5 RESEPI UDANG MUDAH DAN SEDAP!

5 RESEPI UDANG MUDAH DAN SEDAP!

TB tak makan udang, sebab TB elergik.. kalau makan kulit akan gatal-gatal.. tapi kalau hubby beli udang, TB boleh je masakkan untuk hubby TB.. Cuma hubby TB ni suka lah ikut TB, bila TB pantang.. dia pun ikut berpantang.. kesian pun ada.. kononnya kesian kalau dia makan, TB tengok aje.. alahai.. pasal bab makan ni.. hubby TB ni tak kenal lagi kot TB ni macam mana.. selagi TB boleh telan yang simple-simple tu.. Nasi dengan kicap pun TB lalu.. bukan TB berkira pun bab makan ni.. TB fikir.. janji kenyang.. sudah.. 

Nak buat macam mana kalau dah TB terpaksa berpantang makan yang gatal-gatal ni kan.. huhuhu.. redha je laaa.. takpe.. masa remaja dah puas makan macam-macam.. TB muhasabah diri je.. buat hubby yang membaca tu, kalau nak makan apa, beli je.. ketam ke udang ke sotong ke, boleh je TB masakkan.. TB tak makan pun tak salah kalau TB masakkan .. betul tak? Ok lah.. ni ada resepi udang yang boleh kita buat time bulan Ramadhan nanti.. heeee..

UDANG MASAK LEMAK CILI API
Bahan-Bahan:
1/2kg udang harimau
1/2kg santan pekat
1 cawan air
1 genggam kacang buncis
10-15 biji cili api - tapi kalau nak pedas lagi silalah tambah lagi cili apinya 
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 batang serai - dititik
Garam secukup rasa

Cara-Cara:
1. Tumbuk cili api, kunyit hidup, kunyit serbuk, halia dan sedikit garam sehingga lumat.
Kalau tak rajin kisar je dengan blender.
2. Masukkan semua bahan tumbuk dalam periuk bersama santan dan air.
3. Biarkan mendidih dengan menggunakan api sederhana dan kacau selalu
untuk elakkan santan menjadi tahi minyak.
5. Bila sudah mendidih masukkan udang bersama sedikit garam.
6. Tunggu mendidih sekali lagi masukkan kacang buncis yang dipotong serong
dan biarkan sekejap.
7. Rasa garamnya dan barulah tutup api dan hidangkan.


UDANG GORENG MENTEGA
Bahan-Bahan:
500gm udang harimau - siang, belah belakang, cuci bersih dan toskan
4 biji telur saiz kecil
1/2 cawan susu segar
1 pokok daun / kari daun ketumbar - hiris
7 biji cili api - hiris
Secubit garam
Sedikit mentega
Sedikit minyak masak

Cara-Cara:
1. Goreng udang hingga bertukar warna dan ketepikan. Pukul telur dengan susu segar, ketepikan.
2. Lebihan minyak tadi tambahkan dengan mentega.
3. Bila mentega mencair dan panas, tumiskan cili api dan daun kari / ketumbar.
4. Masukkan udang, kacau sebati dan masukkan pula campuran telur dan susu. Kacau sebati.
5. Biarkan seketika di atas api dan bolehlah dihidangkan.


BUTTER PRAWN

Bahan egg floss:
3 biji kuning telur
Minyak - untuk mengoreng

Cara-Cara:
1. Kuning telur dipukul dan panaskan minyak, tuangkan kuning telur tu kedalam minyak yang panas tadi sambil kacau sehala, kalau boleh mangkuk tu biar la tinggi sikit supaya telur tu jatuh tak terputus dan halus-halus baru la cantik jadinya.
2. Masak sampai warna dia kuning keemasan, minyak akan berbuih-buih tapi jangan risau abaikan je kacau je terus dan bila dah cukup warnanya angkat dan terus toskan kat atas tisu supaya tak banyak minyak nanti.

Bahan udang:
Udang - potong muncung dan ekor dia goreng sampai separuh masak
1/2 sudu kecil jintan manis
2 ulas bawang putih - dicincang
1/4 cawan susu cair
3 tangkai daun kari
4 biji cili api - dihiris
Serbuk lada sulah
1 sudu besar sos ikan 
1 sudu kecik gula
2 sudu besar butter
2 sudu besar minyak masak

Cara-Cara:
1. Panaskan minyak dan masukkan butter bila butter dah cair tumiskan bawang putih sampai wangi.
2. Masukkan daun kari, jintan manis dan cili api dan goreng sampai daun kari agak garing.
3. Masukkan susu cair, lada sulah, sos ikan dan gula masak hingga agak kering, lepas tu masukkan udang gaul rata dan tutup api sedia untuk dihidangkan. Letak udang dalam pinggan dan satukan dengan egg floss yang di buat tadi.


UDANG GORENG KUNYIT

Bahan-Bahan:
500gm udang - bersihkan dan toskan
1 biji cili merah - dipotong serong
1 biji cili hijau - dipotong serong
1 biji bawang besar - dipotong bulat
1 inci halia - dihiris
3 ulas bawang putih*
3 ulas bawang merah*
Sedikit kunyit hidup*
Garam
Serbuk perasa

Cara-Cara:
1. Tumbuk bahan yang bertanda *, tumiskan bahan tersebut bersama halia hingga kekuningan.
2. Masukkan udang, gorengkan hingga agak garing.
3. Sebelum angkat masukkan bahan yang dipotong.
4. Rasa garam dan perasa secukup rasa.
5. Angkat dan hidangkan.


PAPRIK UDANG

Bahan-Bahan:
10 ekor udang sederhana besar - dibersihkan dan digunting bahagian belakang
1 ulas bawang putih - dicincang
1sb lada merah - yang telah dikisar
Sedikit cili padi - dibelah tapi jangan putus
2 helai daun limau purut - disiat
1 batang serai - diketuk
1/2 biji bawang holland - di hiris kasar
2sb sos tiram
Sedikit sos cili
Sedikit kacang panjang, jagung muda, carrot - dipotong
Sedikit air
Minyak untuk menumis

Cara-Cara:
1. Panaskan minyak, masukkan bawang putih, lada kisar, cili padi,
 serai dan daun limau. Tumis hingga wangi. 
2. Masukkan sos tiram, sos cili dan sedikit air. Bila dah mendidih, masukkan udang,
bawang holand dan sayur yang telah dipotong tadi. Kacau rata dan rasakan garam.
Tak perlu letak garam sebab sos tiram dan sos cili dah cukup rasa masin dan manisnya.
3. Bila udang dah masak, tutup api, angkat dan hidangkan.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sape nak voucher? ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...DLL )

Sila tekan: WHOHAA Terus register sahaja, 
PERCUMA! Free voucher ( KFC,TESCO,JUSCO,PIZZA HUT,IKEA...and another ) 
Please visit WHOHAA to join member . (join member for free ) 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik 8SHARE dan daftar FREE aje.. 

Share Iklan --> Orang KLIK--> Dapat DUIT!!! Nak tahu macam mana?? 
Klik GRAVYTRAIN dan daftar FREE aje.. 

Nak tebus barang FREE??? 
Jom join dan tebus hadiah.. Daftar free, kumpul point mudah sangatttt.. 
Join WOOP cepattt!!

klik LIKE sini yea.. tQ --> Tengkubutang Page


18 Ulasan

  1. Oh my... Terliur tengok resipi ini semua.. nanti nak pergi beli udang cuba masak gak lah

    BalasPadam
  2. Udang mentega pun ada? Yani bukan fan udang, tapi husband suka sangat. Rasanya kalau masak merah tu mesti fav dia.

    BalasPadam
  3. Eh..ni kalau puasa jenuh nak kuatkan iman. Aduhai masak lemak cili api!!! sedapnyeee..

    BalasPadam
  4. Thanks for the recipe. Will ask my maid to cook it.

    BalasPadam
  5. Sedapnya.. Apa sahaja masakkan udang, Sha suka.. Nyummy..

    BalasPadam
  6. I paling suka udang, will try out these simple recipes :)

    BalasPadam
  7. Saya suka butter prawn. Saya akan cuba resipi ini.

    BalasPadam
  8. the dishes look delicious. thanks for the recipe.

    BalasPadam
  9. thanks so much for your recipes! they look so amazing and mouthwatering!

    BalasPadam
  10. ok simpan untuk puasa nanti..hehee

    BalasPadam
  11. Ya Allah. Sedapnya tengok. Terima kasih share resepi. Kena bookmark ni!

    BalasPadam
  12. Thanks for sharing recipe udang. I boleh makan udang. Ketam je tak boleh.

    BalasPadam
  13. suka udang tapi en somi tak suka kecuali dah siap kopek kulit hahahhah pemalas tul la ngeeee

    BalasPadam
  14. butter prawn seems really nice! am going to try it this weekend!

    BalasPadam
  15. Thanks for sharing your recipe! You're really good at cooking

    BalasPadam

Catat Ulasan

Post a Comment

Terbaru Lebih lama