buat myluv miaw2.. (jangan ada yg geli yeaa.. ini ditujukan buat my hubby.. hik3) 
 
terimakasih sebab bagi duik raya yg mengejutkan tahun ni. memang x sangka pun dh tua tagun dapat duik raya lagi.. meh meh meh.. =P .. tapi ..kalau xde duik raya pun teman still love u so much cyg.. duit bukan segalanya, teman sayang miaw2 hingga akhir hayat teman.. wlupun ini baru tahun kedua kita beraya bersama, namun dah banyak susah payah n pengalaman pahit kita hadapi bersama.. moga selama2nya kita bersama.. Aminn..

Pssstt::: baju masih tema purple.. heeeee.. lupa lak nak bagi tau.. doodle tu teman lukis sendiri jugak.. okeh x?? ha3.. henyot benyot pun doodle gak namanya kann.. lalalalala.. 

THE SMURFS 2


Klik SINI kalau nak tau apa2 cerita tentang The SMURF 2 nih.. 


Sapa dah tengok citer niii?? best takkk?tentulea best kannn.. animasi tercomel yg buat kanak2 or org dewasa tersenyum melihatnya.. (errr.. ker teman sorang yang berperasaan demikian??) alaaa.. tauu.. korang semua pun tentu suka citer ni kannn.. kalau x suka pun, tentu patung mainannya korang suka n letak dalam keta kann.. (yg ni bukan teman yeaa.. ha2) 

heeee.. bukan kata budak2 jea suka citer ni.. teman pun suka tauuu.. kalau tak dapat tengok wayang xpe lea.. teman akan gigih jugak cari VCD or Download ke apa ke, janji dapat tengok.. best tengok askar biru yg cumey2 ni.. cutee.. suka sangatt.. ha2.. kalau ada depan mata, teman picit2 deme ni.. ha2..



hemm.. baru teringat.. The Smurf 1 pun teman x tengok abes.. tertido .. alahai.. kena tengok balik ni.. nanti x paham jalan citer lak kan.. =P

apa2 pun.. enjoy ur movie hokeh.. tataaaa..

CERITA RAYA AIDILFITRI 2013 - 1 - IPOH

Haiiiii... Assalammualaikum semuaaaa.. rindunyaaa kat blog ni.. rindu kat korang.. rindu kat semuaaaa.. teman ada jugak jenguk2 blog kawan2.. tapi x sempat nak komen byk2.. mana2 yg sempat teman singgah tu ada lea dua tiga komen teman tinggalkan namun nak bw sepenuhnya x dapek.. sebab guna Note payah bebeno.. hu3.. haa.. hari ni baru lea teman sempat buat entri terbaru.. teman nengok korang semua time raya pun sempat gak publish entri raya yea.. dasyatttt.. 

okeylah.. untuk entri yg 1st selepas raya ni, teman nak share gambo raya teman dengan family belah Ipoh.. heeee.. gambo katon jea.. lukis senirik je pun.. klu buruk jgn ngata.. kalau lawo sila puji.. hak3.. pasan!
haaa.. tahun lepas raya pertama di kg suami, tahun ni plak raya pertama di kg teman lea pulok kan.. pada mulanya teman ingatkan kat raya kat ipoh ni cuma 3 family aje.. tengok2 kakak yg sulung pun ada raya pertama tu.. waaa.. agak excited nak bergambor ramai2 bila KORUM dah cukup kan.. selalu mana sempat nak bergambo ramai2 macam ni.. asik x cukup korum jea.. haa.. kali ni memang cukup KORUM, So gigih lea gi umah sedara mintak sedara yg amikkan gambo kami semua.. haaa.. so, xde yg tercicir dah sebab fotografer pun bukan ahli keluarga kan.. ha2.. puas hati teman.. hepi sgt2.. =)

haaa.. tengoklah atas ni... Gambo teman bersama Family teman.. heee.. memang syok sangat raya tahun ni bila teman berjaya aturkan sesi bergambo satu family.. Apa yg teman rasa, raya tahun ni di sebelah ipoh meriah dari sebelumnya.. yesss...!! yang kat Tepen (kg hubby teman) usah cakaplah.. tiap2 tahun meriah.. macam kendurii.. ramaii.. hepiii.. heee... keluarga beso lea katakannn..cuma agak frust, sebab xde gambo teman n my hubby masa di Tepen.. hope raya haji ni dapat bergambo dengan mak ayah tepen n semua yang lain.. harus ingatkan dekat hubby takut dia terlupa lagi.. almaklumlea.. masing2 bz menyambut tetamu yg datang beraya.. x putus2.. ramai giler.. tapi meriahhh.. suka suasana macam tu.. =)
yang ni gambo teman bersama en. hubby.. tema kami tahun ni kaler PURPLE.. baju n tudung semua 
en. hubby yang pilih kan.. ha2.. pakej lagi tu.. masa raya pertama hari tu kami bergambo n hupload lea foto ni dekat FB, sekali ramai giler yang tema baju rayanya PURPLE.. aishhh.. udah rupa hari purple sedunia jea.. huk2.. tahun depan kami nak lain dari yg lain lak.. =P

07 Ogos 2013

DOA SAMBUT SYAWAL..

