Nuff

14 Ogos 2013

CEMBURU ::: AKU NAK KAU RASA APA AKU RASA..

Ha2.. Macam ni pun ada...? tak boleh terima kenyataan, 
tak boleh nengok orang kurus dari dia.. maka inilah jadinya... 
ha2.. yang si kurus tu terkejut giler nengok berat dia dasyatt giler.. huh3.. 

Sebenarnya dari gambar ini jugalah teman ingin kongsikan tentang sikap yang tak elok yang kita x sedar kadang tiba2 datang dalam diri kita.. iaitu Sikap cemburu yang tidak sihat.. (mintak dijauhkanlah hendaknya yeaa.. ) Cemburu? Cemburu ni ada bermacam2 cemburu.. ada Cemburu kerana sayang.. ada Cemburu kerana irihati dengan kejayaan orang lain, ada Cemburu kerana ingin jadi seperti orang yang berjaya tu.. macam2 lagilah jenis cemburu.. bagi teman semua bentuk cemburu ni tak salah selagi kita pandai mengawal sikap cemburu agar tak melebihi dos yang dibenarkan.. (aishh.. ayat doktor nih..).. bole jea nak cemburu.. asalkan ada batasnya.. maksud teman.. kalau nak cemburu kerana sayang, pastikan cemburu itu bukan cemburu yang keterlaluan.. biarlah biasa2 aje.. dont sekali-kali Cemburu Buta hokeh! (kalau dgn hubby teman selalu jea ckp Cemburu Batu.. muahaha..) dalam perhubungan couple/bertunang/suami-isteri janganlah terlalu cemburu buta kalau boleh.. kerana cemburu kategori ini bahaya weh.. So, pandailah control sikap cemburu tu yea.. seimbangkan dgn kasih sayang agar tak melebih2 cemburunya.. tahuuu??

Cemburu kerana irihati dengan kebahagiaan orang lain? aishh.. ni lagi beso n boleh jadi dasyat kalau dibiarkan perasaan tu berkembang dalam jiwa.. bila tengok kawan tu senang n bahagia.. dia jadi tak senang duduk.. ada jea plan nak huru-hara kan hidup kawan tu.. haaa.. jangan jadi rupa ni yea.. 

Cemburu dengan kejayaan orang lain, dan berusaha tingkatkan diri untuk jadi lebih baik dan dapat menandingi kejayaan orang yang kita cemburu tu.. hoh? yang ni memang cemburu yang sihat ... cemburu macam ni lah yang elok kita ikut.. dalam cemburu2 tu kita berjaya tingkatkan hidup kita jadi lebih baik.. kita ibaratkan orang yg kita cemburu tu seperti idola kita, hingga kita berusaha gigih untuk jadi seperti dia.. 

Namun kalau ada sikap cemburu PHD lain pulak.. tolonglah jauhkan dari sikap cemburu yang ni yea.. tersangat2lah tak elok..Perasaan Hasad Dengki (PHD)---penyakit hati paling Kronik, termasuk dalam kategori cemburu gak ni.. tapi.. yang ni adalah cemburu yang PALING TIDAK SIHAT... bila mana hati menjadi hitam dan ada saja yang tak kena pada orang lain dimatanya.. sedangkan dia tidak pernah memandang kekurangan dirinya sendiri, tidak pernah bermuhasabahdiri, dan  tidak pernah mengenangkan dosa2 silamnya, yang dia tahu kalau aku susah.. aku nak ko pun rasa mcm mana aku susah, kalau aku kena tipu, aku nak ko pun rasa mcm mana aku kena tipu, kalau aku tak bahagia.. aku nak ko pun rasa mcm mana aku rasa.. hemm..jangan terkejut.. memang ramai yang macam ni diluar sana.. moga kita dijauhkan dari sifat mazmumah ini yea rakan2 blogger semua.. 

Related Posts

6 ulasan:

  1. ermm.. terima kaseh atas peringatan sesama kite.... ni lah masaalah yg kire hadapi sesama kite. sy nak tambah sikit, sebenarnye sifat cemburu ni dapat di kikis secare perlahan-lahan.

    Cemburu ini terhasil akibat sikap seseorang yg kuat berangan atau panjang angan-angan dan apebile anganannya tidak tercapai maka dia akan membuahkan rasa cemburu sekiranya orang lain yg mencapainya.

    BalasPadam
  2. Salam.

    Cemburu boleh, tapi biarlah yg jenis positif. Baru bawak keuntungan.
    Dari kita cemburu dan dengki dgn kejayaan org lain smpai nak menjatuhkannya, lagi bagus kalau kita lipat ganda usaha untuk kejar dia.

    BalasPadam
  3. ameen.. mintak dijauhkan dari sifat tu...

    BalasPadam
  4. Kalau saya suka tba2 berat badan mendadak sikit sebab ni kerap turun je, mana tak pengsan sana sini haha

    BalasPadam
  5. bagi anda yang mempunyai keluhan penyakit yang ad di bawah ini bisa mencobaynya dengan obat herbal tanpa efek samping
    obat herbal campak
    obat herbal vertigo akut
    obat herbal paru-paru basah
    obat herbal fistula ani

    BalasPadam

٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥
adik2, kakak2, abg2, ibu2, bapak2, pakcik2, dato2, tan sri2, maceh sebab sudi singgah n follow, meh lea komen sekali yea.. u olz mmg da gajus eh silap da gojes in da world lah! thanxxxx.. muah3 100000000000X buat u olz...!
٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ ٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙˜”*°•.·٠•●♥

GA New

Innity Mobile

nuffy2

BV2019 - 2