Sharing My Ceritera - Lifestyle Blogger

Featured Posts

26 Mei 2017

DOA HARIAN RAMADHAN | HARI PERTAMA

DOA HARIAN RAMADHAN | HARI PERTAMA

Ya Allah, jadikan puasaku di bulan ini sebagai puasa orang-orang yang berpuasa sebenarnya, shalat malamku di dalamnya sebagai orang yang shalat malam sebenar¬nya, bangunkan daku di dalamnya dari tidurnya orang-orang yang lalai. Bebaskan aku dari dosa-dosaku wahai Tuhan semesta alam. Maafkan aku wahai Yang Memberi ampunan kepada orang-orang yang berbuat dosa."

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

Shoping dan dapat Cashback balik? Bestnya.. jom daftar SHOPBACK Percuma sahaja. Lepas ni shopping apa-apa je dapat pulangan duit balik.. untung kan??

Shopping barang paling murah di website online! tak percaya? daftar SGSHOP dan start intai barang2 yang murah giler kat sini!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


25 Mei 2017

CONTEST OLDTOWN RIANG RAYA DAN MENANG 2017

CONTEST OLDTOWN RIANG RAYA
DAN MENANG 2017 

Wah.. macam-macam peraduan ada sempena nak sambut Ramadhan ni.. almaklumlah.. raya menyusul selepas Ramadhan.. so, time ramadhan ni la orang dok promote macam-macam sebab dah tahu time ni la sibuk nak mengumpul macam-macam untuk persediaan raya kan.. nak kumpul tu kena ada duit.. tapi kalau tak dapat membeli, boleh la try join contest-contest ni semua.. mana tahu rezeki kan.. ada yang nak join ke? 

SERTAI SEKARANG!! Menangi Sebuah Vespa S150 Atau Samsung Galaxy A7 Sebelum 25 Jun 2017!


Cara Menyertai

1. Beli mana-mana dua (2) mengambil bahagian produk OLDTOWN White Coffee (Hazelnut x2 atau Mocha x2) atau gabungan satu (1) setiap (Hazelnut x1, Mocha x1) dalam satu resit di mana-mana kedai runcit yang mengambil bahagian.

2. Snap gambar resit peruncit yang dicetak ini ( "Bukti Pembelian") dan yang dibeli dalam satu (1) foto sebagai bukti pembelian produk. The gambar Bukti Pembelian mesti mengandungi jumlah pembelian, nama outlet runcit, nombor resit dan tarikh pembelian dinyatakan dengan jelas.

3. Buka website  OLDTOWN White Coffee Facebook untuk borang penyertaan dan muat naik gambar Bukti Pembelian

Borang peraduan boleh diakses melalui:

i. Scan Kod QR dekat website Peraduan berkaitan Riang Raya dan Menang untuk Cetak Borang peraduan .

ii. Klik  pada tab "Riang Raya & Menang" di laman OLDTOWN White Coffee Facebook.

iii. Boleh juga melalui pautan ini: https://goo.gl/a89dWV

3. Kemukakan gambar Bukti Pembelian lengkap dengan butir-butir peribadi dan jawapan kepada soalan yang diberikan. Simpan resit asal bagi tujuan pengesahan.

Produk OLDTOWN White Coffee yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini ialah:

i. OLDTOWN White Coffee 3-in-1 Mocha

ii. OLDTOWN White Coffee 3-in-1 Hazelnut

Nak Join? 
yea! 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

Shoping dan dapat Cashback balik? Bestnya.. jom daftar SHOPBACK Percuma sahaja. Lepas ni shopping apa-apa je dapat pulangan duit balik.. untung kan??

Shopping barang paling murah di website online! tak percaya? daftar SGSHOP dan start intai barang2 yang murah giler kat sini!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


24 Mei 2017

DOA MENYAMBUT BULAN RAMADHAN


Assalammualaikum semua.. Hari ni TB nak kongsikan dengan semua, doa-doa untuk menyambut kehadiran Ramadhan yang insyaAllah akan tiba sabtu ini.. 27hb Mei 2017 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1438 . TB juga nak share dengan semua doaharian Ramadhan yang boleh kita baca untuk mendapatkan puasa yang lebih bermakna buat diri kita.. sambil-sambil berdoa tu.. selit-selit kan juga doa harian.. Doa ni dibaca ketika bersahur.

Try amalkan sampai 30 Ramadhan, manalah tahu kot masa tu Allah nak makbulkan kejap-kejap tu doa kita? hee.. pastikan doa yang baik-baik ajelah yea.. 

TB juga ada terbaca yang waktu-waktu paling afdal untuk berdoa salah satunya ialah ketika nak bersahur dan ketika nak berbuka puasa.. semasa azan tu maghrib tu.. cepat-cepat doa yea.. 