Ya Allah Ya Tuhan Kami, dengan keberkatan bulan Syawal yang mulia ini, turunkanlah rahmat dan keberkatan kepada kami semua, ampunilah dosa kami semua, masukkanlah kami semua kedalam SyurgaMu dan jauhkanlah kami dari seksaan api NerakaMu,.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, kurniakanlah kami kesihatan, keselamatan, kesejahteraan, kebahagian, ketenangan dan kegembiraan kepada kami semua, perbaikilah hubungan diantara kami dan mesrakanlah diantara hati-hati kami dan tunjukkanlah kepada kami jalan-jalan yang membawa kepada kebajikan di dunia dan lepaskanlah kami dari kegelapan dosa dan jauhkanlah kami dari segala kekejian sama ada zahir ataupun yang tersembunyi daripadanya..

Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Terpuji, Engkaulah yang Maha Pemurah dan yang Maha Kaya, kurniakanlah keberkatan kepada rezeki yang Engkau kurniakan kepada kami semua khususnya rezeki yang Engkau Kurniakan kepada tuan rumah ini (sebutkan nama tuan rumah) seisi keluarga, dengan rahmatMu yang Ya Karim.. Ya Arhamarrahimin.... 

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah usaha ziarah hari raya ini sebagai usaha yang diberkati dan dirahmati, segala amal perbuatan baik kami diterima dan jadikanlah kami semua hamba-hambaMu yang sentiasa bersyukur ke atas nikmat kurniaanMu.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, jadikanlah pertemuan kami ini pertemuan yang dirahmati dan perpisahan kami selepasnya nanti, perpisahan yang sentiasa terpelihara. Permudahkanlah urusan kami dan sempurnakanlah semua pekerjaan kami dengan segala kebaikan, dengan rahmatMu, Ya ArhamarRahimin.. 

DOA HARIAN RAMADHAN - HARI KE - 29

Yeayyy!! esok RAYAaaaa!!!
Selamat Hari Raya Maaf  Zahir Batin buat rakan2 blogger semua, mohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa sepanjang berblogging ni.. kut teman ada tersindir sape2 kew.. terkata sapew2.. terbuat sape2 tersentap kew.. atau terlupa FOLLOW korang lik ke.. lambat BW blog korang lik kew.. mana lea tau kan.. mohon dimaafkan yea.. heee.. moga raya tahun ni korang menyambutnya dengan suasana ceria n meriah dari tahun2 sebelumnya hokeh.. Assallammualaikum...
Lupa lak.. dah lama kita x berpuasa 30 hari kan.. kalau tahun ni kita berpuasa 30 hari.. ini doa untuk hari ke 30 hokeh.. okey.. salam lebaran buat semua.. makan ketupat lemang ingat teman disini hokeh..

#buat teman2 blogger yg singgah sini, InsyaAllah lepas raya ni teman akan cuba kunjungbalas balik yea.. harusss!! mestiii!! teman akan kunjungbalas walau lewat camne sekalipun.. okeh.. dunt worry..

HAPPY BALIK KAMPUNG SEMUAA!!

Haii.. SELAMAT HARI RAYAAAA.. Nama teman OYENnnn...
 Teman udah siap nak balik kampung ni wehh.. heee.. siap samping n songkok lagi nih.. tapi tengok2 tuan teman x bawak teman sekali upenyeee.. teman kena tinggal dengan si Butang.. huwarghhhhh.. sedih.. tambah2 dengo lagu P.Ramlee tadi.. isk.. sob.. sob..
Butang xde ucapan Raya sebab dia tengah tido lagi.. tido tido tido.. tu lea kojenyee.. aishh..

heeeeeee.. iklan je ni.. sebenonya teman tengah bersiap nak balik kg. ni.. tak sabo rasanya.. walaupun penat packing barang..(sebab rasa macam nak bawak lik satu lemari).. okehlah.. hubby dh bising tuu.. nak gerak jap lagi... heee.. jam di desktop kul 12.34 am.. kami gerak kul 1 nanti.. tataaaa.. heee...
dah sedia helmet dah.. tunggu siap jea... heee.. 
SELAMAT HARI RAYA SEMUAAAA..

06 Ogos 2013

DOA HARIAN RAMADHAN - HARI KE - 28


05 Ogos 2013

KL GANGSTER 2

Video trailer KL Gangster 2 pecah rekod Malaysia 

ini diaaaaa.. sambungan bagi filem KL Gangster.. tak sabo teman nak nengoknya..  jom baca kisahnya.. 

 Pastinya filem prequel KL Gangster 2 ialah filem yang paling ditunggu-tunggu oleh peminat dimana penayangannya di pawagan telah ditangguhkan sebanyak dua kali.Apa yang menarik tentang filem ini, rata-rata peminat yang menonton video trailer KL Gangster 2 di laman youtube menyamakannya sebagai setaraf dengan filem-filem Hollywood seperti The Fast & Farious 6.

Sejak secara rasminya dimuatnaik di laman youtube pada 1 Ogos lalu untuk tontonan peminat, video trailer berkenaan telah memecah rekod Malaysia berdasarkan perolehan views sebanyak 404,815 hanya dalam tempoh 5 hari.

Wow, cukup menakjubkan kan.. kerana tidak pernah ada filem Malaysia yang begitu cepat mendapat views melebihi 100,000 hanya dalam tempoh kurang dari 10 hari. Ini satu rekod dan sejarah baru dalam industri hiburan tempatan

Diharap, kehebatan aksi dalam video trailer itu tidak mengecewakan peminat yang mempunyai jangkaan tinggi. Apapun, setakat lima filem yang dihasilkan oleh Syamsul Yusof, tidak ada satu pun yang pernah mengecewakan kita selepas menontonnya. Semua filem beliau memang mantap dan hebat.

DOA HARIAN RAMADHAN - HARI KE - 27


04 Ogos 2013

DOA HARIAN RAMADHAN - HARI KE - 26


Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers