Langkau ke kandungan utama

DEFINISI PELUKAN BAGI SEORANG LELAKI BERGELAR SUAMI

Baca sini jugak---jaga hati isteri---

Terbaca status di wall FB Dr Zubaidi Hj Ahmad berkaitan isu pelukan dikalangan pasangan suami isteri, hehehe... yang ni untuk yang dah berkahwin ajo yea.. yang lum kawen sila dok diam2.. nak baca boleh tapi nak buat(peluk) tunggu dah kawen nanti yea.. ingat tau selagi lum kawen lum leh peluk2.. jom baca apa kata Dr. Zubaidi :

  • Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk. (ehem betul ke? any comments wahai lelaki yang bergelar suami?)
  • Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan (Betul ke definasi korang macam ni wahai makhluk yang bergelar lelaki?)
  • Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa. (Setuju!setuju! kan? kan? kan?)
  • Wanita boleh merasa kurang bersemangat bila suami tiada di rumah dan jarang memeluknya. Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga. ( 100% setuju , korang? )
  • Dari segi physiologi  ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan bersemangat dan bertenaga bagi si isteri. (Pasni ada yang minta suami peluk hari2 kan?)
  • Oleh itu para suami, peluklah isteri, belai lembut rambutnya, sentuh wajahnya, gosok lembut lengannya, kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya, gosok lembut punggungnya, dan sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya. (Tips berguna untuk yg bergelar suami)
  • Pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim. (Betulkan?)
  • Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangan. (Setuju!!!!)
  • Biasanya suami menganggap bahawa pelukan bermakna isteri dahagakan hubungan seksual, tetapi sebenarnya para isteri lebih menikmati pelukan dari hubungan seksual.
Kesimpulannya : wahai para suami, jangan rasa ‘kelam kabut’ jika tidak bersedia bila isteri minta dipeluk. Dan isteri tolong beritahu suami, ..”please, I just need a hug..” dan jangan mengharap suami faham kehendak kita tanpa diucap atau diluahkan.

Ulasan

  1. betul2..walaupun yaya belum kahwin, tapi bila dipeluk rasa dia ada untuk aku..biasa mintak mak dan kwn perempuan la peluk..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup betul.. bg yg belum kawen.. dah tentu pelukan ahli keluarga terdekat beri ketenangan buat kita kan..

      Padam
  2. betul.sesungguhnya isteri itu suke kan belaian..:)

    BalasPadam
  3. Dulu masa kecik arwah ayah dan mak selalu peluk dan cium sebelum pergi sekolah.. memang semangat.. rasa tenang dengan kasih sayang mereka :D

    BalasPadam
  4. luahan dan ucapan pun penting :)

    BalasPadam
  5. hari hari peluk tapi iolss lebih suka ciuman...muahahahhaa....

    BalasPadam
  6. pelukan penting biler down... x down pon, pelukan amat d alu-alukan he3

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. nak peluk hari hari la...:)))))))))))))))))))))))))

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI

  RESIPI SOTONG SUMBAT BAKAR SOS ALA THAI Bahan (Sos): - 3 biji bawang merah - 5 ulas bawang putih - Cili padi merah & hijau - 1/2 inci halia muda - 3 batang akar ketumbar - 3 sudu Palm sugar/brown sugar - 1/2 kiub ayam - 3 sudu sos ikan - 1 sudu serbuk limau nipis - 3 biji limau nipis (ambik jus) - Daun ketumbar (hiris) Bahan (Sotong & inti): - Sotong (perap dengan 1/2 biji lemon & 1 sudu olive oil selama sejam - 2 biji kentang (lenyek & rebus) - 1 mangkuk kecil ayam kisar - 1 biji bawang besar (dadukan) - 3 ulas bawang putih (cincang) - 3 sudu sos tiram - 1/2 kiub ayam - Lada hitam - Daun bawang (hiris halus) Cara penyediaan: 1. Blend bawang merah, bawang putih, cili padi, halia & akar ketumbar. 2. Masukkan bahan blend tadi & masukkan air, palm sugar/brown sugar, sos ikan & kiub ayam. 3. Rebus sehingga likat. Tutup api & masukkan serbuk limau nipis, limau nipis & daun ketumbar. Siap sos. 4. Tumis bawang merah, bawang putih. 5. Masukkan ayam kis...

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR

20 NAMA-NAMA DINOSAUR BERSERTA GAMBAR Haaaa.. Entri kali ni TB buat khas buat sahabat teman si 3 suku tu.. Kasih namanya.. anaknya yang hensem bernama Fahri tu suka sangat dengan Dinosaur ni.. Fahri suka panggil "Dino" nama pendek haiwan ni.. Hehehe..  Dah banyak koleksi Dino Fahri kumpul.. Dari Dino saiz kecik hinggalah ke saiz besar, dari yang jenis keras hinggalah ke jenis lembut, siap boleh bergerak-gerak, dan ada bunyi-bunyi lagi..  So, kali ni TB nak tujukan entri ni untuk Kasih dan Fahri.. haha.. korang tengok dan baca tau! hahahaha..  Nama Dinosaur Beserta Gambar  Haaa.. Korang pernah tengok Dinosaur kan? Maksud TB tengok kat Movie la, bukan yang real.. haha.. TB suka tengok Filem kisah Dinosaur ni, macam Jurassic Park tu ke kan.. kartun Dinosaur pun TB sukaaa.. haha.. Antara kartun yang TB suka The Good Dinosaur.. Si Arlo yang bertengkuk panjang tu.. hehehe.. Comel sangat... Jenis ni dipanggil  Brontosaurus tau.. Tapi sebenarnya ...
  Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai Bahan-bahan :- -Ketam -1 Batang Serai (saya blend sekali dgn bwg) -10 keping Daun limau purut -Daun Ketumbar -Cili api (saya tak guna pun) -Bawang Merah blend -Bawang Putih blend -Halia blend -Asam Keping -2 Sudu Serbuk Kari -3 Sudu Cili Giling -2 Sudu Cili Thai (saya guna kiub tomyam maggi) -Gula & Garam sedikit Cara Memasak :- -Rebus ketam -Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti -Panaskan minyak -Masukkan bahan blend dan serai hingga naik bau -Masukkan cili giling dan kari hingga pecah minyak, kemudian Paste cili thai. -Dah pecah minyak masukkan Air rebusan ketam tadi ikut suka byk mana -Masukkan asam keping, gula dan garam. -Masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut. -Dah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi sebati -Enjoyyy Kredit Resepi : mahfuzah ami n