Harap dapat berpuasa dan mengumpul pahala dengan banyak. Dapat menambahkan lagi rezeki di bulan Ramadhan, dapat beramal dan melakukan amalan mulia dan meninggalkan amalan yang Allah murka. Semoga semuanya mendapat keberkatan di bulan Ramadhan.. Aamiinn.. 

Moga puasa kita diterima Allah sepenuhnya. Aamiinn..


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

Shoping dan dapat Cashback balik? Bestnya.. jom daftar SHOPBACK Percuma sahaja. Lepas ni shopping apa-apa je dapat pulangan duit balik.. untung kan??

Shopping barang paling murah di website online! tak percaya? daftar SGSHOP dan start intai barang2 yang murah giler kat sini!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page



SELAMAT DATANG YA RAMADHAN


SELAMAT DATANG YA RAMADHAN

Assalammualaikum semua.. TB harap semua sihat-sihat je yea.. Almaklumlah.. Lagi 3 hari kita nak sambut bulan Ramadhan dah. Nak kena pastikan sebelum bulan Ramadhan ni kita sentiasa berada dalam keadaan sihat dan ingat yea.. jaga kesihatan sebaik-baiknya. Moga Ramadhan tahun ini dapat kita lalui dengan mudah dan lancar.. InsyaAllah.. 

Harap dapat berpuasa dan mengumpul pahala dengan banyak. Dapat menambahkan lagi rezeki di bulan Ramadhan, dapat beramal dan melakukan amalan mulia dan meninggalkan amalan yang Allah murka. Semoga semuanya mendapat keberkatan di bulan Ramadhan.. Aamiinn.. 

Moga puasa kita diterima Allah sepenuhnya. Aamiinn..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

Shoping dan dapat Cashback balik? Bestnya.. jom daftar SHOPBACK Percuma sahaja. Lepas ni shopping apa-apa je dapat pulangan duit balik.. untung kan??

Shopping barang paling murah di website online! tak percaya? daftar SGSHOP dan start intai barang2 yang murah giler kat sini!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page

23 Mei 2017

5 RESEPI UDANG MUDAH DAN SEDAP!

5 RESEPI UDANG MUDAH DAN SEDAP!

TB tak makan udang, sebab TB elergik.. kalau makan kulit akan gatal-gatal.. tapi kalau hubby beli udang, TB boleh je masakkan untuk hubby TB.. Cuma hubby TB ni suka lah ikut TB, bila TB pantang.. dia pun ikut berpantang.. kesian pun ada.. kononnya kesian kalau dia makan, TB tengok aje.. alahai.. pasal bab makan ni.. hubby TB ni tak kenal lagi kot TB ni macam mana.. selagi TB boleh telan yang simple-simple tu.. Nasi dengan kicap pun TB lalu.. bukan TB berkira pun bab makan ni.. TB fikir.. janji kenyang.. sudah.. 

Nak buat macam mana kalau dah TB terpaksa berpantang makan yang gatal-gatal ni kan.. huhuhu.. redha je laaa.. takpe.. masa remaja dah puas makan macam-macam.. TB muhasabah diri je.. buat hubby yang membaca tu, kalau nak makan apa, beli je.. ketam ke udang ke sotong ke, boleh je TB masakkan.. TB tak makan pun tak salah kalau TB masakkan .. betul tak? Ok lah.. ni ada resepi udang yang boleh kita buat time bulan Ramadhan nanti.. heeee..

UDANG MASAK LEMAK CILI API
Bahan-Bahan:
1/2kg udang harimau
1/2kg santan pekat
1 cawan air
1 genggam kacang buncis
10-15 biji cili api - tapi kalau nak pedas lagi silalah tambah lagi cili apinya 
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 batang serai - dititik
Garam secukup rasa

Cara-Cara:
1. Tumbuk cili api, kunyit hidup, kunyit serbuk, halia dan sedikit garam sehingga lumat.
Kalau tak rajin kisar je dengan blender.
2. Masukkan semua bahan tumbuk dalam periuk bersama santan dan air.
3. Biarkan mendidih dengan menggunakan api sederhana dan kacau selalu
untuk elakkan santan menjadi tahi minyak.
5. Bila sudah mendidih masukkan udang bersama sedikit garam.
6. Tunggu mendidih sekali lagi masukkan kacang buncis yang dipotong serong
dan biarkan sekejap.
7. Rasa garamnya dan barulah tutup api dan hidangkan.


UDANG GORENG MENTEGA
Bahan-Bahan:
500gm udang harimau - siang, belah belakang, cuci bersih dan toskan
4 biji telur saiz kecil
1/2 cawan susu segar
1 pokok daun / kari daun ketumbar - hiris
7 biji cili api - hiris
Secubit garam
Sedikit mentega
Sedikit minyak masak

Cara-Cara:
1. Goreng udang hingga bertukar warna dan ketepikan. Pukul telur dengan susu segar, ketepikan.
2. Lebihan minyak tadi tambahkan dengan mentega.
3. Bila mentega mencair dan panas, tumiskan cili api dan daun kari / ketumbar.
4. Masukkan udang, kacau sebati dan masukkan pula campuran telur dan susu. Kacau sebati.
5. Biarkan seketika di atas api dan bolehlah dihidangkan.


BUTTER PRAWN

Bahan egg floss:
3 biji kuning telur
Minyak - untuk mengoreng

Cara-Cara:
1. Kuning telur dipukul dan panaskan minyak, tuangkan kuning telur tu kedalam minyak yang panas tadi sambil kacau sehala, kalau boleh mangkuk tu biar la tinggi sikit supaya telur tu jatuh tak terputus dan halus-halus baru la cantik jadinya.
2. Masak sampai warna dia kuning keemasan, minyak akan berbuih-buih tapi jangan risau abaikan je kacau je terus dan bila dah cukup warnanya angkat dan terus toskan kat atas tisu supaya tak banyak minyak nanti.

Bahan udang:
Udang - potong muncung dan ekor dia goreng sampai separuh masak
1/2 sudu kecil jintan manis
2 ulas bawang putih - dicincang
1/4 cawan susu cair
3 tangkai daun kari
4 biji cili api - dihiris
Serbuk lada sulah
1 sudu besar sos ikan 
1 sudu kecik gula
2 sudu besar butter
2 sudu besar minyak masak

Cara-Cara:
1. Panaskan minyak dan masukkan butter bila butter dah cair tumiskan bawang putih sampai wangi.
2. Masukkan daun kari, jintan manis dan cili api dan goreng sampai daun kari agak garing.
3. Masukkan susu cair, lada sulah, sos ikan dan gula masak hingga agak kering, lepas tu masukkan udang gaul rata dan tutup api sedia untuk dihidangkan. Letak udang dalam pinggan dan satukan dengan egg floss yang di buat tadi.


UDANG GORENG KUNYIT

Bahan-Bahan:
500gm udang - bersihkan dan toskan
1 biji cili merah - dipotong serong
1 biji cili hijau - dipotong serong
1 biji bawang besar - dipotong bulat
1 inci halia - dihiris
3 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah*
Sedikit kunyit hidup*
Garam
Serbuk perasa

Cara-Cara:
1. Tumbuk bahan yang bertanda *, tumiskan bahan tersebut bersama halia hingga kekuningan.
2. Masukkan udang, gorengkan hingga agak garing.
3. Sebelum angkat masukkan bahan yang dipotong.
4. Rasa garam dan perasa secukup rasa.
5. Angkat dan hidangkan.


PAPRIK UDANG

Bahan-Bahan:
10 ekor udang sederhana besar - dibersihkan dan digunting bahagian belakang
1 ulas bawang putih - dicincang
1sb lada merah - yang telah dikisar
Sedikit cili padi - dibelah tapi jangan putus
2 helai daun limau purut - disiat
1 batang serai - diketuk
1/2 biji bawang holland - di hiris kasar
2sb sos tiram
Sedikit sos cili
Sedikit kacang panjang, jagung muda, carrot - dipotong
Sedikit air
Minyak untuk menumis

Cara-Cara:
1. Panaskan minyak, masukkan bawang putih, lada kisar, cili padi,
 serai dan daun limau. Tumis hingga wangi. 
2. Masukkan sos tiram, sos cili dan sedikit air. Bila dah mendidih, masukkan udang,
bawang holand dan sayur yang telah dipotong tadi. Kacau rata dan rasakan garam.
Tak perlu letak garam sebab sos tiram dan sos cili dah cukup rasa masin dan manisnya.
3. Bila udang dah masak, tutup api, angkat dan hidangkan.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


22 Mei 2017

RESEPI PUDING ROTI YANG SEDAP DAN MUDAH!

RESEPI PUDING ROTI YANG SEDAP DAN MUDAH!

Haii.. Tak sangka lama juga TB dah tak buat Puding Roti ni, gara-gara dulu tak suka manis.. tapi saja nak try Resepi Puding Roti Farah Lee yang mudah dan sedap tu, TB pun buatlah sekali.. Tapi malangnya tak kena dengan tekak TB yang kurang suka manis sebelum ni..

Tapi sekarang.. hehehe.. entah kenapa dah suka manis-manis pulak dah.. tu yang ternampak resepi ni.. teringat pulak TB punya puding yang menggunakan Pemanggang Ajaib sebab TB takde oven time tu.. haha.. sekarang dah ada oven, bolehlah try guna oven lak.. tengok mana senang.. Tapi bagi TB guna Pemanggang Ajaib pun senang gak.. Nak tengok macam mana hasil Puding Roti TB? hang.. leh tengok kat llink ni -->Puding Roti Bersama Pemanggang Ajaib..

Ok lah.. Ni saja tepek sini resepi yang ni plak.. nampak macam senang jugak.. nak try resepi ni plak nanti..

Bahan-bahan ( 3-4 orang )
4 keping roti, disapu mentega
450ml susu segar
3 biji telur
25g gula
1 sudu besar tepung kastard

Cara-cara
1.Potong roti sesuka hati dan susun di dalam loyang.
2.Panaskan susu di atas api(jangan sampai mendidih).
3.Pukul telur dan gula sampai kembang dan masukkan susu yang telah dipanaskan.
4.Masukkan tepung kastard dan kacau hingga sebati.
5.Tuang campuran atas susunan roti. Biarkan selama 15min supaya roti kembang.
6.Bakar 20-30min pada suhu 180. Kemudian sejukkan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page

19 Mei 2017

OMAR DAN HANA SIRI ANIMASI TERBARU DARI DIGITAL DURIAN

OMAR DAN HANA SIRI ANIMASI
TERBARU DARI DIGITAL DURIAN

Wahhh.. patutlah baru-baru ni masa TB pasang lagu Didi and Friends dekat Youtube, tiba-tiba je keluar lagu Alhamdulillah.. Macam tak pernah dengar je yang tu, siap ada suara Papa dan mama pulak, So, TB pun intai la tengok TV, eh.. ada kartun animasi baru.. cantik dan comel lak tu.. Tang hujung-hujung penghabisan tu baru tahu dari Digital Durian gak, yang terbitkan Siri animasi popular Didi and Friends tu..
Haa.. apa lagi.. suka giler la baby harraz bila tengok tu, tersengih-sengih dia.. hihihi.. Rupa-rupanya selepas kejayaan besar animasi pra-sekolah mereka iaitu Didi & Friends, Digital Durian Animation Studio memperkenalkan siri animasi terbaru pula, iaitu Omar & Hana, yang memberi tumpuan kepada kandungan dan nurseri bertemakan unsur islamik..


Jom Kenali Watak Dalam 
Siri Animasi 3D Tersebut :

ini Omar ...

Omar , 
seorang budak 6 tahun yang merupakan seorang kekok, 
tetapi penyayang saudara bersama-sama 
dengan adiknya Hana.

Ini adik Omar, Hana

Hana
Seorang gadis berumur 4 tahun yang suka bercakap dan aktif. Adik-beradik ini juga disertai oleh ibu bapa mereka dan juga rakan-rakan mereka, Faris dan Sara.

Yang ni Faris, kawan baik Omar

Faris , 
kawan baik Omar. Seorang yang aktif walaupun berbadan besar. Suka mencuba sesuatu yang baru.

Ini Sara, kawan baik Hana

Sara, 
Sara ialah kawan baik Hana. Seorang yang lemah lembut 
dan sukakan bunga. Siapa dah tengok 
Sara dalam lagu 'Alhamdulillah' di YouTube?

yang ni mama Omar dan Hana

Jom kenali Mama :D Mama seorang yang penyayang dan lemah lembut. Mama suka memasak dan mengumpul resepi.

Ini Papa Omar dan Hana

Jom kenali Papa :D, Papa seorang yang sentiasa aktif dan ceria. Papa suka bermain dengan Omar dan Hana.

Video pertama Omar & Hana bertajuk, Alhamdulillah boleh ditonton di YouTube hari ini..


Waaahh.. baru je keluar Lagu Alhamdulillah sudah mencecah 1 juta views di You Tube! Cayalah.. dan dengar cerita InsyaAllah akan keluar lagi lagu baru dalam masa terdekat ini. dan antara yang baru keluar ialah lagu yang ditujukan khas untuk cikgu-cikgu sempena hari guru.

Oh ya.. kepada siapa yang belum dengar lagu Alhamdulillah atau nak dengar lagi, jom dengar di sini 


Wah! Terujanya! Omar & Hana akan keluar di Astro 7 hari lagi! Siapa yang nak tengok lagi lagu Omar & Hana ? Yeayyy.. Omar & Hana akan bersiaran di Astro Ceria, Astro Oasis, Astro Prima dan Astro Maya HD tak lama lagi!.. Jom kita sama-sama nantikan..Adik-adik dan mak-mak serta abah-abah dah sedia ke? hihihi.. Ada banyak lagu yang best untuk kita tengok nanti.. tak sabarnya TB dan baby.. hahahaha.. . Nantikan, akan datang di Astro! Sempena nak Ramadhan ni memang sesuai pun tengok Omar dan hana ni kan.. yezzzaaa..

Jom Like page Omar & Hana 

Hora Horey!

#OmarDanHana

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


Facebook SDK

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers